Saturday, January 14, 2012

CINTA ADA DI SINI Bab 1

Edlynn Jasmin berdiri seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa. Walaupun beratus-ratus manusia berjalan-jalan melintasinya namun tidak seorang pun menarik perhatiannya. Suasana di KLIA yang sibuk dengan orang ramai membuatkan dia sedikit rimas.Inilah sikapnya. Dia tidak suka dengan suasana yang agak kelam kabut dan bising.

"Cik Edlynn ke?" satu suara yang begitu asing menegurnya dari belakang. Dia terus menoleh. Lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an itu mula diperhatikan dari atas sehingga ke bawah. Erm! Ada gaya! Hatinya mula berdetik. Kemudian matanya jatuh pula pada dua orang lelaki muda yang umurnya lebih kurang sebaya dengan lelaki yang menegurnya tadi. Pakaian yang dikenakan pada badan mereka membuatkan Edlynn percaya mereka bertiga memang bertugas sebagai pengawal peribadi yang diupah oleh ayahnya. Bersut hitam dan semuanya kelihatan tegap dan gagah. Aduh! Dah macam anak perdana menteri la pulak! Edlynn berbicara sendiri di dalam hatinya.

"Ya, saya," Edlynn menjawab pendek.

"Saya pengawal peribadi yang bekerja untuk En.Firdause, saya ditugaskan untuk jemput Cik Edlynn," ujar lelaki itu sambil menghadiahakan satu senyuman kepada Erina. Erina sekadar membalas senyuman tersebut sambil mengangguk faham.

"So, sorang je? Daddy mana?" tanya Edlynn menginginkan kepastian, walaupun waktu itu hatinya mula terdetik sesuatu. Dia dapat merasakan kehadirannya di sini seperti tidak dialu-alukan. Mana mungkin seorang ayah yang tidak bertemu dengan anaknya 10 tahun hanya menghantar pembantu peribadi untuk menjemput kedatangan anaknya ke mari. Kecuali, kehadirannya memang tidak diharapkan! Ah! Ini yang membuatkan darah mudanya mula menggelegak. Dia cuba berlagak biasa.

"En.Firdause ke US, dia tak ada kat Malaysia, dua tiga hari lagi dia pulang," jawapan ringkas yang diterima membuatkan Edlynn Jasmin merengus sendiri.

*******************

Sepanjang perjalanan dia mendiamkan diri. Perasaan teruja yang pada mulanya wujud apabila dia turun dari kapal terbang mula bertukar menjadi perasaan marah dan kecil hati. Mindanya mula terfikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Dia ingat, dengan hantar pembantu peribadi dan dua orang bodyguard untuk jemput aku, aku terharu! Ahh! Ini yang aku malas sangat ni," Edlynn Jasmin memberontak dalam hati. Kalau tidak disebabkan wasiat terkahir arwah ibunya, dia tidak mungkin akan menjejakkan kaki ke sini. Dia lebih rela hidup seorang diri di tempat asalnya, Johor Bharu. Walaupun dia ditakdirkan untuk mencari makan sendiri, dia sanggup.

"Abang-abang saya pula macam mana? Mereka sihat? Kenapa mereka pun tak datang jemput saya?" Edlynn Jasmin masih mahu bertanya walaupun dia amat pasti jawapan yang bakal dia perolehi adalah jawapan yang mengecewakan. Lelaki yang dikenali sebagai pembantu ayahnya mendiamkan diri buat seketika. Mungkin tidak tahu ataupun sedang mereka jawapan bagi menyedapkan telinga yang mendengar.

"Ermm, mereka ikut bakal isteri En.Firdause pergi bercuti, mungkin petang ni mereka akan sampai ke villa,"

Entah di mana lucunya dengan kata-kata yang diungkapkan oleh pengawal peribadi tersebut Edlynn Jasmin sendiri tidak pasti, namun kenyataan yang baru sahaja diketahuinya membuatkan dia tergelak kecil. Bakal isteri? Ermm, nampaknya
memang banyak perkara yang dia tidak tahu mengenai keluarga kandungnya yang sudah lama tidak ketemu.

"Kenapa Cik Edlynn ketawa?" lelaki yang duduk di sebelah itu tiba-tiba bertanya.

Edlynn terus terdiam. Kemudian dia menggarukan dahinya perlahan. Satu tabiat yang dia lakukan sekiranya dia cemas. Selepas itu dia hanya menggelengkan kepalanya. Perasaannya semakin lama semakin tidak menentu. Fakta demi fakta yang dia tahu memang jelas menunjukkan kehadirannya memang tidak dialu-alukan.

"Agak-agaknya kan, kalau hari ni saya tak sampai dekat airport pun, tak ada sesiapa yang kisah kan?" Soalan sinis mula diajukan oleh Edlynn Jasmin.

"Cik Edlynn....

"Tak apa, saya tak perlukan jawapan untuk soalan saya tadi," Edlynn Jasmin terlebih dahulu memotong kata-kata pengawal peribadi tersebut. Dia tersenyum sinis namun hatinya mula berkira-kira sama ada dia mampu bertahan untuk meneruskan hidupnya di tempat baru ataupun tidak.

*****************

Edlynn Jasmin menghempapkan badannya ke katil. Dia melepaskan keluhan demi keluhan sambil memandang ke arah siling biliknya. Dia akui, bilik yang dimilikinya kini sangat besar dan mewah, jauh berbeza dengan bilik yang dia miliki semasa tinggal bersama-sama arwah ibu. Tetapi itu bukanlah apa yang dia mahukan.

"Villa dah macam istana, bilik ni pulak dah macam bilik anak raja, tapi kenapa aku rasa macam suram, macam tak ada apa-apa, kenapa ya?" Edlynn Jasmin mula berbicara sendiri.

Ketukan di pintu membuatkan Edlynn Jasmin tersentak buat seketika. Dia meloncat bangun dari katil dan berjalan pantas menuju ke pintu.

"Ada apa?" tanya Edlynn Jasmin kepada pembantu rumah yang lengkap beruniform putih yang sedang tersenyum kepadanya.

"Abang-abang Cik Edlynn sudah ada kat bawah,"

Sepantas kilat Edlynn Jasmin melangkah berlari menuju ke tangga dan turun ke bawah. Entah mengapa dia begitu teruja untuk bertemu dengan insan-insan yang suatu ketika dahulu begitu rapat dengannya. Sebaik sahaja dia menjejakkkan kaki ke ruang tamu, langkahnya terhenti. Semua mata tercacap padanya dengan pandangan yang agak kurang menyenangkan. Dia tersenyum ke arah abang-abangnya namun senyumannya langsung tidak berbalas. Kemudian dia memandang pula ke arah seorang gadis yang berpakaian seksi sedang duduk di sebelah seorang wanita yang begitu elegan dan bergaya. Bergaya? Errmm, yang itu aku kena fikirkan dulu, pakaian memang mahal, tapi bergaya? Bolehla. Edlynn sempat bercakap dengan dirinya sendiri. Suatu kelemahan dan kelebihan yang dia ada, suka melihat dan menilai pakaian yang dikenakan oleh seseorang.

"Kau Edlynn ke?" soal salah seorang abang-abangnya. Edlynn tersenyum gembira kerana abang-abangnya masih lagi boleh meneka bahawa dia yang sedang berdiri di hadapan mereka ketika itu. Sebenarnya dia begitu teruja melihat wajah seiras abang kembarnya itu. Kelihatan cukup seiras tetapi dia masih mampu mengenali siapa Adam dan siapa Asyraff.

"Kau bisu ke? Aku tanya ni, kau Edlynn ke?" suara Asyraff sedikit meninggi setelah soalan pertamanya hanya dibiarkan sepi.

"Yup! Ini Ini EJ, Along dengan Angah mesti ingat EJ lagi kan, adik bongsu kesayangan Along dengan Angah?" suara Edlynn Jasmin sedikit ceria walaupun dia sedar soalan kedua yang diajukan oleh abangnya tadi ada berbaur kasar. EJ? Sudah bertahun-tahun dia tidak menggunakan panggilan tersebut. Setelah dia terpisah dengan abang-abangnya panggilan tersebut terus dilupakan. Kini, dia lebih dikenali sebagai Edlynn, bukan Ed bukan Lynn tetapi Edlynn. Dia tidak suka namanya diringkaskan. Jasmin pula hanya arwah mummynya sahaja yang memanggilnya dengan panggilan tersebut.

"Ej? Siapa Ej? Adik bongsu kesayangan? Wait...wait...Adam, kita ada adik ke?" Asyraff terus menoleh memandang abang sulongnya Adam yang sedang tersenyum sinis melihat gelagat gadis yang sedang berdiri di hadapan mereka. Malah dari tadi dia asyik memandang gadis itu dari atas ke bawah.

"Macam ni sajalah, aku tak tahu kenapa daddy suruh kau datang sini, tapi apa yang aku tahu, aku dengan Asyraff tak pernah ada adik, kami tak pernah ada adik yang namanya apa tadi...yes! Edlynn, nama dah moden tapi orangnya tak adalah moden mana pun," giliran Adam pula bersuara dengan begitu sinis.

Kata-kata yang dilemparkan oleh Adam sebentar tadi membuatkan Edlynn terdiam seketika. Betapa sakit hatinya mendengar ungkapan tersebut daripada darah dagingnya sendiri. Abang yang dirindui dan disanjung selama ini. Sekarang sudah jelas, memang kehadirannya di situ tidak dialu-alukan.

"Ini ke adik Abang Adam dengan Abang Asyraff? Muka memang la dah sama, Pan Asia! Tapi...euuw...langsung tak up to date! Kolot semacam jek," gadis seksi yang sejak dari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba bangun dari sofa dan berjalan menghampiri Edlynn Jasmin.

"Excuse Me! Correction!!! She's not our sister ok!!! Dia je yang mengaku lebih-lebih, entah siapa dia kita orang pun tak tahu," Adam terus menjawab. Sekali lagi Edlynn Jasmin merasakan dunia sekelilingnya menjadi gelap. Hatinya pula bagaikan ditusuk denga sembilu. Sampai hati abang kandungnya sendiri sanggup mengeluarkan kata-kata yang sedemikian.

"Dahla, malas aku nak melayan, aku dah penat, aku nak naik atas," Asyraff pula bersuara. Dia terus melangkah meninggalkan ruang tamu. Kemudian diikuti oleh Adam. Gadis yang seksi yang Edlynn Jasmin sendiri tidak tahu namanya pula melangkah mendapatkan wanita elegan yang dari tadi tida mengeluarkan sepatah perkataan sekalipun.

"Jom mama, kita balik, Sofia penat la," rengek gadis itu. Kini, Edlynn Jasmin pula menjadi pemerhati. Itu sahaja langkah terbaik yang boleh dia lakukan untuk memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dia sudah berjanji dengan arwah ibunya untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Tetapi mampukah dia?

Wanita yang kelihatan cukup elegan itu terus bangun. Dengan langkah yang penuh bargaya dia menghampiri Erina Jasmin dan menghulurkan tangan.

"Nama aunty Maria, bakal isteri daddy Edlynn,"

Edlynn menyambut salam tersebut tanpa memberikan sebarang reaksi pada wajahnya. Dia masih lagi terkejut dan sakit hati dengan layanan yang diterima daripada abang-abangnya sebentar tadi.

"Jangan ambil hati dengan apa yang Adam dan Asyraff cakapkan tadi, biasalah, mungkin mereka masih terkejut tiba-tiba mereka dikatakan masih ada adik, sedangkan selama ini mereka hanya anggap anak aunty ni adik mereka," wanita itu menjeling anaknya yang sedang memaut manja lengannya ketika itu. Kali ini Edlynn Jasmin sekadar mengangguk. Entah mengapa dia turut merasakan wanita itu juga kelihatan tidak senang dengan kehadirannya di rumah itu.

"Jom la mama, kita balik! Villa ni dah jadi panas tiba-tiba je,"

"Aunty balik dulu ya, nanti aunty datang lagi," wanita itu meminta diri.

"Huh! Kolot! Tapi ada hati nak jadi anak Uncle Firdause!" gadis yang bernama Sofia itu sempat memerlinya sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu menuju ke pintu utama.

Edlynn Jasmin masih mendiamkan diri. Dia mengenggam penumbuknya dan sedaya upaya untuk bersabar dengan apa yang sedang terjadi. Suasana di villa itu menjadi sunyi sepi.

"Kolot?" Bicara Edlynn Jasmin perlahan. Kemudian dia memandang dirinya sendiri. Kemudian tersenyum penuh makna.

"Aku kolot sebab terpaksa, kalau tak kerana aku dah janji dengan arwah mummy yang aku nak berubah, sesiapa kat dalam rumah ni takkan nampak Edlynn Jasmin seperti hari ni," dia berbisik sendiri lagi.

'Dan kau pulak Sofia, kau ingat kau tu da up to date sangat ke? Sekadar pakai baju yang design untuk summer tahun lepas, jangan nak berlagak la, design summer tahun ni lagi stylo ok!! Dan aku tak hairan kalau sekadar boleh pakai baju mahal tetapi tak tahu nak gayakannya, buat malu jek. Kau kena tahu satu perkara ni Cik Sofea, fesyen memang boleh dibeli, tapi bukan style! Style tak mampu dimiliki kecuali degan bakat yang ada pada diri. Hei! Ini Edlynn Jasmin la!! Kau belum kenal lagi siapa aku!' Hatinya berbicara dengan penuh rasa benci. Tetapi dia tahu, dia tidak boleh terus menerus membenci kerana semua itu akan menyulitkan lagi keadaan. Tambahan pula kedatangannya ke sini adalah disebabkan wasiat arwah mummynya yang mahu dia bersatu semula dengan ahli keluarga yang sudah lama terpisah. Terpisah kerana salah faham yang sehingga kini masih belum difahami sepenuhnya.

"Mummy! Tolong Jasmin, Jasmin tak tahu sampai bila Jasmin boleh bertahan, tak sampai sehari Jasmin dah rasa macam nak meletup!!" Edlynn Jasmin mengeluh sambil menarik baju t-shirt yang agak longgar di badannya. Alahai! Memang Out of Date pun!! Tak apa, bersabar Edlynn! Bersabar! Kau ada misi kat sini!

P/S: Komen amat dialu-alukan...hehehe...Sha nak tahu berapa ramai yang sukakan cerita ini. Kalau ramai boleh la sambung lagi mengikut 'draft' yang sudah sedia ada. Hehehe

25 comments:

ain said...

best... i like... continue jerla wat citer ni

Anonymous said...

sy rasa best

aisy said...

best la, tp knapa abg die layan die camtu..kejamnye bakal mak tiri dia, ader potensi nk jdik mcm cter cinderella..heheh..mak tiri jahat.. ^_^

zawani mukhtar said...

alahai keciannye dier, sabar ok....

aiRiNa_aiNuN said...

wah..best la cte die..
mula2 cte pon dah menarik..
cuma konfius kdg2 ad kua name erina jasmin...

Anonymous said...

Best2 .
Nak lagi .
Tapi kompius cket la kak sha .
Nama dia erina jasmin ke edlyn jasmin ? Hee

[syaza_nadiah]

Anonymous said...

best jgak cter nie kak sha, tpi klau nk trik minat org bce, kena post n3 4 this stry slalu lar... write more kak sha :)

mila said...

intro nye memang menarik... mesti sambung... pasti cerita nie menarik....kita tunggu tau sambungan nye....tq sha

Anonymous said...

permulaan yg menarik..:)menanti next n3..

p/s :
sy harap EJ boleh ubah her whole family kpd lebih baik.. fesyen is okey, but can writer make it suit with Malay Muslim/Malaysian/Asian life?

sngt menghargai prihatin penulis..^^

Anonymous said...

permulaan yang menarik...tapi sy nk tnya...edlynn n elina 2 org yg sama @ berbeza??

miznza84 said...

nk lagiiiii

miezaera said...

akak sha!! hehe.. assalmualaikum~
giler kentang rr best...
rse nk menjerit jep..
mmg x sbr nk 2gu next n3..
good job kak...
AJA AJA FIGHTING!!!
sayam akak~ hihi ;)

nadzasy said...

menarik la cite ni..smbg lagi.. :)

yanaishak said...

interesting la sha...

Anonymous said...

kenapa kejap nama Edlynn Jasmin, pastu Erina plak. Orang lain2 ke?

sha said...

Hehehe....Sory buat semua...Nama watak pompuan ni edlynn jasmin...Yg erina tu silap....sha xperasan...nnt sha edit balik...Sorry...Heheehhe

Anonymous said...

Bestnya citer ni tak sabar nak baca sambungannya..
:D

cactaceous opuntia said...

wah...EJ yg misteri?dr gaya EJ nilai si sopia pnye style mcm EJ tu bukan tunjukkan diri yg sbnr...EJ fashion designer ke?heheh

Farah hana said...

best! sambung jer cite ni..

nurhakim said...

salam.
menarik n best.
xsbar nk bca next n3.
tpi still nk sha n syah gak.
xmau lah ksah mrka tergantung cam 2 jew..plzzz writer.
klau blh bt happy ending ek..hihii

dyaNZa said...

best2.. i like it... next n3...
tp rsenyer cite ne dh de kt penulisan2u kn??? pe2 pun.. best...
next n3 yea...

Anonymous said...

permulaan yg menarik...i lyke + geram sgt ngan semua watak xcept Edlynn, teruskan citer ni tp 1 je nak tanya sha napa kejap tulis nama Edlynn kejap Erina silap typing kot? jgn lupa ye cpt2 pos nxt n3...

Airis Miracle Tab said...

permulaan yg menarik..trus kan..xsabar lak nk bce smbungn ny ^_^

e-lyana said...

menarik lah, best sangat :)
tapi, kenapa ek diaorg layan mcm 2 kat EJ???
hmmmm, siannya

Dira lewis said...

wow best kisah novel mi.... sye follow.... update slalu ya...