Thursday, November 24, 2011

DIA SEGALANYA BAB 8

BAB 8

Faizul sedang bersendirian di dalam bilik bacaan keluarganya. Biasanya papanya yang akan menghabiskan masa berada di sana bagi menyiapkan kerja pejabat yang masih berbaki. Tetapi malam ini, giliran dia pula menghabiskan masa di bilik bacaan tersebut. Selepas makan malam dia terus sahaja melangkah masuk ke bilik bacaan yang sememangnya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja ahli keluarganya yang mahu menggunakannya.

Dua hari lagi dia akan memulakan kerja dengan papanya dan bekerjasama dengan abangnya bagi membangunkan lagi syarikat yang selama ini diusahakan oleh papanya sejak papanya muda lagi. Papanya merupakan anak tunggal dalam keluarga, jadi papanya itu tidak mempunyai sesiapapun untuk menolong dan membangunkan lagi syarikat yang sudahpun terkenal di seluruh Kuala LUmpur malah di seluruh Malaysia dan sesetengah negara di Asia. Hanya dia dan abangnya sahaja yang mampu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh papanya seorang diri selama ini.

“Boleh aku masuk,” satu suara mengejutkan Faizul yang sedang khusyuk membelek fail syarikat yang tersusun di atas meja.

“Masuklah, kenapa kau nak guna ke bilik ni ke?” Tanya Faizul terus sahaja menyambung kerjanya. Dia perlu mengkaji sedalam-dalamnya berkenaan syarikat papanya agar mudah untuk dia memulakan kerja. Sekurang-kurangnya dia tidak memerlukan sesiapa untuk menerangkan kepadanya tentang perjalanan syarikat papanya itu apabila berada di pejabat kelak.

“Tak, aku tak suka bawa kerja balik rumah, bagi aku rumah ni tempat untuk kita berehat, kau dah bersedia ke? Aku tengok dua tiga hari ni kau macam sibuk jer mengkaji tentang perjalanan syarikat, bagus la tu, sekurang-kurangnya lepas ni kita sama-sama kurangkan beban papa, bolehlah papa rehat dan menghabiskan masanya dengan mama dengan lebih kerap lagi,”

“Entahlah Long, aku pun tak tahu yang aku ni dah bersedia ataupun belum, kalau ikutkan hati aku, aku malas lagi nak mulakan kerja tapi papa dah mendesak aku nak buat macam mana, terpaksalah aku ikut,”jawab Faizul. Faizal tersenyum. Dia memang sudah dapat mengagak. Pelik adiknya itu tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk memulakan kerja dalam masa terdekat. Rupa-rupanya kembarnya itu telah didesak.

“Percayalah cakap aku Ngah, aku waktu mula-mula kerja hari tu pun, aku sebenarnya tak berapa yakin yang aku ni mampu lakukan ataupun tak, yalah kita kan baru saja lepas belajar, pengalaman pun tak ada lagi, tapi setelah beberapa hari aku rasa biasa dan kadang-kadang aku rasa seronok, aku yakin kau pun sama, pekerja-pekerja dekat situ pun semuanya baik-baik belaka,” Faizal menerangkan dengan panjang lebar. Dia mahu adiknya itu bekerja di syarikat papanya bukan kerana terpaksa tetapi kerana seronok untuk bekerja. Kalau penat, itu dia tidak boleh nafikan memang penat tetapi lama-kelamaan penat adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Pekerja kat sana muda-muda dan cantik tak Long?” Faizul bertanya sambil tersengeh memandang abangnya itu. Faizal tergelak dan berjalan menuju ke arah adiknya sambil menggelengkan kepala.

“Kau ni memang la Ngah, tak ada benda lain ke yang kau nak fikir,perempuan saja dua puluh empat jam, tak pernah nak serius!” gerutu Faizal. Faizul hanya tersengeh.

“Kita hidup ni Long, mana boleh lari dari perempuan, takkan kau tak pernah dengar di sebalik kejayaan lelaki pasti ada seorang perempuan,”

“Yalah tu, masalahnya tengok dulu perempuan yang macam mana, kalau perempuan tu macam mama, aku bersetuju la dengan kata-kata kau tu, tapi kalau perempuan yang bersama dengan kita disebabkan oleh kesenangan yang kita ada, itu bukan pendorong kejayaan, itu buat kita jatuh bankrupt boleh la, kau pun takkan tak pernah dengar perempuan ni kadang-kadang ada yang menjadi penawar dan ada juga yang jadi racun, ada yang berjaya disebabkan perempuan dan ada juga yang jatuh disebabkan perempuan jugak, kalau kita pandai memilih, kita akan dapat penawar, tapi kalau kita tersilap pilih nanti tak pasal-pasal kita tertelan racun, waktu tu kalau nak menyesal pun dah tak guna tau,” bicara Faizal sambil menepuk belakang adiknya. Faizul termenung sejenak. Kata-kata abangnya mengingatkan dia dengan seseorang. Kata-kata yang sering dipenuhi dengan maksud yang tersirat.

“Kenapa kau termenung?” Tanya Faizal apabila mendapati Faizul tiba-tiba sahaja mendiamkan diri seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kau pun dah macam Suraya dah, bercakap mengalahkan sasterawan negara,” jawab Faizul.

“Sebab tulah aku sentiasa suruh kau sentiasa rapat dengan adik, walaupun adik tu ambil jurusan perubatan dan bakal jadi doktor tapi banyak lagi ilmu lain yang dia tahu, banyak pula tu, aku pun kagum dengan dia,” ujar Faizal. Sekali lagi Faizul terdiam. Dia tidak menafikan itu semua, sekali-sekala dia berbual dengan Suraya dia sudah tahu gadis itu memang banyak membaca. Kalau tidak masakan Suraya sentiasa ada jawapan setiap kali terdapat persoalan yang dia utarakan.

“Long, kau tahu kan aku bukannya tak nak rapat dengan Suraya tu, tapi aku tak boleh, entahlah, kau senang la cakap sebab kau tak pernah bergaduh dengan dia sejak kecil tapi aku, entah-entah Suraya tu masih bencikan aku disebabkan peristiwa lapan tahun dulu, kau pun tahu kan,”

“Ngah, kau dengar sini, aku kenal adik, dia bukannya seorang yang pendendam, setahu aku lah kan, bukan adik yang bencikan kau, tapi kau yang tak sukakan adik kan? Kau ingat lagi tak, bila aku suruh kau belikan hadiah untuk adik dari England, kau cakap buat apa kau nak belikan barang untuk adik, lagipun barang yang ada dekat England tak ada satu pun sesuai untuk adik, kau fikirlah, walau macam mana sekalipun kau cuba nafikan yang Suraya tu adik bongsu kita, dia tetap anak yang paling bongsu dalam keluarga ni, jangan kau lupakan itu semua, dan jangan sesekali kau cuba untuk mengubahnya, faham!”

“Maksud kau Long?”

“Kau faham maksud aku, aku ni abang kau, kembar pulak tu, aku tahu apa yang tersirat dalam hati kau, walaupun kadang-kadang aku cuba nafikannya tapi entahlah, aku harap apa yang aku fikir ni tak benar, dahlah tak payah nak fikirkan benda ni semua, aku nak masuk tidur, esok aku perlu kerja, kau pun jangan tidur sampai lewat malam,” ujar Faizal dan sempat menepuk mesra bahu adiknya sebelum melangkah keluar dari bilik bacaan itu.

Faizul hanya memandang abangnya dengan perasaan yang bercampur baur. Takkanlah abangnya mengetahui perasaan yang tersimpan jauh di lubuk hatinya selama ini.

“Tak mungkinlah, hadiah? Oh my God! Macam mana aku boleh lupa ni!” Faizul menepuk dahinya dengan kuat.

3 comments:

  1. bila dibuku kan k.sha..xsbr nak hbskan joe dan su..

    ReplyDelete
  2. dah takde lagi ke bab seterusnya...@bluescarf

    ReplyDelete