BAB 5
"Minggu depan Tuan Firdause nak Cik Edlynn masuk kolej," kata-kata daripada Norman langsung tidak memberikan sebarang reaksi pada wajah Edlynn. Dia yang baru sahaja menghabiskan lariannya mengelilingi kawasan villa sekadar melepaskan lelah lantas berjalan meninggalkan Norman tanpa sepatah kata.
"Cik Edlynn dengar tak apa yang saya cakap ni?"
Edlynn terus berhenti melangkah. Dia berpaling dan berjalan menuju ke arah Norman semula. Wajah lelaki itu ditatap lama. Pagi-pagi lagi lelaki itu sudah menyampaikan berita yang membuatkan perasaannya berkecamuk dan geram.
"Uncle Norman...kenapa uncle yang perlu sampaikan benda ni pada saya?" tanya Edlynn. Memang itulah yang sedang bermain di fikirannya di saat lelaki itu menyampaikan pesanan yang diberikan oleh daddnya.
"Tuan Firdause sibuk, jadi saya yang tolong sampaikan pesanan dia,"
"Sibuk? Sampai tak boleh nak luangkan masa walau lima minit bincangkan benda ni dengan saya. Saya rasa kan kalau satu hari nanti saya hilang dari villa ni, entah-entah tak ada orang yang sedar kot. Kalau yang perasan pun Nek Yam yang selalu layan makan minum saya, ataupun Melati yang layan setiap kerenah saya," Edlynn sudah tidak peduli sekiranya apa yang dia bicarakan hari ini akan disampaikan kepada daddynya. Bagus juga, biar lelaki itu tahu apa yang dia rasa selama duduk di villa ini.
"Tuan Firdause betul-betul sibuk Cik Edlynn...dia...
"Tak payahlah uncle nak cover untuk daddy saya. Saya memang tahu kehadiran saya dalam villa ni memang tak dialu-alukan pun. Kalau saya tahu macam ni jadinya, baik saya duduk sendirian dekat Johor, tak payah terhegeh-hegeh datang sini. Duduk merempat pun tak kisah la janji hati saya tak sakit," Edlynn sudah betul-betul hilang pertimbangan. Dia sekali lagi mahu melangkah meninggalkan Norman, namun dihalang pantas oleh lelaki itu.
"Cik Edlynn. Beri mereka masa...mungkin mereka tak biasa lagi dengan kehadiran Cik Edlynn,"
"Beri mereka masa? Memang itu yang saya tengah buat sekarang ni uncle. Tapi saya tak boleh janji sampai bila saya mampu bertahan. Jangan sampai satu hari nanti saya hilang pertimbangan dan waktu tu saya sendiri tak tahu apa yang bakal saya lakukan!" kata-kata Edlynn ternyata berbaur ugutan. Sedikit pun tidak timbul perasaan takut semasa dia meluahkan kata-katanya itu. Semakin hari kesabarannya seakan-akan semakin menipis. Kini, dia mula tidak tahu adakah dia mampu untuk bertahan dengan lebih lama lagi.
"Apa maksud Cik Edlynn ni?" Norman sedikit gusar mendengar bicara gadis itu. Memang itulah yang dia risaukan selama ini apabila melihat Firdause seakan-akan tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anak bongsunya itu. Dia faham jiwa seorang remaja. Dia sendiri mempunya anak perempuan yang sebaya dengan gadis yang sedang berdiri di hadapannya di saat itu.
"Saya tak bermaksudkan apa-apa uncle. Entahlah...saya tak rasa saya sedang tinggal bersama orang-orang yang bergelar keluarga saya sendiri. Dah macam orang asing!" kali ini Edlynn betul-betul melangkah meninggalkan Norman yang kelu tanpa kata. Dia mengeluh. Kalau Firdause mengatakan dengan melihat Edlynn dia terbayangkan wajah arwah Kaseh namun bagi Norman sendiri, melihat Edlynn dia mula terbayangkan Firdause sendiri. Sikap itu saling tidak tumpah seperti Firdause.
**************************
Edlynn tersenyum kegirangan. Buat pertama kalinya dia tidak ditemani oleh pengawal peribadi apabila barada di luar rumah. Dia langsung tidak menyangka dia dapat menyelinap keluar dari villa tersebut melalui jalan rahsia yang dia temui semasa dia berjogging di kawasan villa yang sebesat taman rekreasi itu.
"Bukan payah sangat pun nak keluar dari sangkar emas tu?" Edlynn berbicara sendiri. Dengan menaiki bas dia ke bandar Kuala Lumpur lalu berhenti di KL Sentral. Di KL sentral pula dia menaiki monorail menuju ke Bukit Bintang. Dia tersenyum sendiri. Bukan susah sangat pun lakukan semua itu walaupun itu adalah pertama kali dia melakukan perkara tersebut di bandar yang cukup asing baginya. Selama hidupnya, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Pelik bukan? Namun itulah hakikat. Dia memang pernah ikut mummynya melancong di segenap negeri di Malaysia, namun mummynya tidak pernah membawanya ke Kuala Lumpur. Walaupun ada kalanya timbul juga tanda tanya dalam kepalanya, namun tidak sekalipun dia bertanyakan kepada mummynya akan perkara tersebut.
"Hai!" satu suara mengejutkan Edlynn semasa dia menuruni anak tangga di perhentian Bukit Bintang. Lelaki yang sedang menghalang perjalannya itu diperhatikan dari atas sehingga ke bawah. Stylo! Itu sahaja yang terdetik di hatinya sebaik sahaja meneliti pakaian yang dikenakan oleh lelaki yang mungkin sebaya dengan abang-abangnya. Namun yang lebih menarik perhatiannya apabila fesyen yang dikenakan oleh lelaki itu adalah fesyen ala-ala penari hip-hop yang digilai golongan muda di US.
"Kau siapa? Aku kenal ke?" soal Edlynn cuba melangkah menghabiskan anak tangga yang masih berbaki.
"Aku Mike!" lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Namun tangan lelaki itu hanya diperhatikan tanpa ada tanda-tanda dia akan menyambut salam tersebut.
"Maaf, aku tak sambut salam dari orang yang aku tak kenal," Edlynn akhirnya dapat mengelak dari lelaki itu lalu laju menuruni anak tangga. Namun dengan jelas dia dapat melihat lelaki itu menurutinya dari belakang. Edlynn mula rimas. Dia memang tidak suka dengan situasi tersebut. Kalau dulu, dia memang sering menarik minat golongan lelaki ke mana sahaja dia pergi. Namun waktu itu, penampilannya jauh berbeza dengan penampilannya hari ini.
"Sebab tulah aku kenalkan nama aku tadi. Aku Mike. Kau?"
"Tak ada nama, dan kau jangan nak ikut boleh tak?" Edlynn menoleh sekilas sebelum melintas jalan menuju ke arah Pavillion.
"Ok!" jawapan ringkas dari lelaki itu membuatkan Edlynn sedikit lega. Nasib baik lelaki itu menurut kata. Dia tidak mahu sebarang gangguan di saat dia memerlukan ketenangan. Emosinya cukup tidak stabil di saat hatinya berkecamuk. Dia risau sekiranya dia hilang pertimbangan dan melakukan perkara yang sudah lama dia tinggalkan.
"KL ni bahaya kalau kau tak hati-hati. Tambah-tambah kalau kau berjalan seorang diri macam ni. Kau tu perempuan, walau sejauh mana kau berlagak kau berani tapi kau tetap perempuan. Hati-hati. Ini no phone aku, kalau ada apa-apa call je nombor ni, and trust me aku tak ada niat jahat sikit pun!" lelaki yang dikenali sebagai Mike dengan berani memegang tangannya lalu meletakkan cebisan kertas di atas tapak tangan Edlynn lalu melangkah meninggalkan Edlynn jauh ke depan. Edlynn hanya memerhatikan tanpa kata. Lelaki itu beberapa kali menoleh sambil menghadiahkan senyuman kepadanya.
"Orang yang tak ada kena mengena dengan aku pulak yang ambil berat pasal aku. Orang dekat villa yang memang sah-sah family aku entah-entah langsung tak sedar yang aku tak ada kat villa sekarang ni," Edlynn mengomel seorang diri. Cebisan kertas yang diberikan oleh lelaki tadi diperhatikan. Dia tersenyum lalu memasukkan cebisan kertas tersebut ke poket jeans yang dipakainya. Boleh tahan juga senyuman mamat ni!
************************
"Takkan seorang pun dalam rumah ni langsung tak tahu ke mana Edlynn menghilang! Kamu Bob, kan saya dah pesan, jangan sesekali terlepas pandang pada Edlynn. Ikut ke mana sahaja dia pergi bukan?" suara kuat Firdause menyebabkan seisi rumah hanya terdiam seribu bahasa. Tidak berani bersuara kalau Firdause tengah mengamuk.
"Maafkan saya tuan, saya ingatkan Cik Edlynn langsung tak keluar rumah hari ni," Bob tertunduk. Alahai Edlynn! Kamu dah susahkan abang hari ni. Detik hatinya.
"Takkan semasa dia keluar langsung tak ada sesiapa pun yang sedar? Habis tu apa guna saya upah pengawal dekat sekeliling villa ni kalau semua tak tahu ke mana Edlynn pergi!" Firdause melepaskan rasa geram kepada semua orang gaji dan pengawal yang bertugas di rumahnya. Hatinya mula diruntun rasa bimbang. Dia bimbang kalau seseorang di luar sana tahu yang Edlynn adalah anak bongsu dia. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi. Sebelum ini pun dia sendiri pernah menerima ugutan untuk menculik anak-anaknya. Itulah risiko yang harus dia terima sebagai lelaki yang paling kaya dia Malaysia.
"Bik Yah percaya Edlynn tak ada apa-apa, mungkin dia keluar sekejap, bosan terperuk dekat villa ni saja," Bik Yah bersuara bagi menenangkan suasana. Pada pendapatnya Edlynn bukanlah seorang remaja yang liar yang suka melakukan sesuatu yang tidak baik di luar rumah. Mungkin pendapatnya betul. Edlynn keluar rumah gara-gara mahu melepaskan tekanan akibat bosan ditinggalkan sendirian di dalam villa besar ini.
"Dia boleh keluar kalau dia nak keluar. Tapi saya tak nak dia keluar tanpa ditemani oleh sesiapa! Saya tak nak benda buruk terjadi!"
Firdause merengus kasar. Adam dan Asyraff pula langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Malah mereka sedikit geram apabila gara-gara Edlynn mereka juga menjadi mangsa kemarahan daddynya. Mereka pula disalahkan kerana tidak memberikan perhatian kepada gadis itu.
"Alah daddy. Tak ada sesiapa kat luar sana yang tahu dia tu anak siapa. Tak ada orang pun nak culik dia. Tengok pakaian dia pun orang tak akan percaya kalau dia sendiri mengaku yang dia anak jutawan!" Asyraff meluahkan apa yang terbuku di hati.
"Dia tak ada apa-apa la daddy. Daddy tak payah risau!" Adam pula menjampuk. Walaupun dia sendiri agak hairan bagaimana Edlynn mampu meloloskan diri daripada pengawal peribadi. Perkara yang dia dengan Asyraff langsung tidak dapat lakukan selama ini. Walaupun pengawal peribadi mereka tidak berada di sisi mereka namun dia dan Asyraff tahu setiap langkah mereka diperhatikan dari jauh.
Norman tiba-tiba melangkah menghampiri Firdause. Lelaki itu terus membisikkan sesuatu ke telinga Firdause sehingga raut wajah lelaki itu terus berubah kelegaan. Dia mengeluh perlahan sebelum membuka mulut memberikan arahan agar semua bersurau. Dia juga berpesan kepada semua pekerjanya agar tidak lalai lagi dalam menjalankan tugas masing-masing.
**************************
"Hei! Kau ke mana?" satu suara memanggilnya dengan kasar apabila Edlynn masuk ke dalam rumah. Edlynn sedikit terperanjat. Dia melilau mencari arah suara itu.
"Along," bibirnya menyebut nama lelaki itu perlahan.
"Kau jangan ingat kau datang sini sebagai status anak bongsu daddy, kau boleh buat apa sahaja yang kau suka! Kau tahu tak gara-gara kau satu villa ni kecoh. Semua kena marah dengan daddy!" Adam berjalan melangkah menghampiri Edlynn. Selama ini mungkin dia banyak mendiamkan diri berbanding dengan adiknya yang sememangnya langsung tidak suka dengan kehadiran Edlynn di villa ini.
"Maafkan EJ. EJ keluar sekejap je. Bosan duduk dekat rumah," Edlynn masih mampu berlembut walaupun hatinya sedikit terguris mendengar bait bicara abangnya.
"Bosan? Kalau kau bosan sangat kau balik ke tempat asal kau. Kau tak payah duduk dekat sini dan menyusahkan semua orang!" tiba-tiba Asyraff pula muncul entah dari mana turut sama menghampiri Edlynn yang mula tertunduk langsung tidak membalas kata-kata tersebut.
"Aku masih tak faham kenapa daddy nak sangat kau tinggal kat sini. Setahu aku kau masih ada saudara mara dekat sana kan? Ataupun kau memang suka duduk dekat sini sebab kau nak hidup senang," Adam menjeling tajam.
"Tak payah kau tanya lagi Adam. Dah memang sah-sah dia datang sini sebab nak hidup mewah," Asyraff mula tersenyum sinis. Edlynn mula mengangkat wajahnya. Hatinya begitu sakit mendengar setiap kata-kata sinis daripada darah daginya sendiri.
"EJ tahu Along dengan Angah tak boleh terima kehadiran Ej dekat sini. Maafkan EJ, sebab EJ tak boleh keluar dari villa ni. Ini amanat arwah mummy dan EJ akan terus berada di sini walaupun EJ tahu kehadiran EJ memang tidak dialu-alukan," Edlynn barlari naik ke biliknya sebelum sesuatu yang tidak diinginkan terjadi.
EJ menghempas pintu bilik lalu berdiri tegap di tengah-tengah biliknya sambil menarik nafas beberapa kali dan dihembus perlahan. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir tanpa dipinta. Dengan pantas air mata itu disapu lalu meluru menuju ke balkoni. Dia memerlukan udara yang segar untuk menyejukkan hatinya yang panas.
'Kau kena terus bertahan Edlynn! Kau kena terus bertahan!'
P/S: Komen dari anda amat-amat dialukan. Hehehe. Terima kasih. Teruskan menyokong karya Sha.
23 comments:
Best2... klu edlynn x de br nk kecoh... ish..ish..ish... next n3... ;p
jahatnyer abg die..geram geram geram..rase nk sepak2 jek abg2 die..
Nice.... Yg positifnya si EJ ni dia masih mampu kawal sikap amarah dia.... Masih blom tunjuk warna sebenar dia eeaaa. X sabar utk next n3.
best2...next en3, hope lgi best..
Best bangat. X sabar nk tunggu si EJ ni buat counter revange kt org dlm villa tu. Melampau sgt.
geram nye kt abg EJ niee..
k jugk kech kejp..
tu tnda encik Firdaes syng..
suke...suke...suke best tp yg tak best nak lg...cpt2 nxt n3 tym bace citer ni semua rasa ada, geram marah & sedih 'thumb up!!!'
berlagak btl, abg2 EJ tue....EJ best..tq sha
lagi lagi laaaggiiiiiiiii!!!!!
cian ny EJ..sabar jela..pe2 pon mmg best..smbg cpt2 ye sha ^_^
teruklah layanan abg2 EJ....sampai hati dia org ni ya......best....n3 seterusnya.....
ish mcm bukan adik beradik btul je abg2 dia wat kan,,,kejam betul
kesiannya EJ :(
eeee, sabar jewplah adam n asyraf 2 >.<
DA SEMAKIN BEST... X SABAR MENUNGGU YG SETERUSNYA...
best...tersentuh hati :(
menggelabah cri edlyn. bry thu. best n3 nie.. nxt n3 please!!
bengang tollah,
abang dia tu jahat giler
sombongnyalah abang2 edlynn ni.... lansung xde rasa kasih sayang pada adik sendiri....
bermain dgn emosi btul la bla baca novel ni..huhuhu..
seriously yang ni memang best
thumbs up :)
geram nyer ngan abg2 dia...edlynn pn sabar jer...haih...
boleh la selalu menghilangkan diri. nak dapat perhatian.
aduiyai..kenape la abg dia
sengal sgt..ngan adik sendiri pun nak wat musuh..hurmm :P
Papa dia ni caring gak ngan Edlyn
tp ego sgt nak ngaku..nnt klu anak tu betul2 merajuk kluar dari rumah tu bru padan muka..huhu
Post a Comment