Saturday, November 12, 2011

DIA SEGALANYA BAB 2

BAB 2




Faizal tersenyum seorang diri melihat telatah adik kembarnya yang asyik bersiul dari tadi. Sejak dua tiga hari kebelakangan ini dia nampak perubahan Faizul yang tiba-tiba sahaja berubah tingkah lakunya. Memang dia akui adiknya itu seorang yang ceria tapi kali ini cerianya lain sedikit. Adiknya itu sering sahaja tersenyum seorang diri malah yang paling tidak disangkanya adiknya yang tak pernah masuk ke dapur untuk masak, tiba-tiba sahaja belajar memasak.

“Kau ni kenapa Long?” tanya Faizul yang mulai perasan perihal abangnya yang sedang memerhatikan telatahnya sambil tersenyum.

“Soalan tu sepatutnya aku yang tanya pada kau Ngah. Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau happy jer, kenapa? Alice nak peluk Islam eh?” usik Faizal yang teringatkan salah seorang gadis Inggeris yang rapat dengan adiknya. Dia tahu mustahil gadis yang liar macam Alice tu akan memeluk Islam. Gadis itu tak pernah menunjukkan dia meminati Islam walaupun dia pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Faizul.

“Aku happy pun salah ke? And one more thing, aku dengan Alice just a friend, tak lebih dari tu,” ujar Faizul yang agak terasa hati dengan gurauan abangnya itu, dia tahu dia rapat dengan Alice, malah ramai teman-teman karibnya menyangka dia bercinta dengan Alice.

“Kau saja yang anggap dia macam tu, tapi dia, dia langsung tak anggap kau berkawan dengan dia, kau tak ingat hari mama dan papa datang ke mari yang Alice tiba-tiba muncul depan pintu dan beritahu mama dan papa yang dia nak kahwin dengan kau?” Faizal mengimbas kembali peristiwa hari kedatangan mama dan papanya ke England melawat mereka tahun lepas. Sebaik sahaja mama dan papanya masuk ke rumah, loceng pintu apartment mereka tiba-tiba berbunyi. Apabila Faizal membuka pintu, Alice terus meluru masuk dan memberitahu mama dan papanya yang dia nak kahwin dengan Faizul. Apa yang melucukan, Alice berbicara dalam bahasa Melayu. Entah dari mana dia belajar Faizal pun tak tahu. Rentetan peristiwa itu jugalah dia terpaksa mendengar bebelan dari mamanya yang memarahi dia kerana dikatakan tidak mengawasi pergaulan Faizul.

“Itu dulu eh, aku nak keluar petang ni, shopping, kau nak ikut tak?” ajak Faizul sekadar berbasa basi dengan abangnya. Dia tahu abangnya itu pasti menolak.

“Apa kena dengan kau ni, tak habis-habis lagi shopping, kau ingat sebiji kapal terbang tu kita yang punya ke nak beli satu gedung shopping kompleks buat balik ke Malaysia, shopping mengalahkan perempuan, apa yang kau beli, aku tak pernah tengok pun barang-barang apa yang kau beli?” tanya Faizal. Itu lagi satu perangai adiknya sejak kebelakangan ini yang mebuatkan dia rasa pelik sangat.

“Alah, sekali sekala apa salahnya, lagipun dah lima tahun kita tak balik Malaysia kan, apa salahnya kalau aku nak shopping untuk mama dan papa,” jawab Faizul cuba berselindung dari perkara yang sebenar. Barang apa yang dia beli biar dia saja yang tahu dan dia memang suka berbuat demikian.
“Kau nak shopping untuk mama dan papa, biar betul, untuk adik tak ada ke?”tanya Faizal yang sedang cuba menduga adiknya itu. Wajah Faizul serta merta berubah. Dia tidak tahu reaksi yang bagaimana harus dia tunjukkan apabila abangnya menyebut mengenai seseorang yang sudah lima tahun dia tidak ketemu.

“Kau ni Long, kalau tak hilangkan mood aku petang-petang macam ni tak boleh ke? Buat apa aku nak shopping untuk dia, lagipun apa yang ada kat sini yang sesuai untuk dia? Pakaian? Semua pakaian dekat sini up to date, apa yang ada untuk sesuaikan dengan stail dia yang out of date tu?” selamba saja Faizul bersuara. Tetapi kata-katanya itu langsung tak mendatangkan kemarahan Faizal. Faizul agak hairan, biasanya abang kembarnya itu paling pantang kalau ada sesiapa cuba memperlekehkan adik bongsu kesayangannya.

“Mana kau tahu adik tu still macam dulu, dah lima tahun kau tak jumpa dengan dia tau, mama dengan papa datang sini pun dia tak pernah nak ikut, aku rasa sekali kau pandang dia lepas ni baru kau tahu yang adik kita tu cantik! Cantik sangat-sangat, nasib baik la aku fikir tu dia tu adik kita kalau tak mahunya aku pikat dia jadi girlfriend aku, jangan kau pulak yang terpikat dengan dia lepas ni sudah, dia tu adik kita tau,”panjang lebar Faizal bersuara. Puas hati dia dapat membidas kata-kata Faizul yang tak habis-habis anti dengan adik bongsu mereka.




“Habis tu kau tahu ke muka dia macam mana sekarang ni? Kau pun tak pernah jumpa dia jugak selama ni kan?”

“Memang aku tak pernah jumpa dia face to face, tapi sekarang ni zaman dah canggih bro, webcam ada, skype ada, facebook lagi, mudah je aku nak tengok muka adik kita tu macam mana, kau je yang yang tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu!” Faizal puas mengenakan adiknya itu. Wajah Faizul serta merta berubah. Ada reaksi muka tak puas hati di situ. Tiba-tiba sahaja perasaan marahnya datang. Marah kerana apa dia sendiri tidak pasti.

“Malaslah aku nak melayan kau Long, aku nak keluar, kalau aku tak balik malam ni jangan call aku, aku ada hal sikit,”ujar Faizul lantas melangkah ke arah pintu dan terus hilang dari pandangan Faizal. Faizal tersenyum melihat telatah adik kembarnya itu. Dia tahu adiknya agak marah dengan apa yang dia beritahu sebentar tadi. Apa tidaknya selama ini Faizul tak pernah mengetahui yang dia sering sahaja berhubung dengan adik bongsu mereka melalui kemudahan internet.

*************************

Suraya berjalan seorang diri menuju ke arah kereta Honda Jazz yang sedang menunggu di parking. Dia baru sahaja selesai membeli beberapa buah buku yang diperlukannya. Belum sempat dia sampai ke tempat letak kereta tersebut, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh, dia terpandang seseorang yang agak keberatan untuk dia ketemu. Bukan dia tidak sukakan lelaki itu tetapi dia rasa tidak selesa setiap kali berhadapan dengannya. Baginya lelaki itu seorang yang terlalu sopan apabila berbicara dengannya. Kadang-kadang apabila berhadapan dengan lelaki itu dia dapat merasakan yang dia tidak boleh menonjolkan siapa dirinya yang sebenarnya. Dia rasa terbatas. Dia tidak suka dengan keadaan yang sedemikian. Walaupun dia cuba untuk menjadi dirinya yang sebenar apabila di samping lelaki itu namun percubaanya sering kali gagal. Sama juga dengan kali ini, dia akan cuba berlagak biasa, dia akan cuba mengawal perasaan malunya dan tunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

“Oh doktor, doktor buat apa kat sini?” tanya Suraya sebagai pembuka bicara sambil memberikan senyuman yang manis.




“Assalamualaikum Suraya,”

“Oh, maaf, Waalaikummussalam……saya terlupa!” Suraya ikhlas mengaku kesalahannya yang berbicara tanpa memberikan salam terlebih dahulu seperti yang selalu dia lakukan selama ini.

“Ni salah satu kenapa saya suka sangat berkawan dengan Suraya, Suraya tak pernah terlupa untuk meminta maaf setiap kali Suraya tersilap melakukan sesuatu,” ujar doktor muda yang baru sahaja dilantik sebagai doktor sah di salah sebuah hospital kerajaan.

“Alah doktor ni, apalah sangat kata maaf tu kalau kita betul-betul buat kesalahan, tak salah kalau kita ucapkannya walaupun kerap kali, kata-kata maaf ni kadang-kadang ubat yang paling mujarab untuk kita cepat sedar akan kesalahan yang kita lakukan,” bicara Suraya lembut. Doktor muda yang sedang berdiri di hadapannya lantas tersenyum manis sambil memandang tajam ke arah Suraya. Suraya pula tidak selesa apabila dipandang begitu.

“Saya kalau bercakap dengan Suraya pasti ada sahaja benda baru yang saya belajar dari Suraya,”

“Doktor ni terlalu kasual sangat la bila berbual dengan saya, saya yang rasa tak selesa pula, dah berapa kali saya cakap, kalau doktor ni kawan saya, pangil saya Su sahaja,” Suraya mengingatkan semula doktor muda di depannya itu agar memanggil nama panggilannya setiap kali berbicara dengan dirinya.

“Habis tu Suraya, ops! Su pula dah berapa kali saya kata hilangkan title doktor tu apabila kita berbicara selain dari urusan kerja ataupun Su memang susah sangat nak sebut perkataan Shah?”

Suraya tersengeh mendengar kata-kata doktor muda yang bernama Shahrul Fahmi itu. Sekali lagi dia terkena. Shahrul pula terpesona melihat sengehan tersebut. Entah mengapa dia merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh gadis itu elok di matanya. Dia rasa bertuah sangat kerana dapat berkenalan dengan Suraya sewaktu gadis yang tinggi lampai itu membuat klinikal di hospital.

“Saya dengan doktor lain, doktor memang layak untuk dipanggil doktor, jawatan tu dah sah ada pada doktor, tambahan pula doktor banyak bantu saya masa saya buat klinikal dekat hospital dan doktor dah boleh dikatakan salah seorang guru saya, sebagai seorang murid atau pelajar, title tu tak boleh dihilangkan sebab title tulah yang menunjukkan rasa hormat anak murid kepada gurunya, tak begitu doktor?”

“Awak memang tak pernah kalah eh bila time bercakap, ada saja benda yang dijawabnya dan setiap kali itu jugalah saya kalah dengan Su, apa-apa sajalah Su, awak nak panggil saya doktor ke apa ke, asalkan awak tetap sudi berkawan dengan saya sudah, itu pun dah memadai bagi saya,” ujar Shahrul tanpa banyak soal. Bercakap dengan Suraya dia rasa tak pernah jemu. Gadis itu mempunyai banyak ilmu pengetahuan selain dari ilmu perubatan yang dipelajarinya. Shahrul kagum dengan gadis itu. Kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu hatinya yang selama ini tak pernah terbuka untuk mana-mana perempuan tiba-tiba sahaja rasa ingin mencintai dan dicintai. Tetapi dia hanya memendam sahaja perasaannya itu. Dia takut gadis lembut itu akan hilang terus dari pandangannya sekiranya dia ditadirkan hanya bertepuk sebelah tangan.

“Doktor dari mana ni?” Tanya Suraya sekali lagi dan cuba megubah tajuk perbualan mereka. Suraya sebenarnya sudah agak lewat untuk pulang ke rumah. Dia sudah berjanji dengan mamanya untuk pulang dan menolong mamanya memasak.

“Saya baru jer selesai berjumpa dengan kawan saya tadi, bila saja saya keluar terjumpa pula Su, kita memang ada jodoh kan Su,” Shahrul cuba bergurau. Tapi sebenarnya di dalam hatinya dia berharap sangat yang bahawa kata-katanya itu akan menjadi kenyataan. Gadis itu cukup membuatkan dia resah. Dia tahu buat masa sekarang Suraya masih belum berpunya dan dia cukup takut sekiranya suatu hari nanti gadis impiannya itu akan menjadi hak orang lain.

“Doktor ni macam-macam la, maaflah doktor, terus terang saya katakan saya dah lewat sebenarnya ni, saya dah janji dengan mama saya nak balik makan,” Suraya berterus-terang. Lebih baik dia bercakap benda yang betul daripada menipu tambahan pula dia tak suka menipu, kalau dia cuba untuk menipu pasti riak mukanya akan berubah dan sekiranya orang yang mahu ditipunya itu rapat dengannya pasti rahsianya akan terbongkar.

“Oh iya ke? tak nak ajak saya makan sekali?”

“Hah…..emm……..

“Ish! Saya bergurau sajalah, mana boleh saya makan malam dengan ahli keluarga Su kan? Saya kan orang luar, kenapa? Su ingat saya serius ke tadi?” lucu rasanya Shahrul melihat perubahan muka Suraya yang nampak begitu panik dengan usikkannya. Suraya menghembus nafas lega dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Dia ingat doktor muda itu serius dengan apa yang dikatakannya.

“Doktor ni buat saya rasa serba salah saja, saya bukan tak nak ajak doktor tapi masanya tak sesuai, tunggulah satu hari nanti saya akan bawa doktor jumpa dengan family saya,” bicara Suraya ikhlas. Dia benar-benar maksud dengan apa yang diperkatakannya. Satu hari nanti dia pasti bawa doktor tersebut berjumpa dengan ahli keluarganya. Dia mahu semua ahli keluarganya tahu yang doktor itu banyak membantunya semasa dia buat klinikal di hospital.

“Betul ke Su, tak sabar rasanya saya nak menunggu hari tu, oh ya, saya ni asyik ganggu Su saja kan, dahla, Su baliklah dulu, nanti tertunggu pula mama Su tu,”

“Hai, macam nak menghalau saya pulak doktor ni? Dah tak sudi nak berbual dengan saya ke? Yelah, saya kan tak banyak cakap macam nurse yang selalu bersama doktor tu, saya ni membosankan, tak pe lah kalau macam tu, saya balik dululah.”

“Eh, apa pulak, tadi Su yang cakap yang Su ada hal kan?” wajah Shahrul berubah menjadi panik. Namun bertukar menjadi kehairanan apabila melihat Suraya tergelak kecil.

“Saya gurau sajalah doktor, doktor boleh bergurau dengan saya tadi jadi apa salahnya kalau saya pulak yang nak bergurau dengan doktor, tak salah kan?” manis sahaja raut muka Suraya yang menuturkan bicara tersebut. Shahrul terpegun seketika. Wajah inilah yang sering dirinduinya apabila klinikal Suraya di hospital selesai. Kalau diikutkan hatinya yang sering sahaja dilanda kerinduan itu, ingin sahaja dia meluahkan perasaannya pada Suraya dengan serta merta.

“Makin nakal awak sekarang ni ye?” bicara Shahrul, ingin sahaja Shahrul mencubit hidung Suraya yang mancung itu.

“Sekali-sekala apa salahnya kan, tak apalah doktor, saya betul-betul kena pulang sekarang, nanti bila ada peluang, kita boleh berbual lagi, saya kena pergi dulu ni, Assalamualaikum…..”

“Insya-Allah, Waalaikummussalam!” Shahrul hanya memandang Suraya yang masuk ke dalam perut kereta dan kemudian kereta tersebut bergerak meninggalkannya. Dia tersenyum seorang diri. Entah bilalah, gadis itu bakal menjadi suri dalam hidupnya. Entah tercapai ataupun tidak. Dia berserah kepada Tuhan, namun dalam hatinya tetap berbisik yang dia perlu berusaha untuk mendapatkan gadis kesayangannya itu.

********************

Suraya tersenyum apabila terpandangkan wajah wanita yang cukup disayanginya yang sedang setia menunggunya di depan muka pintu villa mewah kepunyaan papanya. Sebaik sahaja keretanya memasuki perkarangan banglo mewah tersebut, pintu utama banglo itu terbuka dan terpacul seorang wanita yang cukup dikagumi oleh Suraya sejak dari kecil lagi. Wanita yang penuh dengan sikap penyabar dan sifat kasih-sayang.



Suraya menutup pintu kereta dan lantas berjalan mendapatkan mama kesayangannya. Wanita yang dalam lingkungan 50-an itu dipeluk dan diciumnya mesra. Datin Rafidah membalas perbuatan anak bongsunya itu. Sudah seminggu dia tak dapat bertemu dengan anak kesayangannya itu yang terpaksa tinggal di rumah sewa bersama rakannya kerana mahu menyiapkan kertas kerja yang perlu dibuat dan dihantar dengan segera.

“Mama sihat?”

“Mama sihat, bertambah sihat bila terpandang wajah adik.” Bicara Datin Rafidah dengan membahasakan Suraya dengan panggilan manjanya sejak dari kecil. Suraya tersenyum lantas menarik mamanya masuk ke dalam rumah. Dia turut merasa rindu terhadap mamanya. Dia jarang sangat berpisah dengan wanita itu.

“Assignment dah siap ke?” Tanya Datin Rafidah.

“Dah, tapi adik kena pergi balik rumah Fatima esok pagi, nak ambil pakaian adik, adik tak sempat nak kemaskan tadi, bila mama call jer adik terus datang sini, adik ingat nak balik malam ni, kenapa mama suruh adik balik sekarang, mama dah rindu sangat kat adik ek?” bicara Suraya manja sambil menghadiahkan ciuman mesra di pipi mamanya.

“Yelah, mama dah seminggu tak jumpa dengan anak bongsu kesayangan mama ni, tentulah mama rindu.” Datin Rafidah hanya mengiyakan apa sahaja yang dikatakan oleh anak kesayangannya itu. Walaupun pada hakikatnya bukan itu tujuan yang sebenar kenapa dia menyuruh Suraya pulang dengan segera.

“Ye ke? Entah-entah mama suka bila adik tak ada kat rumah, yelah mama tak payahlah nak layan kerenah adik yang selalu ngada-ngada ni kan?” gurau Suraya. Datin Rafidah tak menjawab sebaliknya dia menarik manja hidung mancung Suraya sehinggakan Suraya mengaduh kesakitan. Perasaan gembira pada saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia betul-betul bersyukur kerana telah dikurniakan anak perempuan yang cukup taat padanya. Baginya anak bongsunya itu terlalu sempurna buat dia dan suami sehinggakan kadang-kadang dia lebih menyayangi anak bongsunya itu dari dua orang lagi anak lelakinya yang masih di UK. Hanya menunggu untuk pulang semula ke Malaysia.

“Mama, tadi mama cakap dalam phone, mama nak suruh adik tolong mama masak, habis tu yang atas meja ni apa?” Suraya sudahpun berada di ruang makan yang tidak berapa jauh dari ruang tamu. Datin Rafidah agak terkejut dengan suara anaknya yang agak kuat dari ruang makan. Rupa-rupanya tadi fikirannya sudah jauh melayang sehinggakan dia langsung tak menyedari yang Suraya sudah tidak berada di depannya lagi. Dia berjalan perlahan ke arah anaknya sambil tersenyum manis.

“Mama saja jer cakap macam tu, sengaja nak suruh adik balik cepat, mama dah rindu sangat kat adik.”

“Adik pun rindu jugak, rindu sangat dekat masakan mama,” Suraya tak habis-habis lagi menyakat Datin Rafidah. Memang itu perangainya, dia suka melihat mamanya marah. Marah yang dianggapnya marah-marah sayang. Mamanya tak pernah memarahinya tanpa sebarang sebab yang munasabah.

“Amboi, rindu sangat dekat masakan mama saja ke? Mama adik langsung tak rindulah ye?”

“Kalau dekat mama, adik bukan sangat rindu tapi rindu yang teramat-amat rindu, adik rindu sangat nak tengok mama merajuk macam sekarang ni,” sekali lagi satu ciuman mesra singgah di pipi Datin Rafidah. Datin Rafidah tersenyum bahagia.

“Mama tahu adik mesti lapar kan? Mana papa ni, kata tadi dalam perjalanan pulang, tapi masih tak sampai lagi.” Rungut Datin Rafidah sambil kepalanya mengintai ke ruang tamu kalau-kalau suaminya itu sudahpun pulang. Namun batang hidung suaminya masih belum kelihatan.

“Alah mama, sekarang kan waktu pekerja rehat, mesti jalan tu jammed, tadi adik sendiri pun terperangkap dalam jammed, papa on the way la tu. Adik boleh tunggu la ma, perut adik pun bukannya lapar sangat, kita tunggu jer papa kejap lagi,” ujar Suraya ingin menenangkan mamanya yang sememangnya seorang wanita yang mudah sangat panik dan menggelabah.

Kemudian, terdengar suara enjin kereta memasuki perkarangan villa. Datin Rafidah terus sahaja meluru keluar dan diikuti oleh suraya yang menyusul mamanya dari belakang.

Datin Rafidah terus meluru mendapatkan suaminya dan tangan suaminya dicium mesra. Briefcase yang dipegang suaminya diambil. Suraya hanya tersenyum memerhatikan telatah pasangan bahagia tersebut. Dia cukup bertuah kerana dikurniakan keluarga yang sangat bahagia.

“Amboi anak papa yang sorang ni, tersengeh seorang diri kenapa? Ada la tu benda yang nak disakatnya,” tegur Datuk Rashid sambil tersenyum memandang anak bongsunya yang cukup disayangi dan dikasihinya. Pantas Suraya melangkah dan mencium tangan papanya.

“Ni ha, mama tunggu papa pulang, resahnya mengalahkan pengantin perempuan yang sedang menunggu pengantin lelaki yang tak kunjung tiba, sekarang muka mama pun mengalahkan pengantin yang sedang bersanding kat pelamin,” Usik Suraya bersahaja. Terus sahaja Datin Rafidah mencubit mesra lengan Suraya dan Suraya mengaduh sakit dan tersengeh.

“Dah la bang, kalau dilayan anak bongsu abang ni jawabnya sejuk la lauk yang dah siap dimasak kat dalam tu,” usik Datin Rafidah pula. Suraya hanya tersengeh dan lantas memaut lengan mamanya dan pipi mamanya dicium lagi. Datuk Rashid bahagia melihat telatah dua orang wanita yang cukup disayanginya di dunia ini.

********************

“Jom adik minum, mama dah gorengkan makanan kegemaran adik ni,” jemput Datin Rafidah apabila anak kesayangannya berdiri di sisinya yang sedang duduk di bangku simen yang dibuat khas untuk tempat rehat pada waktu petang. Suraya terus terpandang kea rah meja simen yang lengkap dengan tea panas dengan cempedak goreng kesukaannya.

“Wow! Ni yang buat adik sayang kat mama ni, papa tak jelous ke?” Tanya Suraya yang cuba untuk mengusik papanya pula.

“Kenapa pula papa nak jelous?” Tanya Datuk Rashid yang cuba menduga. Dia tahu perangai anak bongsunya itu yang suka sangat menyakat. Tetapi dengan perangai Suraya yang begitulah yang membuatka dia dan isterinya terlalu menyayangi Suraya dan merindui gadis manis itu setiap kali gadis itu berjauhan dengan mereka walaupun hanya untuk beberapa hari.

“Ye la, adik baru jer tak balik rumah beberapa hari tapi mama dah masak macam-macam makanan kegemaran adik, papa tak jelous ke?”

“Buat apa papa nak jelous dengan anak kesayangan papa yang sorang ni, kalau mama asyik masak makanan adik tiap-tiap hari pun papa tak jelous, asalkan anak papa ni sering ada depan mata papa,” ujar Datuk Rashid ikhlas. Dia terlalu menyayangi anak bongsunya itu. Anak itulah yang sering membuatkan dia dan isterinya tenang. Dengan perangai yang sopan-santun, sering mengikut cakap orang tua dan yang paling dia dan isterinya suka dengan perangai nak bongsunya itu adalah sifat manja dan ceria yang ada pada diri anaknya itu sejak dari kecil lagi. Malah perangai anak itu tidak sesekali berubah walaupun pelbagai masalah yang menimpa dirinya sejak dari kecil.

Suraya tersengeh mendengar pengakuan papanya itu dan jauh di lubuk hatinya dia berasa sangat terharu dengan pengakuan tersebut. Dia sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat menyayanginya. Suraya duduk di sisi mamanya dan lantas mencapai cempedak goreng lantas disuap ke mulut. Tiba-tiba sahaja wajahnya yang ceria bertukar murung. Datin Rafidah dan Datuk Rashid berpandangan, tentu ada sesuatu yang difikirkan oleh anak bongsunya itu dan mereka betul-betul berharap apa yang sedang difikirkan oleh anak bonsunya mereka tidak seperti yangada dalam benak fikiran mereka waktu itu.

“Adik, kenapa ni?” Tanya Datin Rafidah sambil menggosok bahu anaknya. Suraya tersentak. Dia tersenyum dan kembali menunjukkan wajah yang ceria. Rupa-rupanya perubahan wajahnya dapat dikesan oleh kedua orang tuanya.

“Tak ada apalah mama, adik ok jer, mama minggu depan, Along dengan Angah dah nak balik kan? Apa kata kalau adik tolong mama kemaskan bilik dia orang, lagipun adik tak ada kerja sekarang ni” Suraya menawarkan diri dan dalam masa yang sama dia tidak mahu mamanya bertanya soalan yang lebih lanjut.

“Jadi pasal tulah yang membuatkan adik tiba-tiba murung tadi? Sebab Angah nak balik?” Tanya Datuk Rashid. Datin Rafidah mengangguk bersetuju dengan soalan yang diajukan oleh suaminya. Suraya mengeluh, lain niat dihati lain pula yang terjadi. Tawarannya tadi semakin membuatkan kedua orang tuanya syak apa yang sebenarnya yeng sedang bermain di benak fikirannya di kala itu. Suraya hanya mempu mendiamkan diri. Kalau dia bersuara pasti dia berbohong, dan dia tak suka berbohong dengan kedua orang tuanya. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

“Dengar sini adik, bila Along dan Angah balik nanti, papa akan pastikan perkara itu tak kan diungkitkan lagi walaupun sekali di dalam rumah ni ataupun di mana saja, dan sekiranya ada sesiapa yang mengungkit perkara itu, tahulah papa nak uruskan nanti,” datuk Rashid bersuara tegas.

“Mama tahu, adik paling takut sekiranya Angah yang akan ungkit perkara tu macam yang sering dia lakukan sebelum ni kan, kalau Along mama percaya dia tak akan mengungkit perkara tu sebab sejak kecil lagi dia terlalu sayangkan adik, adik jangan bimbang kami janji perkara itu tak akan diungkitkan lagi, percayalah pada kami, mama dan papa tetap sayangkan adik sampai akhirat nanti,” suara Datin Rafidah mulai bergetar menahan sebak. Suraya pula hanya mampu tertunduk dan air matanya mulai gugur ke bumi. Dia tak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dia terhadap Allah s.w.t yang telah kurniakan kedua ibu-bapa yang terlalu menyayangi dirinya. Datin Rafidah mendapatkan anak bongsunya itu dan lantas dipeluk erat dan penuh kasih sayang. Datuk Rashid yang menyaksikan perkara tersebut berasa sangat terharu dengan kasih sayang isterinya yang terlalu menebal terhadap anak bongsu mereka. Dia pula memanjatkan kesukuran yang tidak terhingga kerana dikurniakan ‘anugerah’ yang tak terhingga.

4 comments:

  1. akak next n3..hhehee
    xsbr tggu smbgannya..=)

    ReplyDelete
  2. sis..dh xsbr nk bce smbungn ny ni..huhu..

    ReplyDelete
  3. sambung lagi dan lagi sha....
    windu kat suraya n faizul x ilang lagi ni.....

    ReplyDelete
  4. apakah kisah seterusnya...@bluescarf

    ReplyDelete