Saturday, November 19, 2011

SHA DAN SHAH ( Novel zaman sekolah pada tahun 2001: diolah semula mengikut masa dan keadaan serta pemikiran penulis sndiri!)

BAB 1

Jam loceng yang begitu nyaring mengejutkan mereka dari tidur. Bagaikan lipas kudung mereka berlari menuju ke bilik air masing-masing. Bilik air Shah di sebelah kanan bilik manakala bilik air Sha di sebelah kiri bilik mereka. Masing-masing mula membebel sendiri. Shah menyalahkan Sha merana tidak mengejutkannya manakala Sha pula menyalahkan Shah yang terlupa untuk mengunci jam loceng semalam. Kemudian, serentak mereka keluar dari bilik air. Buat seketika mereka berpandangan.

"Apa yang awak pandang?" Sha mulai bersuara bila dia tidak selesa melihat renungan Shah terhadapnya. Dia memang kalah dengan renungan lelaki itu. Seraya itu, dia berjalan lalu membuka salah sebuah pintu bilik yang menempatkan pakaian mereka berdua. Belum sempat dia mengenakan pakaian ke badannya, Shah tiba-tiba turut masuk ke dalam bilik tersebut menyebabkan dia terus sahaja membawa pakaian yang mahu dipakainya menuju ke bilik air. Shah sekadar tersenyum melihat telatah Sha. Kemudian tangannya mencapai salah satu kemeja yang tersangkut.

"Kenapa awak tak kejutkan saya?" soal Shah apabila memandang Sha dari jauh yang sedang mengemas katil mereka. Gadis itu sudah siap dengan pakaian kerjanya.

"Excuse me! Siapa yang kunci jam tu semalam?" soal Sha kembali. Langsung tidak menoleh memandang Shah yang masih lagi berada di dalam bilik yang menempatkan pakaian mereka. Shah terdiam seketika. Dari dalam bilik itu dia terpandang jam elektronik yang terdapat di meja kecil di sebelah katilnya. Pagi semalam, selepas Subuh gara-gara mahu menyambung tidurnya dan tidak mahu terlajak apabila ada temujanji, dia menggunakan jam tersebut untuk mengujutkannya tidur. Sha sudah berpesan kepadanya agar mengunci semula jam itu agar mereka tidak terlewat untuk ke tempat kerja dan ternyata dia terlupa.

"Ala, awak sepatutnya check la sebelum tidur, nak harapkan saya, saya balik lewat semalam, ngantuk sangat, terus jek tidur," Shah keluar dari bilik itu dan berjalan menghampiri Sha yang masih terbongkok-bongkok membetulkan cadar. Sebaik sahaja menyelesaikan kerjanya, Sha terus sahaja menoleh dan memandang Shah. Sebaik sahaja dia menoleh, dia menjerit kecil dan terus sahaja kembali membelakangi Shah. Shah pula terus berkejar masuk ke bilik pakaian semula. Macam mana towel mandi yang dipakainya sebentar tadi boleh hilang entah ke mana.

"Shah! Dah berapa kali saya cakap, awak pakai la seluar dulu baru baju! Awak ni memang la!" Sha menjerit geram. Sakit hati dengan perangai Shah yang asyik melakukan perkara yang sama berulang kali.

"Sorry! Terlupa!" Shah menjawab sambil zipkan seluar yang baru sahaja dipakainya. Nasib baik dia sudah mengenakan seluar yang seharusnya dipakai sebelum dia memakai seluar kerjanya.

"Terlupa jek kerja awak! Dah belum?"

"Dah!" jawab Shah. Sha takut-takut untuk menoleh. Akhirnya dia menghembus nafas lega. Dia menjeling tajam ke arah Shah dan terus berjalan menuju ke meja mekapnya. Shah turut melakukan perkara yang sama. Dia turut sama berdiri di belakang Sha yang sedang duduk sambil mengadap cermin.

"Awak tumpang saya ek hari ni?" Shah mempelawakan diri sambil memandang Sha melalui cermin. Sha yang sedang menyapukan mekap nipis ke wajahnya terus sahaja bangun apabila selesai.

"Tak payahlah! Saya boleh naik teksi. Nanti kesian pulak degan dia tu, tak tertumpang nanti," jawab Sha terus berjalan menuju ke pintu. Shah yang sedang mengikat tali lehernya terus sahaja menoleh dan memandang Sha dengan pandangan yang memang amat difahami oleh Sha.

"I'm not jelous ok!" Sha menjeling tajam. Sha mengekek ketawa. Sudah tahu sangat jawapan yang bakal diberikan oleh gadis itu.

****************

"Tak payahlah nak telefon teksi. Kan saya ada, saya boleh hantarkan. Nanti makin lewat awak sampai kat tempat kerja. Saya tak apala, saya bos! Kalau saya lewat tak ada sesiapa yang nak marah dekat saya," Shah mempelawa Sha sekali lagi. Kesian pula dia melihat Sha yang seakan-akan kelihatan agak panik. Mungkin gadis itu ada kerja penting yang harus dia selesaikan di tempat kerja. Tambahan pula, dia juga rasa bersalah. Disebabkan dia, jam loceng yang banyak berjasa selama ini mengejutkan mereka jam 9.30 pagi.

"Tak apa, saya boleh call teksi. Awak pergi la kerja. Memang la awak bos, tapi bos pun kena tunjuk teladan yang baik juga pada pekerja," Sha membalas. Shah tersenyum. Susah betul nak bercakap dengan perempuan yang payah nak mengaku kalah ni. Ada sahaja modal yang mahu dibalasnya. Gumam Shah dalam hati.

"Jom la! Lagipun saya malas la nak tumpangkan Lisa tu! Mengada-ngada! Kalau saya tumpangkan awak, dia confirm tak leh nak kata apa-apa! Saya bukannya tumpangkan orang lain, isteri saya juga kan," Shah tersengeh sambil menampakkan susunan giginya yang putih bersih. Kali ini, giliran Sha juga tersengeh. Lucu mendengar kata-kata Shah. 'Ada udang di sebalik mee rupanya' detik hatinya. Dia memangdang BMW Sport warna putih yang hanya mempunyai dua tempat duduk itu sambil memikirkan sesuatu.

"Allah!" Sha menepuk dahinya sendiri.

"Betul awak nak hantarkan saya?" soal Sha kembali.

"Yalah!"

"Tapi saya kena terus pergi site! Ada benda yang saya kena settle kat sana pagi ni," Sha bersuara lagi.

"Kat mana saja awak nak pergi, saya akan hantar awak. I'll do anything for you my dear Sha," Shah terus membuka pintu di sebelah penumpang sambil menunjukkan isyarat agar Sha masuk. Sha sekadar tersenyum. Kalau tidak kerana keretanya dihantar untuk diservis, tidak mungkin dia akan menumpang lelaki itu pagi ini.

"Memang patut pun! Awak yang tak kunci jam tu semalam! Memang salah awak! Dah la tu, tak pasal-pasal saya tinggal Subuh!" Sha sempat mengomel sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Aik! Awak ingat awak sorang ke yang tinggal Subuh, bahu kiri saya ni pun dah senget sebab tinggal Subuh tau tak!" Shah tidak mahu mengalah. Dia turut sama masuk ke dalam peut kereta dan enjin terus dihidupkan lalu meninggalkan perkarangan banglo mewah milik mereka berdua.

5 comments:

  1. sha dan shah pasangan suami isteri yg akak rasa sungguh comel ketika mereka bertikam lidah dipagi ari ..tak sabar nak tunggu E3 seterusnya..
    akak tabik kat adik la..masih sekolah dah boleh berkarya..

    ReplyDelete
  2. Mengapa masih malu even suami isteri... Baca seterusnya...@bluescarf

    ReplyDelete
  3. Hai Sha..

    Hmmmm... Menarik.. teruskan.. akak penggemar novel x kira benda.. teruskan ..

    ReplyDelete
  4. cerita nie sangat menarik...
    jom baca seterusnya...

    ReplyDelete