Tuesday, January 31, 2012

DIA SEGALANYA BAB 14

BAB 14

Faizul bangun agak lewat pada pagi itu. Ketukan pintu dan laungan memanggil namanya awal pagi tadi langsung tak diendahkannya. Dia agak kepenatan semalam. Lagipun dia agak malas untuk bersemuka dengan Suraya pada hari-hari minggu begini. Sudah tiga hari dia langsung tak bertegur sapa dengan Suraya. Tambahan pula dia lihat Suraya seakan-akan mahu mengelak daripadanya. Pendapat Najihah tiga hari lepas langsung tak dipraktikkan. Dia belum bersedia namun hatinya sedikit lega apabila melihat Suraya sudah kembali sihat seperti sedia kala.

“Angah…Angah dah bangun belum?’ kedengaran lagi suara ibunya memanggil dari luar biliknya sebaik sahaja dia keluar dari bilik air. Terasa segar sedikit badannya setelah dia selesai mandi.

“Dah ma…kenapa?” tanya Faizul dari dalam sambil membuka almari pakaiannya.

“Deraman ada kat bawah…dia datang nak jumpa dengan Angah,” beritahu Datin Rafidah lagi. Faizul terhenti daripada terus memilih pakaian yang ingin dipakainya. Dia mengintai jam yang terdapat di meja kecil di sisi katilnya. Baru menunjukkan pukul sepuluh pagi. Apa hal pula Si Deraman buat dekat rumahnya seawal pagi begini tanpa menelefonnya terlebih dahulu. Detik hatinya.

“Tak apalah ma, suruh dia tunggu, sekejap lagi Angah turun,” laung Faizul sambil menjungkit bahu. Entah apalah hajat kawan baiknya itu.

*******************

“Assalamualaikum Abang Man?” sapa Suraya sebaik sahaja terpandang lelaki tersebut yang sedang duduk seorang diri di atas sofa di ruang tamu.

“Waalaikummussalam Su, abang dengar Su sakit, Su dah sihat ke?” tanya Deraman. Perkara yang terjadi antara Suraya dan Faizul pada hari itu sudah diceritakan oleh Faizul dari A sampai ke Z. Wajah Suraya sedikit berubah dengan soalan tersebut. Tentu Faizul yang memberitahu lelaki ini. Namun dia kembali tersenyum.

“Alhamdulillah Su dah sihat dah, abang datang nak jumpa Angah ke?”tanya Suraya walaupun pada hakikatnya dia tahu kedatangan sebenar lelaki tersebut ke rumah sudah tentu mahu bertemu dengan Faizul.

“A’ah, dalam masa yang sama nak datang lawat Su, Alhamdulillah Su dah sihat, bimbang juga abang, yalah sejak dari bangku sekolah lagi, Su asyik jatuh sakit saja, betul ni Su dah sihat?” Deraman bertanya sekali lagi. Wajah gadis yang bertudung di hadapannya diperhatikan betul-betul. Memang patutlah kawan karibnya tidak senang duduk sentiasa. Kalau dia pun dia boleh terpikat dengan gadis yang penuh dengan keayuan dan kesopanan yang tiada tolak bandingnya.

“Dah, lagipun hari tu Su demam sikit saja, abang nak minum apa-apa ke? Su boleh tolong buatkan,” bicara Suraya dengan mesra. Dia akui dia langsung tak kekok untuk berbicara dengan Deraman walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak berbual. Mungkin kerana sejak dari bangku sekolah lagi Deraman melayannya seperti dia adalah adik kepada lelaki tersebut. Malah Deraman tidak pernah lokek untuk membantunya sekiranya dia ditimpa sebarang masalah. Dia hairan kenapa Deraman boleh menjadi sahabat karib Angahnya.

“Tak payah susah-susah Su, abang dah minum kat rumah tadi, abang datang ni pun nak berjumpa dengan Joe..mana dia ni?” Deraman menjenguk ke arah tangga.

“Alah apa salahnya sekali sekala Su buatkan air untuk abang, lagipun dah lama sangat abang tak datang ke mari..Angah kejap lagi turun la tu! Abang nak air sejuk ke air panas?” Tanya Suraya mesra. Deraman hanya tersenyum. Siapa sangka gadis yang dahulu agak pemalu dan daif bertukar menjadi seorang gadis yang begitu mesra dan cantik.

“Kalau Su betul-betul nak buat air untuk abang…Su buatkan air sejuk sajalah untuk abang ek,”

“Ok, abang tunggu kejap ek,” Suraya tersenyum seraya melangkah meninggalkan Deraman lalu masuk semula ke dalam rumah.

“Apa yang kau pandang sampai nak terkeluar biji mata tu?” Faizul entah dari mana timbulnya menegur Deraman dan menyebabkan Deraman sedikit terkejut.

“Kau ni, tak boleh ke kau bagi salam dulu, nak luruh jantung aku tau!” Marah Deraman sambil menjeling tajam ke arah Faizul. Faizul tersenyum lantas memandang sekali lagi ke tempat yang dipandang oleh Deraman. Tiada sesiapa pun di situ.

“Apa yang kau pandang? Nak kata ada orang gaji muda dalam rumah aku, rasanya semua dah berusia, kalau ada pun Bibik orang gaji aku yang baru tu je yang muda,” usik Faizul walaupun dia tahu sudah tentu bukan itu yang dipandang oleh Deraman tadi.

“Pandang orang gaji kau buat apa? Aku pandang satu-satunya gadis yang paling cantik dalam rumah kau ni, Suraya!” sengaja Deraman menguatkan sedikit nama Suraya. Dia mahu melihat reaksi Faizul apabila mendengarnya. Dia mahu mengusik kawan baiknya itu.

“Kau ni, orang lain kau boleh pandang…but not her!” Faizul terus sahaja melenting walaupun agak perlahan. Dia tidak mahu suaranya didengari oleh sesiapa di dalam rumahnya itu.

“Alah, sekali sekala, lagipun dah lama aku tak pandang Suraya, makin cantik dia kan,” tutur Deraman sengaja mahu mengusik kawannya itu. Dia sengaja ingin menduga sejauh mana cinta Faizul kepada Suraya walaupun pada hakikatnya dia tahu kawan karibnya itu begitu menyintai Suraya.

“Kau nampak penumbuk aku ni, dah lama tak makan orang tahu!” Faizul menunjukkan penumbuknya ke muka Deraman yang kebetulan pada waktu itu sudahpun berdiri. Dia menyeringai sambil menggelengkan kepala. Langsung tak menyangka Faizul mengambil serius mengenai kata-katanya tadi. Kemudian Faizul pula tersenyum apabila menyedari dia dipermainkan oleh sahabatnya itu. Dia menumbuk mesra bahu Deraman dan terdengar Deraman mengaduh kecil.

“Jom, kita berbual kat taman lagi selesa!” ajak Faizul.

“Ok jugak tu!” Deraman bersetuju lalu mengikut langkah Faizul yang sudah melangkah ke depan.

Faizul terus sahaja duduk di bangku simen yang terdapat di taman. Deraman pula melabuhkan punggung berhadapan dengan sahabatnya itu. Dia meninjau keadaan sekeliling taman tersebut, tidak banyak yang berubah seperti lima tahun dahulu cuma sekarang ini taman ini semakin penuh dengan tumbuhan hijau yang menyejukkan mata yang memandang.

“Apa hal kau datang rumah aku hari ni?” Tanya Faizul sekali lagi apabila persolannya tadi langsung tak dijawab oleh sahabatnya.

“Saja, dah lama aku tak datang ke mari, sejak kau ke UK, sampailah sekarang baru aku nak menjejakkan kaki ke rumah kedua aku waktu zaman sekolah menengah dulu,” ujar Deraman. Faizul hanya tersenyum faham dengan maksud Deraman sebagai rumah kedua. Sememangnya rumahnya itu menjadi persinggahan Deraman setiap kali pulang dari sekolah. Dia lebih selesa lepak di banglo ini sehinggalah ke petang. Malahan mama dan papa langsung tak memarahi kehadiran Deraman, malah mereka suka Deraman berada di situ sekurang-kurangnya bila bersama Deraman dia tidak akan keluar rumah dan lepak di tempat yang bukan-bukan.

“Oh ya, mana semua orang, Ejal mana?” Tanya Deraman apabila mendapati dia hanya bertemu dengan Datin Rafidah dan Suraya sahaj sepanjang dia sampai ke banglo ini.

“Entah, aku pun tak tahu, aku baru je bangun dari tidur tadi, penatlah semalam, banyak kerja, mungkin Along aku keluar jumpa girlfriend dia kot…papa aku pula biasalah kalau hari minggu macam ni kalau dia tak ada kat rumah tentu dia ke kelab golf, Suraya pulak aku tak tahu,” ujar Faizul. Deraman tersengeh dan mendatangkan tanda tanay pada Faizul.

“Su ada, tadi aku bercakap dengan dialah sebelum kau turun, dia janji nak buatkan air untuk aku…Hah, tu pun dia, panjang pun umur,” Deraman memuncung ke arah gadis yang sedang membawa dulang di tangan. Faizul menoleh dan serta merta wajahnya berubah.

“Lamanya Su buat air untuk abang,” usik Deraman sebaik sahaja gadis tersebut sampai sambil meletakkan air di atas meja. Tidak lupa sepinggan biskut cip coklat yang menjadi kegemaran Suraya yang tidak pernah kehabisan stok di dapur.

“Tentulah lama, kan Su cakap kat abang yang Su nak buat air special untuk abang, ni dia carrot susu!” ceria sahaja suara Suraya. Faizul hanya tertunduk langsung tak berani memandang Suraya. Dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia cemburu melihat kemesraan di antara Deraman dengan gadis pujaannya itu.

“Ye ke? Air ni special untuk bang ke, special untuk Joe…..air ni kan air favourite Joe,” Deraman sengaja memancing Faizul supaya bersuara. Dia tahu Faizul dan Suraya masih berperang dingin.

“Ye ke? Tak tahu pun. Yang Su tahu abang yang suka minta air ni waktu abang selalu datang ke sini dulu,” Suraya tersenyum hambar. Sebenarnya dia tahu minuman tersebut menjadi kegemaran abangnya yang tengah itu tetapi tadi dia langsung tak terniat untuk membuat air tersebut kepada Faizul.

“Sebab Joe yang bagi cadangan, dia nak minta Su buatkan dia segan,” laju sahaja mulut Deraman bersuara. Faizul terus memandang tepat ke arahnya sambil menjeling tajam.

“Pandai-pandai kau ek, mana ada?” Faizul terus menafikan. Deraman hanya tergelak kecil melihat wajah temannya yang merona merah mungkin menahan malu ataupun menahan marah.

“Ok lah bang, Su nak masuk dulu, abang minumlah,” ujar Suraya lantas melangkah menuju semula ke dalam rumah.

“Nantilah dulu Su, duduklah sini berbual dengan abang, dah lama kita tak berbual kan,” Deraman sengaja mahu memancing kemarahan Faizul walupun dia tahu temannya itu langsung tak selesa sekiranya permintaannya itu dipenuhi oleh Suraya.

“Tak apalah, abang berbuallah dengan Angah, mungkin lain kali kita berbual semula, Su ada kerja sikit kat dalam,” jawab Suraya sambil melemparkan senyuman manis ke arah Deraman. Deraman hanya mengangguk faham dan terus memandang gadis tersebut sehingga hilang dari pandangan. Kemudian dia memandang pula ke arah Faizul yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam. Dia tersengeh.

“Teruk kau kenakan aku ek?” Faizul memandang Deraman tanpa berkelip. Dia tahu rakannya itu cuba mengenakan dia di depan Suraya sebab Deraman tahu dia hanya akan mendiamkan diri sahaja.

“Ala bro, rileks la, sekali sekala je…bukan selalu, lagipun aku tahu sudah tentu Su akan menolak pelawaan aku tadi, korang kan masih lagi perang dingin,” Deraman bersuara sambil tersengeh. Air carrot susu diteguknya sambil mengenyitkan mata ke arah Faizul. Faizul hanya tersenyum. Lucu dengan telatah kawan karibnya itu yang sekan-akan boleh membaca setiap gerak gerinya. Malahan kawannya itu sering kali dapat membaca fikirannya.

“Mana kau tahu aku masih berperang dingin dengan Suraya?” duga Faizul. Deraman hanya menggelengkan kepala. Tangannya pantas mencapai biskut yang dihidangkan oleh Suraya tadi dan digigitnya perlahan.

“Alah, aku tengok pun dah tahu, tadi Su langsung tak pandang muka kau, aku dah agak dah kau langsung tak minta maaf dengan dia lagi kan? Come on lah kawan, kau ni masih tak berubah lagi tau, susah sangat kau nak ucapkan kata maaf walaupun kau tahu kau yang bersalah dalam hal ni,” Deraman cuba menasihati kawannya itu. Faizul harus dinasihat secara perlahan-lahan kalau secara keras sudah tentu dia akan melenting tak tentu pasal.

“Bukan aku tak nak, tapi aku takut dia tak terima maaf aku, kau kan tahu selama ni dah beratus kali aku sakitkan hati dia, tentu kali ni dia tak nak maafkan aku,” Faizul meluahkan apa yang dirasakannya di kala itu.

“Kau belum cuba, mana kau tahu? Aku walaupun dah lama tak jumpa dengan Suraya tapi aku tahu dia masih lagi Suraya yang dulu, seorang gadis yang tak pernah menyimpan dendam, dia bukan macam kau!” lancar sahaja mulut Deraman mengutuk sifat Faizul. Faizul sekadar mencebik, sebenarnya secara tak langsung dia memang mengaku dengan apa yang diperkatakan oleh kawannya itu.

“Tengoklah dulu, dua tiga hari lagi, tapi kan mana adil dengan kau dia bukan main mesra lagi, siap panggil abang lagi, sakit hati aku tau!” Faizul meluahkan apa yang dirasakannya apabila melihat kemesraan di antara Deraman dengan Suraya. Malahan hatinya bertambah sakit apabila mendengar Suraya memanggil Deraman dengan panggilan abang yang dirasakannya agak manja dan keterlaluan.

“Ek, eleh, benda macam tu pun nak jelous, dia panggil aku abang sebab aku ni lebih tua daripada dia, lagipun aku dah anggap macam adik aku sendiri, benda macam tu pun nak berkira, nak sakit hati, aku pikat betul-betul baru kau tahu, silap hari bulan aku ni jadi adik ipar kau,”

“Kau jangan…kalau kau betul-betul nak rasa penumbuk aku, kau try la! Dia hanya hak aku je tau!” Faizul bersuara tegas.

“Tahu pun kau tu sayang gila dekat dia, habis tu yang kau tak habis-habis nak sakitkan hati dia tu kenapa? Kau jangan Joe, Suraya tu cantik, kalau dia tak jatuh ke tangan aku pun, aku percaya masih ramai lagi lelaki kat luar sana tu terkejar-kejarkan dia tau…silap hari bulan gigit jari kau! Waktu tu kau nangis keluar air mata darah pun dah tak guna,” kata-kata Deraman membuatkan air muka Faizul berubah serta merta. Tiba-tiba sahaja hatinya dilanda ketakutan. Takut kehilangan gadis yang dicintainya selama ini.

“Kau senang la bercakap, kau tak ada kat tempat aku, kalau Suraya tu tak tinggal dengan aku sejak kecil lagi, duduk dengan orang lain dah lama aku luahkan hati aku tau…masalahnya sekarang seluruh ahli keluarga aku dah anggap Suraya tu dah macam ahli keluarga sendiri, dah tak ada istilah anak angkat dah! Faham!”

“Aku tahu dan aku tak nak gesa kau…tapi kau juga tak boleh buat tak tahu saja…tapi kan daripada Suraya tu terlepas kat tangan orang lain, baik dia jatuh ke tangan aku, bolehlah aku panggil kau Abang Ngah!” Deraman cuba bergurau sambil tersengeh memandang Faizul. Serentak dengan itu terus sahaja Faizul mencapai sekeping biskut yang berada di dalam pinggan dan dilemparkan ke arah Deraman dan terkena kepalanya dan jatuh melantun kembali ke atas meja. Deraman mengaduh kecil.

“Gila kau! Makanan ni wei! Tak baik tau!” Deraman bersuara sambil ketawa lalu diambil kembali biskut yang separuh hancur di atas meja dan dimasukkan semula ke dalam mulutnya.

“Wei! Pengotor betul la kau ni…masih banyak biskut dalam pinggan tu!” marah Faizul.

“Mana boleh membazir biskut ni, Su buat khas untuk aku tau!” Deraman menjawab sambil mengerling tajam. Serentak dengan itu mereka ketawa terbahak-bahak bersama. Sudah agak lama mereka tak ketawa besar sebegitu bersama-sama.

3 comments:

  1. Bila novel ni nak ada kat pasaran?? tak sabar nak tahu endingnya.

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah kalau tiada aral bulan April ini...ehehehe...masih dgn Kaki Novel....hehehehe....

    ReplyDelete
  3. Congrats! hehe so kiranya dah siap suma la ni, tgu turn je la ya?hehe tak sabar2 ni.

    ReplyDelete