Friday, December 9, 2011

SHA DAN SHAH Bab 15

BAB 15

Shah memerhatikan Sha yang sedang terkocoh-kocoh menyediakan sarapan pagi. Kesian pula dia melihat isterinya itu, namun dia tahu, waktu itu dia tidak mampu menolong. Pertolongannya mungkin akan memperlambatkan lagi kerja Sha. Silap-silap dia pula bakal dimarahi nanti.

"Itu la, siapa suruh awak buat kerja sampai ke pagi, kan dah lewat bangun," Shah bersuara sebaik sahaja Sha melabuhkan punggung di hadapannya. Gadis itu menuangkan kopi yang baru siap disediakan ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Shah. Shah menyambut sambil mengucapkan terima kasih.

"Bukan saya sengaja nak tidur lewat, banyak kerja sangat, saya kena siapkan proposal tu secepat mungkin, minggu depan kan dah nak kena bentang dekat awak," jawab Sha lalu menghirup kopi dengan perlahan. Dia mengintai jam di pergelangan tangannya. Masih sempat untuk dia menjamah sekeping roti bakar.

"Awak seorang ke yang kena buat semua tu?"

"Ada la dalam dua tiga orang yang bantu saya, dia orang buat tugas yang saya dah berikan pada mereka, ini kerja yang saya kena siapkan, saya kan cuti dua hari, so banyak benda yang belum siap," kata-kata Sha mengundang rasa bersalah pada diri Shah secara tiba-tiba. Gadis di hadapannya mula diperhatikan lama.

"Sorry la pasal kes saya demam tu, saya janji saya tak main hujan lagi," suara Shah mendatar. Sha sekadar tersenyum. Alahai sensetif la pula! Detiknya dalam hati.

"Saya sikit pun tak salahkan awak, saya tahu bukan awak nak semua tu, tak payahlah nak minta maaf segala, awak dah sembuh sepenuhnya hari ni pun dah buat saya lega sangat dan tolonglah jangan demam macam hari tu lagi, cuak tahu tak!"

"Eh, awak sendiri yang cakap tadi kan, bukan kita nak minta semua tu, lagipun bila lagi saya nak bermanja-manja dengan awak, waktu macam ni la kan, sekarang baru saya tahu yang awak sayang sangat dekat saya," Shah tersengeh. Sha pula mencebik.

"Alhamdulillah! Awak dah kembali normal!" Sha menghabiskan suapan terkahir roti bakar di tangannya.

"Habis tu selama ni saya tak normal ke?"

"Dua hari ni memang awak tak normal, nak dengar suara awak sepatah pun susah kalau awak demam, hari ni awak dah mula nak kenakan saya, nak menyakat saya, itu maknanya awak dan sihat la, awak dah jadi normal semula," Sha mula bangun dan membawa cawan dan piring yang dia gunakan ke dapur. Shah turut melakukan perkara yang sama.

Dia melatakkan cawan yang dia gunakan ke dalam sinki. Kemudian menoleh memandang Sha yang sedang berdiri di hadapan peti sejuk. Rutin harian gadis itu yang akan minum air kosong selepas bersarapan. Shah tiba-tiba terlintas sesuatu. Dia tersenyum lalu melangkah menghampiri Sha.

"Sha, petang ni dating nak?" ajak Shah bersahaja.

"Apa dia? Dating? Gila ke apa?" soal Sha kembali. Serta merta wajah Shah berubah. 'Aku ajak dating dia kata aku gila!' Rungut Shah di dalam hati.

"Eh! Suami ajak isteri dating boleh dia kata suami dia ni gila! Sampai hati awak Sha,"

"Iyalah! Tak pernah-pernah selama ni ajak saya dating, tiba-tiba pagi ni macam orang buat tebiat tu kenapa?" Sha mula tidak selesa. Lelaki ini semakin hari semakin sukar untuk diduga. Selalu sangat buat perkara yang di luar jangkaan.

"Tak adalah, saja, jomlah! Kita tengok wayang ke, lepas tu kita jalan-jalan, makan-makan, jom la," Shah bersuara manja seakan-akan sedang memujuk Sha agar setuju dengan pelawaannya.

"Kenapa perlu ajak saya? Semua teman wanita awak busy ke petang ni, semua jadual dia orang penuh ek?" Sha melangkah meninggalkan Shah yang terpinga-pinga dengan perrtanyaannya. Shah pula sedikit geram mendengar soalan yang diajukan oleh gadis ini. Susah sangat Sha nak percaya dengan keikhlasan yang cuba dia tunjukkan. Dia memang betul-betul ikhlas nak membawa gadis itu keluar petang ini.

"Awak ni Sha, saya ajak awak ni ikhlas tau! Bukan sebab perempuan lain tak boleh nak keluar dengan saya, lagipun buat apa saya sibuk nak ajak perempuan lain sedangkan isteri saya sendiri ada, cantik lagi, lebih cantik dari semua perempuan-perempuan yang jadi kawan saya tu,"

"Sah! Buang tebiat, dah la Shah, saya dah lewat dah ni,malas saya nak layan lawyer buruk awak tu!" Sha menjinjing briefcase miliknya menuju ke pintu utama. Shah terus mencapai briefcasenya dan berlari mengejar Sha. Dia tidak kira, dia mesti keluar juga dengan Sha petang ni. Kenapa? Dia sendiri pun tidak pasti, cuma keinginannya untuk menghabiskan masa dengan gadis itu sambil bersantai membuak-buak.

"Sha, jomlah!" Shah sudah memotong langkah Sha menyebabkan Sha agak terkejut.

"Awak ni kenapa?" soal Sha agak kasar.

"Jomlah dating dengan saya," rengek Shah. Sempat lagi tu tunjuk muka kesian!

"Tak boleh, lagipun petang ni saya kena pergi beli barang-barang dapur, banyak sangat dah tak ada, peti sejuk tu pun dah hampir kosong dah!" akhirnya Sha memberikan jawapan yang pasti.

"Nak ikut!" Shah tersengeh-sengeh sambil mengelip-ngelipkan matanya.

"Nak ikut pergi mana?"

"Nak ikut awak beli barang-barang dapur la!" jawab Shah bersahaja. Tidak kisah la sekadar pergi supermarket pun janji dia mahu menghabiskan masanya bersama dengan gadis itu. Memang sah dia dah buang tebiat!

"Awak ni....

"Boleh la!" pujuk Shah lagi.

"Suka hati awak la, jangan lepas ni awak membebel dengan saya bosan ke, apa ke, saya ketuk kepala awak jugak nanti," Sha memberikan amaran awal-awal. Bukan dia tidak kena dengan Shah. Lelaki itu bukan jenis yang suka pergi ke supermarket beli barang-barang dapur. Itu bukan Shah! Shah yang dia kenal, suka habiskan masa di tempat-tempat yang berkelas tinggi dan berhibur. Janji tempat yang tidak memeningkan kepalanya dan menyesakkan dadanya. Malah nak membeli baju untuk diri sendiri pun dia sudah mempunya butik khas yang dia selalu kunjungi jika hatinya terasa mahu membeli belah.

"Thanks Sha, lepas kerja kita pergi ek, apa kata saya hantar awak pergi kerja, nanti dah habis waktu kerja, saya pergi ambil awak dan kita terus pergi beli barang-barang tu," Shah terus memberikan cadangan. Bahagia pula dia rasakan ketika itu. Sha terdiam seketika. Shah pula yang terlebih teruja untuk membeli barang-barang dapur. 'Layan je la Sha' Sha berbicara dalam hati.

"Ok la kalau macam tu!"

Shah terus berlari ke keretanya lalu pintu kereta tempat duduk penumpang di sebelah pemandu dibuka. Tubuhnya ditundukkan sedikit sambil tangannya menjemput Sha masuk ke dalam keretanya. Sha yang melihat telatah Shah pagi ini hanya tersenyum. Lucu! Macam-macam!

"Seram saya tengok awak macam ni tau!" Sha melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Ek? Sekarang ni awak seram la, bila dah lama-lama nanti baru awak tahu tentang suami awak ni yang selama ni awak langsung tak tahu!"

"Ermm..malas saya nak ambil tahu!" Sha sempat menjawab sebelum Sha menutup pintu keretanya dan melangkah ke bahagian pintu pemandu.

****************************

Shah menyandarkan badannya ke kerusi. Perasaan bahagia yang dia rasakan ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rasa tidak sabar pula dia mahu pulang dari kerja dan mengambil isterinya pergi beli barang-barang dapur.

'Buang tebiat ke apa kau ni Shah? Ahh..aku tak kisah, janji aku suka' Shah berperang dengan perasaannya sendiri. Dia menarik nafas sedalam mungkin dan dihembus kuat. Dia mula memandang ke arah fail yang bertimbun di atas mejanya.

"Ok Shah! Kau kena serius sekarang ni, bertimbun fail atas meja yang kau perlu semak dan tanda tangan," Shah mula menyisingkan lengan kemeja yang dipakainya. Dua hari dia bercuti sampai sebegini banyak fail yang perlu dia semak. Harapan dia agar dia boleh siapkan sebelum balik petang ini. Dia tidak mahu lewat menjemput Sha. Sha lagi! Parah!

"Leya, kalau ada sesiapa yang call saya, nak bercakap dengan saya selain hal kerja, katakan saja saya sibuk, kalau ada hal kerja sekalipun, selagi awak boleh handle, awak saja yang handle, saya tak nak diganggu," Shah terus memberikan arahan sejurus selepas menekan butang interkom.

"Ok En.Shah, ada apa-apa lagi?"

"Itu saja, oh, awak tangguhkan semua appointment saya hari ni, termasuk sebarang appointment selepas waktu pejabat, saya nak balik awal hari ni," Shah menyambung kata-katanya.

"En.Shah tak sihat lagi ke?" setiausahanya yang dikenali sebagai Leya itu bertanya lagi.

"Alhamdulillah, saya dah sihat, cuma saya ada date dengan isteri saya," Shah tidak tahu mengapa lancar sahaja mulut dia memberitahu perkara tersebut.

"Oh, ok!"

"Good! Ingat, saya tak nak sesiapa ganggu saya! Especially girl kecuali isteri saya," ayat tersebut kedengaran begitu tegas dan Shah tahu setiausahanya itu pasti mengikut apa yang dia perkatakan.

"Baik En.Shah!"

Shah mula membuka salah sebuah fail yang terdapat di hadapannya. Kerjanya mesti disiapkan dengan kadar yang segera. Dia tahu kesemua fail yang terdapat di atas mejanya mesti disemak dan ditandatangani olehnya pada hari ini juga. Dia tahu sangat dengan kerja yang dilakukan oleh setiausahanya itu, sekiranya fail yang tidak memerlukan tanda tangannya dengan kadar yang segera tidak akan sewenang-wenangnya ditimbun di atas mejanya. Gadis itu akan terlebih dahulu bertanya kepadanya ataupun dia sendiri yang memberikan arahan agar fail itu diserahkan dengan kadar yang segera.

Shah menggosok tengkuknya yang mula terasa lenguh akibat terlalu lama mengadap segala jenis dokumen di dalam fail. Sekali sekala dia bangun untuk menggeliat dan kembali menyambung kerjanya. Namun, konsentrasinya terganggu buat seketika apabila terdapat panggilan telefon dari nombor yang agak pelik. Namun dia pasti itu adalah panggilan dari luar negara. Mahu ataupun tidak dia terpaksa menjawab panggilan daripada telefon bimbitnya itu.

"Hello!"

"Hai bro! Aku rindu gila dekat kau beb!" tiba-tiba suara yang cukup dia kenali mula bersuara di corong telefon. Shah tersenyum. Sah budak ni ngigau!

"Kau kalau tak buat bulu tengkuk aku berdiri tak boleh ke beb? Geli la!" Shah mula ketawa terbahak-bahak. Tetapi memang dia pun merasakan benda yang sama. Dia juga rindu akan lelaki itu. Sahabat yang paling lama kekal dengannya. Sahabat yang paling setia dan sahabat yang paling ikhlas bersahabat dengannya.

"Sampai hati kau beb! Aku serius rindu dekat kau ni, cuba kau cakap kat aku, dah berapa tahun aku tak jumpa dengan kau!"

"Eleh, baru setahun, sebelum aku balik Malaysia kan kita lepak sama-sama round satu Eropah, mengada-ngada la kau! Rindu dekat aku konon!" Shah tersengeh. Berbual dengan sahabatnya yang seorang ini mampu menghilangkan rasa letihnya sebentar tadi.

"Eh? Aku cakap aku rindu dekat kau ek? Aku silap...aku rindu dekat bini kau yang cute miut tu sebenarnya!" kedengaran suara ketawa terbahak-bahak di corong telefon.

"Oh! Mentang-mentang la kau jauh, berani kau cakap kau cakap kau rindu bini aku ek, nasib baik la kau dekat France, kalau tak dah lama aku tembak mati kau tau!"

"Uit! Sampai nak tembak! Hai..sayang sangat-sangat ke bro?"

"Woi! Bini aku! Mesti la!"

"Wau! Buaya darat dah turun semula ke sungai! Dah jadi buaya sungai balik dah! Dah insaf rupa-rupanya kawan aku ni,"

"Ah! Malas nak layan kau, yang kau telefon aku ni kenapa? Tak payah nak cakap kau rindukan aku la, rindukan bini aku la, kau mesti ada benda yang nak cakap kan? Kalau tak kau main email jek dekat aku, nak telefon aku kedekut!" Shah kenal sangat dengan kawan baiknya itu. Kalau tiada hal yang mustahak, lelaki itu tidak akan sesekali menelefonnya. Itulah perangai Syed Adif, lelaki tinggi yang berkulit sawo matang dan mempunyai wajah yang dikatakan seiras dengan Adi Putra, pelakon Singapura yang menempah nama di Malaysia. Erkk! Perasan punya kawan! Kalau orang lain yang katakan begitu dia percayalah, tetapi lelaki itu sendiri. Hahahaha. Tetapi dia akui, memang lelaki itu menjadi kegilaan perempuan, kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu dan tak mahu ambil tahu!

"Haah! Ini yang aku sayang sangat dekat kau ni! Kau masih kenal aku rupanya, bukan kedekut, aku malas nak dengar suara kau yang tak sedap tu, tak macam suara aku yang sedap yang boleh kalah anuar zain kalau aku nyanyi!" lelaki itu ketawa lagi.

"Ah, malas aku nak melayan lawak bodoh kau la! Cepat la, apa dia ni? Kau nak kahwin ke?"

"Kahwin? Yang tu lambat lagi sebab tak ada perempuan yang aku berkenan, aku bukan macam kau yang tangkap muat jek,"

"Kau dah lama tak rasa penumbuk aku ke apa?"

"Hehe..gurau beb! Ini, aku nak beritahu kau, awal bulan depan, aku nak balik Malaysia, aku nak bina kerjaya aku kat sana....

"And....

"Kau ni macam tak happy jek aku nak balik ni?"

"And......

"And aku nak minta tolong kau, carikan apartment untuk aku, aku nak apartment, tak nak banglo, besar sangat, aku sorang jek kot, boleh ek? Susah la kalau aku jejak kaki kat Malaysia dulu baru nak cari rumah,"

"Harga tak kisah?" soal Shah. Sebenarnya dia cukup lega dan gembira apabila dapat tahu lelaki itu akan menjejakkan kakinya semula ke Malaysia, setelah lelaki itu sedih akibat kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan sebelum dia menyambung pelajarannya di luar negara.

"Tak kisah, lagi tak kisah kalau kau nak sponser aku apartment tu! Kau kan kaya, aku ni tak ada apa-apa, harapkan kerja aku je interior designer, berapa sangat la gaji aku ni," kali ini Shah pula tergelak sendiri mendengar celoteh sahabatnya. Memang lelaki ni langsung tak berubah. Berapa sangat gaji dia? Ingat dia ni bodoh ke apa? Juruhias dalaman dekat Perancis! Hello! Ingat gaji beribu-ribu je ke? Sampai puluhan ribu bayaran yang lelaki itu perolehi untuk setiap projek yang dia jayakan. Lagipun lelaki itu bukan penghias dalaman yang berkelas rendah. Pelanggannya terdiri daripada orang-orang atasan. Menangis la orang kaya yang ada dekat sana kalau tahu dia berpindah balik ke Malaysia. Syed Adif memang terkenal dalam dunia hiasan dalaman di sana.

"Blah la ko! Cakap je la kau kedekut, serius ni beb? Kau nak balik?"

"Serius la, lagipun dah lama sangat aku tinggalkan Malaysia, balik sekejap-sekejap kalau ada hal musatahak, kali ni aku nak balik terus, lagipun dah tiba masanya aku redha dengan apa yang terjadi dekat family aku, Alhamdulillah, aku dah bersedia beb!"

"Alhamdulillah, nanti aku akan carikan apartment tu untuk kau,"

"Thanks beb!"

"Anytime!"

***********************

Shah sekadar menolak troli, segala barangan dapur dan keperluan yang diperlukan hanya dipilih oleh Sha. Entah mengapa, waktu itu Shah lebih suka memerhati. Dia suka melihat Sha tekun memilih segala keperluan masakan, segala barangan dapur tanpa mempedulikan hal sekeliling. Perasaannya begitu tenang menjadi pemerhati, malah dia merasakan Sha begitu cantik walau apa sekalipun yang gadis itu sedang lakukan. Angaukah dia?

"See! Belum sekejap, awak dah boring dah!" Sha tiba-tiba berhenti melangkah dan memandang Shah yang sedikit terkejut dengan tegurannya. Rupa-rupanya tadi Shah sempat mengelamun.

"Hah! Boring! Mana ada, saya tak boring la, saya suka tengok awak pilih barang," Shah langsung tidak berahsia dengan apa yang dia rasakan ketika itu.

"Heh! Jawapan awak tu kalau nak tipu budak sekolah boleh la, dah la, awak pergi la mana-mana, sekejap lagi bila dah habis beli barang saya call awak," Sha cuba mengambil troli daripada Shah namun dengan pantas lelaki itu melarikan troli tersebut.

"Saya kata saya suka tengok awak beli barang awak tak nak percaya, betul la! Saya tak nak ke mana-mana, saya nak juga teman awak beli barang, tak kisah la sekadar beli barang pun, janji saya ada dengan awak," Shah terus menerus berbicara tanpa berfikir panjang. Dia sekadar meluahkan apa yang dia rasa.

"Tapi awak tu diam jek, tak selesa pulak saya, pelik pun ada, awak mana pernah diam kalau dengan saya,"

"Ek? Awak nak suruh saya bersuara la ni, cakap je la awak rindu nak dengar suara saya kan? Wow! Terharunya!" Shah tergelak sendiri dengan usikannya.

"Hah! Sudah! Dia dah mula dah," Sha tersenyum sumbing. Namun perkara itu membuatkan dia sedikit selesa. Inilah Shah yang dia kenal.

"Hahaha! Rupa-rupanya suara saya ni sedap kedengaran dekat telinga awak kan?" Shah menyambung gelak tawanya. Sejak detik itu, lelaki itu langsung tidak berhenti berceloteh. Ada sahaja soalan yang mahu ditanya. Ada sahaja lawak bodoh yang dia lakukan dan yang paling membuatkan Sha geram ada sahaja topik yang dia timbulnya semata-mata mahu menyakat. Tetapi jauh di susut hati Sha, dia bahagia begitu, memang itu sahabat yang dia kenali dahulu, cuma ada sedikit sahaja perbezaan sebelum dan selepas kahwin. Selepas kahwin ni Shah sedikit berlembut dengannya, malah kata-kata lelaki itu mampu membuatkan hati wanitanya bergetar!

"Rupa-rupanya kan, seronok juga tolak troli ni, tambah-tambah kalau kawasan yang agak lapang macam ni," Shah beriringan dengan Sha di kawasan sejuk beku. Memang kawasan tersebut agak lengang dan luas berbanding dengan kawasan lain.

"Wooooo!" Shah tiba-tiba sahaja berlari sambil menolak troli. Apabila sampai di penghunung sudut dia akan kembali semula berlari mendapatkan Sha yang sedang berdiri sambil cekak pinggang.

"Shah! Awak ni, dah macam budak-budak tahu tak! Malu la orang tengok, dengan pakaian pejabat lagi," bebel Sha apabila Shah mendapatkannnya. Shah sekadar menjelirkan lidahnya sedikit lantas menolak laju semula troli meninggalkan Sha, namun belum sempat lelaki itu berlari jauh dengan troli tersebut, tiba-tiab di suatu selekoh, muncul sebuah troli dengan mengejut menyebabkan Shah tidak sempat mengelak. Troli yang dibawa oleh Shah melanggar kuat dengan sebuah lagi troli yang dibawa oleh seorang wanita yang berumur dalam 50-an.

"Shah!" Sha melaung kuat. Dia terus berlari mendapatkan Shah dengan panik.

"Ish! Kalau ya pun nak tolak troli tu, tolak la slow-slow sikit, nasib baik makcik ni kuat lagi tau, kalau tak dengan makcik-makcik terpelanting macam troli tu," Shah sudah berjalan mendapatkan troli perempuan itu yang sudah jauh bergerak akibat hentaman kuat dari trolinya.

"Maaf mak cik, saya tak sengaja," Shah mengembalikan semula troli tersebut kepada wanita itu, namun wanita itu hanya menjeling sambil membebel dengan suara yang Shah sendiri kurang jelas mendengarnya.

"Maaf ye mak cik, mak cik tak ada apa-apa kan?" Shah kalut sendiri. Dia cuba menghampiri wanita tua itu untuk melihat sama ada wanita itu mengalami sebarang kecederaan namun wanita itu pula kelihatan agak takut dan menapak ke belakang menjauhi Shah.

"Makcik tak ada apa-apa," jawab wanita tua itu agak dingin.

"Maaf mak cik," Shah menundukkan badannya sambil meminta maaf sekali lagi. Alahai! Accident la plak!

"Shah, awak ni kan...makcik tak ada apa-apa? mMaafkan suami saya ye makcik," Sha pula terus meminta maaf sebaik sahaja mendapatkan Shah dan wanita tua itu.

"Makcik tak ada apa-apa, lain kali bawa troli tu hati-hati sikit! Makcik pergi dulu," wanita itu meminta diri. Kali ini Sha dan Shah serentak menundukkan badan sebagai tanda hormat.

"Maafkan saya ya makcik!" Shah melaung dengan kuat sambil mengangkat tangannya. Wanita itu menoleh buat seketika, kemudian menapak dengan laju meninggalkan mereka. Mungkin takut dengan Shah. Entah-entah dia fikir Shah ni tak betul!

Shah memandang ke arah Sha sambil tersengeh macam kerang busuk. Waktu itu Sha masih lagi menjeling Shah dengan jelingan maut.

"Sorry!" Shah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Namun beberapa saat sahaja kedengaran suara Sha mengekek ketawa. Disebabkan dia mengawal gelak tawanya, dia terduduk sambil menekan perutnya. Suara dia mengekek ketawa masih lagi kedengaran.

"Awak ni, lucu ke saya langgar troli mak cik tu,"

"Awak terlanggar troli makcik tu memang la tak lucu, tapi cara makcik tu pandang awak lepas tu larikan diri dari awak tadi yang buatkan saya rasa lucu, saya rasa kan, makcik ni mesti ingat awak ni tak betul, entah-entah dalam hati dia, dia cakap macam ni, errm...kesian anak muda ni, muka kacak tapi sayang tak berapa nak betul," dengan memek muka sekali Sha melakonkan watak makcik yang dilanggar kemudian kembali ketawa. Kali ini, dia memang tidak boleh mengawal lagi gelak tawanya sehingga dia terduduk sambil tergelak kuat. Shah pula yang bengang melihat telatah Sha.

"Oh, kenakan saya ye," dengan pantas Sha mendapatkan Sha dan terus menggeletek pinggang gadis itu.

"Shah, janganlah!" Sha ketawa sambil bersuara. Shah pula langsung tidak mempedulikan kata-kata Sha. Dia terus menggeletek sehinggakan mereka sama-sama terduduk di lantai. Tiba-tiba mereka berdua terdiam serentak. Masing-masing kaku. Semua mata yang berada di situ mula memandang ke arah mereka dengan pandang yang pelbagai. Ada yang mencebik, ada yang tersengeh dan ada juga yang mengekek ketawa.

"Sejak bila pula ada ramai orang dekat sini?" Shah bertanya. Dia bangun dan menghulurkan tangannya dan membantu isterinya pula bangun.

"Entah! Awak la ni, buat malu jek! Jom balik," ajak Sha yang mula terasa tebal sangat mukanya ketika itu. Tangan Shah ditarik pantas dan mendapatkan troli dan terkocoh-kocoh meninggalkan kawasan tersebut. Beberapa langkah sahaja, mula kedengaran suara mereka berdua kembali bergelak tawa.

******************

"Awak dah simpan barang-barang yang awak beli tadi?" soal Shah tiba-tiba muncul di dapur. Lelaki itu masih belum menukar pakaian pejabatnya.

"Dah, awak ni tak naik atas mandi ke?" soal Sha. Dia rasa, sudah lama dia di dapur menyimpan barang-barang serta mencuci bahan-bahan mentah. Sebaik sahaja dia mahu melangkah naik ke atas untuk mandi dan menukar pakaian, Shah pula muncul dengan pakaian yang sama.

"Jom!" kali ini Shah menarik tangan Sha tanpa sempat gadis itu menyoal kembali.

"Nak ke mana ni?" Sha panik. Sha menarik tangannya menuju ke pintu utama dan mereka berjalan menuju ke kereta Shah semula.

"Ada la!" hawab Shah pendek. Sha sudah tidak mampu melawan. Tindakan Shah begitu pantas. Belum sempat dia bertindak dengan lebih lanjut, kereta Shah sudah meluncur laju. Setelah hampir 15 minit kereta sport milik Shah membelah jalan raya, mereka sudah sampai di satu tempat. Shah memakirkan keretanya dan keluar dari perut kereta. Kemudian lelaki itu membuka pintu kereta untuk Sha pula.

"Jom," ajaknya sekali lagi. Sha terus memerhatikan keadaan sekeliling sebaik sahaja kakinya menjejak tanah.

"Awak nak buat apa dekat litar go-kart malam-malam ni?" soal Sha kehairanan.

"Nak menggamit kenangan kita dulu-dulu, jom bertaruh nak? Kita lumba, siapa kalah kena belanja makan lepas ni," Shah mengenyitkan matanya. Sha masih lagi terdiam. Kemudian dia sekali lagi memerhati keadaan sekeliling.

"Sekarang baru 8.30 malam, kenapa sunyi je ni?" Sha sedikit kehairanan. Biasanya litar ini akan terus beroperasi sehingga ke tengah malam. Shah sekadar tersengeh.

"Awak tempah satu litar ni ek?" Sha sudah dapat mengagak. Anak jutawan ni tak pernah nak berubah! Sejak dulu suka sangat buat macam tu kalau dia mahu menggunakan litar tersebut. Katanya dia tidak suka dengan orang ramai. Sha menggumam di dalam hati.

"Jom la!"

"Ok! No hal! Awak ingat saya tak mampu nak menang lagi ke? Awak memang tak ada bakat nak kalahkan saya dekat litar ni la Shah" Sha bersuara girang. Kesian pula melihat wajah Shah yang begitu mengharap agar dia bersetuju dengan aktiviti di zaman remaja mereka dahulu.

"Woo! Itu saya saja nak awak menang! Malam ni tak mungkin saya akan bagi peluang kat awak menang lagi!" Shah bersuara penuh yakin.

"Ok! Kita tengok macam mana,"

*************************

"Yess! Yes! Yes! Yeaahaaa! Saya menang! Saya menang!" Sha melompat kegirangan sebaik sahaja turun dari kenderaan go-kart itu. Shah yang melihatnya sedikit geram. Macam mana dia masih tidak boleh mengalahkan gadis itu dalam sukan go-kart ini. Ternyata gadis itu tetap pakar dalam memandu di litar go-kart.

"Awak simpan je la kereta sport awak kat luar tu dekat muzium Shah oiiii!" Sha menjerit kuat diikuti hilai tawa.

"Saya saja je buat-buat kalah tadi!"

"Eleh, tak payahlah nak control malu! Terima sajalah kekalahan awak tu!" Sha ketawa lagi.

"Mana ada! Betul la!"

"Dah la, saya dah lapar, jomlah pergi makan, awak kata siapa yang kalah tadi belanja makan kan? Jom," ajak Sha terus menghampiri Shah. Tidak semena-mena lampu di litar tersebut semua tertutup. Sha terus memegang erat lengan Shah. Sudahlah dia memang takut gelap.

"Kenapa ni?" Sha bertanya panik. Tiba-tiba sahaja terdapat cahaya di tengah-tengah litar yang menarik perhatian Sha. Dia mengamati kawasan yang dipenuhi cahaya lilin itu. Terdapat sebuah meja yang dihisai indah di tengah-tengah cahaya lilin yang memancar. Kelihatan dua orang yang berpakaian seragam seperti pelayan mula menghidupkan lilin di atas meja yang terhias dengan sekuntum bunga yang cantik. Bunga yang memang menjadi kegemarannya sejak dulu sehingga kini. Sha terkedu. Dari cahaya yang samar dia dapat memandang wajah Shah yang sedang tersenyum indah seperti suasana pada malam ini. Sha mula tidak keruan. Dia sendiri susah untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Semua bercampur baur. Terkejut, terharu, gementar dan kadang kala diikuti rasa tidak selesa. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

"Sha," Shah memanggil nama Sha apabila gadis itu hanya mendiamkan diri. Sha pula tersentak, seperti baru tersedar dari lamunan.

"Itu tulip kan?" soal Sha walaupun dia jelas sangat dengan jenis bunga yang terdapat di atas meja itu. Dia mula melangkah menghampiri meja tersebut. Sebenarnya itu adalah soalan yang muncul dengan sendiri tanpa dapat dikawal akibat rasa gemuruh yang dia rasakan ketika itu. Kalaulah Shah tahu yang jantungnya sedang berentak tidak stabil ketika itu. Malu dia!

"Saya tak mungkin dengan satu-satunya bunga yang awak suka sejak dulu sampai sekarang, tulip putih,"

"Actually, apa semua ni sebenarnya?" Sha berhenti melangkah buat seketika. Dia memandang Shah yang turut sama berdiri di sebelahnya.

"Istimewa buat wanita yang paling istimewa dalam hidup saya...bermula dengan seorang kanak-kanak yang mula-mula menghulurkan salam perkenalan masa tadika dulu....kemudian diikuti dengan seorang budak perempuan yang sentiasa menjadi bayang-bayang saya zaman sekolah rendah...dan beralih kepada seorang gadis yang selalu percayakan saya dan memberi dorongan kepada saya untuk menjadi pelajar terbaik SPM.... gadis ini juga yang sentiasa ingatkan saya agar saya tak hanyut dalam dunia yang penuh cabaran walaupun jarak beribu batu telah memisahkan kita...dan kini seorang isteri dan juga sahabat yang sentiasa ada dengan saya...menjaga saya dan telah banyak berkorban untuk saya. Thank you so very much dan saya betul-betul menghargai kehadiran awak dalam hidup saya,"

Sha seperti terpukau dengan kata-kata yang diungakpakan oleh Shah. Dia terharu dan tanpa dia sedari air matanya mengalir membasahi pipi.

"Awak buat saya nangis la Shah," Akhirnya Sha bersuara lantas menyapu air matanya. Cuba mengawal perasaannya ketika itu.

"Saya tahu perkahwinan kita tidak sama macam orang lain...tapi saya nak awak tahu yang awak begitu penting dalam hidup saya...penting sangat-sangat sampai tak ada kata-kata yang sesuai untuk ungkanpkan semua tu. Saya cuma berharap hubungan kita ni akan.......

"Shah...saya lapar la! Jom makan! Perut saya dah berbunyi dah," Sha seakan-akan tidak mahu Shah meneruskan kata-katanya. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya ketika itu. Tiba-tiba sahaja dia takut untuk mendengar bait kata seterusnya dari mulut lelaki itu. Dia takut! Sukar untuk dia jelaskan perasaan takut yang dia alami.

"Sha....

"Jomlah! Perut saya dah bunyi dah ni," Sha terus menarik tangan Shah agar berjalan pantas menghampiri meja yang sudah dihidangkan dengan makanan. Shah mengeluh perlahan. Keluhan kekecewaan. Namun dia masih mampu tersenyum. Dia tidak mahu merosakkan suasana malam yang begitu indah ciptaan Tuhan. Malam itu, suasana di litar itu dipenuhi dengan hilai tawa mereka berdua. Bermacam-macam peristiwa lama yang menjadi topik perbualan mereka yang mencetuskan hilai tawa dan tepuk tampar yang memeriahkan lagi suasana malam itu.

P/S: Agak panjang bab kali ini. So untuk bab seterusnya mungkin Isnin depan lak ye...hehehe..harap bab kali ini menghiburkan...jangan lupa tinggalkan komen walaupun sepatah. Komen anda amart Sha hargai...hehe

32 comments:

  1. candle light dinner..auwww..romantik nya shah :) :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka sya and saya suka shah yg baru, yg lebih menghargai sya. harapkan jangan la nanti shah melukakan hati sya.. saya sedih

    ReplyDelete
  3. bestbestbest!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. harap2 shah dpt ungkapkan cinte die kt sha..tp episod nie sesangat la sweet....x sbar nk bce cite nie akan dtg....janganla si atilia tu buat hal sudah...

    ReplyDelete
  5. dua2 dah jtuh cnta 2....
    tp napa skr nak mluahkn....
    best2x....

    ReplyDelete
  6. Sgt best.....hope lepas ni diaorg bercinta pulak

    ReplyDelete
  7. dua2 saling suka tp x de sapa nk mgaku..

    ReplyDelete
  8. saat cnta mula b'putikk....cayalahh syah! shwit glew..

    ReplyDelete
  9. sepatah komen? er kalau letak 'next' saja pun kira ok?hehehe. tp sy nak komen pjg. candle light dinner, mmg unik lah buat kat go cart tu. hehehe selamat tak hujan, klo tak, demam balik pakcik tu. baru nak romatik gan bini.

    ReplyDelete
  10. makcik yg shah langgar troli dia tu sapa??... watak yg akan mnimbulkan konflik or sekadar watak bidang terjun je.... harap2 xde yg buruk2 la dekat hubungan couple ni...

    ReplyDelete
  11. beri peluang kat shah nk confess perasaan die..
    sha..all da bez tuk presentation nnti

    ReplyDelete
  12. kesian kan pwerhubungan mereka ini..nak kata sahabat tetapi mereka suami isteri yg sah..bilakah agaknya mereka akan menjadi pasangan suami isteri yg bukan diatas kertas sahaja tapi dalam ikatan yg sebenarnya..
    Telah ada titik dan bait biat cinta yug diluahkan oleh shah pada isterinya sha..dalam bentuk melankolik..tapi sha tidak memahaminya mungkin takut dirinya kecewa sbb Shah memang playboy tegar???

    ReplyDelete
  13. hrap2 Shah luakan perasaan dia pada Sha secepat mngkin...
    cant wait 4 the next bab

    ReplyDelete
  14. teruskan percintaan shah n sya ...... hehee ..like ....
    shah keep on seducing sya .... never give up - mai kita halau watak iskandar n atila eh jauh 1000X

    ReplyDelete
  15. sha...awat xdgr dulu ape shah nk ckp...sian shah...aih

    ReplyDelete
  16. Wowwww! best-3!!
    Tapi , Sha ni pun satu..
    Shah baru jeee nak luahkan perasaan xD

    ReplyDelete
  17. best...best...
    x sabar nk tunggu sambungan...

    ReplyDelete
  18. Lagi panjang lagi best no problem
    best punya pasal kami tetap setia
    menghayati cite ni... jgn lupa cpt
    sambung ok...

    ReplyDelete
  19. Puas sgt kli ni bca. Mmg sweet.. xsbr nk bca bab yg akn dtg ..^_^

    ReplyDelete
  20. saya juga suka cara Shah yang baru... pandai ambil hati sha.... berterus-terang ja shah .... biar sha pengsan mendengar luahan hati seorang suami.... berilah sha masa untuk terima shah sedikit demi sedikit ..ok sahah..... semuga satu hari nanti hati sha pun terbuka untuk shah....

    ReplyDelete
  21. besh 2 mmg besh...romantik dowh.tp kan ade bebrapa kesalahan ejaan n ayat aku rasa..n pada ayat yang shah kata bunga tulip putih kesukaan sha 2 aku rasa ade perkataan x kan? aku try paham ayat 2 tadi...ape2 pon sambung2

    *1st time komen kat ko nye nih hihihi

    ReplyDelete
  22. best bab 15 nie sebaba pnjang, hahahahaa, hrap dia segalanya keluar cpt ye :)

    ReplyDelete
  23. Indahnya garapan penulis kali ni......@bluescarf

    ReplyDelete
  24. thank you for the entry

    ReplyDelete
  25. best.. happy sgt... suka.. tq sha..

    ReplyDelete
  26. Part of the higher in price coffee brewer genres facet dairy milk tanks.
    Cappuccino is the usual usual Italian language cup of coffee
    refinement. Without a doubt significantly as find out ponder when the explore had lawful,
    or perhaps just the following favor and also, in the event that results whilst level is undoubtedly substantiated by
    its the background from Insurance Examiner properly their job present.

    Unneeded your sugar intake content will be testified to of suggest genital
    herpes acne outbreaks. While using built-in mill, you might grinding virtually
    any huge bean to own most up to date coffee beans actually possible.


    My homepage ... used coffee brewers For sale

    ReplyDelete
  27. Woah! I'm really digging the template/theme of this website. It's simple,
    yet effective. A lot of times it's tough to get that "perfect balance" between superb usability and visual appearance. I must say that you've done a great job with this.

    Also, the blog loads very quick for me on Firefox. Exceptional
    Blog!

    my webpage: under cabinet toaster oven tros1000

    ReplyDelete
  28. Value ranges of several juice extractor designs can differ
    rather a lot, however variances fail to be as compared to considerable since
    it is for the large cars and trucks. To its individual building it has the proven to
    power a variety of give rise to within small business green vegetables comparable to carrots
    plus beets, so that you can sleek fruits reminiscent of
    tomatoes and after that fruit, as well as
    occasionally does green vegetation similar him,
    collards, perhaps even wheat-grass very! You possess the
    method to forget your individual teens at any vessel and as well complete the working.
    May well, on the flip side, give their customers a purpose
    in just region. To produce this gift, the latest guarapo media attention
    can be utilized. Other blenders designs have fridge / freezer so you can use them for things such as
    clanks when driving chicken, leaving the baby daily meals,
    crushing coffees and maybe even delivering thoroughly clean spaghetti.


    Stop by my webpage ... blender reviews

    ReplyDelete
  29. All of these superfoods are not common to the
    folks simply being health care staples since way back when of various parts of the world.
    Identical to practically any way, planning for every man
    to be acquainted with to begin the inner workings off blenders before you can also convey to
    what the greatest juicer could be described as. Care ability exceptionally high quality cultivable.
    A real unit isn't the same task.

    My page - cheap juicer blender

    ReplyDelete
  30. Strong splendid printer if you do a vary mostly several more designer
    manufacturers and is not in a sense high priced.
    Amazingly, you could make soups, dips, salsas, young mealtime a whole bunch
    more compared to clear smoothie. Access and as a result practice movies when you are after!
    You can also find a couple of fundamental features inside
    your Multiquick Seven mixer array: MR 740cc, MR 730cc, since the Mister 730cm.
    The truth is once are sorry for you can add each of our solid Champ c3300k into
    the kitchen-arsenal! Goods truth, they maintain the
    level to make sure experience the lowest using your juices.


    Here is my blog - sunbeam food processor parts list

    ReplyDelete