Wednesday, May 4, 2011

Biarkan Ia Berlalu Bab 30

BAB 30

“Ada apa awak masuk ke pejabat saya pagi-pagi ni?” Tanya Syafiq kepada Tina. Gadis yang tinggi lampai itu hanya tersengeh memandangnya. Kemudian dia menghulurkan sesuatu kepada Syafiq dan Syafiq segera menyambut sampul surat yang bewarna coklat tersebut dari tangan Tina.

“Apa ni?”

“Surat yang Nadia suruh saya bagi dekat En. Syafiq, dia bagi surat tu semalam dekat saya sebelum dia balik kerj, dia cakap serahkan pada En. Syafiq dengan kadar yang segera, itu yang saya hantar terus pagi ni,” jawab Tina masih lagi tersenyum memandang lelaki tampan di hadapannya. Indah sungguh sekiranya dia yang dapat menjadi setiausaha lelaki tersebut.

“Awak boleh keluar dulu,” arah Syafiq. Tina hanya mengangguk kemudian melangkah menuju ke pintu.

Setelah Syafiq memastikan Tina betul-betul sudah keluar dari bilik pejabatnya, dengan pantas lelaki tersebut membuka sampul surat kecil yang bewarna coklat itu. Sebaik sahaja dia membaca isi kandungan surat tersebut dia terus sahaja mengeluh. Surat itu terus diramas-ramas dan dilemparkan ke dinding. Dia mulai menyisingkan lengan bajunya dan mundar mandir di dalam pejabat.

“Oo, ok! Kau ingat aku tak bleh buat kerja tanpa kau!” marah Syafiq sambil merengus dengan kuat.

***

“Nad, kau jangan buat macam ni, kau cakap kau nak tolong kita orang, kau nak pantau syarikat ni dari dekat,” pujuk Tiara melalui telefon bimbitnya. Dia sendiri terkejut apabila mendapat panggilan dari Nadia mengatakan dia sudah berhenti kerja.

“Ala, kalau aku tak kerja dengan Lion King tu pun, aku boleh tolong korang, boleh pantau syarikat tu jugak, lagipun sbelum ni aku pantau syarikat kita dari UK, jauh lagi kan,” kedengaran suara Nadia di corong telefon. Tiara mulai berulang alik di tempat yang sama di dalam pejabatnya. Sebentar kemudian dia terdengar seseorang mengetuk pintu dan terjengul wajah Baby di muka pintu. Tiara hanya memberikan isyarat agar kawan karibnya itu masuk dan duduk. Baby hanya menurut perintah dan duduk di sofa yang tersedia ada di dalam pejabat Tiara sambil memerhatikan kawan karibnya itu dengan penuh tanda tanya.

“Masalahnya Nad, kau cakap kau mampu bertahan dengan Syafiq, apa ni? Baru sebulan kau kerja dengan dia, alih-alih kau dah letak jawatan,”

Sebaik sahaja mendengar ungkapan Tiara melalui telefon Baby mencengilkan biji matanya dan mulutnya seakan-akan mahu menyatakan sesuatu namun terlebih dahulu dihalang oleh Tiara dengan menunjukkan isyarat diam. Baby terpaksa akur. Dia kembali duduk di sofa.

“Memang aku boleh bertahan dengan mamat psiko tu kalau kau nak dia mati kena bunuh dengan aku, dia ingat dia siapa, nak marah aku suka-suka hati, kalau tak kasar tak apalah,” kedegaran suara Nadia sedang meluahkan perasaan marahnya terhadap Syafiq melalui telefon. Tiara terpaksa menjauhkan sedikit telefon bimbitnya akibat suara Nadia yang agak nyaring dan membingitkan telinganya.

“Dah namanya marah, takkan lembut bunyinya,” Tiara cuba menyebelahi Syafiq. Bukan apa dia hanya berharap sangat agar Nadia menarik balik keputusannya meletak jawatan sebagai setiausaha Syafiq walaupun dia tahu harapannya itu agak tipis. Dia kenal dengan Nadia. Seorang gadis yang tidak akan mudah berganjak setelah kata putus diberikan.

“Aku boleh terima kalau dia sekadar marah aku, sebab aku tahu silap aku sebab cuti tak beritahu dia, tapi dia langsung tak ada hak nak babitkan ibu dengan arwah ayah aku dalam hal ni, dia ingat dia siapa nak babitkan ibu dengan arwah ayah, dia tak ada hak tau tak!”

Setelah mendengar penjelasan Nadia, Tiara terus sahaja menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Sekiranya Syafiq berada di hadapannya ketika itu mahu sahaja dia cekik leher lelaki itu. Harapan agar Nadia kembali bekerja di syarikat terus tertutup. Tiara mengeluh.

“Kenapa kau diam, kalau kau kat tempat aku pun kau mesti buat apa yang aku buat kan?” suara Nadia kedengaran di corong telefon.

“Memang la Syafiq ni nak kena dengan aku, ada saja benda yang dia buat menaikkan darah aku, tapi kau mana boleh tinggalkan syarikat ni Nad, banyak benda yang aku dengan Baby kena rujuk dengan kau, tambah-tambah soal Bandar Hijau tu, kalau kau ada kat syarikat ni senang kita orang nak rujuk kau,” Tiara sudah tidak tahu idea apa lagi yang harus dia gunakan untuk memastikan Nadia kembali bekerja di syarikat.

“Kau ni kan, bercakap macam aku ni beribu batu dari korang, aku berhenti
kerja je, aku stay lagi kat rumah tu, kalau ada apa-apa kita bincang sajalah kat rumah, aku dah malas la nak dengar Lion King tu maki hamun aku, sakit hati aku tau tak! Silap hari bulan betul-betul ada orang yang kena bunuh dengan aku,”

“Macam nilah, aku try bercakap dengan Syafiq biar dia minta maaf dengan kau, pujuk kau balik kerja dengan dia, boleh?” Tanya Tiara. Kedengaran suara Nadia sedang ketawa di corong telefon.

“Lion King tu nak minta maaf dengan aku, nak pujuk aku kembali kerja dengan dia, jangan harap la Tia, ego dia tu mengalahkan ego aku tau tak, korang selalu cakap aku ni degil sedangkan Syafiq tu lebih degil dari aku,”

“Nak tak?” Tanya Tiara kembali,

“Nak apa?”

“Kalau Syafiq tu datang minta maaf dengan kau dan pujuk kau kembali kerja dengan dia, kau nak tak terima kerja tu balik?”

“Tengoklah dulu macam mana, malas la aku nak bercakap pasal Lion King tu lagi, aku naik rimas dengar nama dia, ok la, kau buatla kerja kau, aku tinggal dekat rumah ibu kot dua tiga hari,”

“Yalah, bye!”

“Bye!”

“Kenapa ni?” tanya Baby masih belum tahu apa yang terjadi.

“Nad letak jawatan,”

“What!”

********************

Syafiq langsung tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada kerja yang sedang dia lakukan pada ketika itu. Entah mengapa bayangan Nadia sering sahaja muncul dalam kepalanya. Sepanjang hari ini sudah berapa kali dia merasakan perbuatannya kali ini agak melampau. Dia tahu kali ini dia terlampau tegas dengan setiausahanya itu.

Syafiq menolak kesemua fail yang terdapat di depannya ke tepi. Dia harus berehat. Kepalanya berserabut. Tiba-tiba dia merasakan dia tidak mampu untuk melakukan semua kerjanya itu seorang diri. Dia merasakan seperti dia kehilangan sesuatu. Namun dia sendiri sebenarnya langsung tak pasti dengan apa yang dirasakan olehnya ketika itu. Apa yang dia tahu fikirannya cukup kacau.

“Kenapa aku tiba-tiba rasa bersalah pulak, lagipun dia sendiri yang nak berhenti, bukan aku yang buang dia pun,” bicara Syafiq seorang diri. Kemudian dia terpandang mug yang berisi kopi panas yang dibancuh sendiri sebentar tadi. Mug yang berisi kopi panas itu dicapai dan dia menghirup perlahan kopi tersebut sambil matanya terpejam rapat untuk menikmati aroma kopi yang selama ini banyak membantu dia memberikan kesegaran sepanjang hari.

“Apa yang tak kena dengan kopi ni ek? Apa yang minah tu dah letak dalam kopi aku selama ni, kenapa rasa dia tak sama,” ngomel Syafiq sendirian.

“Boleh aku masuk?” Tiba-tiba terjengul kepala Tiara di pintu bilik pejabatnya. Syafiq agak terperanjat lalu dia meletakkan mug di tepi meja lantas bangun dari tempat duduknya.

“Bos, bos buat apa kat sini, kenapa bos tak call saja saya, saya boleh pergi ke pejabat bos,” Tanya Syafiq. Dia berjalan menuju ke arah Tiara yang sudahpun berjalan masuk ke pejabatnya. Raut wajah gadis itu langsung tidak kelihatan mesra seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang ingin majikannya itu berbincang dengannya dan ianya kelihatan agak serius. Seketika kemudian dia mengangguk faham.

“Oh, jadi bos dah tahu cerita la ni, kenapa dia datang mengadu dengan bos ke?” Tanya Syafiq mulai berprasangka buruk terhadap Nadia.

“Come on Syafiq, hari pertama kau kerja dengan aku, aku dah hulurkan salam persahabatan dengan kau kan, dan kau pun setuju untuk bersahabat dengan aku, sepatutnya kalau kau sahabat aku, kawan aku, kau kena la tolong aku, bukannya buat aku pening kepala,” Tiara bersuara dan terus berjalan menuju ke kerusi Syafiq lalu melabuhkan punggung di situ. Syafiq hanya mampu memerhati.

“Kenapa? Apa yang aku dah buat, kalau kau datang ke sini sebab Nadia, aku nak tegaskan dekat sini, bukan aku yang buang dia tapi dia yang letak jawatan,” Syafiq mengangkat kedua-dua belah tangannya menandakan dia tak bersalah.

“Ya, aku tahu dia yang letak jawatan, look, kau jangan salah faham, aku datang jumpa dengan kau ni bukannya sebab Nadia datang mengadu dengan aku tapi aku dapat tahu daripada staff yang ada kat sini, come on Syafiq, bukan kau tak tahu, isu kau yang suka sangat tukar secretary memang dah jadi isu sensasi kat sini, setiap kali kalau secretary kau kena buang ataupun letak jawatan satu Friends Coperation tahu, kau tahu kan?” Tanya Tiara kembali. Dia terpaksa berbohong dengan lelaki tersebut memandangkan dia terpaksa merahsiakan siapa Nadia sebenarnya. Dia tidak mahu lelaki yang sedang berdiri berhadapan dengannya tahu bahawa dia dengan Nadia sebenarnya bersahabat baik. Syafiq hanya mencebik. Kemudian dia menjungkit bahu. Dia malas nak fikir mengenai perihal dirinya yang selalu mendapat perhatian di syarikat tersebut.

“Habis tu, kau nak suruh aku buat macam mana?” Tanya Syafiq terus menarik kerusi berhadapan dengan Tiara dan duduk.

“Aku nak tanya kau sikit? Selama ni aku ni berlembut sangat dengan kau ke?” Tanya Tiara kembali. Soalan Syafiq hanya dibiarkan tergantung tanpa sebarang jawapan.

“Maksud kau?” Syafiq langsung tidak memahami dengan soalan yang baru sahaja diajukan olah Tiara.

“Maksud aku, aku sendiri sebenarnya rasa yang aku ni sebenarnya berlembut sangat dengan kau, suka sangat beri muka dengan kau, macamlah kau dengan aku ni ada hubungan istimewa pulak ya, jadi….

“Jadi apa?” Syafiq terus memotong apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan ayat yang sedang dituturkan oleh Tiara.

“Jadi aku nak kau pujuk kembali Nadia kerja dengan kau, aku tak nak kau keluarkan duit syarikat buat iklan baru just nak cari secretary perfect yang kau idam-idamkan, aku tak benarkan! No more new secretary? Do you got that?” Tanya Tiara dengan cukup tegas. Sebaris senyuman langsung tak terukir di wajah gadis itu. syafiq terlopong mendengar arahan yang baru sahaja diterimanya.

“Aku? Pujuk Nadia, no way! No..no…never!”

“Oh, jadi kau tak nak la ni ek?” Tanya Tiara.

“No, buat apa aku nak pujuk dia kembali kerja dengan aku, dia yang sala, dia yang letak jawatan, lagipun bukan aku suka-suka sangat nak marah dengan dia, dia yang tak datang kerja tanpa beritahu aku sepatah, dia ingat syarikat ni dia yang punya apa! Tak, aku tak mungkin pergi pujuk dia balik kerja dengan aku! Tak mungkin!” Syafiq berkata dengan tegas. Dia terus bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke suatu sudut pejabatnya dan berdiri di situ membelakangi Tiara.

“Kau yang cakap tak mungkin, tapi aku akan mungkinkan apa yang tak mungkin tu, sebab aku nak kau kena jugak pujuk Nadia datang kerja balik dengan kau, aku bagi dua pilihan saja dekat kau, kau pujuk Nadia datang balik kerja dengan kau ataupun aku cari akauntan lain yang tak merugikan syarikat dengan buat benda-benda yang merepek macam kau selalu buat, kau jangan ingat aku bergurau, kalau kau rasa kau mampu cari syarikat yang mampu bertahan dengan kerenah kau macam syarikat aku ni, ok!Tak payah pujuk Nadia,” akhirnya Tiara memberi kata putus. Dia bangun dan menuju ke pintu. Itu sahaja jalan terakhir yang boleh dia lakukan untuk memastikan Nadia terus bekerja di syarikat.

“It’s so mean!” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Syafiq ketika itu.

“I don’t care, aku dah banyak berlembut dengan kau Syafiq, semua kehendak kau aku ikut, but not this time!” ujar Tiara perlahan. Syafiq hanya menoleh dan memerhati Tiara dengan perasaan yang bercampur baur.

“And you know what, aku memang tak rapat dengan Nadia, tapi aku rasa aku tahu kenapa dia tak datang kerja hari tu,” Tiara bersuara sebelum sambil sebelah tangannya memegang tombol pintu pejabat Syafiq. Kali ini kata-kata Tiara menarik minat Syafiq lalu lelaki itu menoleh kemudian berjalan menuju ke arah Tiara.

“Kenapa?”

“Hari tu tiga haribulan tiga kan, suatu tarikh yang cukup mudah untuk diingati, hari tu hari jadi ayah dia….

“So, kalau hari jadi ayah dia, dia tak payah datang kerja, tak payah beritahu aku kalau dia tak nak datang kerja begitu?” potong Syafiq kemudian tersenyum lucu. Macam la Nadia seorang sahaja yang mempunyai ayah di dunia ini.

“Dan juga hari kematian ayah dia!” Tiara menghabiskan ayatnya. Syafiq terlopong seketika.

“What!” hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya ketika itu.

“Masa tu aku dengan dia boleh dikatakan rapat juga lah, masa tu kami form five, Nadia pula heboh bercerita yang dia tak sabar nak balik rumah sambut birthday ayah dia, tapi belum sempat sesi persekolahan habis, kami semua dikejutkan ayah dia meninggal dunia akibat serangan jantung, sampai sekarang aku masih ingat tarikh dan peristiwa tu,” beritahu Tiara sedikit sebanyak mengenai kisah hidup Nadia kepada Syafiq. Syafiq hanya mendiamkna diri.

“Aku tahu mungkin kau tak akan rasa apa-apa bila aku cakap semua ni, mungkin bagi kau perkara yang dah lama berlaku biarkan saja ia berlalu, tapi kau kena ingat tak semua orang boleh lupakan peristiwa yang dah lama berlaku dalam sekelip mata sahaja, mungkin bagi Nadia sampai sekarang dia masih belum dapat melupakan peristiwa sedih tu,”

“Dah la Syafiq, aku penat nak layan kerenah kau lagi, kalau kau rasa kau boleh cari kerja dekat syarikat lain, kau teruskanlah dengan sifat degil dan keras kepala kau tu, aku malas nak ambil tahu,” Tiara terus membuka pintu dan keluar meninggalkan Syafiq yang masih kaku tanpa sepatah kata.