Tuesday, January 31, 2012

DIA SEGALANYA BAB 13

BAB 13

“Along pergilah kerja. Adik dah ok la,”

“Betul ni, semalam badan adik panas sangat tau, naik takut Along dibuatnya,” ujar Faizal sambil tersenyum memandang adiknya yang sedang menyandar di katil.

“Itu semalam, hari ni dah ok dah, kalau tak takkan adik boleh makan banyak tadi,” Suraya bersuara manja. Faizal tersenyum sambil mencubit lembut pipi adik kesayangannya itu.

“Kalau macam tu Along pergi kerja dulu ek? Kalau adik perlukan apa-apa, panggil mama, mama ada kat bawah,” pesan Faizal sebelum melangkah menuju ke pintu bilik. Suraya hanya mengangguk sambil tersenyum memandang abangnya.

“Ingat tu, kalau ada apa-apa panggil mama,” sempat Faizal sebelum menutup pintu bilik.

“Yalah, adik tahulah, Along pergilah kerja, dah lewat dah ni,”
“Ok…ok, I love u!”

“Adik pun sayang Along jugak!” balas Suraya. Setelah abangnya itu hilang dari pandangan Suraya, Suraya cuba bangun dari katil. Setelah itu dia berjalan ke arah koridor biliknya. Dia termenung sendirian di situ. Peristiwa semalam menerjah kembali. Dia tahu semalam dia agak kasar dengan Faizul tetapi semalam memang dia marah teramat sangat dengan lelaki tersebut. Tuduhan melulu yang dilemparkan oleh Faizul terhadapnya menyebabkan rasa marah di dalam hatinya tidak dapat dibendung lagi.

Suraya memejamkan matanya sambil menghirup udara segar pada waktu pagi. Kepalanya sedikit pening namun tidak seteruk semalam. Kemudian dia mengeluh. Pasti hubungannya dengan Faizul kembali dingin. Tentu Faizul marah dengan kata-katanya yang kasar semalam. Dia tahu dengan perangai abangnya itu yang agak sensetif dalam segala hal.

“Ah, biarlah, siapa suruh dia tuduh aku benda yang bukan-bukan,” Suraya berbicara sendirian. Dia sendiri tidak menyangka dia boleh mengeluarkan kata-kata yang sedemikian terhadap Faizul sedangkan selama ini dia langsung tak berani menjawab setiap kata-kata lelaki itu. Dia hanya mendiamkan diri dengan setiap tuduhan yang sering dilemparkan oleh Faizul sejak dari kecil namun semalam tindakan beraninya telah menyebabkan lelaki itu memberhentikan keretanya secara mengejut.

“Ya Allah, aku kena telefon Ima, nanti dia risau pulak,” Suraya tiba-tiba teringat Fatiama yang masih lagi berada di Port Dickson. Tentu kawan baiknya sedang risaukan keadaannya di kala itu.

**********************

Faizul malangkah longlai masuk ke dalam pejabat. Pagi ini sahaja sudah berapa kali dia mengeluh. Dia sendiri tidak tahu adakah hubungannya dengan Suraya akan kembali seperti biasa. Ah! Di sendiri yang cari masalah. Siapa suruh dia menuduh gadis itu dengan tuduhan yang bukan-bukan. Padan muka aku!

“Morning Joe!” Najihah menegur sebaik sahaja terpandang wajah bosnya itu.

“Morning,” Faizul hanya menjawab dengan lemah. Dia langsung tak memandang setiausaha yang juga merangkap sahabatnya apabila dia berada di pejabat. Najihah mengerutkan dahi. Dia menyedari lelaki itu agak berlainan berbanding semalam. Semalam lelaki itu begitu ceria. Tetapi hari ini melihat muka majikannya itu sesiapa sahaja boleh mengagak majikannya itu mempunyai masalah.

Najihah menyusun beberapa buah fail yang harus diserahkan kepada bosnya untuk disemak dan ditandatangani dengan kadar yang segera. Seharusya fail itu ditandatangani dari semalam namun memandangkan bosnya agak sibuk semalam dia terpaksa tangguhkan terlebih dahulu.

Najihah terus sahaja masuk apabila ketukan pintu bilik bosnya langsung tidak mendapat sebarang jawapan dari dalam. Dia melangkah menuju ke arah lelaki yang sedang menyandarkan dirinya di kerusi sambil jauh termenung.

“Joe, ni ada beberapa buah fail yang you perlu semak dan tanda tangan,” ujar Najihah sambil meyerahkan fail tersebut namun tidak disambut oleh Faizul. Nampaknya lelaki tersebut tidak mendengar apa yang dicakapkan olehnya.

“Hari ni you kena jumpa dengan klien dekat Hotel Perdana lepas lunch,” sambung Najihah lagi. Namun sedikit pun tidak menampakkan sebarang reaksi daripada lelaki itu. Najihah tersenyum seketika. Nampaknya hari ini sememangnya bosnya itu mempunyai masalah yang mengganggu fikirannya.

“Hallo! Joe! Are you ok?” Najihah terus sahaja memetik jari betul-betul di hadapan muka Faizul. faizul agak terperanjat dan apabila dia terpandang setiausahanya yang sedang merenung tajam ke arahnya dia terus sahaja membetulkan duduknya di atas kerusi.

“Yea, I’m ok!” jawab Faizul sambil membetulkan kot yang dipakainya pula. Dia agak terperanjat apabila terdengar petikan jari dari setiausahanya itu.

“Ok? Are you sure? Jadi you dengarlah apa yang I cakapkan tadi?” Najihah cuba menguji walaupu terang lagi jelas tadi bosnya itu sedang termenung.

“Hah? Apa yang you cakap?” tanya Faizul dengan wajah yang terpinga-pinga. Dia tahu kali ini dia tertangkap dengan setiausahanya sendiri. Dia pasti setia usahanya itu sudah dapat mencium masalah yang sedang melanda dirinya di kala itu.

“Tadi kata dengar. I cakap ni fail-fail yang you kena semak, lepas tu tanda tangan dan hari ni juga you ada temujanji dengan client dekat Hotel Perdana lepas lunch,” Najihah terpaksa mengulangi kembali apa yang dicakapkan olehnya sebentar tadi sambil tersenyum dan menggelengkan kepala mengenagkan sikap orang atasannya hari ini.

“Ok…tapi soal jumpa client tu boleh tak you minta tangguhkan dulu, hari ini I penat sangatlah, semalam I drive lama sangat, penat pun tak hilang lagi,” ujar Faizul sambil menggarukan kepalanya yang tak gatal.

“Ok, I cuba, tapi I tak boleh janji tau, you sendiri pun tahu kan kadang-kadang client ni cerewet sikit,” Najihah menjawab.

“Kalau tak ada apa-apa, I keluar dulu,” tambah Najihah sambil tersenyum. Memang di dalam hatinya berkobar-kobar ingin mengetahui masalah apakah yang sedang melanda bosnya itu. Namun niatnya terpaksa dibatalkan memandangkan dia hanyalah setiausaha di situ. Dia tak mahu menyalah gunakan kuasa yang telah diberikan oleh Faizul kepadanya.

“Jihah…tunggu dulu, boleh you duduk kejap,” Faizul tiba-tiba memanggil. Entah kenapa dia inginkan pendapat gadis itu berkenaan masalah yang sedang dihadapinya.

Najihah berjalan perlahan menuju kea rah kerusi yang berada di depan bosnya. Kerusi itu ditarik perlahan dan dia terus sahaja duduk. Namun di dalam mindanya penuh dengan tanda tanya apatah lagi memandang Faizul yang seakan-akan cuba menyembunyikan sesuatu.

“I nak tanya you sesuatu boleh?” Faizul berbicara namun ada sedikit rasa bimbang di hatinya.

Najihah mengerutkan dahi. Apa kena dengan lelaki itu hari ini? Lain macam saja. Takkanlah dia nak suruh aku jadi teman wanita dia pulak kot? Bisik Najihah di dalam hati namun dengan cepat dia melemparkan jauh-jauh tekaannya yang langsung tak masuk akal.

“Kalau you sedang marah dan mungkin merajuk, apa yang you harapkan dari orang yang sebabkan you marah, maksud selain daripada kata maaf?” Tanya Faizul tersekat-sekat. Dia sendiri tidak tahu adakah tindakannya betul bertanya kepada setia usahanya. Tambahan pula Najihah seakan-akan keliru dengan soalan yang diajukan sebentar tadi.

“Soalan you tak jelaslah Joe, siapa yang marah…I mean, kalau I yang marah, I marah dekat siapa? Kat boyfriend I ke? Kat mak ayah I ke? Adik beradik I ke? Siapa?” tanya Najihah. Dia masih lagi terkejut dengan soalan yang baru diajukan oleh Faizul. Namun sedikit sebanyak dia dapat mengagak apakah masalah yang sedang dihadapi oleh lelaki tersebut.

“Penting ke semua tu?” tanya Faizul seakan-akan budak yang begitu daif.

“Of course! Kalau I marah dengan akak I, takkanlah I nak dia beri I bunga sebagai tanda minta maaf, tak logik la kan, paling kurang pun I suruh dia belanja I makan,” Najihah menjawab sambil matanya tak lekang memandang lelaki di depannya yang sedang mendengar dengan penuh khusyuk. Faizul sekali lagi menggarukan kepalanya yang langsung tak gatal. Najihah hanya tersenyum. Menunggu jawapan yang bakal diberikan Faizul.

Faizul semakin serba salah. Bagaimana dia harus beritahu Najihah. Takkanlah dia harus beritahu dia mahu meminta maaf kepada Suraya yang dianggap Najihah sebagai adik kandungnya.

“Kalau macam tu you anggap you marah dengan kawan you je la,” hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Faizul apabila mendapati Najihah seakan-akan menunggu jawapan daripadanya. Tiba-tiba terdengar suara Najihah jetawa kecil. Faizul memandang Najihah dengan dahinya berkerut hairan. Apa yang lucunya?
“Joe, you ni kenapa? You ok ke tak ni? Macam ni ajelah, I anggap kalau I gaduh dengan boyfriend I, macam mana?” tanya Najihah yang sedikit sebanyak sudah dapat mengagak apakah sebenarnya kemahuan Faizul sejak dari tadi.

“Hah, ok jugak tu….apa yang you nak sebagai tanda minta maaf?” Tanya Faizul lancar sahaja. Najihah tersenyum. Dari awal lagi dia sudah mengagak pasti bosnya itu mempunyai masalah dengan teman wanita.

“Apa yang I nak? I pun tak tahu, mungkin I nak sesuatu yang I suka, contohnya I sukakan rose, mungkin I nak boyfriend I hadiahkan I sejambak besar bunga rose, sedikit sebanyak mungkin marah I pada dia kurang sikit, tapi tak semestinya I terus maafkan dia, tengok dulu apa kesalahan yang dia dah buat pada I,” lancar sahaja Najihah memberikan pendapatnya padahal dia sendiri kurang berpengalaman tentang itu semua tambahan pula bukannya dia pernah ada teman lelaki, semua lelaki yang ingin memikatnya ditolak mentah-mentah. Bukan apa dia belum bersedia untuk itu semua. Dia belum terfikir untuk berumah tangga lagipun masih ramai adik-adiknya di kampung yang masih bersekolah memerlukan pertolongannya terutamanya dalam soal kewangan tambahnya ibunya hanyalah ibu tunggal.

“Habis tu apa yang I harus bagi pada dia?” tanya Faizul agak perlahan. Sebenarnya dia tidak terniat pun untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Najihah seba itulah dia hanya bersuara perlahan. Namun ternyata gadis yang sedang duduk di depannya dapat mendengar dengan jelas apa yang keluar dari mulutnbya sebentar tadi apabila melihat Najihah tersenyum dengan penuh makna.

“Joe..kalau I nak cakap sesuatu boleh?”

“Cakaplah, apa dia?” laju sahaja Faizul bersuara.

“Setahu I kan, you ni jenis yang banyak teman wanita walaupun you tak pernah beritahu I, tapi daripada pengamatan I sepanjang you jadi bos I, I tahu teman wanita you ramai sangat…takkanlah salah seorang daripada teman wanita you tu tak ada langsung yang pernah merajuk dengan you?” Najihah memandang tepat ke arah faizul sambil mengangkat keningnya menunggu jawapan. Faizul pula tersengeh seperti kerang busuk. Tak salah dia berkawan dengan gadis genit di hadapannya itu. Nampaknya gadis itu cepat memahami tentang dirinya.

“Ada tu memang la ada, tapi nak pujuk dia orang senang saja, I just belikan something yang mahal terus rajuk dia orang tu hilang….tapi….

“Tapi orang yang you nak pujuk kali ni lain sikit, betul tak? Dia tak sama dengan teman wanita you yang lain kan? Tentu dia ni istimewa di hati you kan? Hai Joe…siapalah yang istimewa sangat tu sampai boleh buatkan playboy macam you ni resah semacam?” Najihah bersuara tanpa sedikit pun rasa takut. Mungkin dia sudah mengenali hati budi bosnya itu yang lebih berfikiran terbuka kalau tidak masakan hari pertama lelaki itu menjadi bosnya dia sudah merangkap sebagai kawan bosnya itu.

“Amboi sedapnya you cakap I ni playboy?” Faizul ingin menduga. Dia langsung tidak terasa dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Najihah malah dia bangga dengan gadis itu yang seakan-akan memahaminya secara mendalam.

“Maaflah kalau kata-kata I tadi buat you terasa…tapi tidak ke betul apa yang I cakap tu?” tanya Najihah tenang walaupun ada sedikit rasa cemas waktu itu. Takut juga dia bila mendapat tindak balas begitu daripada Faizul.

“Sebab tulah dari hari pertama lagi I dah cakap I tak silap nak berkawan dengan you, tengok tak sampai tiga bulan you jadi setia usaha I you dah banyak tahu tentang I …jadi apa yang I patut bagi kat dia ha?” Sambung Faizul kembali berkenaan dengan masalah yang sedang dihadapinya di kala itu.

“Siapa dia tu? Boleh I tahu?”

“Tak payahlah you tahu sekarang ni, suatu hari nanti you akan tahu juga….yang you perlu tahu dialah satu-satunya orang yang paling istimewa dalam hidup I, you tolonglah I, dia dah marah sangat kat I ni, I tak tahu macam mana nak minta maaf dengan dia…kalau macam ni boleh mati I kalau tak bercakap dengan dia berhari-hari,” Faizul menunjukkan riak muka yang kebingungan dan mendatangkan kelucuan pada mata Najihah. Dia ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

“Joe…Joe….tak sangka romeo macam you pun boleh resah macam ni bila ada masalah dengan wanita. Macam nilah, I tak boleh nak beri pendapat sangat sebab I tak tahu apa yang you dah buat sampai dia marah sangat dengan you tu, tapi bagi I, yang penting you minta maaf dulu dengan dia, I percaya gadis yang istimewa dalam hati you tu seorang gadis yang betul-betul istimewa…mungkin dia akan maafkan you sebaik sahaja melihat you ikhlas minta maaf dengan dia….soal hadiah tu, itu soal nombor dua, you mungkin boleh bagi dia hadiah bila kata maaf pertama dari you dia tak mahu terima, macam mana?” Najihah memberikan pendapat yang ikhlas lahir dari hatinya. Faizul melongo mendengar pendapat dari Najihah. Dia kemudiannya tersenyum gembira. Namun seketika sahaja, kemudian wajahnya kembali keruh.

“Boleh ke?” tiba-tiba keluar soalan tersebut dari mulut Faizul.

“Belum cuba belum tahu la my friend….you cuba dulu, ok?” pinta Najihah tersenyum memandang Faizul yang hanya mencebirka mulutnya di kala itu dan diikuti dengan keluhan yang kuat.

“Ok…I cuba dulu, thanks Jihah, youlah kawan perempuan I yang paling I sayang!” ujar Faizul sambil tersengeh menunjukkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

“Apa-apalah Joe, I keluar dulu, banyak kerja I kat luar yang I perlu I uruskan, kalau terus melayan you jawabnya sampai ke petang pun tak selesai,” Najihah bangun dari tempat duduknya dan terua sahaja menuju ke pintu.

“Ok…Oh ya Jihah, jangan lupa tau, you tangguhkan dulu temujanji I dengan client tu, ataupun you suruh si Cik Amira kita tu jer yang pergi jumpa dengan klien tu,” pesan Faizul sebelum Najihah melangkah keluar dari pejabatnya.

“Tak nak la I, I lebih rela telefon client tu supaya tangguhkan dulu temu janji you tu dengan dia daripada I mendengar Cik Amira kita tu melenting tak tentu pasal,” pantas Najihah menjawab dan diikuti dengan gelak tawa yang agak kuat daripada mulut Faizul. bila teringatkan pergaduhan kecilnya dengan Amira semalam dia tersenyum. Tentu gadis itu sangat membencinya di kala ini.

1 comment:

  1. wahhhhhhhhhhh lama tak baca cter ni. hehe.
    oh ya sha, ada spelling error la, bukan ke daif tu maksud dia miskin?naif br tak tau apa2.

    ReplyDelete