Saturday, November 12, 2011

DIA SEGALANYA BAB 1

BAB 1

“Kau ok ke? Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau macam susah hati je?”Fatima kawan karib suraya yang entah dari mana datangnya tiba-tiba bertanya. Suraya yang sedang termenung menoleh lantas melemparkan senyuman yang manis untuk rakannya itu.

“Aku ok je, aku cuma penat sikit, kau kan tahu exam dah nak dekat, aku tak nak nanti aku gagal pulak?” jawab Suraya tenang. Fatima tersenyum lantas duduk di sisi Suraya di salah sebuah bangku di bawah pokok di tepi padang kampus. Mata Suraya lebih tetumpu kepada sekumpulan penuntut lelaki sedang bermain ragbi.

“Pelajar yang rajin macam kau ni takkan la gagal, tambah pula student kesayangan pensyarah kat kampus, bukan itu sahaja kalau kita ada klinikal pun kau akan jadi kesayangan doktor kat hospital terutamanya doktor muda,” laju sahaja Fatima bersuara. Suraya hanya mendengar sambil tersenyum. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Dia sudah lali mendengar ayat yang sebegitu dari mana-mana rakan sekuliahnya. Termasuklah rakan karibnya Fatima, dia tahu Fatima sekadar mahu bergurau dengannya tetapi kalau rakannya yang lain dia kurang pasti. Dia sering dikatakan mendapat markah yang tinggi dalam setiap ujian semester kerana pandai membodek pengajar yang mengajar setiap subjek. Namun dia tidak peduli, apa yang dia tahu dia telah berusaha sebaik yang mungkin dan dia sentiasa yakin Allah akan membantu setiap hambanya yang berusaha.

“Kalaulah apa yang kau cakap tu semuanya betul, tak payahlah aku nak penatkan diri aku belajar siang dan malam sampai kepala pun dah naik pening. Eh, kau tahu tak, bulan depan Along aku nak balik.” Suraya mengubah topik perbualannya. Sebenarnya, perkara itulah yang membebankan fikirannya sejak kebelakangan ini.

“Oh, sekarang baru aku tahu kenapa kau termenung tadi. Kau fikir pasal benda ni kan? Kalau Along kau nak balik itu maksudnya Angah kau pun balik juga kan?” Fatima meneka. Suraya hanya mampu mengangguk. Fatima terlampau rapat dengannya sehinggakan dia sukar untuk menyembunyikan sesuatu daripada gadis itu. Fatima tahu tentang segala-galanya termasuklah satu rahsia yang orang luar langsung tidak tahu mengenainya.




“Aku sebenarnya happy sangat, sebab dah lima tahun aku tak jumpa dengan Along aku. Kami sekadar berbual dengan email, sekarang ni facebook pula. Lepas tu kadang-kadang kalau aku dah rindu sangat nak tatap wajah dia kami berbual dengan webcam, cuma Angah aku saja yang langsung tak pernah berhubung dengan aku, malah wajah dia pun dah bertahun aku tak tengok. Tapi nak buat macam mana, aku tahu dia memang tak sukakan aku, masih bencikan aku sejak dulu sampailah sekarang, tambah-tambah bila dia dah tahu kedudukan sebenar aku dalam keluarga tu” Suraya bersuara sambil mengeluh perlahan. Fatima menggosok lembut belakang kawan karibnya itu. Dia faham situasi Suraya malah dia kagum dengan Suraya yang mampu menghadapi dugaan yang menimpanya dengan hati yang terbuka. Gadis itu cukup tabah malah mempunyai semangat dan kekuatan dalaman yang tinggi. Dia sendiri kadang-kadang tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kapadanya sekiranya dia berada di tempat Suraya.

“Itu lima tahun dahulu, mungkin sekarang Angah kau dah matang dan sudah lupakan semua tu, manalah kita tahu kan, kau jangan la susah hati sangat pasal ni, nanti kau hilang tumpuan untuk belajar pulak, kau sendiri cakap tadi kan exam dah dekat.” Fatima hanya mampu memberikan kawannya itu kata-kata semangat. Dia tahu Suraya mampu mengatasinya walaupun tanpa nasihat darinya tapi sebagai seorang sahabat yang tahu segala-gala tentang kisah Suraya dia rasa bertanggungjawab untuk membuatkan Suraya sentiasa ceria dan gembira.

“Mungkin, tapi kau tak kenal dengan Angah aku tu, dia seorang yang sensetif dan pendendam, perangainya susah sangat nak tafsir, kalau dia nak lakukan sesuatu dia tak pernah nak fikirkan baik buruk benda tu, apa yang dia tahu asalkan benda yang dia buat tu mampu memuaskan hatinya, entahlah aku kalau boleh malas nak fikirkan tentang dia tapi dia pun sebahagian dari hidup aku jugak, aku tak akan dapat lari dari dia” Suraya meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya. Dia cuba untuk membayangkan wajah abangnya yang tengah itu. Sudah lama sangat dia tidak melihat wajah abangnya yang kedua itu. Alangkah bagus sekiranya along dan angahnya dilahirkan sebagai kembar seiras tetapi sudah ditakdirkan Tuhan, Along dan Angahnya memang dilahirkan kembar tapi langsung tidak seiras.

“Insya-Allah, dia dah berubah, dah la apa kata kalau kita ke cafe, aku belanja kau minum, nak?” ajak Fatima ingin memujuk rakannya dari berterusan memikirkan masalah yang entah bila akan selesai.

“Belanja minum je, makan tak nak belanja?” usik suraya. Fatima hanya tersengeh sambil menunjukkan isyarat yang duitnya tidak mencukupi. Suraya tersenyum, dia tahu dalam soal wang dia amat bertuah. Rakan-rakannya termasuklah Fatima terpaksa
bergantung kepada duit pinjaman untuk meneruskan kehidupan di kampus tetapi dia ada segala-galanya, dia hanya perlu memasukkan kad sahaja untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Setiap bulan dia pasti akan menerima wang saku daripada papanya yang tak pernah terlupa untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya. Kadang-kadang dia rasa serba salah, apatah lagi apabila mengetahui siapa dirinya yang sebenarnya.

“Apa kata kalau kau belanja aku minum, lepas tu aku belanja kau makan, nak tak?” ujar suraya.

“Ok, set, tak nak ajak Iwan sekali ke?” giliran Fatima pula mengusik.

“Apasal pulak aku nak ajak dia makan, kau jangan Ima, aku tak nak kena serang dekat si Mila tu, kau kan tahu yang awek Iwan tu kuat sangat cemburunya, nanti tak pasal-pasal aku kena maki hamun , aku juga yang naya nanti,” ujar Suraya yang teringatkan teman wanita kepada salah seorang teman sekuliahnya yang dikatakan meminati dirinya dalam diam. Dia sebenarnya bukan takut sangat dengan Mila tu tetapi dia tak berminat untuk bercinta dalam situasi dia yang masih lagi seorang pelajar. Dia takut dia akan hilang tumpuan terhadap pelajaran. Lagipun tidak ada seorang pun lelaki yang setakat ini boleh membuatkan dia resah dan dalam masa yang sama boleh membuatkan jantungnya berdegup pantas.

“Eleh si Mila tu budget dia tu lawa sangat, harapkan pakaian je seksi buat apa? Aku tahu yang si Iwan tu dah naik menyampah dengan Mila, kuat cemburu dengan ngada-ngada yang buat orang semua meluat tengok dia, aku juga tahu yang si Iwan tu minat kat kau, kau kan lawa, cantik, sopan, siapa yang tak nak? Lelaki zaman sekarang ni Su, sukakan perempuan yang boleh jadi isteri yang solehah, yang sentiasa ikut perintah suami dan sentiasa menghormati suami, macam kau yang telah membuatkan separuh lelaki dekat kampus ni terkejarkan kau, tapi kau tu yang memilih sangat, entah lelaki yang macam mana jadi idaman kau, aku pun tak tahu.” Panjang sahaja Fatima bersuara. Suraya hanya memandang tepat ke arah Fatima tanpa berkelip.

“Amboi, bercakap dah sebijik macam mama aku, sedap kau mengata aku ek, kau tu, aku dengar si Borhan tu tangkap cintan gila kat kau, kau tak layan pun, apa kes?” Suraya membidas kata-kata Fatima. Sekadar mahu mengusik gadis itu.

“Si Borhan budak skima tu, tak nak la aku, skima nak mampus, mana-mana dia pergi asyik dengan pakaian kasual dia tu, yang aku paling menyampah sekali tak sekali pun dia terlupa nak pakai tye, asyik-asyik tye, kalau sesuai dengan pakaian yang dia pakai tak apalah juga, tapi warna tye entah apa-apa,” muncung saja mulut Fatima bercerita tentang Borhan, budak yang sentiasa lurus dan digelar ‘budak skima’.

“Hish kau ni! Kalau bab mengomen pasal orang nombor satu, skima-skima si Borhan tu pun, dia sering dapat markah tinggi dalam exam tau, dan setiap kali ada klinikal kat hospital dia yang sering dapat pujian dari doktor, pesakit pun ramai puji dia, kau jangan benci sangat kat dia Ima, nanti dengan kuasa Tuhan, kau jatuh cinta dengan dia, waktu tu baru kau tahu yang langit tu tinggi atau rendah,” bicara Suraya ikhlas. Dia suka dengan Borhan walaupun ramai penuntut tak suka berkawan dengan Borhan. Bagi Suraya Borhan seorang yang sangat jujur dalam segala hal. Dia tak suka bermuka-muka macam budak lain, tambahan pula sikap Borhan yang ringan tulang. Dia tak pernah berkira walaupun orang yang dalam kesusahan itu pernah berbuat jahat padanya.

“Kau jangan Su, masin mulut kau nanti, aku juga yang naya,”

“Apa yang naya pulak, kau bertuah kalau dapat dia tau, aku yakin Borhan tu jenis yang setia tak macam sesetengah lelaki yang suka tanam tebu kat bibir, manis saja bila berjanji, last-last, habis madu sepah dibuang,”

“Dah la, jangan la kau cakap lagi, mulut kau tu kadang-kadang masin, aku tak nak la nanti aku betul-betul jatuh hati kat Borhan pulak,”

“Tahu tak apa!” Suraya tergelak melihat muka Fatima yang seakan-akan mahu menangis. Dia tahu Fatima seorang yang mudah sangat terguris perasaannya dan mudah sangat untuk menangis.

2 comments:

  1. best... x sabar nk move next chapter.. sha.. kambate...

    ReplyDelete
  2. berapa bab agaknya cerita ni...@bluescarf

    ReplyDelete