Saturday, April 16, 2011

Biarkan Ia Berlalu Bab 23

BAB 23

“Boleh saya bertemu dengan En. Syafiq?” tiba-tiba Nadia terdengar suara yang cukup lembut bertanyakan solan padanya. Nadia yang sedang sibuk menulis mendongak dan memandang siapakah gerangan suara yang cukup mempesoanakan. Dia terlopong seketika. Perempuan yang sedang berdiri di hadapannya di kala itu cukup cantik dengan pakaian yang cukup elegan. Malah dari atas sampai ke bawah semuanya berkualiti tinggi. Walaupun dia langsung tak dapat meneka pakaian yang dipakai oleh gadis tinggi lampai itu hasil ciptaan siapa namun dia begitu kagum dengan siapa yang mencipta rekaan tersebut.

“Excuse me, En. Syafiq ada kan?” gadis itu bersuara sekali lagi.

“Hah!Oh, En.Syafiq, ad kat dalam, Cik tunggu sekejap,” Nadia kalut seketika. Bagaimana dia boleh jauh sangat berangan menilik setiap inci pakaian yang dipakai oleh gadis tersebut. Sah! Dia memang tak boleh nak ubah perangainya yang suka sangat dengan rekaan-rekaan pakaian yang terkini.

Nadia terus sahaja mendapatkan gagang telefon yang berada di hadapannya. Segera dia menekan satu butang dan kedengaran suara garau lelaki tersebut menjawab di corong telafon.

“Ada apa Nadia?”

“Ada orang nak jumpa dengan En.Syafiq,” jawab Nadia dan matanya tek lekang dari terus memandang gadis yang dari tadi asyik tersenyum padanya. Dia membalas senyuman tersebut.

“Siapa?”

Sebaik sahaja mendengar soalan yang keluar dari mulut majikannya, dengan segera Nadia menutup bahagian bawah gagang telefon. Dia tersengeh.

“Nama Cik?” tanya Nadia.

“ Mia Khaisarah,” jawab gadis tersebut sambil tersenyum.

“Nadia…siapa yang nak jumpa dengan saya?” Suara garau Syafiq kedengaran sekali lagi di corong telefon sebelum Nadia sempat memberikan jawapan.

“Nama dia Mia Khaisarah En. Syafiq,”

“Awak cakap dengan perempuan tu saya tak ada dan lain kali kalau dia datang nak jumpa dengan saya awak cakap saja yang saya dah tak kerja kat sini lagi,”

Nadia agak terperanjat dengan kata-kata yang baru sahaja didengari olehnya sebentar tadi. Gagang telefon diletakkan. Dia tersengeh memandang perempuan yang tak lekang melemparkan senyuman padanya.

“En. Syafiq ni dah gila agaknya, nak suruh kau cakap dia tak ada, habis tu yang aku berbual dalam telefon tadi dengan siapa? Hantu? Gila betul la lelaki ni? Menyusahan aku je?” rungut Nadia dalam hati. Otaknya ligat memikirkan sesuatu agar dia dapat memberikan alasan yang kukuh kepada gadis tersebut.

“Cik Mia Khaisarah, cantik nama cik, En. Syafiq…En. Syafiq dia, dia busy sangat cik, dari semalam lagi dia busy sangat-sangat, dia tak nak sesiapa pun ganggu dia, tadi pun dia dah marah kat saya sebab ganggu dia, cik datang lain kali je la ek?” jawab Nadia terus menggelabah. Hanya itu sahaja alasan yang paling kukuh yang dapat dia berikan.

“Ye ke? Tak apalah kalau macam tu, lain kali saya datang lagi, kirim salam pada dia,” gadis itu berbicara lembut kemudian berlalu pergi tanpa banyak soal. Nadia hanya mampu memerkatikan sahaja. Namun dia kagum sangat melihat gadis itu berjalan. Lenggoknya pasti akan membuatkan lelaki memndangnya untuk kali kedua.

“Is that Mia Khaisarah, am I right?” tiba-tiba Roslan datang menghampiri Nadia yang masih melopong memandang Mia yang baru keluar dari bahagian kewangan.

“A’ah, Mia Khaisarah, mana kau tahu, kau speaking ke Lan?” Nadia terperanjat apabila mendengar Roslan yang berbicara dalam bahasa Inggeris tambahan pula Roslan mengenali gadis yang baru sahaja keluar.

“Hah, tak adalah, mana surat-surat yang kau suruh aku hantar tu?” Tanya Roslan agak kalut. Macam manalah dia boleh terlepas cakap dalam Bahasa Inggeris tadi. Rungutnya dalam hati. Namun dia agak terperanjat dengan kehadiran gadis tadi ke syarikat ini. Gadis itu tetap cantik seperti waktu remaja dahulu.

************

“Mia Khaisarah, cantik nama tu, macam tuan dia jugak, tapi apa hubungan perempuan tu dengan Lion King tu ek? Lion king tu macam tak sukakan perempuan tu je,” bicara Nadia sendirian. Dia langsung tak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dokumen-dokumen yang mengandungi cadangan mengenai Bandar Hijau yang diserahkan kepada Baby selapas makan malam tadi untuk disemak olehnya terlebih dahulu.

“Awek Lion King ke? Buta gamaknya perempuan tu kalau terima Lion King tu sebagai pakwe dia. Tapi kalau pakwe takkan la Lion King tu tak nak jumpa dengan awek sendiri, gaduh ke?” Nadia masih lagi berbicara seorang diri.

“Woit! Apa yang kau cakap sorang-sorang malam-malam buta ni,” sergah Baby sebaik sahaja memndang Nadia yang langsung tak menyedari kehadirannya. Malah gadis itu sedang berbual seorang diri.

“Baby! Sakit jantung aku tau tak!” marah Nadia. Dia mengurut-ngurut dadanya yang berdegup kencang akibat terperanjat apabila disergah oleh Baby.

“Habis tu, kau aku ketuk pintu tak berjawab, aku panggil nama kau pun tak bersahut, apa yang kau tengah fikir tu, kenapa ada banyak yang tak kena dengan proposal yang aku buat ke?” Tanya Baby lagi.

“Tak ada apa-apa la, aku tak semak pun lagi proposal kau ni, esok-esok la aku semak,” jawab Nadia sambil tersengeh. Baby hanya mencebik.

“Habis tu buat apa kau duduk lagi dalam ni, jom la masuk tidur,” ajak Baby.

“Kau pergilah tidur dulu, aku tengah tunggu email,” jawab Nadia. Serentak dengan itu kedengaran bunyi memnadakan ada satu email baru diterimanya. Dengan segera dia menggerakkan tetikus komputer di hadapannya.

“SEMUA DAH DIURUSKAN!!! AND DON’T FORGET…I WANT MY MONEY BACK!!! HEHEHEHE….”

“Jom tidur, ngantuk la pulak aku rasa,” tiba-tiba Nadia bersuara sambil tersenyum manis pada Baby. Baby yang melihat hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.