BAB 6
"Berhenti!" Edlynn tiba-tiba menjerit. Pemandu yang sedang memandu terpaksa membrek dengan mengejut.
"Kenapa Cik Edlynn?" soal Bob menoleh memandang Edlynn yang duduk di tempat duduk belakang. Edlynn tersengeh. Dia tahu permintaannya nanti mungkin akan ditolak oleh Bob, namun dia memang tidak selesa dengan keadaan sekarang ini. Belum pernah seumur hidupnya dia dihantar oleh pemandu ke mana sahaja dia pergi. Apatah lagi untuk ke sekolah. Kali ini dia dihantar dan ditemani pengawal peribadi untuk ke kolej. Dah macam anak raja!
"Edlynn jalan kaki dari sini boleh tak? Depan sana je kan kolej?" Edlynn menyoal. Dia terpandang papan tanda yang menunjukkan kolej berada dalam 200 meter di depan.
"Cik Edlynn...nanti...
"Ala, Abang Bob, asyik takutkan daddy je, Edlynn tak nak la semua orang dekat kolej tu pandang Edlynn semacam jek. Edlynn tak nak jadi public figure! Edlynn bukan artis. Cukuplah Along dengan Angah jek yang jadi tumpuan kat kolej tu. Lagipun Edlynn tahu, Along dengan Angah tak nak orang dekat kolej tu tahu yang Edlynn ni adik mereka," Edlynn mula teringat cerita yang disampaikan oleh Intan beberapa hari sebelum dia memulakan sesi pembelajaran di kolej. Kata Intan, abang-abangnya memang menjadi tumpuan di kolej. Apatah lagi kolej itu adalah kepunyaan daddynya sendiri. Cuma yang menjadi pengetua kolej sahaja orang lain yang telah diamanatkan oleh daddynya untuk menguruskan kolej tersebut. Katanya lagi, kolej itu memang kolej yang menempatkan anak-anak orang berada. Manakala pelajar berasal dari keluarga sederhana yang dapat belajar di situ hanya bergantung kepada biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kolej setelah melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan.
"Boleh la Abang Bob! Edlynn janji Edlynn tak pergi mana-mana, Edlynn dalam kolej tu je."
Bob serba salah. Bukan dia tidak mahu bersetuju dengan permintaan Edlynn, namun dia telah berjanji dengan Tuan Firdause tidak mahu lalai dalam menjalankan tugas. Namun apabila merenung wajah Edlynn yang sangat berharap agar dia bersetuju, dengan berat akhirnya dia mengangguk. Edlynn terus tersenyum kegirangan.
"Balik nanti?" Bob menyoal.
"Balik nanti Edlynn tunggu Abang Bob dekat bus stop tu!" Edlynn menunjukkan jari telunjuknya ke arah perhentian bas yang terletak di bahu kiri jalan. Bob mengangguk. Beberapa minggu dia mengenali Edlynn, dia sedikit sebanyak sudah memahami perangai dan telatah gadis itu. Walaupun kadang-kala sikap Edlynn agak susah untuk dikawal namun tidak sesusah dia menjadi pengawal peribadi kepada Adam dan Asyraff. Edlynn lebih menghormatinya daripada abang-abangnya itu.
"Edlynn pergi dulu ek," Edlynn terus membuka pintu kereta sebelum sempat Bob keluar untuk membukakan pintu untuknya.
"Ingat...balik nanti abang Bob tunggu Cik Edlynn dekat sana. Telefon Abang Bob pukul berapa habis kelas, dan jangan sesekali terfikir nak larikan diri dari abang Bob. Jangan ingat Abang Bob seorang saja pengawal peribadi Cik Edlynn, masih ramai lagi yang awasi gerak geri Cik Edlynn walaupun Cik Edlynn tak nampak, hati-hati, Abang Bob perhatikan dari sini," Bob sempat memberikan pesanan. Edlynn mengangguk. Dia menghadiahkan senyuman sebelum melangkah keluar dari kereta.
"Kau tak takut Tuan Firdause marah ke biarkan Cik Edlynn berjalan ke kolej ni?" soal Mohamad yang bertugas sebagai salah seorang pemandu Tuan Firdause.
"Kalau ikutkan memang la aku mungkin kena marah dengan Tuan Firdause. Tapi kau tak kenal Cik Edlynn tu. Kalau aku tak bagi pun kau ingat dia nak ikut cakap aku ke. Dalam baik dia tu, ada sikap degil yang boleh buat kepala kau pening tahu tak. Biarlah, asalkan dia tidak minta benda yang bukan-bukan,"Bob mula memerhati langkah Edlynn yang semakin jauh meninggalkan dirinya. Dia memberikan arahan kepada Mohamad agar mengikut gadis itu secara perlahan-lahan sehinggalah Edlynn masuk ke kawasan kolej.
**************************
Mula-mula menjejakkan kaki ke kawasan kolej Edlynn sudah terlopong dengan kedaaan sekeliling. Kawasan yang cukup luas dan cantik. Rekaan bangunan pula kelihatan cukup canggih dan mengagumkan. Apa yang pasti dia belum pernah melihat mana-mana pusat pengajian seperti ini. 'PRINCE COLLEGE'.
"Woo! Gila la! Sekarang ni aku nak ke mana pulak ni? Kalau aku tahu baik aku datang dengan Intan je. Dia dah sebulan lebih dah mula belajar. Mesti dia lebih tahu keadaan kolej daripada aku" Edlynn menggarukan dahinya beberapa kali. Sepanjang dia berdiri di tepi pintu masuk kolej sudah berpuluh-puluh buah kereta mewah masuk ke dalam perkarangan kolej tersebut. Edlynn sekadar mencebik. Malas dia nak melayan kerenah orang kaya yang kebanyakannya berlagak dengan harta kekayaan yang dimiliki.
Edlynn mula melangkah menuju ke pondok pengawal. Di situ dia mula bertanya dengan pengawal yang bertugas di mana dia harus pergi untuk mendaftarkan diri. Apabila maklumat yang diperlukan diperolehi. Dia terus berjalan ke tempat yang ingin dituju.
Setibanya dia di kawasan letak kereta tiba-tiba sahaja dia mendengar hon kereta dibunyikan dengan kuat. Hampir melompat dia dibuatnya. Dia menoleh. Sebuah kereta BMW Z4 bewarna hitam berhenti di sisinya.
"Kalau dah tahu jalan kaki, sedar diri sikit, pandang kiri kanan. Kau tahu tak ni kawasan kereta lalu lalang! Ada jugak yang nak kena langgar dengan aku," pemandu kereta yang lengkap memakai cermin mata hitam itu mula memarahinya. Rakannya yang berda di sebelah hanya mengekek ketawa.
"Rupa dah ok! Tapi pakaian out!" sebelum lelaki itu berlalu dengam kereta mewahnya, dia sempat mengherdik Edlynn sehingga menyebabkan Edlynn hampir-hampir sahaja mengambil batu-batu kecil yang berada di tepi jalan dan mahu dilemparkan ke arah kereta tersebut.
"Eleh! Macam la muka kau tu handsome sangat. Muka kau pun out la. Harapkan kereta jek handsome!" Edlynn membebel seorang diri. Tiba-tiba dari jauh dia melihat seseorang yang cukup dia kenali sedang berlari anak mendapatkan dirinya sambil melambai-lambaikan tangan. Edlynn mengangkat tangan sambil menghembuskan nafas lega. Akhirnya ada juga orang yang dia kenali di sini.
"Dah lama sampai. Kenapa tak telefon saya?" soal Intan.
"Malas la aku nak susahkan kau. Tapi alang-alang kau dah ada kat sini, temankan aku ke pejabat," Intan mengangguk lalu mereka beriringan melangkah meninggalkan kawasan tersebut.
***************
Edlynn duduk perlahan di hadapan pengetua kolej itu. Dari raut wajah lelaki itu, kelihatannya umur lelaki itu mungkin sebaya daddynya.
"Boleh saya tahu kenapa Encik Irfan nak jumpa dengan saya?" soal Edlynn dengan berani. Dia sendiri masih dihantui tanda tanya mengapa dia terpaksa berjumpa dengan lelaki ini. Takkanlah lelaki ini berjumpa dengan semua pelajar baru yang masuk ke kolej secara peribadi. Mustahil!
"Panggil Uncle Irfan saja. Abang-abang Edlynn pun panggil uncle dengan panggilan uncle sahaja. Uncle kawan baik daddy Edlynn,"
Edlynn mengangguk faham. Wajah lelaki di hadapannya itu diamati lama. Boleh tahan juga kacaknya. Kelihatan bergaya dan tegap seperti daddynya juga. Edlynn tersenyum. Dia baru tersedar, sepanjang dia menjejakkan kaki ke KL, lelaki yang sering mendampinginya dan yang ada kena mengena dengan dirinya semuanya berwajah kacak dan berketerampilan. Mungkin sebab status mereka yang tregolong dalam golongan orang atasan, yang sentiasa menjaga penampilan diri menyebabkan mereka semua kelihatan kacak. Dengan fesyen, semua itu tidak mustahil.
"Edlynn dah tahu nak ambil course apa?"
"Rekaan Fesyen dan Pakaian," Edlynn menjawab perlahan. Sebenarnya ada sedikit kegusaran untuk dia mengambil jurusan tersebut. Dia tahu, jurusan yang diambil memerlukan dia untuk sentiasa menjaga penampilan diri. Sentiasa kemas dan sentiasa mengikut peredaran fesyen yang sentiasa berubah-rubah. Tetapi dengan imej dia yang biasa ini mungkin menyebabkan dia dipandang serong oleh pelajar lain. Ah! Aku tak peduli! Bentaknya di dalam hati.
"Oh. Edlynn pun sama macam Kaseh. Minat dengan dunia rekaan fesyen," sejak tadi Irfan merenung wajah anak bongsu kawan baiknya itu. Wajah yang membuatkan dia teringat kembali dosa semalam yang pernah dia lakukan. Rasa bersalah kembali menggunung.
"Uncle kenal dengan arwah mummy?" wajah Edlynn bertukar ceria.
"Kenal. Kenal sangat. Macam mana Uncle kenal dengan daddy Edlynn, macam tu jugalah uncle kenal dengan arwah mummy Edlynn. Cuma dah lama uncle tak jumpa dengan Kaseh, siapa sangka umur Kaseh tak panjang...oh! Maafkan uncle sebab ungkit....
"Tak apa. Edlynn dah boleh terima pemergian arwah mummy. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang ingat pasal kewujudan mummy," kata-kata Edlynn penuh dengan maksud yang tersirat. Seboleh mungkin dia cuba untuk tersenyum di hadapan lelaki itu. Lelaki itu pula hanya terdiam. Mungkin tidak mengerti dengan apa yang dia bicarakan.
"Uncle harap Edlynn boleh biasakan diri dekat kolej ni. Kalau ada apa-apa masalah. Edlynn boleh datang jumpa dengan uncle, bila-bila masa saja,"
"Terima kasih uncle. Kalau tak ada apa-apa lagi Edlynn keluar dulu," Edlynn menghulurkan tangannya kepada lelaki itu untuk bersalaman. Lantas Irfan terus menyambut huluran tersebut lalu Edlynn mengucup lembut tangan Irfan sebelum melangkah keluar dari ruangan pejabatnya.
"Anak bongsu kau begitu istimewa Kaseh. Aku tahu kau berjaya besarkan dia dengan baik sekali. Maafkan aku Kaseh. Aku masih belum ada kekuatan untuk menceritakan segala-galanya. Tapi aku janji. Suatu hari nanti semua orang akan tahu cerita sebenar," Irfan berbicara sendiri. Keluhan berat dilepaskan.
*********************
Edlynn duduk bersendirian di cafe kolej yang kelihatan begitu mewah dan eksklusif. Dia sekadar memesan jus oren namun harganya sudah mencecah RM7.50.
"Gila! Minum air pun dah dekat sepuluh ringgit. Kalau makan, mahunya harga mencecah puluh-pulh ringgit. Kalau macam ni tiap-tiap tahun pengusaha cafe ni boleh pergi naik haji," Bebel Edlynn seorang diri. Dia mengintai jam di pergelangan tanganya. Sudah sepuluh minit Intan terlewat. Dia sudah berjanji dengan gadis itu untuk berjumpa apabila tiba wktu makan tengah hari. Petang ini dia masih ada satu lagi kelas yang harus dia hadiri.
Dia mengambil peluang itu untuk memerhati telatah pelajar di kolej ini. Dari tadi dia sedar, kebanyakkan pelajar di sini mengamalkan gaya hidup berpuak-puak. Bergerak secara berkumpulan. Malahan ada pelbagai jenis lagak dan gaya mereka. Namun, apa yang pasti, kalau mereka melalui tempat dia melabuhkan punggung, semua memandangnya dengan pandangan yang pelik. Mungkin wajahnya belum pernah dilihat sebelum ini ataupun gaya penampilannya yang kelihatan begitu biasa membuatkan mata mereka hampir juling memandangnya. Apa tidaknya, mereka semuanya kelihatan begitu bergaya dan berfesyen mengikut fesyen terkini sedangkan dia hanya berkemeja T dan berseluar jeans.
"Adui Edlynn! Kau ni tersesat dekat negara Amerika gamaknya. Dah macam suasana High School dekat US. Ataupun dalam filem Mean Gilrs. Wooo...takkan aku kena jadi watak yang kena buli dalam ni. Aduh! Boleh gila ni!" Edlynn melepaskan keluhan.
"Well..well...well...Tengok siapa yang I jumpa ni guys,"
Edlynn menepuk dahinya dengan perlahan. Aduh! Bala sudah datang. Dia hanya duduk membatu. Malas untuk mengangkat wajahnya memandang rupa gadis yang cukup membuatkan hatinya sakit semenjak dia menjejakkan kaki ke KL.
"Hai Edlynn!" Sofia menegurnya. Akhirnya dengan keadaan terpaksa Edlynn terpaksa mengangkat wajahnya dan menghadiahkan senyuman kepada Sofia yang sedang berdiri berhadapan dengannya bersama-sama dua orang teman yang belum pernah dilihat oleh Edlynn sebelum ini.
"Sofia...hai,"
"I dengar you pun ambil Fesyen Designer ek? Sorry la I ada hal tadi, tak dapat nak masuk kelas. So kita ni sekelas la ye," kata-kata Sofia kedengaran begitu sinis. Edlynn sekadar tersenyum tanpa membalas apa-apa.
"Boleh ke you reka pakaian? Tengok pakaian you sendiri pun dah boleh agak you ni boleh design pakaian ke tak?" Sofi bertanya. Mula mahu menyakitkan hati Edlynn.
"You kenal dia ke Sofi?" salah seorang temannya mula bertanya. Malah temannya itu sejak tadi memandang kepadanya dengan pandangan yang cukup dingin dan membuatkan Edlynn cukup menyampah.
"I kenal secara tak sengaja. Nantilah I cerita dekat you all kemudian. Tapi yang pasti tak ada apa-apa yang menarik pun dengan dia ni,"
'Kenapalah aku boleh jumpa dengan minah ni hari ni? Yang Intan ni pun satu hal nak suruh budak tiga ekor ni mandi dengan jus oren dulu ke baru dia nak sampai' rungut Edlynn dalam hati. Waktu itu dia memang sedang mengawal emosinya. Dia cuba untuk memekakkan telinga dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sofia yang sengaja mahu menguji tahap kesabarannya.
"Ye ke dia satu course dengan kita? Cemarkan imej je la. Langsung tak up to date!" seorang lagi temannya pula bersuara.
"Tak apalah. Nanti dia reka pakaian yang seakan-akan dengan dia pakai sekarang ni. Sesuai untuk geng-geng nerd yang ada dekat kolej kita ni," Sofia mengekek ketawa mendengar bicara salah seorang kawannya. Wajah Edlynn dipandang dengan senyuman sinis. Puas hati dapat mengenakan bakal kakak tirinya itu.
"Jom la. I dah lapar ni. Nanti kalau tengok muka dia ni lama-lama tak lalu pulak I nak makan," kata-kata Sofia ternyata membuatkan hati Edlynn semakin panas. Tiba-tiba dia terpandang kulit pisang yang berada di dalam pinggan kosong di sebelah tempat duduknya. Dia mengambil kulit pisang tersebut lalu dijatuhkan secara perlahan di celah-celah tempat Sofia dan rakan-rakannya berdiri. Dia tahu tiada seorang pun yang sedar akan perbuatannya. Macam mana nak sedar kalau bercakap tu asyik mendongak ke langit. Nasiblah siapa yang kena!
Edlynn menunggu dengan penuh sabar. Mahu melihat sama ada nasib menyebelahinya hari ini. Sebaik sahaja sekumpulan pelajar 'gedik' itu mula melangkah tiba-tiba salah seorang daripada mereka jatuh terlentang sehingga mengejutkan semua manusia yang berada di cafe dengan suara jeritan yang begitu kuat.
"You ni kenapa? Buat malu je la! Boleh bangun ke tak ni?" Sofia bersuara dengan kalut. Mula memandang sekeliling yang sedang mentertawakan mereka. Edlynn sekadar menahan tawa. Cuba untuk berlagak biasa. Namun dia sedikit ralat. Dia mahu Sofia yang terjatuh bukannya kawan-kawannya. Kalau Sofia mungkin lagi stragis. Edlynn tersenyum dalam hati.
"Mana la I tahu kulit pisang tu ada dekat situ," gadis yang terjatuh itu mula menangis. Mungkin sakit ataupun malu.
"Cepatlah bangun! Buat malu je," marah Sofia lagi lalu salah seorang daripada mereka memapah gadis yang terjatuh itu dan berlalu pergi. Akhirnya satu senyuman terukir di bibir nipis kepunyaan Edlynn.
'Tak kena Sofia...kawan Sofia pun jadilah. Boleh la aku lena tidur malam ni' hati Edlynn bersuara puas.
Dari jauh ada seorang lelaki yang sedang memerhati. Lelaki itu turut sama tersenyum. Sebenarnya dia melihat gelagat Edlynn yang secara diam-diam telah membuang kulit pisang di kaki para gadis itu tanpa seorang pun menyedarinya. Dia menggelengkan kepala beberapa kali sebelum menyambung senyumannya.
"Memang menarik!"
P/S: Semoga terhibur...jangan lupa komen =)
24 comments:
hahaha..siapa yg nmpak..
mesti ade hero lg 1....
hero?? waaaa... sapa hero tu?????
hero mesti hensem punye..besttttt sukaaaaa sgt . tq sha
erk..ade lelaki lain ke?apelah rahsia yg pkck irfan tahu tu...aih...pkck irfan ade anak laki x?haha
Yeehaa... Mamat pekerja kantin sudah mari..... Hik hik hik.... Semakin menarik nih..... Next n3 kasi cepat sket sha... :D
seronok baca n3 ni padan muka dgn Sofi & d geng tu klu bolih lg teruk lg insiden buat minah2 gedik tu but stil 'thumb up' buat sha.
cuma sya nak tegur pada ejaan "public figure" yg tertgl "l" menjd makna lain.
Sape hero lam cite ni ?
Bukan doktor tu ke ?
Apapon , best sangat2 .
Nak lagiii~
[syaza]
mmg menarik....lagi3!!!!!!!!!!!!!!!
Hahaha...bbesttt
hshsshs, pdan mke
tpi kak sha, knp mcm pndek je???
best...best...best....x saba nak tau sape jejaka yg tersenyum tu...hehehe
hero dah dtg ke...
sapa tu... doctor hensem tu or org lain.... nak lg sha.. x cukup ni...
ermmmmm... hati tertanya2 sape gerangan lelaki itu.... misteri...
Mesti doktor 2 pon study kt situ kan........???
sape hero?
rahsia ape la pak pengetua Irfan ya...
germnye kt Sofia penyibk jee..-Ara-
apa rahsia yg tersimpan kemas dalam lipatan memory uncle irfan mengenai kaseh ibunya..dan apakah dosa yg dah dibuat keatas keluarga minah ni..
dan sape pulak mamat yg berkerta sport yg berlagak bagus tu..dan sape pulak mamat yg melihat kelakuan minah itu dikanten..byknya persoalan yg harus dikupaskan ..ek..
Terima kasih buat semua yang sudi tinggalkan komen. Hehehe..Sha dah agak dah mesti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia yang disimpan oleh Uncle Irfan...siapa pula yang nampak perbuatan Edlynn yang buang kulit pisang dan siapa pula yang naik kereta sport dan berlagak tu...ehehehe...Sha cakap awal2 ek..citer ni memang banyak persoalannya. Citer ni memang lebih kepada unsur kekeluargaan berbanding percintaan...tetapi dua unsur ni akan sha balance kan nanti...ehehehe...so kepada semua pembaca harap bersabar...Insya-Allah semuanya akan terjawab nanti...hihihihi
sape yg perhatikan edlynn 2?aish..pnuh tnda tanya ni..hehe..n sgt menarik..nk lgi leh sha?
suka CADS..tak sabar nk tau apa rahsia Encik Irfan yang terlipat kemas dlm mindanya itu!!!
siapa lelaki 2??
hehhee., best2 !!
mike kan guy tue ?? betul kan ?? :D
hmm..apa agaknye rahsia uncle Irfan simpan ni ek..??
mungkinkah dia penyebab perpisahan
mummy & papa Edlyn?
waah! ramainye lelaki yg minat EJ ni ek..hihi :P
Post a Comment