Thursday, December 22, 2011

DIA SEGALANYA BAB 10

BAB 10

Suraya yang sudahpun turun ke bawah untuk bersarapan pagi terpaksa naik semula kerana tertinggal fail kertas kerja yang dia perlu siapkan dengan segera. Dia melangkah laju menuju ke tangga. Sebaik sahaja dia sampai di tangga, dia berhenti seketika dan kaku memandang ke arah tangga.

“Apa yang kau pandang, ada apa-apa yang tak kena dengan baju aku ke?” Tanya Faizul dengan pelik apabila terpandangkan Suraya yang tiba-tiba menghentikan langkahnya dan memandang tepat ke arahnya tanpa sepatah kata pun.

“Hallo! Are you here?” Tanya Faizul lagi apabila pertanyaan yang pertama langsung tidak memberi sebarang kesan kepada Suraya.

“Hah! Tak adalah, pakaian Angah ok, ok sangat, sesuai sangat, cuma adik terkejut sebab tak pernah tengok Angah pakai macam ni,” jawab Suraya gugup. Dia terperanjat dengan penampilan baru abangnya itu. Patutlah ramai perempuan yang tergila-gilakan abangnya yang seorang ini. Dia sendiri tidak boleh menafikan bahawa abangnya ini mempunyai personaliti yang cukup menarik.

“Macam-macamlah kau ni, kau nak ke mana pulak ni? Dah habis sarapan ke?” Tanya Faizul lagi. Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia ketawa dengan kata-kata Suraya tadi. Apa tidaknya, pada mulanya dia ingatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pakaiannya ataupun dia terlupa untuk zip seluar tapi lain pula yang didengarnya.

“Hah, adik tertinggal fail kat atas, adik naik dulu ek…..” Suraya terus melangkah laju menuju ke atas. Faizul tersenyum sendirian. Apa yang tak kena dengan gadis itu pagi ini dia sendiri pun tak pasti.

Suraya terus mancapai fail yang sememangnya sudah tersedia ada di atas meja tulisnya. Perasaan terkejut memandang Angahnya masih belum hilang. Tiba-tiba sahaja dia terasa malu yang teramat sangat. Kenapalah dia boleh jadi macam tu sekali pagi ini. Dia sendiri bingung.

“Sayang, cepatlah turun, dah jumpa ke belum fail tu, nanti lewat pulak nak ke kampus, sarapan pun belum lagi,” sayup-sayup terdengar suara mamanya memanggil dari bawah dan Suraya terus saja melangkah turun dan mendapatkan mamanya yang sudahpun berada di meja makan. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Alongnya.

“Kenapa lama sangat?” Tanya Alongnya.

“Tak ada apa-apa, saja,” jawab Suraya. Jawapan yang membuatkan Faizal dan Faizul memandang ke arahnya sambil berkerut dahi. Apa kena dengan budak ni? Semua benda yang dia cakap tak seperti biasa? Bisik Faizul di dalam hati.

“Saja, jawapan apa tu, saja nak lewatkan masa? Apa kena dengan anak bongsu papa pagi ni?” Tanya Datuk Rashid pula. Rupa-rupanya papanya sendiri tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan olehnya.

“Tak ada apa-apalah papa, adik ok,” jawab Suraya sambil tersengeh yang sengaja dibuatnya dan terus sahaja mengunyah roti yang disapu jem yang memang sudah tersedia di dalam pinggannya. Mungkin telah disediakan oleh mamanya.

“Oh ya Angah, papa nak hari ni Angah just biasakan diri dulu dengan keadaan pejabat tu, dan berkenalan dengan semua staff yang ada, ingat pesan papa, staff adalah orang yang tepenting dalam syarikat, tanpa mereka kita tak mampu lakukan sebarang kerja, jadi hormati mereka, jangan sesekali salah gunakan kuasa, walaupun kita berpangkat lebih tinggi, itu bukan bermaksud kita boleh lakukan apa sahaja terhadap mereka, faham!” ujar Datuk Rashid dengan tegas sekali. Faizul mengguk faham. Dia memang sudah sedia maklum dengan perangai papanya yang sentiasa serius dalam soal kerja.

“Pa, Along dengan Angah semua pergi dengan papa ke? Takkan la papa tak nak belikan kereta untuk mereka? Kalau masing-masing ada kereta kan senang, kan Long?” Tiba-tiba Suraya bersungut tentang kereta. Dia sendiri tak tahu macam mana soal kereta boleh terpacul keluar dari mulutnya. Apa yang tak kena dengan dia pagi ni?
“Ni sapa pulak yang ajar adik suruh mintak kereta dengan papa ni?” Soal Datuk Rashid sambil tersenyum. Kalau tidak kerana anak bongsunya yang bersungut, dia sendiri terlupa tentang itu semua. Sememangnya sebelum ini dia bercadang untuk membelikan kereta untuk anaknya yang dua orang itu tetapi kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja dia terlupa dengan niatnya itu.

“Tak adalah papa, tak ada sesiapa pun yang suruh, cuma adik kesiankan Along dengan Angah je,” Jawab Suraya. Datin Rafidah tersenyum. Ada saja anak bongsunya itu lakukan sesuatu untuk abang-abangnya.

“Betul jugak tu pa, lagipun dah lama Along nak mintak dengan papa, cuma Along tengok papa sibuk je, jadi Along diamkan sajalah,” beritahu Faizal yang menyokong kata-kata adiknya. Dia tersenyum sambil menyiku adik kesayangannya yang seakan-akan boleh membaca apa yang ada dalam kotak fikirannya di kala itu.

“Angah pun sokong pa!” Faizul turut bersuara. Suraya menarik nafas lega. Nasib baik apa yang diperkatakan olehnya tidak mendatangkan kemarahan papanya.

“Papa pun pernah terfikir jugak tentang benda ni, tak apalah hujung minggu ni, kamu berdua pergi pilih kereta yang kamu nak? Tapi ingat jangan pilih kereta yang bukan-bukan, papa berikan kebenaran ni pun sebab papa nak bagi kemudahan pada Along dan Angah agar senang ulang alik dari pejabat, faham maksud papa kan? Angah?” Tanya Datuk Rashid ke arah anak keduanya. Dia faham sangat dengan perangai anaknya yang seorang itu. Terlalu mementingkan penampilan dan gaya. Dia tak nafikan itu semua juga adalah penting bagi menjalankan sesuatu perniagaan cuma dia tak mahu terlalu melampau.

“Faham papa, jangan bimbang la, paling kurang pun Ferrari!”

“Angah!!!!” Suara mama dan papanya serentak berbunyi.

“Hehe…..Angah gurau jelah, takkan la sampai Ferrari,” Jawab Faizul kemudian satu keluarga tergelak melihat telatah satu-satu ahli keluarga itu yang selalu melakukan perkara yang mengejutkan.

***************************

“Baiklah, tujuan saya adakan mesyuarat pada pagi ni, saya nak memperkenalkan pekerja baru syarikat kita iaitu anak kedua saya Faizul,” ujar Datuk Rashid. Semua pekerja yang ada dalam bilik mesyuarat menepuk tangan. Faizul bangun dan menundukkan sedikit tubuhnya tanda hormat kepada semua pekerja yang sudah lama berkhidmat di syarikat papanya.

“Saya baru lagi dalam syarikat ni, jadi saya minta anda semua akan memberi tunjuk ajar dan saya harap kita boleh bekerjasama nanti,” bicara Faizul. Kemudian terus duduk. Faizal yang ada di sisinya terus sahaja menepuk mesra bahu adiknya.

*****************

Faizal dan Faizul beriringan keluar dari bilik mesyuarat. Mereka adalah orang yang terakhir keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Faizul mengikut sahaja langkah abangnya tanpa banyak soal.

“Kau dah bersedia ke nak kerja ni Ngah?” Tanya Faizal sambil meneruskan perjalanan mereka. Ayahnya sudah hilang dari pandangan, mungkin sudahpun masuk ke dalam pejabatnya yang terletak di tingkat yang paling atas bangunan yang menjakau dua puluh tingkat. Mereka berdua pula ditugaskan di tingkat lima belas yang ditanggungjawabkan untuk mengurus pelbagai projek-projek besar yang masih lagi dalam perancangan.

“Dah kot, alah kalau aku tak tahu apa-apa aku tanyalah kau, buat apa aku ada abang yang cekap macam kau kalau aku tak pandai nak gunakannya, am I right?” Jelas Faizul sambil tersenyum memandang ke arah abangnya di sebelah. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang agak cantik hiasan dalamannya.

“Ni bilik kau, sebelah ni bilik pengurus bahagian pemasaran, bilik aku pula kat depan sana, macam mana puas hati tak dengan bilik ni, papa yang suruh aku sediakan bilik kau, tapi aku tak biasa benda-benda macam ni kan, so aku suruhlah salah seorang pekerja perempuan kat sini,” beritahu Faizal sambil menunggu reaksi adiknya. Faizul hanya mengangguk dan terus duduk di kerusinya dan menyandar sambil memejamkan mata.

“Kau tahu tak Long, aku sebenarnya tak kisah sangat macam mana dengan keadaan bilik aku, janji aku rasa selesa nak bekerja dan aku jugak tak kisah apa jawatan aku asalkan apa yang aku belajar dekat England selama lima tahun boleh dipraktikkan dalam kerja aku,” bicara Faizul. Dia tak kisah sama ada abangnya mahu percaya ataupun tidak tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Dia malas nak berebut jawatan dengan abangnya mahupun pekerja lain tambahan pula dia percaya dengan papanya. Dia tahu papanya tahu apa yang terbaik untuk anak-anaknya.

Walaupun dulu dia seteru dengan papanya terutamanya hal yang berkaitan dengan Suraya namun kini semuanya sudah hampir dia lupakan. Dia tahu papanya menyayangi kesemua anak-anaknya cuma papanya tidak menunjukkan sangat kasih sayangnya itu sebagaimana yang ditunjukkan terhadap Suraya. Dulu dia tidak mengerti, tetapi kini, dia tahu mungkin kerana Suraya adalah anak perempuan sedangkan dia dan abangnya adalah anak lelaki jadi papanya lebih menujukkan sifat ambil beratnya terhadap Suraya sahaja.
“Baguslah kalau macam tu, tapi kalau kau nak tahu jawatan kau dekat sini pun tinggi, dan kerja yang bakal kau buat pun banyak jugak, jadi aku harap lepas ni kau janganlah bersungut pulak yang kerja kau banyak sampai tak menang tangan,” Faizal bersuara dan terus menuju ke pintu. Ada kerja yang harus dia lakukan.

“Alah, kau jangan bimbanglah semua tu, yang aku tahu walaupun selama ni kau lebih pintar daripada aku tapi bezanya tak adalah jauh sangat, kalau kau mampu lakukan takkanlah aku tak boleh pulak,” bicara Faizul dengan agak riak. Faizal yang kenal sangat dengan perangai adiknya hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

“Ok, buktikan, aku nak keluar sekarang, lepas ni aku suruh secretary kau datang bagi fail projek yang kau akan uruskan dengan perempuan dekat sebelah bilik kau ni!”

“Wait! Maksud kau pengurus bahagian pemasaran dekat sebelah ni perempuan?” Tanya Faizul yang inginkan kepastian.

“Iyalah, habis tu kau ingat lelaki ke?”

“Tak adalah, cantik tak Long?” Tanya Faizul yang mula menunjukkan perangai yang kurang digemari oleh abangnya itu.

“Cantik ataupun tidak itu tak penting, yang penting kau boleh bekerjasama dengan dia,” jawab Faizal. Faizul tersenyum penuh makna.

“And one more thing bro….dia dah berpunya!” Faizal terus menghilangkan dirinya di sebalik pintu sebaik sahaja memeberitahu adiknya tentang perihal status gadis yang berada di sebelah pejabat adiknya.

********************

Faizul termenung sendirian di dalam pejabatnya. Dia tak pernah menyangka bahawa dia akan memikul tanggungjawab yang agak besar dalam memajukan syarikat papanya. Dia tahu sejak dari kecil papanya sering berkata bahawa dia dan abangnya yang bakal mewarisi syarikat yang dibangunkan oleh papanya sejak papanya muda lagi. Tetapi kadang-kadang dia tidak mempunyai keyakinan seperti yang dimiliki oleh abangnya. Abangnya jenis lelaki yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan lebih memikirkan soal masa depan berbeza dengan dirinya yang sentiasa ingin bergembira tanpa mahu memikirkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.

“Masuk!” Arah Faizul apabila terdengar pintunya diketuk. Kelihatan seorang gadis yang kecil molek masuk ke pejabatnya dengan sebaris senyuman yang manis. Faizul membalas senyuman itu. Gadis yang bertudung di depannya itu terus sahaja menghulurkan beberapa biji fail kepadanya.

“Ini fail berkaitan dengan projek di Sungai Buloh yang bakal syarikat kita uruskan tidak lama lagi, En. Faizal yang suruh saya serahkan fail ni pada En. Faizul, anyway saya Najihah setiausaha En. Faizul, semua pekerja dekat sini panggil saya Jihah,”

“Ok, but…jika I kena panggil you Jihah, apa kata kalau you just call me Joe,” Faizul tersenyum menunggu reaksi yang bakal ditunjukkan oleh setiausahanya itu. Dia tahu permintaannya itu agak susah untuk dituruti tambahan pula dia adalah orang atasan Najihah dan ditambah lagi dia adalah anak kepada pemilik syarikat.

“Tapi En. Faizul…

“Just call me Joe, tak susah kan, biar I terus terang, I tak suka dengan panggilan Encik yang you bagi untuk I, I rasa macam I ni dah tua, lepas tu pulak I rasa susah I nak bekerjasama dengan orang yang anggap I ni bos, because I’m not your bos, bos you papa I, orang yang bagi gaji pada semua staff dekat syarikat ni, faham!” panjang lebar Faizul memberikan penjelasan dengan harapan permintaannya itu akan dituruti.

“Nanti kalau Datuk tahu macam mana?”

“Jihah…come on, pandai-pandailah kan, kalau ada majlis rasmi, ataupun time meeting, you panggillah I macam you panggil tadi, En. Faizul…walaupun I tak sukakan panggilan tu,”

“Baiklah En…ops! Joe! Kalau itu permintaan you, ok!”

“Good! Friend!” faizul menghulurkan tangan sambil tersenyum.

“Hah, tadi you suruh I panggil you Joe, sekarang you nak suruh I jadi kawan you pulak ke?” Tanya Najihah yang agak panik dengan situasi yang dihadapinya sekarang.

“Kenapa? Tak boleh ke?”

“Bukan tak boleh…tapi…

“Oh, you tak sambut salam dari lelaki yang bukan muhrim ek?”

“Pun bukan…

“Habis tu?”

“I tak selesa dengan situasi sekarang, you suruh I panggil you Joe pun I masih tak selesa, sekarang I kena jadi kawan you pulak ke?”

“Tak salah kan kita berkawan, dan I yakin you sebaya dengan I, 26! Betul kan?

“Ya…tapi…

“Tak ada tapi-tapi lagi, kita kawan…come on…you tak sudi kawan dengan I?”

“Oklah Joe, whatever you say, lagipun I rasa I tak akan menang dan tak akan mampu menolak,” jawab Najihah yang masih lagi terkejut dengan perangai nak majikannya yang seorang ini. Berbeza dengan Faizal. Faizal pun jenis majikan yang baik tetapi tak adalah semesra dengan adiknya yang seorang ini. Dia langsung tak menyangka yang Faizul mempunyai sikap yang sebegini mesra dengan pekerjanya. Dia ingatkan Faizul akan mempunyai sifat yang hampir sama dengan Faizal memandangkan mereka adalah adik beradik kembar walaupun bukan seiras tetapi lain pula yang terjadi. Ternyata sifat mereka dua beradik jauh sama sekali.

“That’s it…tak salah I nak berkawan dengan you, belum apa-apa lagi you dah tahu perangai I, I percaya kita akan jadi kawan rapat lepas ni…so….

“So what?”

“Tak nak bersalaman dengan I ke? Dari tadi I hulur tangan I, dah naik letih dah pun,”

“Ops! Sorry,” Najihah menyambut salam tersebut dan tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kemudian dia meminta diri. Belum sempat dia melangkah namanya dipanggil.

“Ada apa-apa lagi ke yang you nak suruh I buat?” Tanya Najihah tersenyum. Dia mulai faham sedikit sebanyak perangai majikan barunya itu.

“Yup! You pesan dekat kawan-kawan you and pekerja lain just call me Joe…. But yang jadi kawan I, you seorang saja, I belum bersedia nak berkawan dengan semua staff kat sini,” beritahu Faizul sambil mengenyitkan matanya. Nasib baiklah Najihah bukan jenis perempuan yang mudah terpikat dengan mana-mana lelaki. Dia tersenyum dan mengangguk faham.

“Oh ya Jihah, orang kat sebelah bilik I ni? Ok tak?”

“Maksud you?”

“Perangai dia?”

“Ok, tapi tengok mood dialah, rasanya kalau you nak berkawan dengan dia macam you nak berkawan dengan I susah sikit kot, lagipun dia setia gila dekat kekasih dia, I rasa kan Joe, walaupun you ni handsome, susah you nak pikat dia, kalau you berjaya memang you ni hebatlah!” beritahu Najihah yang mula pandai bergurau. Dia sendiri tak menyangka akan berbicara sedemikian dengan majikannya itu. Berkesan juga cara Faizul yang ingin berkawan dengannya. Sekurang-sekurangnya dia rasa seronok berbual dengan Faizul.

“See….you memang sesuai jadi kawan I, cepat saja you dapat tangkap apa yang ada di fikiran I,”

“Yalah tu, I keluar dulu, kalau layan you tak habislah jawabnya,”

“Ok, thanks!”

“Anytime!”

Faizul tergelak kecil seorang diri. Entah kenapa dia rasa selesa berkawan dengan gadis yang tak sampai sepuluh minit dia kenali. Gadis itu seakan-akan faham dengan jiwanya. Dia terus membuka fail yang sedikit sebanyak membuatnya mengerutkan dahi sebaik sahaja dia membaca dua tiga baris ayat yang terdapat dalam fail tersebut. Nampaknya lepas ni teruklah gadis di sebelah pejabatnya akan dideranya.

“Aku nak tengok sejauh mana setia kau tu!”

****************************

Suraya berjalan menuju ke arah Fatima yang sedang menuggunya di kereta. Dia baru sahaja selesai menjawab kertas yang terakhir untuk semester ini. Perasaan lega sudah dapat dirasainya. Hampir enam bulan dia berhempas pulas untuk menghabiskan semesternya yang ke tujuh. Tinggal satu semester lagi untuk dia menamatkan pelajarannya dan layak untuk menerima ijazah dalam bidang kedoktoran. Semester yang terakhir adalah semester yang paling mencabar. Mereka akan menghabiskan banyak masa di hospital yang tertentu sebagai doktor praktikal.

“Dah lama kau tunggu?” Tanya Suraya sebaik sahaja tiba di keretanya.

“Yalah, kau kata nak pergi kejap saja kat library? Anyway, apa benda yang kau cari lagi kat library tu, nak kata exam tak habis lagi dah habis dah pun, cuti semester pun dah bermula esok, kau buat apa lagi kat sana?” Tanya Fatima agak kehairanan. Memang la sebelum ini dia tahu yang Suraya memang ‘minah’ perpustakaan tapi kali ini dia sedikit hairan kerana Suraya masih mahu ke perpustakaan walaupun peperiksaan semester sudahpun habis.

“Itulah kau, kau ingat kita boleh pergi library untuk dapatkan buku rujukan untuk jawab exam saja ke? Aku ingat nak pinjam buku yang ada kaitan dengan sastera tapi nampaknya tak ada yang aku berkenan la pulak, mungkin ramai student yang pinjam kot, sebab setahu aku budak-budak sastera tak habis exam lagi,” Jawab Suraya panjang lebar dan terus membuka pintu keretanya dan memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Fatima turut melakukan perkara yang sama dan duduk di sisi Suraya.

“Jadi, kita nak ke mana?” Tanya Suraya. Dia sendiri tak tahu mahu ke mana. Apa yang dia tahu dia mahukan ketenangan dan rehat. Sudah enam bulan dia berhempas pulas untuk semester ini. Dia tak mahu dia tersangkut sebarang kertas pun. Walaupun semester-semester yang sebelumnya dia tak pernah ‘sangkut’ sebarang kertas sekalipun namun perasaan bimbang dan takut tetap menyelubungi perasaannya. Dia tidak mahu mengecewakan papa dan mamanya yang selama ini menatangnya bagaikan minyak yang penuh. Dia mahu cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor akan tercapai. Impian yang disemai sewaktu masih kecil lagi tidak pernah padam.

“Apa kata kalau kita pergi jalan-jalan dekat shopping kompleks, nak tak? Kalau tak nak shopping pun mungkin kita boleh window shopping!” ujar Fatima menberikan cadangan. Suraya hanya mengangguk dan lantas menghidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi yang dicadangkan oleh Fatima.

“Su, aku tanya sikit boleh tak?” Fatima bersuara setelah mendapati Suraya seakan-akan tengah memikirkan sesuatu.

“Nak tanya apa? Tanyalah, sejak bila kau perlu minta kebenaran aku dulu bila nak bertanyakan soalan ni? Biasanya kau hanya main redah jer!” Suraya menjawab dan tersenyum. Sekilas dia memandang teman yang agak gelisah berada di sisi. Kemudian dia memfokuskan ke arah jalan raya kembali.

“Aku tengok, sejak pagi tadi, asal ada peluang saja kau mesti termenung, kau ada masalah ke? Kalau ada beritahulah aku, manalah tahu aku boleh tolong,” ujar Fatima. Perubahan yang dialami oleh sahabat baiknya itu disedari sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan. Suraya seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Biasanya Suraya akan sentiasa fokus apabila ingin melakukan sesuatu tambah-tambah lagi sekiranya mereka mahu menghadapi peperiksaan. Tapi pagi tadi, pantang saja dia mendiamkan diri tanpa bercakap dengan Suraya, gadis itu pasti termenung.

“Masalah? Mana ada? Aku ok jer, kau ni aku nak termenung sikit pun tak boleh ke?” Suraya menjawab sambil tersenyum. Rupa-rupanya kawan karibnya itu memerhatikannya dari tadi. Dia sendiri sebenarnya tidak mengerti apa yang membuatkan fikirannya jauh melayang sekiranya dia bersendirian. Nasib baik sewaktu dia menjawab soalan peperiksaan, dia dapat memfokuskan fikirannya terhadap soalan yang dikemukakan.

“Betul ke? Kau jangan cuba sembunyikan daripada aku Su, kau kan tahu aku tak suka orang yang rapat dengan aku cuba berahsia dengan aku,” Fatima bersuara yang berbaur ugutan. Suraya ketawa kecil. Lucu rasanya, dia sekadar termenung sahaja sudahpun membuatkan Fatima bimbang sedemikian rupa. Bagaimanalah sekiranya satu hari dia tiba-tiba mendiamkan diri tanpa sepatah bicara dan sentiasa termenung, bagaimanalah reaksi Fatima di kala itu. Pasti gadis itu tak senang duduk.

“Betul tak ada, kalau ada aku dah tentu beritahu kau kan, pernah ke selama ni aku berahsia dengan kau, semua hal tentang aku kau tahu kan?” bicara Suraya lembut. Cuba meyakinkan sahabatnya itu. Dia sendiri tidak tahu yang sedang dia alami sekarang apatah lagi mahu menceritakan kepada orang lain.

Kemudian perbualan mereke terhenti seketika apabila telefon bimbit Fatima berbunyi. Suraya hanya mendiamkan diri dan memfokuskan terhadap jalan raya. Sekali sekala dia memandang sahabatnya itu yang seolah-olah mempunyai masalah. Dengan siapa rakannnya itu berbual dia tidak dapat mengagaknya lagi. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Suraya terus bertanya.

“Siapa call? Lain macam saja?”

“Alah Su, aku minta maaf sangat-sangat, aku tak dapat temankan kau hari ni, akak aku call tadi, dia suruh aku pergi jaga anak dia, dia ada hal, suami dia pulak outstation, kau boleh tolong hantarkan aku rumah dia tak?” bicara Fatima dengan nada serba salah. Mahu ditolak permintaan kakaknya itu, kakaknya itu betul-betul terdesak, tapi yang menjadi masalahnya sejak semalam lagi dia sudah berjanji mahu menemankan Suraya jalan-jalan selepas habis peperiksaan.

“Tak apa. Macamlah esok lusa kita tak boleh keluar, jom aku hantar kau kat rumah akak kau, Putrajaya kan?”

“Ya, sorry ek Su, aku janji lain kali aku temankan kau jalan-jalan ek?”

“Kan aku cakap tak apa, tak payah nak rasa serba salah pulak, akak kau kan perlukan pertolongan, kau sebagai adik dah memang kewajipan kau kena tolong dia,”

“Thanks Su,”

“Sama-sama,” kereta Suraya bergerak laju menuju ke destinasi. Ke Putrajaya yang agak jauh dari tempat mereka berada di kala itu.

************************

Suraya memandu laju setelah menghantar Fatima ke rumah kakaknya yang berada di Putrajaya. Setelah agak lama dia memandu dia melirik melihat jam di keretanya. Dia tersenyum. Pagi tadi dia sudah memberitahu mamanya yang dia tak pulang untuk makan tengah hari. Dia mula terfikirkan sesuatu. Segera dia memasukkan wayer handsfree ke telefonnya dan memasukkan earphone ke telinganya di sebalik tudung yang dipakainya. Segera dia menghubungi seseorang yang terlintas di fikirannya di kala itu.

“Hello Assalamualaikum,” Suraya terus memberikan salam.

“Waalaikummussalam, hai adik Along, apa yang mengigau tengah hari buta telefon Along dekat pejabat ni?” suara kasar di telefon kedengaran begitu mesra sekali.

“Along sibuk ke? Kalau sibuk tak apalah,” Suraya cuba menduga. Dia tahu perangai abangnya itu, sesibuk mana pun pasti akan melayan kerenahnya yang kadang-kadang agak manja.

“Ish, tak adalah, Along tak sibuk sangat hari ni, kenapa?”

“Kalau Along tak sibuk, kita keluar makan nak? Adik lapar la,” Suraya berbicara manja. Kedengaran suara abangnya ketawa kecil.

“Oo..sebab adik laparla tiba-tiba teringatkan Along ni ek? Ok, Along pun belum makan tengah hari lagi ni, adik duk kat mana sekarang, biar Along suruh driver pergi ambil,”

“Tak apalah Long, adik tengah drive, dah nak sampai kat pejabat Along dah pun, dalam sepuluh minit lagi adik sampai,” beritahu Suraya menolak pelawaan Alongnya. Dia kebetulan lalu di jalan yang berhampiran dengan Syarikat papanya. Sebab itulah tadi dia tiba-tiba teringatkan Alongnya dan lantas menelefonnya.

“Ok, tapi adik naik dulu dekat pejabat Along, sebab Along kena serahkan satu fail dekat papa, sebab papa nak gunakan fail ni untuk bincangkan soal bisnes dengan kawan dia waktu lunch ni, Along takut makan masa pulak, adik naik dulu ek? Tunggu Along dalam bilik Along, nanti Along pesan dekat setiausaha Along,”

“Ok, jumpa Along nanti, Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam,”

Sebaik sahaja Suraya meletakkan keretanya di perkarangan bangunan yang mencecah ketinggian dua puluh tingkat itu, dia turun. Dia malas untuk memandu keretanya sehingga ke pintu utama syarikat tersebut, nanti tidak pasal-pasal guard yang sememangnya ditugaskan di depan pintu utama akan meminta untuk memakirkan keretanya di tempat tertentu. Dia tidak selesa dilayan sebegitu, sememangnya dia cukup dikenali oleh beberapa orang guard yang bertugas di depan pintu utama syarikat itu, sebab sudah acap kali dia datang ke syarikat itu apabila dipanggil oleh papanya. Biasanya untuk makan tengah hari bersama dengan papanya.

Sebaik sahaja dia melangkah memanjat beberapa anak tangga, pintu kaca yang sentiasa tertutup rapat dibuka oleh salah seorang guard yang menjaga pintu. Suraya tersenyum ke arah lelaki yang sentiasa peramah apabila melihatnya menjejakkan kaki ke syarikat papanya.

“Assalamualaikum cik Suraya, Cik Suraya datang nak jumpa Datuk ke?” soal pemuda tersebut. Inilah yang paling kurang digemarinya apabila dia berkunjung ke syarikat papanya itu. Gelaran yang diberikan di awal namanya memang menyesakkan nafasnya. Dia tidak selesa dipanggil begitu, sudah berapa kali dia pesan supaya hilangkan perkataan cik apabila berbicara dengannya. Namun pesanannya tidak diendahkan dengan alasan mereka mengikut peraturan.

“Waalaikummussalam, tak, saya datang nak jumpa dengan abang saya,” jawab Suraya dan terus melangkah menuju ke arah lif. Sekali lagi dia ditegur oleh penjaga pintu lif. Dia sekadar menjawab pertanyaan yang diajukan tanpa banyak soal dan senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya yang nipis dan cantik itu.

Setelah sampai di tingkat lima belas Suraya terus menuju ke arah kaunter penyambut tetamu yang sememangnya diletakkan khas di setiap tingkat syarikat tersebut.

Sekali lagi dia ditegur dengan begitu mesra sekali. Setelah itu dia didatangi oleh seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang agak menarik dan memperkenalkan diri kepadanya.

“Saya Tasya, secretary En. Faizal, Suraya kan, sila ikut saya,” bicara gadis itu yang cukup lembut dan mesra. Bibirnya pula tidak lekang dari senyuman dan Suraya membalas senyuman tersebut. Bak kata orang, orang berbudi kita berbahasa, bisiknya di dalam hati. Suraya hanya berjalan mengikut langkah gadis yang dikenali sebagai Tasya. Sepanjang perjalanan dia diperhatikan oleh beberapa orang pekerja yang kebetulan masih berada di pejabat. Sesetengah pekerja lagi mungkin sudah keluar makan memandangkan waktu itu adalah waktu rehat tengah hari. Dia meneka sendirian. Dia akui dia memang kerap datang ke syarikat ayahnya itu tetapi dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tingkat lima belas ini. Paling kurang pun dia hanya berada di lobi bangunan menunggu kedatangan papanya sekiranya papanya menjemput dia makan tengah hari bersama. Tetapi hari ini, buat pertama kali dia menjejakkan kaki ke tingkat lima belas, tingkat yang diketahuinya sebagai tingkat yang menempatkan jawatan-jawatan yang tinggi dalam syarikat. Cuma dia tak pernah menjejakkan kaki ke tingkat yang paling atas, tingkat yang menempatkan pejabat papanya. Setelah beberapa langkah berjalan Suraya masuk ke dalam sebuah bilik yang agak luas dan kemas. Dia diminta oleh Tasya agar menunggu abangnya di situ. Sekarang dia tahu dia sudahpun berada di dalam pejabat abangnya.

Setelah Tasya keluar, Suraya mengambil peluang tersebut untuk menjelajah setiap sudut pejabat Alongnya. Sejenak dia berasa kagum dengan abangnya yang sulung itu. Suasana pejabat tersebut cukup kemas dan menarik. Dia terpandang potret papanya yang terlekat di dinding pejabat tersebut. Kemudian dia beralih pandang ke arah meja abangnya yang dilengkapi dengan computer canggih, dan terukir senyumannya apabila terpandangkan gambarnya yang diletakkan di dalam sebuah frame kecil dan diletakkan di atas meja tersebut. Suraya ingat lagi, itulah gambar terbaru yang dia hantarkan kepada abangnya itu melalui internet sebelum abangnya itu berangkat pulang ke Malaysia.

Tasya duduk kembali di tempat asalnya setelah menghantar gadis yang diberitahu sebagai adik bongsu bosnya itu. Cantik, itulah benda pertama yang terdetik di dalam hatinya setelah terpandangkan gadis itu sebentar tadi. Dia tahu datuk mempunyai seorang anak perempuan bongsu, tetapi dia tidak pernah berjumpa dengan anak perempuannya itu, tetapi kali ini dia berpeluang untuk berkenalan dengan anak bongsu majikannya.

“Tasya, siapa tadi tu?” tanya Jihah yang agak rapat dengan Tasya walaupun baru sebulan dia bekerja di situ. Berbanding dengan Tasya yang hampir setahun bekerja dengan syarikat tersebut.

“Adik bongsu En. Faizal,” ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Tasya. Jihah mengangguk faham.

“Anak bongsu datuk la ni ek, jadi dia juga adik En. Faizul la?” sambung Najihah lagi dan menyebabkan Tasya tergelak kecil. Dia merasakan bahawa Najihah baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan bodoh, teman yang baru dikenalinya selama sebulan. Seorang gadis yang cukup peramah dan tidak sombong. Mungkin itulah sebabnya dia mudah untuk rapat dengan Najihah.

“Kenapa kau tergelak pulak?” tanya Najihah apabila terpandang Tasya yang tergelak sambil menggelengkan kepala.

“Yalah, dah memang dia orang tu adik beradik, anak Datuk Rashid, kau tanya soalan bodoh macam mana aku tak tergelak,” beritahu tasya. Najihah mencebik.

“Cantik kan, tak sia-sia dia jadi anak orang kaya,” ujar Najihah yang kemudiannya berjalan ke arah mejanya yang terletak tidak jauh dari meja Tasya. Tasya bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke arah Najihah apabila tidak berpuas hati dengan kenyataan Najihah.

“Apa kaitan cantik dengan anak orang kaya pulak?” Tanya Tasya sambil mengerutkan dahi menunggu jawapan yang bakal diberikan oleh teman sepejabatnya itu.
“Yalah, biasanya kan, anak orang kaya ni mesti hansome, cantik, aku tengok semua ciri-ciri tu ada dekat anak-anak Datuk Rashid, kau tengoklah En. Faizal dan En. Faizul, sekarang pulak kau tengok adik bongsu mereka, punyalah cantik, beruntung kan?”

“Tak semestinya semua kena hansome, cantik, ada jugak anak orang kaya yang hodoh, gatal, ngada-ngada yang paling aku tak tahan bongkak, sebenarnya kan, dia ikut genetic jugak, kau tengoklah Datuk Rashid sendiri, tua-tua pun handsome tau,” puji Tasya. Pertama kali dia berjumpa dengan Datuk Rashid dia tak pernah terfikir bahawa Datuk Rashid seorang majikan yeng mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik. Biasanya bila dikaitkan dengan orang kaya tambahan pula berpangkat ‘datuk’ mesti perut akan ke depan dan kepala pula botak, tetapi datuk Rashid mempunyai wajah yang tampan, bentuk tubuh yang tinggi dan tegap. Sebenarnya dia cukup kagum dengan majikannya itu yang mampu menjaga badan walaupun sentiasa sibuk dengan urusan pejabat. Tetapi perkara yang paling dia kagum dengan tuan punya syarikat itu, perwatakannya yang tidak sombong dan mudah tersenyum.

“Kalau macam tu, ini tak tak boleh jadi, nampaknya aku kena cari suami yang hansome, barulah anak-anak aku semua handsome dan cantik-cantik belaka,” bicara Najihah yang mulai berangan.

“Kalau bapak dia handsome, mak dia tak cantik pun tak jadi jugak!” terkeluar ayat tersebut ari mulut Tasya. Satu tamparan kecil hinggap di bahunya dan mereka tertawa girang.

“Amboi, gembira nampak, tak keluar lunch ke?” satu suara garau menegur mereka. Tasya dan Najihah terus sahaja terdiam dan tersenyum.

“Tak, kita orang dah bawa bekal, you tak keluar makan ke?” soal Najihah kembali. Tasya yang mendengar agak terperanjat dengan bahasa pengganti diri yang diberikan oleh Najihah kepada bosnya.

“Belum, ingatkan nak ajak abang I makan sekali, dia ada kat bilik dia tak?” tanya Faizul.

“Tak ada, dia jumpa Datuk tadi, tapi adik En. Faizul ada kat dalam, tengah tunggu tunggu En. Faizal,” Tasya menjawab penuh tertib.

“Adik?”

“Hai Joe, adik you sendiri takkanlah tak kenal pulak?” Tanya Najihah yang agak pelik dengan pertanyaan yang baru keluar dari mulut bosnya itu.

“Oh, you mean Suraya, yes of course she’s my sister, dia ada kat dalam ek? Oklah, I jumpa dia kejap,” beritahu Faizul yang agak gugup di kala itu. Dia sendiri tidak perasan macam mana dia boleh tanya soalan bodoh.

“Macam-macamlah you ni Joe,” ujar Najihah.

“Oh ya, Jihah, you belum pesan lagi dekat kawan-kawan you kan apa yang I pesan pagi tadi?” Tanya Faizul apabila teringatkan panggilan setiausaha abangnya yang masih membahasakan dirinya dengan panggilan Encik.

“Sorry Joe, I betul-betul lupa, tapi tak apa, I akan buat apa yang you suruh tu!” jawab Najihah. Faizul menganguk faham dan terus sahaja melangkah menuju ke arah pejabat abangnya. Tasya pula memandang ke arah Najihah, nampaknya rakannya itu perlu menjelaskan sesuatu.

Faizul berdiri agak lama di hadapan pintu pejabat abangnya. Tiba-tiba sahaja dia jadi serba salah untuk masuk. Dia cuba untuk mengetuk pintu pada mulanya namun niatnya itu dimatikan dengan tiba-tiba dan terus menguak pintu bilik pejabat abangnya.

“Angah!” terpacul perkataan itu dari mulut Suraya apabila terpandangkan susuk tubuh tegap yang sedang berdiri di depan pintu sebelum pintu itu ditutup dan Faizul melangkah masuk.

“Suraya, apa kau buat dekat sini?” Tanya faizul memandang gadis yang cukup membuatkan dia resah dan gelisah selama berpuluh-puluh tahun.

“Adik tunggu Along, kita orang nak keluar makan,” jawab Suraya yang agak gugup di kala itu. Jantungnya berdegup pantas di kala itu. Apa kena dengan aku ni? Bisiknya di dalam hati. Terus terang dia memang tidak selesa berdua-duaan dengan abangnya itu. Pelik, perasaan itu tidak pernah muncul sekiranya dia berdua-duaan dengan Alongnya.

“Oh, kau dari mana?” Soal Faizul selanjutnya. Dia sebenarnya sudah kehabisan modal untuk beramah mesra dengan Suraya. Macam mana tadi dia boleh mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Suraya tadi apabila mengetahui adiknya itu berada di dalam pejabat Alongnya.

“Adik dari Putrajaya, hantar kawan rumah akak dia, kebetulan lalu dekat sini, adik singgah la, ajak Along makan tengah hari,” Suraya berterus terang tanpa sedikit pun berselindung.

“Along saja? Aku tak nak ajak ke?” tanya Faizul tiba-tiba. Saja, mahu menduga gadis yang sedang berdiri di depannya yang kelihatan begitu gugup apabila berada dekat dengannya. Dia perasan itu semua, dia juga begitu, tetapi dia mampu mengawal rasa gugupnya itu, tetapi gadis yang berada di depannya terlalu lurus dan suci. Macam manalah dia dapat melupakan gadis itu. Gadis yang diimpikan oleh setiap jejaka, yang sentiasa jujur dan tidak pandai berbohong.

“Hah, Angah pun…..

“Jomlah sekali, lagi ramai lagi bagus kan, lagipun dah bertahun-tahun kita bertiga tak keluar bersama, hari ni hari pertama kau kerja kan? Boleh kita raikan, biar aku yang belanja,” tiba-tiba Faizal menjawab bagi pihak adik kesayangannya. Suraya menarik nafas lega, nasib baik Alongnya menjadi penyelamat keadaan.

“Ok jugak tu, kau tak kisah aku ikut sekali kan?” Faizul masih belum puas menduga gadis di depannya itu. Pandangannya tetap tak berubah, terus memandang gadis yang berada di hadapannya dengan pandangan yang cukup tajam.

“Kenapa pulak adik nak kisah, kau pun abang dia jugak, sama macam aku, kan dik, jom, Along dah lapar, kita naik kereta adik ek? Along mana ada kereta lagi,” Ujar Faizal lantas menarik tangan adik kesayangannya. Faizul hanya memandang dengan ekor matanya. Ada sedikit perasaan cemburu di kala itu.

Mereka bertiga beriringan keluar dari pejabat Faizal. Suraya memaut mesra lengan Alongnya tanpa perasaan segan sedikit pun. Faizul hanya menjadi pemerhati. Kalau diikutkan hatinya di kala itu ingin sahaja dia manarik tangan Suraya dan menyuruhnya melakukan perkara yang sama seperti yang sedang dilakukan oleh gadis itu terhadap abangnya. Baru adil. Getusnya di dalam hati. Tetapi dia masih mampu untuk mengawal perasaan cemburunya di kala itu.

*******************

Suraya yang duduk bersebelahan Alongnya hanya lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara. Kadang-kadang dia menjadi pemerhati dan menjadi pendengar setia kedua-dua abangnya itu.

“Adik, kenapa ni, Along tengok diam saja?” Faizal mulai menyedari perubahan adik kesayangannya itu. Faizul terus sahaja mengalihkan pandangannya ke arah Suraya. Gadis itu direnungnya tajam. Bukan abangnya sahaja yang meyedari perubahan yang dialami gadis yang kelihatan agak tidak selesa di kala itu, sebenarnya dari tadi dia meyedari perubahan gadis itu. Kadang-kadang dia merenung ke arah Suraya sehinggakan gadis itu tertunduk, malu ataupun tidak selesa dengan pandangannya itu.

“Tak ada apa lah Long, tidak ada apa yang nak dibualkan, Along dengan Angah asyik berbual soal busines jer, ni baru sehari Angah bekerja dengan papa, kalau dah lama agaknya tak berpeluanglah adik menjampuk, adik bukannya tahu sangat soal business ni, kalau tanya pasal perubatan tahulah,” jawab Suraya bersahaja namun dia tidak berani memandang ke arah Angahnya yang seakan-akan mahu menderanya dengan pandangan yang cukup tajam.

“Sorry, Along tak sedar adik ada sekali,” ujar Faizal sambil tersenyum memandang adiknya yang berada di sebelah. Suraya terus memuncung tanda protes atau lebih tepat lagi merajuk. Faizal tersenyum. Kemudian pelayan datang dengan membawa hidangan yang dipesan oleh mereka tadi. Selepas pelayan tersebut menyelesaikan kerjanya Suraya menyambung rajuknya.

“Sampai hati Along, adik tak sukalah macam ni, adik ni punyalah comel duduk sebelah Along, Along masih tak perasan,” Suraya bersuara manja. Faizal tergelak kecil sambil menarik hidung adik kesayangannya. Suraya hanya tersengeh. Dia mudah sangat untuk dipujuk terutamanya apabila dipujuk oleh Alongnya.

Faizul yang berada di hadapan mereka mula tidak selesa. Bermacam-macam perasaan yang timbul di kala itu. Dia sedikit tercuit dengan perangai manja yang ditunjukkan oleh Suraya dan dalam masa yang sama dia berasa sangat cemburu dengan kemesraan yang dipamerkan oleh Suraya dengan abangnya. Dia menjamah sedikit makanan yang dipesannya. Entah mengapa steak bersos lada hitam itu dirasakan cukup liat untuk ditelan. Perasaannya berkecamuk. Kenapa dia tidak boleh semesra begitu dengan Suraya.
Ah! Siapa suruh dia bertegas sangat dengan gadis itu selama ini. Dia tidak pernah menunjukkan reaksi mesra terhadap Suraya sejak kecil lagi. Jadi tidak hairan kenapa Suraya tidak rapat dan mesra dengannya. Faizul menyalahkan dirinya sendiri.

“Adik Along merajuk la ni….Along minta maaf ok, oh ya, Along terlupa nak tanya adik, hari ni last paper kan? So berapa lama adik cuti?” Tanya Faizal yang mula memfokuskan tentang adiknya. Hidangan yang dimintanya tadi dimasukkan ke dalam mulut sambil memerhatikan adiknya. Suraya kembali tersenyum. Dia menghabiskan makanan yang terdapat di dalam mulutnya terlebih dahulu barulah dia menjawab pertanyaan abangnya itu.

“Lama la jugak, dalam dua bulan lebih, kenapa?” soalnya kembali.

“Wow, lama tu, so apa rancangan kau, takkan nak duk kat rumah je?” Tiba-tiba Fazul menjampuk. Suraya sedikit terperanjat. Kemudian dia tersenyum. Ada sedikit perasaan lega di kala itu. Sekurang-kurangnya abangnya yang tengah itu mahu juga berbual dengannya.

“Tengoklah, kadang-kadang adik kerja part time, kadang-kadang jugak adik ikut kawan-kawan bercuti, bergantung,” jawab Suraya. Faizul mengangguk perlahan walaupun di kala itu masih banyak lagi soalan yang berlegar-legar di benak fikirannya untuk ditanyakan kepada gadis itu.

“Part time?...adik tak pernah beritahu Along pun sebelum ni yang adik kerja part time, kenapa? Adik tak cukup duit ke? Kenapa tak minta dengan papa?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Faizal apabila mendengar adik kesayangannya itu bekerja sambilan.

“Ish, ke situ pulak Along ni, mana ada adik tak cukup duit, lebih adalah, saja nak mengisi masa lapang, lagipun kalau asyik jalan-jalan je, boringlah!” Suraya menjelaskan kekeliruan abangnya itu. Faizal tersenyum lega. Dia meneguk carrot juice yang berada di hadapannya. Faizul turut mengagguk faham. Jauh di sudut hatinya ada sedikit perasaan kagum terhadap Suraya. Gadis itu sanggup bekerja sambilan sekadar mahu mengisi masa lapang. Sedangkan dia, kalau cuti semester begitulah dia akan menghabiskan masanya dengan bersuka ria dengan kawan-kawan tanpa mempedulikan perkara lain lagi. Janji dia dapat melepaskan rasa tertekannya akibat belajar.

“Biasanya kau kerja kat mana?” Tanya Faizul lagi. Suraya memandang sekilas ke arah abangnya yang tengah itu.

“ Tengok keadaan, nak kata kerja tu tak adalah jugak, biasanya adik akan ikut program yang dianjurkan oleh mana-mana hospital untuk memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan, biasanya untuk orang miskin la, kadang-kadang jugak adik jadi pembantu makmal dekat universiti, tolong pensyarah adik buat penyelidikan dalam makmal,” Suraya memberitahu tanpa berselindung apa-apa pun. Dia melihat kedua-dua abangnya itu mendengar penerangannya dengan penuh minat. Dia menyuapkan makanan ke mulut. Perasaan gugupnya akibat duduk berhadapan dengan abangnya yang tengah itu semakin berkurangan.

“ Ha, rupa-rupanya banyak yang adik tak beritahu Along pasal adik masa kita berchatting dulu, Along tak sangka pulak adik Along ni jenis yang prihatin,” puji Faizal. Apa yang nak dihairankan sebenarnya. Sememangnya sejak dari kecil lagi perangai adiknya begitu. Terlalu prihatin terhadap masalah orang lain. Sehinggakan kebajikan diri sendiri sering diabaikan.

“Bukan adik tak nak beritahu, tapi semua tu tak penting kan, lagipun kalau adik cakap pun bukannya Along nak balik Malaysia tolong adik pun kan?” jawab Suraya dengan nada yang berbaur gurauan. Faizal tergelak kecil. Hidung Suraya yang kecil dan mancung itu dicuitnya. Suraya pula tergelak dan menumbuk mesra bahu abang kesayangannya. Perasaan Faizul di kala itu hanya Tuhan saja yang tahu. Perasaan cemburunya makin lama makin kuat. Untuk menghilangkannya di kala itu dia terpaksa berpura-pura makan makanan yang terdapat di hadapannya dengan penuh berselera tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Walaupun di kala itu makanan yang ditelan seakan-akan pasir, hampir sahaja dia tercekik. Namun dengan pastas dia mencapai fresh orange dan disedutnya laju. Suraya memandang abangnya yang tengahnya itu dengan hujung mata. Untuk memandang terus ke arah lelaki itu dia takut bercampur segan. Dia perasan dengan perubahan yang dialami oleh Angahnya. Raut wajah lelaki itu sedikit tegang. Tapi kenapa? Soalan itu hanya berlegar di dalam kepalanya tanpa diluahkan.

3 comments:

  1. jalan cerita sudah semakin menarik .. thumbs up .. waiting for the next n3 .. :D

    ReplyDelete
  2. lama nya tgu n3 nie.. Suka lah kt cite nie..

    ReplyDelete