"Assalamualaikum," suara memberikan salam mengejutkan Edlynn dari lamunannya. Dia menoleh namun sepantas kilat memalingkan wajahnya. Dahinya mula digaru. Jantungnya berdegup seakan-akan dia baru membuat larian mengelilingi taman di villa ini.
"Mengikut agama kita bagi salam itu sunat, tapi menjawab salam itu wajib, bukan begitu Cik Edlynn?" suara lelaki itu semakin jelas. Dia menoleh sekali lagi lantas menjawab salam lelaki itu dengan begitu kuat sekali. Tiba-tiba terasa geram apabila menyedari lelaki itu seakan-akan sedang memerli dirinya. Nasib baiklah muka kau handsome!
"So...Cik Edlynn buat apa kat sini pagi-pagi ni?" Ikmal mula berdiri di sebelah Edlynn. Turut sama memandang jauh ke tengah tasik sambil menghirup udara pagi yang begitu nyaman. Sebenarnya tujuannya ke sini adalah untuk memeriksa Tuan Firdause menggantikan ayahnya yang kebetulan kurang sihat. Namun sebaik sahaja dia menuruni kereta, dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya. Tetapi hakikatnya, jauh di sudut hati, dia memang teringin untuk bertemu dengan gadis ini. Kenapa? Dia sendiri kurang jelas dengan apa yang dia rasakan.
"Saya tengah bercucuk tanam!"
"Hah?"
"Tak ada apa-apa. Lupakan saja apa yang saya cakap," Edlynn resah. Aduh! Nak lowyar buruk tak bertempat la pulak aku ni! Dia menoleh memandang Ikmal sambil tersengeh. Cuba menghilangkan gelora di dadanya.
"Wah! Banyak betul hasil cucuk tanam Cik Edlynn ya. Kacang panjang ada, bendi ada, tu apa tu? Oh, terung pun ada jugak!" Ikmal cuba untuk melayan gurauan Edlynn. Bukan dia tidak tahu Edlynn cuba berseloroh dengannya sebentar tadi. Sebab itulah dia yakin sangat, memang gadis ini mempunyai dua personaliti yang berbeza. Cuma, dia tidak yakin mana satu personaliti sebenar gadis yang bernama Edlynn ini.
"Wah! Tererlah bang. Abang bukan sahaja handsome giler tapi abang boleh nampak apa yang saya tak nampak. Saya baru tanam benih tadi bang. Tapi abang dah boleh nampak hasil dia. Perrhhh..gila dasyat!" ambik ko! Nak 'melowyer buruk' dengan aku lagi! Kau tak kenal aku ni macam mana lagi. Desis hati Edlynn. Mula menahan gelaknya apabila doktor muda yang dikenali sebagai Ikmal itu mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Akhirnya Ikmal ketawa kecil. Dia terkena!
"Ah! Lupakan je pasal cucuk tanam tu bang. Abang buat apa kat villa ni pagi-pagi ni?" soal Edlynn kembali tidak selesa apabila hanya berdua-duaan dengan lelaki ini. Namun dia masih boleh bersahaja memanggil lelaki itu dengan panggilan 'abang' apabila menyedari lelaki itu memang lebih tua daripadanya. Memang itulah perangainya.
"Datang nak periksa Tuan Firdause. Gantikan ayah saya yang agak kurang sihat sikit hari ni," Ikmal menjawab. Memang betul firasatnya, gadis ini memang peramah apabila tidak berhadapan dengan ahli keluarganya yang lain.
"Oh," reaksi Edlynn membuatkan Ikmal sedikit tidak berpuas hati. Dia seakan-akan mahu terus mendengar gadis itu berceloteh. Dia mula memerhati gadis di sebelahnya itu dengan lama. Kenapa wajah itu seakan-akan menyembunyikan 1001 rahsia yang membuatkan dia teringin sangat mengetahuinya.
"So Cik Edlynn....
"Jangan panggil saya Cik boleh tak bang. Formal sangat! Muak pun ada juga," potong Edlynn sebelum sempat Ikmal menghabiskan kata-katanya.
"So...saya nak panggil apa?" soal Ikmal.
"Panggil saya Edlynn je bang. Itu memang nama saya,"
"Edlynn saja? Takkan nama Edlynn, Edlynn sahaja. Ringkasnya," habis la Ikmal. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya. Hakikat sebenarnya dia bukannya peramah sangat. Di hospital dia memang dikenali sebagai seorang doktor yang agak pendiam. Berbicara apabila perlu sahaja. Malah dia jarang kelihatan bergurau senda dengan kakitangan bawahannya. Tapi hari ini, mulutnya lancar sahaja berbicara denga Edlynn.
"Edlynn Jasmin. Tapi saya suka orang panggil saya Edlynn je," tanpa disedari Edlynn sebenarnya dari tadi melirik memandang lelaki itu dari atas sehingga ke bawah. Sepanjang tiga kali bertembung dengan lelaki ini sebelum ini, lelaki ini sentiasa kelihatan begitu formal dengan pakaian kerja. Hari ini juga sama, lelaki ini lengkap berkemeja dan bertali leher serta berseluar slack. Dia cuba untuk membayangkan macam manalah rupa lelaki ini kalau berpakaian kasual. Tentu lebih kacak dan bergaya. Perhh! Boleh cair! Tanpa dia sedari bibirnya menguntumkan senyuman.
"Tak baik tau pandang seseorang tu secara curi-curi lepas tu tersenyum,"
Edlynn tersentak. Dia menepuk perlahan dahinya. Kantoi! Macam mana lelaki itu boleh tersedar pula. Rasanya dia sudah berhati-hati. Edlynn tersengeh. Wajahnya mula terasa panas menahan malu. Bukan dia tidak pernah melihat mana-mana lelaki yang mempunyai wajah yang lebih kacak daripada doktor muda ini teruatamanya di majalah mahupun di kaca televisyen, namun wajah doktor inilah yang paling kacak yang pernah dia jumpa secara 'live'. Mesti ramai jururawat dekat hospital tergilakan dia ni.
"Pandang saya lagi? Tak jaga mata betul!" sekali lagi Edlynn terkena. Dia memang tidak sedar dengan perlakuannya. Wajah itu membuatkan dia langsung tidak boleh melarikan pandangannya. Dah angau ke aku?
"Sorry bang! Muka abang handsome sangat la. Serius handsome!" tanpa berselindung Edlynn berterus terang. Kali ini kata-kata membuatkan Ikmal tergelak. Memang itulah pujian pertama yang dia dengar apabila dia mula-mula terserempak dengan Edlynn. Sebenarnya Edlynn gadis pertama yang berani memuji dirinya secara berdepan. Entah mengapa, dia pula yang terasa malu apabila dipuji secara berdepan begitu. Dia mula terdiam, seakan-akan mulutnya sudah terkunci.
"Uit! Tetiba diam? Takkan abang malu kot. Tapi memang betul pun bang, muka abang handsome gila. Abang dah ada awek?" tiba-tiba Edlynn bertanyakan soalan yang pada mulanya langsung tidak terlintas di kepalanya.
"Perlu ke saya jawab soalan tu?" Ikmal bertanya semula. Alahai mulut budak ni?
"Perlu la bang. Kalau tak ada awek lagi, boleh la saya cuba ngorat abang ke. Tapi kalau dah ada awek ,saya tak kacau hak orang bang," sudah! Edlynn dah betul-betul menjadi dirinya yang sebelum ini. Seorang gadis yang lepas laku, yang susah nak kenal erti malu malah suka meluahkan apa sahaja yang terlintas di kepalanya. Perangai yang kadang-kadang membuatkan arwah ibunya, Kaseh pening kepala dengan perangai anaknya yang seorang ini.
"Saya....
"Cik Edlynn, Tuan Firdause panggil sarapan," Bob yang entah dari mana munculnya tiba-tiba sahaja memanggil.
"Oh, Jom bang...abang nak jumpa dengan daddy kan?" ajak Edlynn. Ikmal mengangguk lalu melangkah mengikut Edlynn. Edlynn dengan bersahaja memaut lengan Bob. Itu adalah perlakuan biasa apabila dia berjalan dengan pengawal peribadinya itu. Ikmal yang memerhati sekadar tersenyum. Makin dia kenal dengan gadis yang bernama Edlynn Jasmin ini, semakin dia merasakan gadis ini begitu menarik. Tiba-tiba sahaja perasaannya seakan-akan dilanda sesuatu perasaan yang agak sukar ditafsirkan.
************************
"Ikmal. Ayah tengah bercakap dengan kamu ni?" Ikmal tersentak. Menoleh memandang Encik Borhan. Ayahnya yang sedang duduk sambil memegang surat khabar di tangan mula merenungnya tajam.
"Ada apa ayah?" soal Ikmal sedikit gugup. Macam mana fikirannya boleh jauh melayang sehinggakan dia langsung tidak mendengar walaupun sepatah apa yang dibicarakan oleh ayahnya.
"Mal ni kenapa? Ibu tengok sejak balik dari rumah Tuan Firdause, Mal asyik termenung je. Pantang ada peluang," ibunya yang baru muncul dari dapur pula menyoal. Ikmal mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Aduh! Macam mana dia nak menjawab ni?
"Tak ada apa-apa la ibu," hanya jawapan itu yang dia mampu berikan.
"Ayah, Mal nak tanya sesuatu boleh?" Ikmal tidak mahu lagi menyesakkan kepalanya dengan persoalan-persoalan yang tidak terjawab. Mungkin ayahnya tahu serba sedikit mengenai keluarga Tuan Firdause.
"Nak tanya apa?" Encik Borhan memandang isterinya yang berada di sebelah. Seakan-akan pelik dengan perlakuan anak lelaki tunggal dan juga merupakan anak sulongnya di dalam keluarga.
"Sejak bila Tuan Firdause tu ada anak perempuan?"
"Sejak bila? Memang ke dah lama yang Tuan Firdause tu ada anak perempuan. Cuma anak perempuannya tu tinggal dengan bekas isterinya. Sekarang ni bekas isterinya tu dah meninggal, kalau tak silap ayah disebabkan Breast Cancer sebab tulah anak bongsunya tu, dia yang jaga sekarang ni," penerangan Encik Borhan akhirnya membuatkan Ikmal mengangguk faham. Tapi kenapa kehadiran Edlynn disitu seakan-akan tidak dialu-alukan oleh ahli keluarganya yang lain. Apatah lagi bila teringatkan peristiwa yang berlaku di hospital dua hari yang lepas.
"Kenapa Mal tak tahu pun?"
"Sejak bila Mal ambil tahu pasal ahli keluarga Tuan Firdause? Mal sekadar ambil kisah pasal kerja Mal je. Semua benda lain Mal tak peduli sampaikan nak cari menantu untuk ibu pun tak sempat," Allah! Ini yang dia malas nak berbual-bual kosong dengan ayah dan ibunya. Tiada benda lain yang mahu disentuh, mesti ada kena mengena dengan jodoh.
"Ibu ni, lain yang Mal cakap, lain pula yang ibu bincangkan. Tak habis-habis pasal menantu. Iqlima kan dah kahwin, ibu dah ada menantu dah, bukan setakat menantu, cucu pun dah dapat, dah nak masuk dua dah pun," Ikmal mula mengungkit mengenai adik perempuan yang dua tahun lebih muda daripadanya. Sejak berumur 24 tahun lagi adik perempuannya itu berkahwin. Sekarang adiknya itu sudah berumur 26 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata dan bakal mendapat lagi seorang zuriat pada akhir tahun ini.
"Itu Iqlima, ini ibu cakap pasal Mal. Ibu nak menantu perempuan pula," mendengar bicara isterinya Rohana membuatkan Encik Borhan tersenyum. Dia sekadar boleh mendiamkan diri. Sudah faham sangat dengan perangai isterinya yang satu itu. Mahu ataupun tidak, bila isterinya mula membebel, dia dan anak-anak wajib mendengar.
"Buat apa? Ala ibu ni, macam la ibu tak ada anak perempuan, adik Mal yang tiga orang tu bukan perempuan ke?" Ikmal menjeling ayahnya. Minta diselamatkan.
"Itu anak ibu, lain. Ibu nak menantu. Sampai bila Mal nak fokus pada kerja je? Cuba-cubalah cari teman wanita. Baru cepat boleh menantu, ini tidak. Nak kata tak ada rupa, ramai kawan ibu berkenan nak jadikan Mal menantu, cuba ibu saja yang nak anak ibu sendiri yang cari jodoh untuk diri sendiri," sambung Puan Rohana lagi. Ikmal mulai tidak senang duduk. Kalau dia terus berada di situ, jawabnya memang bernanahla telinga dia mendengar bebelan ibunya.
"Alah, kalau Mal ada girlfriend pun, kalau girlfriend Mal tu tak bersedia nak kahwin lagi macam mana? Maksud Mal, girlfriend Mal tu muda dan tengah belajar lagi, lambat jugak ibu nak dapat menantu," Ikmal sendiri tidak tahu apa yang sedang dia bebelkan. Kata-kata itu spontan keluar dari mulutnya. Kali ini kata-kata Ikmal membuatkan ibu dan ayahnya berpandangan sesama sendiri.
"Mal dah ada girlfried ke?" soal Puan Rohana sedikit terkejut.
"Itu kalau la ibu,"
"Habis tu siap muda la, belajar lagi la, tak sedia nak kahwin lagi la? Apa semua tu?" sambung Puan Rohana, masih lagi teruja untuk mendengar jawapan daripada anaknya itu.
"Oh...Itu contoh la ibu, contoh! Misalan! Ala, tak nak la Mal bincang pasal benda ni, Mal nak naik atas, petang ni Mal kerja" Ikmal betul-betul terkena kali ini. Macam mana dia boleh tersasul jauh sampai ke situ. Aduh! Ini memang dah kena penangan Edlynn ke apa? Ikmal terus melangkah meninggalkan ibu dan ayahnya di ruang tamu. Encik Borhan tergelak kecil melihat telatah anaknya itu, manakala Puan Rohana langsung tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh anaknya. Dia seakan-akan dapat merasakan sesuatu. Mungkin nalurinya sebagai seorang ibu.
*************************
"Edlynn Jasmin," Puan Janice memanggil nama Edlynn sebelum mengakhiri kelasnya untuk hari ini.
"Saya puan," Edlynn sedikit terkejut. Dia yang jarang bersuara dalam kelas terus manyahut.
"Saya suka dengan design contoh yang awak hantar pada saya semalam. Keep it up! Pastikan design awak terus menarik bila saya dah mula bagi assignment nanti," pujian dari Puan Janice menyebabkan semua mata di dalam kelas terarah pada Edlynn. Edlynn sekadar tersenyum pada Puan Janice kemudian kembali berwajah bersahaja apabila mengadap wajah-wajah yang seakan-akan tidak mempercayai apa yang baru sahaja didengar oleh mereka.
"Eleh, macam la hebat sangat, kebetulan je tu,"
Telinga Edlynn dapat menangkap butir bicara tersebut. Dia juga cam sangat gerangan siapakah yang mengeluarkan kata-kata itu. Edlynn tersenyum sinis. 'Ini baru sikit! Kau tak kenal lagi aku' hatinya berbicara penuh bangga. Semakin hari semakin dia merasakan dia mula berubah kepada dirinya yang asal. Walaupun dia cuba untuk mengawalnya, namun semakin hari kesabarannya semakin menipis.
Edlynn bangun setelah kelas bersurai. Tidak sabar pula rasanya untuk dia pulang ke rumah. Rindu pula dengan Blacky. Semalam dia sudah berjanji mahu 'berdating' dengan Blacky pada hari ini. Ternyata kuda itu kelihatan begitu selesa dengannya. Pagi tadi pun dia sempat berbual-bual dengan Blacky sambil membersihkan kandang kepunyaan Blacky. Ini yang dia malas mengajar dirinya untuk mendekati kuda setelah lama dia meninggalkan aktiviti tersebut. Kuda mampu buat dia ketagih.
Di dalam bersesak-sesak dia berjalan keluar dari kelas, tiba-tiba seseorang melanggarnya dengan kuat, hampir sahaja dia terjatuh ke lantai. Dia menoleh mahu melihat gerangan yang telah melanggarnya itu. Senyuman sinis daripada lelaki itu membuatkan Edlynn berhenti melangkah. Dia kembali mendapatkan lelaki itu apabila melihat lelaki itu seakan-akan sedang menunggu dirinya dengan pandangan yang cukup menyakitkan hati.
"Kenapa? Tak puas hati ke?" soal Samuel apabila dia mula menghampiri.
"Hati-hati! Jangan buat selalu. Nanti kau juga yang susah," kata-kata Edlynn penuh dengan maksud tersirat. Malah dia sempat menghadiahkan senyuman yang penuh makna.
"Woo. Kau ingat aku takut dengan kau ke? Berlagak macam samseng! Kalau aku nak buat lagi macam mana?" soal Samuel sekali lagi. Mahu mendengar jawapan gadis itu seterusnya.
"Nanti kau addicted! Dan jangan tenung mata aku lama-lama, nanti jantung kau tak stabil, aku tak nak bertanggungjawab," Edlynn sempat mengenyitkan mata sebelum melangkah meninggalkan Samuel. Puas sunguh dengan kata-kata terakhir yang dia ucapkan.
"Gila!" Samuel langsung tidak menduga jawapan yang dia terima. Dia berdehem kuat! Tiba-tiba tanpa dia sedar, dia menyentuh dadanya di sebelah kiri. Ah! Tak mungkin!

(Kalau nak tengok Ikmal dalam bayangan Sha...inilah orangnya..ehehehe. Bagi Sha handsome la...tapi pembaca leh pilih sendiri siapa Ikmal yang pembaca suka...peace!!)
P/S: Entry yang agak pendek. Tunggu entry seterusnya ya. Tapi jangan berharap sangat Sha akan post esok, sebab minggu ni memang minggu Sha busy dengan jadual kerja yang amat padat dan memenatkan. Hehehe..Selamat membaca dan semoga terhibur.
22 comments:
I like I like muah3!!!!!EJ3!!!! Dr Hencem...ku jatuh cinta hahhahahahaha
sukanya.... nak lagi dan lagi....x pernah puas untuk n3 ni....
Tq ada n3 baru...tapi tak puas bacalah Sha...rasa macam nak lagi.
Wah handsomelah Dr Ikmal...dia hero ke?
~ kak min ~
best2..skrg dh xcited nk tggu n3 utk CADS ni..
besttt...
akak mmg teruja ngan citer sha ni.. akak kini mmg mengharap agar EJ menjadi dirinya sendiri..kerana bila menjadi dirinya sendiri..akak rasa dia tidaklah terasa dirinya lemah dan tidak diperlukan oleh kaum keluarganya yg terdekat ngannya..sesungguhnya dia ada intan dan abang bob..dan kini..ikhmal..yg ingin berkawan ngan nya..
Dapat akak rasakan..yg sam tu dah jatuh head over heels kat EJ..tak gitu..gara gara perasaan tak puas hati minah tu kat dia..kerana dia terasa yg egonya tergugat kerana hanya EJ yg tak melayan dia..Teruja akak nak tahu..ek..apa yg mamat sengal ni nak buat kat minah tu.. adakah ayahnya telah memaafkan aruah ibunya kaseh..dan apa ek..yg berlaku dalam perkawenan ayah dan aruah ibunya..kenapa kaseh pulak yg dibenci oleh ayahnya..kesian anak itu.. walaupun telah menjadi piatu..seakan layan ayahnya menyebabkan dia terasa bukan sahaja piatu tetapi yatim piatu dan layanan abang abangnya menambahkan sedih yg ada..seperti hidup sebtg kara..tiada org peduli..nasib baik dia ada blacky..teman setia..seekor kuda yg memahami dirinya..yg dia boleh berciter apa sahaja..dan setia mendengar..tanpa ada perkataan sinis yg akan dilontarkan balik ..kesian kan hidupnya.. Teruja nak tahu.. adakah EJ akan berubah 360%..menjadi dirinya sendiri..akak mengharap..dia tidak berpura pura lagi..kerana aruah ibunya akan faham kenapa dia menjadi begitu..
best sgt2..
Thanks Kak Sha for this entry . Walaupon pendek , terubat jugak rindu . Hihi . Hensemnya Dr. Ikmal . Tergoda I~ Haha . Dia ke hero cite ni ? Kalau boleh nak dia la . Tak nak Samuel tu . Mcm berlagak je . Hihi . Anyway , sangat best . Bila free , Kak Sha sambung eh . Sy tunggu .
[syaza]
Tq Sha utk entry kali ni! Ok..suka ngan ikmal yg digambarkan Sha. Kak prefer Samuel jd pilihan hero utama kerana Ikmal mcm bukan lawan utk EJ. Watak EJ, sukaaa bangat!!!TAk sabar tunggu entry lagi..bley Sha gambarkan Samuel jugak??
sy suka n3 ni..hehe ^_^
bestnya!!!!!!!
hensemnya ikmal, kak, postlah gmbr samuel, hehheee
best2 :)
xtau ape nk komen, hehe..best!
best entry kali ni...bila ada kelapangan sambung lg ye..sy tggu ...klu blh biarlah EJ jd dirinya sendri..
wow mgkin mnarik lar CADS nie..
kak sha klau nk post n3 bru jgn lmbt2, pling lmbt pun khamis atau jmaat lar bb dah addicted nie. heheehehe
terbaik. suka ej dgn ikmal. romantik kasar gitu.
tak apelah janji nanti ada n3 baru. Jgnlah lama sgt ambil masa nk post n3 baru kesiankanlh kami yg tertunggu-tunggu Edlynn dan Ikmal nanti.
emmm... bestnyer n3 kali ne... tp pendek la kak... handsome la Dr. Ikmal tue... hehehehe... kak spe heronye?? Dr. Ikmal ke Samuel?? tp kte nk Dr Ikmal la heronye... x nk la samuel... hehehehe.... mintak2 la edlynn berubah kpd asl. dirinya sendiri.. tunjukkan die x lemah... pe2 pun.. kte tggu next n3... ;p
x puas bace..x sempat nk feeling..huhuu
doktor hensem dh tngkp cintan dng EJ...
msti gempk desain EJ lps nie biar semua terbeliak
...aRa
tq sha, memang x puas pun , tp x pe, kita phm..
best sgt cite ni kak, membuai perasaan yannie bila tgk doc encem tuh ehehe..sian arwah mummy EJ kena breast cancer..hrp2 EJ xmewarisi penyakit tu la kan..huhu
syok nya cter ni...tak sbr nk bca new n3
hmm..EJ ni mmg ske sgt2 kat Doc ikmal aka Abg Handsome yer..hihi akak pun sker juge.. :P
Post a Comment