Monday, March 22, 2010

Aku, Kau, Kita Bab 10

BAB 10
Yat termenung sendirian di dalam biliknya. Takkanlah Adam terasa dengan kata-katanya di dalam kereta tadi kot? Biasanya lelaki itu susah untuk ambil hati dengan apa sahaja perlakuannya malah lelaki itulah yang dianggap oleh Yat sebagai lelaki yang paling sabar dengan kerenahnya.

“Ah! Lantaklah..peduli apa aku!” Yat bersuara dan terus sahaja keluar dari bilik dan menuju ke pintu. Tentu sekarang ibunya sedang membebel di rumah Adam kerana sampai sekarang dia masih belum sampai ke sana. Sekarang sudah masuk Asar. Nasib baik hari ini dia ‘cuti’ dan tak payah bersembahyang di sana.

Sebaik sahaja berada di sana, semua tetamu yang berada di halaman rumah Pak Ngahnya memandangnya dan tersenyum. Yat hanya mampu menundukkan sedikit kepalanya dan tersenyum. Tentu orang kampung di sini pelik melihatnya dengan berpakaian seperti itu. Yalah, memang susah nak melihat anak bongsu Pak Kasim memakai pakaian yang bercirikan keperempuanan.

“Cantik kamu hari ni Yat….kalau macam ni selalu kan manis,” Mak Jenab yang sedang duduk di kekuda kayu yang berada di bawah pokok mangga bersuara menegurnya. Yat hanya tersenyum dan menggarukan kepalanya yang tak gatal. Itulah yang sering dilakukannya sekiranya dia berasa tidak selesa dan cemas.

Yat terus sahaja melangkah dan terus menuju ke tangga. Kali ini dia mempercepatkan langkahnya dan menuju ke dapur. Dia tahu pasti ramai sanak saudaranya di dapur. Kalau orang yang dia dah biasa dan kenal dia tidak akan berasa kekok. Tambahan pula, dia tak suka mengawal tingkah lakunya yang sememangnya kasar selama ini.

“Awal kamu sampai Yat?” Puan Kamariah menegur sambil menjeling tajam ke arah anaknya itu. Yat hanay tersengeh dan terus mendapatkan Harianna yang sedang mencedok gulai ke dalam pinggan dan diberikan kepada kakaknya untuk diagihkan ke ruang tamu memandangkan masih ada tetamu yang datang pada waktu itu.

“Kak Yat dah makan?” Tanya Harianna.

“Belum, malas la nak makan, malam ni kot baru aku makan,” Yat menolak lembut padahal pada waktu itu Tuhan sahaja yang tahu betapa dia sedang menahan kelaparan. Tetapi memandangkan tetamu masih lagi belum berkurangan dia malas nak menyibuk waktu itu.

“Kak Yat dah jumpa dengan Abang Ngah kan?” Tanya Harianna terus sahaja melabuhkan punggung di sebelah Yat di sebuah kerusi di meja makan. Yat hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Dia malas nak bercerita perihal lelaki tersebut.

“Anna, tolong ambil air untuk aku segelas, dahagalah,” pinta Yat. Harianna terus sahaja menurut perintah tanpa banyak soal. Sebaik sahaja sirap di dalam jug dituangkan ke dalam gelas dia terus menghulurkan kepada Yat. Yat mencapainya dan terus sahaja diteguk rakus. Puan Kamarian pula hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak bongsunya. Dia tahu sangat perangai anak bongsunya yang kurang gemar berada di kalangan orang-orang ramai. Kalau dia tidak dipaksa sudah tentu dia tidak akan dapat melihat batang hidung anak bongsunya itu.

“Dik, tolong ambilkan Abang Ngah air segelas lagi,” suara Adam kedengaran dan Yat terdengar orang menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Yat mengeluh, namun dia tak berani nak menoleh ke sisi.

“Bang Ngah ni, tak boleh tengok orang senang sikit la…dia dah lalu tadi kat situ, tak nak ambik,” ngomel Harianna namun kakinya masih bergerak untuk mendapatkan air untuk abangnya.

“Alah sekali sekala nak susahkan adik, apa salahnya kan, Abang Ngah tahu adik jenis yang tak berkira, tak adalah macam sesetengah orang tu kan, baru minta tolong sikit dah nak berkira,” Adam sengaja cuba menyakitkan hati sepupunya di sebelah itu. Yat hanya meneguk air yang masih berbaki tanpa bersuara sedikit pun. Dia tahu Adam sengaja mahu menyakitkan hatinya. Dia masih boleh bersabar waktu itu.

“Mak Long, sejak bila pula anak bongsu Mak Long ni pendiam?” Adam bersuara kuat memanggil ibu saudaranya yang sedang sibuk bekerja di dapur bersama ibu dan sanak saudaranya yang lain.

“Siapa? Yat? pendiamlah sangat, mulut dia tu tak pernah berhenti bercakap,” Puan Kamariah menjawab pertanyaan anak saudaranya tanpa banyak soal.

“Habis tu hari ni, Adam tengok macam orang sakit mulut jer, dari tadi tak bersuara apa-apa pun,” Adam semakin galak mengusik Yat. Dia sebenarnya mahu membalas perangai Yat yang langsung tak kelihatan suka dengan kepulangannya ke kampung.

“Ada la tu tak kena kat mana-mana, kalau tak riuh dapur ni dengan suara dia,” Puan Kamariah masih menjawab. Kedengaran beberapa orang yang berada di dapur ketawa mendengar pengakuan ibunya itu. Yat mula merengus namun dia masih mengawal riak mukanya.

Kemudian kedengaran telefon bimbit yang berada dalam genggamannya berbunyi. Adam sempat mengerling nama pemanggil dan tertanya pemanggil tersebut adalah lelaki. Yat terus sahaja mengambil telefonnya dan tersenyum girang. Dia menjawab panggilan tersebut sambil bangun untuk melangkah lari dari kesibukan tersebut.

“Ya…saya sihat, awak?” Yat melangkah menuju ke ruang tamu dan terus melangkah masuk ke bilik sepupunya.

“Eh, mana ada saya lupakan awak, awak kot yang dah lupakan saya,” Yat bersuara girang. Dia terus sahaja duduk di katil. Dia langsung tak menyangka akan mendapat panggilan telefon daripada Daniel.

“Iye….takkan sampai macam tu sekali kot…awak sajalah tu nak mengayat ek?” Yat ketawa. Dia tidak tahu pula Daniel merupakan seseorang yang pandai bergurau bila berbual melalui telefon. Sebenarnya inilah kali pertama Daniel menelefonnya semenjak dia bertemu di KLCC minggu lepas.

“Ek, eleh lelaki…..bab-bab mengayat ni nombor satu, tambah-tambah orang handsome macam awak, saya dekat rumah Pak Ngah, ada kenduri doa selamat sikit....eh... tak mengganggulah, nasib baik jugak awak telefon..... saya pun dah naik boring dah ni, tak adalah lama sangat baru je sampai..... tapi saya kurang gemar sikit kalau kenduri macam ni...oklah, Insya-Allah…bye!...Waalaikumussalam!”

Yat tersenyum sendirian. Daniel menelefonnya semata-mata untuk betanya khabar. Dia langsung tak menyangka.

“Happy nampak, boyfriend?” tiba-tiba kedengaran suara di muka pintu. Yat sedikit terperanjat. Kelihatan Adam masuk ke bilik dan terus duduk di atas katil tempat dia duduk. Yat terus sahaja bangun.

“Kau buat apa kat sini?” Tanya Yat.

“Sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu, ni bilik aku, kau yang masuk bilik aku tanpa kebenaran,” Adam bersuara sambil tersenyum. Yat terus sahaja memandang sekeliling. Dia menggarukan kepala yang tak gatal. Macam manalah dia boleh tersalah masuk bilik. Bilik Harianna di sebelah. Dia langsung tidak menyedarinya tadi.
“Ops! sorry, tak perasan, aku keluar dulu,”

“Nanti, kenapa dengan kau?” Adam bertanya. Dia inginkan penjelasan. Tujuh tahun dahulu pun dia langsung tak mendengar sebarang penjelasan daripada gadis tersebut yang tiba-tiba memberontak dan tak mahu bercakap dengannya. Dia ingatkan perkara tersebut sudah selesai bersama dengan peredaran masa, namun dia silap, Yat seakan-akan masih seperti tujuh tahun dahulu.

“Kenapa apa? Aku biasa je,”

“Biasa?…aku tak tahulah apa silap aku sampai kau marah sangat, dulu, tujuh tahun dahulu, aku langsung tak tahu kenapa tiba-tiba kau jauhkan diri daripada aku.., lepas tu kau langsung tak datang jumpa dengan aku waktu aku nak ke US, sekarang pulak, kau seakan-akan tetap nak mengelak daripada aku dan kau macam tak suka dengan kepulangan aku, kenapa Nurul? Cuba kau beritahu apa silap aku, kalau betul aku yang buat silap, bolehlah aku minta maaf dengan kau!” Adam bersuara dengan sedikit serius dan menyebabkan Yat mula terasa bahangnya.

“Silap? Tak ada apa-apa yang silap, saja, aku tak boleh nak rapat dengan kau macam dulu, mungkin sebab kita dah besar kot, mungkin juga jurang antara kita jauh sangat, kau dah jadi seorang architect yang terkenal, kalau tak silap aku pelan perumahan yang kau buat diterima oleh syarikat pembangunan di New York, dan aku masih lagi penganggur, kalau tak kerana Edi ambil aku bekerja, I have nothing!” Yat cuba melangkah keluar dari bilik tersebut namun Adam dengan pantas menarik tangannya. Yat terus menyentak tangannya yang kemas di dalam genggaman Adam.

“Nurul…Nurul…alasan kau langsung tak logik, apa kena mengena dengan pelan perumahan yang aku buat diterima di New York, dengan hubungan kita sekarang ni, langsung tak ada kena mengena, kenapa dengan Edi kau boleh mesra macam dulu dengan aku tak boleh?”

“Aku malas nak bertekak dengan kau, dan aku malas nak ambil tahu apa-apa pasal kau, boleh aku keluar sekarang, tak elok orang tengok kita berdua dalam bilik macam ni,” Yat meminta izin dan kali ini dia harap Adam akan membenarkan dia keluar dari bilik tersebut.

“Tak nak ambil tahu? Tapi kau tetap ambil tahu tentang perkembangan aku di US, kalau tak takkan la kau tahu pelan perumahan mesra alam yang aku buat di New York diterima, aku tahu pasti ada sesuatu yang kau marah sangat dengan aku, dan aku akan pastikan aku akan tahu juga apa punca yang menyebabkan kau marah sangat, oh ya! This one is for you, aku buat khas untuk kau, itu pun kalau kau masih ingat dengan apa yang kau minta waktu kita kecil-kecil dulu!” Adam menghulurkan bekas berbentuk selinder panjang bewarna hitam kepadanya.

“Apa ni?”

“Hak cipta terpelihara, aku dah namakan dengan nama kau, hanya kau yang berhak ke atas benda tu, tak ada sesiapa pun yang boleh rampas benda tu daripada kau, kau nak keluar tadi kan? Keluarlah, lain kali kalau nak masuk bilik orang tu tengok dulu, nasib baik aku ni jenis yang kemas, kalau tak free-free je kau tengok benda-benda yang tak sepatutnya orang perempuan tengok,”

“Perasan!” Yat terus melangkah keluar.

“Sama-sama!” Adam yang sedang berdiri di depan pintu biliknya memerli Yat yang langsung tak mengucapkan terima kasih di atas pemberiannya. Dia tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepala.

**************

Yat terus sahaja masuk ke biliknya sebaik sahaja sampai ke rumah. Jam sudahpun menunjukkan pukul sebelas malam. Sewaktu balik tadi semua ahli keluarganya berkumpul. Masing-masing mendapat hadiah daripada Adam kecuali dirinya yang telahpun mendapat hadiah tersebut dari awal lagi walaupun dia sendiri tak tahu langsung hadiah apa yang Adam berikan padanya.

Yat menilik bekas selinder panjang yang bewarna hitam tersebut. Kemudian dia membuka penutup bekas penutup selinder tersebut dan kelihatan terdapat gulungan kertas yang terdapat di dalamnya. Yat menarik gulungan kertas tersebut dan apabila dia cuba membukanya dia mendapati terdapat dua keping kertas yang digulung.

Yat terus menilik lapisan pertama gulungan kertas tersebut. Dia terpegun seketika apabila dia melihat lukisan sebuah banglo mewah dua tingkat yang dilukis elok bersama dengan pemandangan sekeliling rumah. Banglo tersebut mempunyai keunikan tersendiri yang dia sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata. Terus terang dia tidak pernah melihat banglo mewah yang sebegitu. Kemudian dia meneliti pula kepingan kedua gulungan kertas tadi, kali ini dia dapat melihat pelan lengkap rekaan banglo tersebut yang dia sendiri pun kurang mengerti dengan lakaran tersebut dan dia tahu hanya orang pakar seperti Adam sahaja yang boleh memahami pelan tersebut.

“Hak cipta terpelihara….aku dah namakan dengan nama kau, hanya kau yang berhak ke atas benda tu, tak ada sesiapa pun yang boleh rampas benda tu daripada kau,”

Yat teringat kembali kata-kata Adam di dalam bilik petang tadi. Kemudian dia terlopong sendirian. Maksud Adam lakaran dan pelan rumah banglo yang sedang dipegangnya sekarang adalah hak milik dia. Hanya dia sahaja yang berhak ke atas pelan rumah tersebut dan hanya dia sahaja yang berhak untuk mendirikan banglo yang seperti lakaran yang terdapat di kedua-dua helaian kertas tadi. Kemudian dia teringat kembali peristiwa yang berlaku sewaktu mereka masih di zaman kanak-kanak.

“Woit, bila dah besar nanti kan, kau nak jadi apa?” Adam yang sedang memegang batang kail bersuara bertanyakan soalan. Yat yang turut memegang batang kail di sebelah Adam menoleh.

“Aku nak jadi mekanik!” jawab Yat ringkas.

“Ya Allah kau ni…tak ada pekerjaan lain ke yang kau nak pilih, mekanik, berapa gaji yang kau dapat?” Adam bersuara kuat menyebabkan Yat memberikan isyarat agar dia diam. Maklumlah waktu itu mereka sedang memancing, mana boleh bising sangat.

“Tak kisahlah…janji aku suka! Lagipun aku nak baiki kereta mewah macam yang kita tengok dalam TV tu, tentu gaji dia mahal kan?” Yat bersuara perlahan sambil tersenyum.

“Suka hati kaulah, tapi aku nak jadi architect, aku nak cipta banyak bangunan yang tinggi-tingi dengan rumah banglo yang besar-besar, tentu aku jadi kaya kan?” Adam bersuara dengan penuh kegirangan. Yat hanya mencebik. Waktu itu mereka baru masuk tingkatan satu. Dalam fikiran mereka masih penuh dengan angan-angan.

“Bagus jugak tu….bolehlah kau cipta rumah untuk aku?”

“Boleh! Kau nak rumah yang macam mana?”

“Rumah banglo besar! Aku nak dua tingkat! Pas tu aku nak kat luar banglo tu kan penuh dengan bunga-bunga yang macam kita tengok dalam TV, macam kat taman bunga, abang aku cakap bunga yang aku tengok dalam TV tu hanya ada kat Korea, tapi tentu kita pun boleh tanam jugak kan, tapi aku tak nak la banglo tu sama je dengan banglo yang kita tengok dalam TV rumah orang-orang kaya tu, aku nak lain dari yang lain, boleh kan?”

“Lain macam mana?”

“Lainlah! Janji tak sama dengan orang lain…kau buatlah khas untuk aku jer…boleh kan?”

“Yalah!”

“Janji!”

“Janji!”

Tiba-tiba hatinya terasa sebak. Dia langsung tak menyangka Adam masih ingat dengan janjinya dahulu. Walaupun sudah berpuluh tahun Adam tetap mengotakan janjinya. Yat mengeluh. Mengapa hubungan dia dengan Adam tidak seperti mereka kecil-kecil dahulu. Sentiasa mesra dan rapat. Hubungan mereka seakan-akan mulai jarak dan sentiasa tak sependapat sebaik sahaja umur mereka meningkat remaja dan sedikit matang. Adam pula seakan-akan langsung tak menyukai setiap perkara yang dilakukannya. Ada sahaja perkara yang dia buat ditegur Adam. Kadang-kadang teguran Adam ada juga betulnya dan dia boleh menerimanya tetapi kadang-kadang ada juga Adam melampau sehinggakan pergaulannya dengan rakan-rakan lelaki di sekolah turut disekat.

“Dia ingat aku akan terharu bila dia bagi ni?” Yat merengus. Dia menggulung kembali kertas tersebut dan masukkan semula ke dalam bekas selinder hitam tersebut. Dia tersenyum. Sebenarnya jauh di sudut hatinya dia gembira kerna dapat bertemu dengan Adam semula. Tuhan sahaja yang tahu betapa dia merindui zaman kanak-kanaknya bersama-sama dengan Adam.

Waktu kanak-kanak dahulu orang sering sahaja beranggapan mereka berdua adalah kembar kerana di mana ada Adam di situlah dia juga ada. Adam pula tak pernah lupa untuk mengajaknya ke mana sahaja dia mahu pergi. Namun, lama-kelamaan hubungan mereka semakin lama semakin renggang. Adam sudah tidak seperti Adam yang dahulu. Adam seakan-akan bertambah cerewet dan kuat sangat membebel. Kadang-kadang telinga Yat sakit mendengar bebelannya yang kadang-kadang menyakitkan hati.

************
Daniel tersenyum seorang diri. Entah kenapa telatah gadis itu sering sahaja menerjah di fikirannya. Dan setiap kali perkara tersebut berlaku dia sering sahaja tersenyum sendiri tak kira di mana dia berada sekalipun. Pernah sekali dia tersenyum tiba-tiba sewaktu sedang makan dengan Syam dan Joe. Nasib baik Syam yang menyedari perkara tersebut hanya menegur tapi tak bertanya dengan lebih lanjut.

Kemudian Daniel dikejutkan dengan bunyi interkom di mejanya. Dia terus menekan butang OK dan kedengaran suara setaiusahanya.

“Encik Daniel, ada tetamu nak jumpa,” suara Ratna setiausahanya yang berbangsa India tetapi fasia berbahasa Melayu kedengaran.

“Siapa?”

“Katanya dia kawan lama Encik Daniel…Cik Fiona!” sebaik sahaja Ratna memberitahu nama tetamunya itu Daniel terus sahaja menggelabah. Dia mulai kalut.

“Awak suruh dia tunggu dalam lima minit, saya ada kerja sikit,” ujar Daniel. Dia tahu pasti setiausahanya akan melakukan perkara yang disuruhnya tadi. Daniel terus sahaja bangun dari tempat duduknya. Kot yang dipakainya dari tadi dibuka dan disangkut ke kerusi yang didudukinya tadi.

“Syam! Dia mesti boleh tolong aku!”

Daniel terus sahaja mengeluarkan hansetnya dan terus mendail nombor Syam. Hanya lelaki tersebut yang paling pandai nak menghadapi perkara tersebut. Tambahan pula gadis tersebut merupakan salah seorang kenalan Syam yang dikenalkan kepadanya sewaktu di UK dulu.

“Syam kau kat mana ni? Kat luar lagi ke?”

“Aku dalam lif, nak naik ke pejabat…kenapa?”

“Perfect!...you must help me!”

“What’s going on?”

“Fiona! She’s here! Tolong handle, aku tak nak jumpa dia! Please!”

“Ok!... I can handle it!”

**************

Sebaik sahaja lif terbuka, Syam terus sahaja melangkah laju menuju ke pejabatnya. Kemudian dia terpandang seorang gadis seksi yang mempunyai wajah kacukan Inggeris yang sedang duduk di sofa sambil membelek majalah.

“Fiona! Long time no see! How are you?”

“Syam, I’m fine, What are you doing here?”

“I,m worked here! wow! you makin cantik sekarang ni, bila you balik?” Syam terus sahaja menjalankan tugasnya. Dia tahu Daniel memang tak ada teman wanita tapi untuk menjadikan gadis di depannya itu sebagai teman wanita Daniel, dia rasa itu adalah idea yang paling gila. Gadis tersebut terlampau liar, tak sesuai langsung dengan Daniel. Silap hari bulan sekejap sahaja berita Daniel bercinta dengan dia keluar dekat mana-mana surat khabar mahupun majalah. Gadis itu bukan sahaja liar malah seorang gadis yang gila glamour. Dia akan mendampingi sesiapa sahaja yang berpengaruh dan terkenal untuk kesenangan dia. Dia tahu, dulu dia silap kerana memperkenalkan Daniel dengan gadis itu.

“ I dah lama dah balik KL, Sekarang I dah kerja kat sini, model!” Fiona menjawab namun dia masih menunggu kehadiran Daniel pada aktu itu.

“Model? Wow! That’s great! Sesuai sangat, so you buat apa kat sini?” Syam berpura-pura bertanya.

“ I cari Daniel, I nak jumpa dia, dah setahun dah rasanya I tak jumpa dengan dia, I’m miss him so much!”

“Oh, Daniel, rasa-rasa I sekarang ni Daniel sibuk, you tahulah kan, Daniel anak lelaki waris Price Hotel! He’s always busy. You jumpa lain kali sajalah dengan dia, I rasa hari ni dia tak nak sesiapa pun ganggu dia, termasuk I,” Syam memberikan alasan yang paling munasabah dirasakannya walaupun dia tahu kemungkinan alasannya itu tidak diterima oleh Fiona adalah tinggi.

“Tapi, tadi, dia cakap dia suruh tunggu dulu lima minit,” Fiona tetap tidak mahu mengalah. Dia mesti bertemu dengan lelaki tersebut. Hanya lelaki tersebut sahaja yang mempu membuatkan kerjayanya di KL selamat. Dia sudah malas untuk kembali ke UK. Di sana dia serba kekurangan, dia terpaksa bekerja keras untuk menampung hidupnya yang sebatang kara. Ayah dan ibunya sudah lama berpisah dan masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan dia pula terus diabaikan.

Hanya Daniel sahaja harapannya agar dia mendapat kesenangan hidup. Namun dia tahu lelaki ini susah untuk didekati. Dia sedar perkara tersebut sejak dari UK lagi. Malah lelaki ini imannya terlalu kuat. Tentu dia dididik dengan ilmu agama yang tinggi sejak dari dari kecil.

“Ye ke? Tapi I rasa kan, lima minit tu just untuk dia check balik jadual kerja dia, tapi I tahu dia memang sibuk sangat hari ni, you balik dulu ek, lain kali you boleh jumpa dia, kalau tak keberatan I boleh call you bila dia free nanti,” Syam cuab sedaya mungkin untuk elakkan gadis tersebut bertemu dengan Daniel.

“Oklah kalau macam tu, I balik dulu, tapi you janji mesti call I,” pesan Fiona dan terus melangkah. Syam menghembus nafas lega. Namun dia kembali panik apabila terdengar gadis tersebut kembali memanggil namanya dan bila dia menoleh gadis tersebut kembali menuju ke arahnya.

“Ada apa?”

“You nak telefon I macam mana kalau number I pun you tak ada…you tak ada number I kan?”

“Yalah…macam mana I boleh lupa,” ujar Syam sambil tersenyum yang sengaja dibuatnya. Macam manalah dia boleh bodoh sangat hari ini. Serentak dengan itu dia keluarkan hansetnya yang tersangkut di pinggangnya. Mereka terus dahaja bertukar nombor telefon.

Akhirnya Syam betul-betul boleh menarik nafas lega. Gadis itu telah hilang dari pandangan. Dia terus sahaja menuju ke arah Ratna yang tersenyum memerhatikan gelagatnya sebentar tadi.

“You ni pandai-pandai je cakap En. Daniel sibuk, setahu I hari ni dia free je,” Ratna terus sahaja bersuara sebaik sahaja Syam mendapatkannya.

“I tahu, saja, you tak kenal dengan perempuan ni, nantilah I cerita, tapi lain kali kalau dia datang nak jumpa dengan Daniel, you call I dulu, I tak nak dia terus ganggu Daniel, ok?”

“What ever you say boss!”

“Thanks!”

Syam terus sahaja melangkah menuju ke arah pejabat Daniel. Pintu bilik diketuk dan dia terus melngkah masuk tanpa perlu diberi arahan terlebih dahulu. Kelihatan Daniel sedang mengadap dinding kaca yang dapat memeperlihatkan pemandangan keindahan bandar raya Kuala Lumpur.

“Aku tahu kau pasti dapat uruskan dia kan?” Daniel terus menoleh dan mendapatkan kawan baiknya yang sedang duduk berhadapan dengan tempat duduknya. Daniel melangkah dan terus melabuhkan punggung di hadapan Syam yang sedang tersenyum.

“Tengok kaki la beb…tapi wa cakap lu, dia tu makin seksi la sekarang ni, aku pun boleh cair tau tak, tapi nasib baik aku dah kenal dengan dia ni, kalau tak boleh kering poket aku kalau aku layan dia,” bicara Syam sambil mencapai sebiji gula-gula yang terdapat di dalam balang kaca di meja Daniel. Gula-gula tersebut dibuka pembalutnya dan dia terus makan.

“Tahu tak apa, aku malas la nak layan perempuan macam ni, buat pening kepala, aku bukan takut duit aku habis, tapi masalahnya perangai dia tu.Ya Allah, gedik siot! Tak tahan aku! Kau tengoklah dulu, keluar makan malam dengan aku, tapi boleh lagi main mata dengan lelaki lain!” Daniel menunjukkan riak muka yang betul-betul menyampah dengan sikap Fiona.

“Yalah…dulu waktu mula-mula kenal kau, dia mana tahu yang kau tu pewaris Price Hotel, kalau tak, matilah kau dia tak nak lepaskan,” ujar Syam sambil ketawa.

“Nasib baik jugak dia tak tahu, macam kau cakaplah, mati pun dia tak nak lepaskan aku, fuh! Nasib baik jugaklah aku tahu dia tu jenis perempuan yang macam mana sejak dari awal lagi, kaulah! Berkawan tak tengok orang dulu, perempuan macam tu pun kau boleh nak buat kawan,” Daniel terus menyalahkan Syam. Syam tersengeh. Dia akui kali ini memang silapnya.

“Aku ingat aku nak balik Johor ujung minggu ni, kau nak ikut?” Tanya Daniel. Syam terus sahaja mengerutkan dahinya.

“Kau ni biar betul, kau baru je balik kan? Takkanlah nak balik lagi kot, kau ni nak balik jumpa datuk ngan nenek kau ke nak jumpa dengan siapa ni?” Syam terus sahaja menduga. Baginya, tindakan Daniel kali ini pelik, biasanya Daniel hanya akan pulang ke kampung sekali sebulan saja, tapi kali ini, dia nak balik lagi.

“Eh kau ni…aku nak jumpa dengan datuk ngan nenek aku la, aku nak jumpa siapa lagi kat sana? Mengarut sajalah kau ni!” Daniel sedar tindakan dia kali ini agak pelik dan mendatangkan kemusykilan kepada Syam.

“Yalah tapi aku pelik, kerap sangat kau balik, ataupun kau memang nak jumpa seseorang kat sana tapi kau tak nak beritahu aku kan?” Syam tak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Daniel. Dia tetap mahu menduga. Dia tahu Daniel jenis seseorang yang agak susah untuk berkongsi masalah terutama perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Dia sendiri tak pernah menyangka lelaki yang mempunyai perwatakan dan paras rupa yang cukup elok tidak pernah mempunyai teman wanita seumur hidup dia. Pertama kali dia mendengarnya dia sendiri pun tak percaya tetapi setelah lama dia kenal dengan Daniel barulah dia percaya dan di kagum dengan lelaki tersebut.

“Malas aku nak layan kau…kalau kau tak percaya kau ikutlah sekali, nak?” sekali lagi Daniel mengajak. Tetapi di dalm hatinya dia berharap sangat agar Syam tak mahu mengikutnya. Sebenarnya dia tahu Syam agak sibuk bila hujung minggu, lelaki itu pasti sibuk melayan kerenah Lisa, teman wanitanya yang agak cerewet tapi penyabar. Apa tidaknya sudah beberapa kali Syam kantoi dengan teman wanitanya itu apabila Syam secara sembunyi-sembunyi keluar dengan perempuan lain. Tetapi Lisa tetap bersabar dan terus kekal dengan Syam. Gadis itu bukannnya tak cantik, baginya rupa paras Lisa memang cantik dan istimewa, bila-bila masa sahaja gadis itu boleh dapatkan teman lelaki baru sekiranya dia mahu tambahan pula Lisa anak Tan Sri Jasin, ahli perniagaan yang terkenal.

“Yalah-yalah aku percaya la, tak nak la aku ikut, aku dah janji ngan Lisa nak bawak dia makan angin kat PD ujung minggu ni, kau tahu je la dia kan, kalau dah janji kena tepati, kalau tak sebulan aku dengar dia membebel…tak sanggup aku,” ngomel Syam. Daniel terus sahaja bersorak di dalam hati.

“Alah…dia macam tu pun kau sayang jugak kat dia kan?”

“Sayang? Yalah kot….entah aku rasa aku tak boleh nak bayang hidup aku ni macam mana kalau dia tak ada, lain wei! Kau ingat lagi tak yang kita orang gaduh besar dua bulan lepas, dekat dua minggu aku tak jumpa dia, naik sasau jugak aku, entahlah, aku dah terbiasa hidup dengan dia, kalau dia tak ada macam tak lengkap, kalau itu namanya sayang, yalah tu!” ujar Syam. Serentak dengan itu Daniel ketawa besar, lucu dengan pengakuan Syam yang baru hari ini dia dengar.

12 comments:

  1. hohooho...
    adam ni dr kcil mmg ada ati kat yat ke???
    sbb 2 dia trlalu jga tngkah laku yat.....
    n klu x napa dia blik mlaysia bila dia thu yat kat kg....
    daniel dah tngkp cntan kat yat....
    sape la jd plihan yat 2....

    ReplyDelete
  2. err nape cm ade cerpen je psl yat n adam ni?ke i tersilap?huhu

    ReplyDelete
  3. Huhuhu.. Adam dah kasi plan rumah la... nanti kasi rumah pulak la agaknya ^_^
    sambung2.. nak tau apa jd bila adam jumpa daniel..

    ReplyDelete
  4. tak tahu nak pilih adam ke daniel untuk yat.....tapi yg pasti....best!!!!!!! mesti adam jeles giler kalau nampak yat dgn daniel!!!!!

    ReplyDelete
  5. nak jumpa yat yea..

    ReplyDelete
  6. nurul..memang la ada cerpen yg sama..sbb sha jugak la penulisnya...kan sha ada ckp yg sha ada buat versi novel utk cerpen, aku, kau, kita sepupu boleh kahwin ke x?? heehehe...inilah versi novelnya...huhuhu...jalan citer mgkin lain ckit tp wataknya adalah sama...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. owh ic
    ptut la ade persamaan skit sha
    hehe

    anyway daniel mcm tgh syok kt yatt je
    ehem2

    sape yg bakal dipilih eh.. :p

    ReplyDelete
  8. watak danny tu cm watak arwah zackry. urm... tapi aku rasa aku pilihh adam gak.. tetap adam. wakakakakak

    ReplyDelete
  9. adam atau daniel... tak kisah lah sapa pun pilihan yat... tp yg syok nya walaupun yat yg ala2 tomboy tu.. tentu banyak keistiewaan sampaikan dia hampir menjadi rebutan 2 jejaka ni.. fuh... syok ni... bila nk ade "cinta guling2" ni... hehehehe....

    ReplyDelete
  10. biar la kita tgk siapa yg dapat Yat.. wlupun Yat tue ala2 tomboy tapi jgn lupa dirinya ade gak memiliki hati dan perasaan yg mahu disayangi dan dibelai....heheheheh...

    All the best..

    ~~DDess~~

    ReplyDelete
  11. bile nak sambung nie.....nak bace nie..

    ReplyDelete
  12. Sha...
    Puas betul membaca karya ini. Manakah 1 pilihan yat yer....

    ReplyDelete