Tuesday, November 15, 2011

DIA SEGALANYA BAB 3

BAB 3

Faizal mundar mandir di ruang tamu apartmentnya seorang diri. Dia risau apabila kelibat Faizul masih belum muncul sedangkan waktu itu sepatutnya mereka sudahpun bertolak ke lapangan terbang. Pagi tadi Faizul meminta kebenarannya untuk keluar sebentar kerana ada urusan yang perlu dia uruskan. Yang menjadi tanda tanya pada Faizul apabila adiknya membawa sebuah kotak yang cukup besar bersama. Bila ditanya, Faizul sekadar memberitahu bahawa ada barang yang mahu dia tinggalkan kepada kawannya.

“Sorry Long, aku terlewat, ada hal sikit, kau dah angkut ke semua lagage aku?” Faizul tiba-tiba muncul dalam kekalutan.

“Ye la, nak harapkan kau, jawabnya terlepas la flight nanti, cepat la, kau pergi tengok balik dalam bilik kau tu takut ada apa-apa yang tertingggal, aku main angkut jer tadi masukkan dalam van kat bawah,”

“Ok!”

******************

Suraya termenung seorang diri di dalam biliknya. Banyak perkara yang sedang menghantui fikirannya. Pagi esok, abang-abangnya akan sampai ke rumah. Dia pula masih lagi serba salah sama ada mahu mengikut ibu bapanya untuk menjemput abang-abangnya di lapangan terbang. Sekiranya Alongnya sahaja yang pulang sudah pasti dia perasaannya bukan begini, tetapi kepulangan Angahnya bersama membuatkan perasaannya tidak menentu. Kepulangan lelaki itu pula bukan untuk sehari dua tetapi untuk selamanya. Dia pasti kehadirannya di lapangan terbang esok hari tidak akan disambut mesra oleh abangnya yang tengah itu. Hatinya kuat menyatakan bahawa abang tengahnya itu masih membencinya seperti dahulu.

Suraya bangun dan berjalan ke balkoni biliknya. Suasana pada malam hari yang dingin dan tenang tidak mampu menenangkan hatinya yang diruntun keresahan. Dia menoleh ke balkoni sebelah. Di situlah selepas ini bila-bila masa sahaja dia boleh terserempak dengan abangnya yang tengah sekiranya mereka keluar ke balkoni serentak. Bagaimanalah reaksi lelaki itu nanti yang terpaksa mengadap wajah yang dibencinya sejak dari kecil setiap hari. Dia masih lagi tertanya-tanya kenapa abangnya yang seorang itu tidak menunjukkan sifat dan reaksi yang sama dengan abang sulungnya apabila mengetahui hakikat yang sebenar mengenai status dirinya yang sebenar 8 tahun dahulu. Abangnya itu menunjukkan reaksi yang cukup mengejutkan ahli keluarga yang lain. Dia tiba-tiba memberontak sehinggakan sanggup lari dari rumah.

Sebaliknya, abang sulungnya hanya tersenyum dan langsung tak kisah dengan yang hakikat yang mengejutkan itu. Malah lelaki itulah yang banyak memujuk dirinya agar menerima hakikat itu dengan hati yang terbuka. Malah hakikat itu sedikit pun tidak akan mengubah pendiriannya dan kasih sayangnya terhadap seorang adik.

Suraya menangis seorang diri apabila terkenangkan peristiwa itu. Peristiwa yang cukup membuatkan dirinya sedih dan dalam masa yang sama dia cukup bersyukur. Suraya mendongak memandang bintang di langit, peristiwa lapan tahun dahulu mula menerjah kembali ke dalam fikirannya.

“Mama ni apa?” tiba-tiba sahaja Angahnya muncul dan menyoal mamanya yang sedang menonton televisyen bersama seisi keluarga. Mamanya yang terpandang sekeping kertas yang dipegang oleh Faizul terus sahaja merampas kertas tersebut dan menyorokkannya di belakang.

“Kenapa dengan kamu ni Angah, kan sudah berapa kali mama pesan jangan masuk kebilik mama, kenapa degil sangat ni?” marah mamanya. Dia dan abang Alongnya yang tidak tahu apa-apa hanya terpinga-pinga dengan reaksi mamanya yang tiba-tiba sahaja meninggikan suara. Papanya masih belum pulang dari kerja.

“Kenapa? Mama takut? Mama takut yang rahsia yang mama simpan selama ni akan terbongkar? Memang Angah dah agak dia ni memang tak ada kena mengena dengan keluarga kita,” kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan dari mulut Angahnya betul-betul membuatkan dirinya terpinga-pinga. Dia kurang jelas dengan apa yang baru selesai diperkatakan oleh abangnya itu.

“Apa yang sedang berlaku ni mama, kenapa Angah cakap adik tak ada kena mengena dengan keluarga ni?” Dia terus bertanyakan soalan. Hatinya mula tidak menentu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahun dirinya.

“Tak ada apalah dik, Angah mengarut saja tu, jangan dengar cakap dia,” suara mamanya bergetar. Jelas menunjukkan mamanya sedang menyembunyikan perasaann gementarnya ketika itu.

“Yalah dik, tak ada apa-apa, Angah mengarut saja tu, lagipun apa yang dia cakap tu tak logik langsung, jom dik kita naik, adik cakap tadi nak tanya sesuatu tentang kerja sekolah adik,” Alongnya pula cuba memujuk dia daripada bertanya dengan lebih lanjut.

“Nanti dulu, benda ni masih belum lagi selesai! Oh, sekarang semua orang cuba bela ‘orang luar’ ni, kau dah tahu lama pasal benda ni kan Long? Tapi kau cuba sembunyikan benda ni. Betul kan Long?” soalan yang diajukan Angahnya itu cukup membuatkan dia bertambah resah dan ingin mengetahui perkara yang sebenar. Dia memandang Alongnya yang mula kelihatan panik.

“Apa yang kau merepek ni, apa yang aku tahu, aku tak tahu apa-apa pun, dahlah dik, jangan dilayan orang gila ni, dia memang selalu saja nak cari pasal!” abang sulungnya cuba menarik tangannya namun dia merentap kasar. Dia mulai hilang sabar. Perkataan ‘ dia memang tak ada kena mengena dengan dengan keluarga ini’ dan juga ‘orang luar’ sudah cukup membuktikan bahawa memang ada sesuatu yang belum diketahui olehnya dan dia akan pastikan dia akan tahu semuanya pada malam itu.

“Apa ni mama, apa yang cuba Angah katakan sebenarnya, adik rasa benda ni ada kena mengena dengan adik, betul kan?”

“Adik jangan percaya cakap Angah ni,……..

“Memang ada kena mengena dengan kau, tak silap pendirian aku yang selama ini tak pernah sukakan kau, dari dulu lagi aku dapat rasakan yang kau bukannnya adik aku, kau faham tak, kau bukannya anak kandung papa dan mama!” Angahnya memotong kata-kata mamanya dan mengeluarkan kenyataan yang cukup membuatkan duanianya seakan-akan gelap gelita. Matanya berpinar-pinar. Seluruh tubuhnya menggeletar. Air matanya tanpa isyarat terus sahaja gugur membasahi pipi.

“Mama, betul ke?” nafasnya naik turun.

“Adik, dengar sini, memang apa yang diperkatakan oleh Angah tu betul, tapi itu tak akan mengubah apa-apa pun, adik tetap anak mama, anak bongsu mama!” mamanya turut sama mengalirkan air mata. Dia yang baru mendengar kenyataan mamanya itu semakin lembik dan hampir jatuh namun sempat dipegang oleh Alongnya.

“Kau dengar sendiri kan? Kau memang tak ada kena mengena dengan keluarga ni. Aku rasa baik kau keluar sahaja dari rumah ni!” Angahnya terus bersuara dengan kasar.

“Tak ada sesiapa pun yang akan keluar dari rumah ni! Dan tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubah hakikat yang adik tetap anak bongsu papa dan mama!” tiba-tiba sahaja suara garau milik papanya kedengaran. Dengan wajah yang bengis papanya memandang Angahnya. Kemudian papanya terus mendapatkan dirinya dan dipeluk erat. Hanya suara tangisannya sahaja yang kedengaran ketika itu.

“Memang Angah dah agak, papa tetap akan sebelahkan orang luar ni, papa dan mama memang tak adil! Papa dan mama lebih sayangkan dia ni dari anak sendiri! Apa yang ada pada dia ni? Apa yang ada pada anak pungut ni?!” serentak dengan itu kedengaran satu tamparan yang cukup kuat. Rupa-rupanya papanya yang sedang memeluk dirinya sempat mengangkat tangan kanannya dan menampar pipi Angahnya. Semua terkedu, dia pula masih lagi teresak-esak menangis.

“Dengar sini, mulai hari ni, papa tak nak dengar sesiapa pun mengungkit kembali tentang siapa diri adik yang sebenarnya, adik tetap anak bongsu papa dan mama, dan kalau sekali lagi papa dengar ada sesiapa yang pertikaikan hakikat ini, tahulah macam mana papa uruskan! Semua faham?!” Suara papanya bagaikan halilintar.

“Papa memang tak adil! Angah benci papa!” Angahnya itu bersuara kuat lantas berlari memanjat tangga meninggalkan mereka semua di ruang tamu. Peristiwa itu telah membuatkan dirinya dilanda perasaan rendah diri, serba salah dan malu.

Pada malamnya sewaktu dia sedang menangis seorang diri di bilik, abangnya yang sulung datang sambil menguntumkan senyuman kepadanya.

“Adik nak tahu kenapa Along tak kisah langsung dengan benda yang terjadi tadi, sebab dari kecil lagi, Along sangat sayangkan adik, adik adalah adik kesayangan Along, walau apa pun yang terjadi, adik tetap adik Along, sampai bila-bila!”
“Tapi kenapa Along tak beritahu adik, Along tahu perkara ni sejak awal lagi kan?”
“Itu semua tak penting, yang penting adik tetap adik kesayangan Along, biar apa orang lain nak kata, adik tetap anak bongsu keluarga ni, anak bongsu papa dan mama, papa sendiri kan dah cakap tadi tiada sesiapa yang boleh pertikaikan siapa diri adik. Percayalah dik, kami semua sayangkan adik!”

“Tapi Angah? Angah bencikan adik!”

“Pedulikan dia, adik kan tahu dia tu memang degil! Penuh dengan hasad dengki! Adik jangan pedulikan dia, yang Along tahu, adik tetap adik kesayangan Along!” kenyataan abangnya itu membuatkan dirinya sedikit tenang dan terharu lantas dia memeluk erat abangnya yang tidak pernah menunjukkan perasaan benci terhadapnya sejak dari kecil.

Esoknya mereka dikejutkan dengan kehilangan Angahnya. Semua dilanda kerisauan kecuali papanya yang menunjukkan reaksi yang berbeza. Rupa-rupanya papanya awal-awal lagi telah bersiap sedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Papanya seakan-akan sudah tahu apa yang bakal dilakukan oleh Angahnya. Papanya itu juga tahu Angahnya pasti akan keluar dari rumah dan pulang ke kampung, Sebab itulah papanya dari awal lagi menelefon datuk dan neneknya di kampung agar bersiap sedia dengan kedatangan Angahnya ke kampung dan ternyata apa yang diteka oleh papanya tepat. Itulah papanya, seorang lelaki berkerjaya namun langsung tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga. Semua sikap anak-anaknya sudah dihafal.

Sejak peristiwa itu dia dengan Angahnya jarang bertegur sapa kecuali ada hal yang memerlukan mereka untuk berbicara. Kali ini setelah lima tahun mereka tidak bersua muka, dia terpaksa mengadap muka Angahnya sekali lagi malah mereka akan tinggal sebumbung untuk selama-lamanya. Bila memikirkan semua itu, fikirannya kacau dan hatinya cukup resah.

2 comments: