Tuesday, January 31, 2012

DIA SEGALANYA BAB 17

BAB 17

Suraya melangkah menuju ke bilik Faizul. Pagi-pagi lagi ibunya menyuruh dia pergi mengejutkan Faizul yng berkemungkinan besar masih belum bangun lagi. Dengan malas Suraya mengetuk pintu. Beberapa kali pintu diketuk namun masih belum mendengar sebarang jawapan dari dalam. Mungkin Faizul dalam bilik air. Dia menjungkit bahu kemudian melangkah semula ke arah tangga namun beberapa langkah dia berjalan dia tiba-tiba berhenti.

“Kalau dia tak bangun lagi macam mana?” Dia bersuara sendirian.

“Ala…dia ni saja je nak susahkan aku pagi-pagi buta ni,” rungut Suraya dan terus sahaja menuju semula ke arah bilik Faizul. Sampai di sana sekali lagi pintu bilik tersebut diketuk namun tiada sebanrang jawapan. Dengan berani dia cuba memulas tombol pintu bilik tersebut dan dia agak terperanjat apabila mendapati bilik tersebut ternyata tak berkunci.

Suraya menjengukkan kepalanya dan mencari Faizul di atas katil dan ternyata tekaannya tadi tepat. Faizul masih belum bangun dari katilnya. Dia merengus dan melangkah berjalan perlahan mwnuju kea rah katil Faizul.

“Angah! Bangunlah! Dah lewat dah ni!” kejut Suraya. Namun lelaki yang sedang nyenyak itu masih belum menunjukkan sebarang reaksi.

“Angah! Bangunlah!” dia mulai mengongcang lembut bahu Faizul.

“Angah! Bangunlah! Dah lewat sangat dah ni….nanti Angah lewat pergi kerja!” Suraya masih belum berputus asa. Lengan Faizul semakin kuat digoncangnya namun Faizul masih belum menunjukkan sebarang reaksi.

Suraya resah sendirian. Dia tak tahu bagaimana lagi nak mengejutkan Faizul. nak ditinggalkan saja dia kesiankan mamanya pula yang terpaksa naik semula ke atas untuk mengejutkan anak lelakainya yang degil itu. Tambahan pula, mamanya sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Dia termenung seketika dan tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Alamak lupa!”

“Joe! Bangunlah dah lewat dah ni…Su banyak kerja kat bawah tu, kena tolong mama sediakan sarapan…Joe bagunlah! Nanti lewat pergi kerja,”.

Sebaik sahaja dia selesai bersuara Faizul terus sahaja menggeliat dan bangun dari tidurnya sambil tersenyum memandang ke arahnya. Suraya mengeluh dan mukanya merah menahan kemarahan. Ternyata tadi Faizul memang sengaja malas bangun kerana kesilapannya yang tidak menunaikan janjinya yang baru dimetrai semalam.

“Menyampah betul la dengan Joe ni. Saja je nak dera Su. Dah la, bangun! Mama dah bising kat bawah!” ujar Suraya dan terus mahu melangkah menuju ke pintu. Belum sempat dia melangkah dia terperanjat kerana tangannya ditarik sehingga dia ke belakang.

Dia memandang ke arah Faizul dan lelaki tersebut tengah merenungnya dengan pandangan yang cukup tajam sehinggakan jantung Suraya berdegup dengan cukup kencang.
“Kenapa ni Joe…lepaskan tangan Su la,” pinta Suraya.

“Tak ada apa-apa….Selamat pagi!” Faizul melepaskan tangan Suraya sambil tersenyum dan terus sahaja turun dari katil. Suraya kaget seketika tanpa sepatah kata. Dia berdiri bagaikan patung di sisi katil Faizul.

“Woit! Kau tunggu apa lagi, keluarlah! Ke kau nak ikut aku mandi sekali?” laung Faizul kuta menyebabkan Suraya tersentak dan terus berlari menuju ke pintu bilik dan terus sahaja keluar. Faizul yang memerhati gelagat Suraya tersenyum dan terus menutup pintu bilik mandi. Semalam dia terlupa mengunci jam, patutlah pagi ni dia langsung tak terjaga.

********************

Sebaik sahaja selesai menyiapkan diri Faizul terus sahaja melangkah turun menuruni anak tangga. Jam di tangannya sudahpun menunjukkan lima belas minit sebelum pukul lapan. Nampaknya dia sudahpun terlewat. Dengan pantas dia berlari anak menuju ke pintu utama.

“Angah! Tak sarapan dulu ke?” Tanya Datin Rafidah yang ternampak kelibat anaknya melintasi ruang makan yang terletak tidak jauh dari ruang tamu.

“Tak apalah mama, Angah sarapan kat pejabat sajalah, dah lewat sangat dah ni, Angah pergi dulu ya ma,” Faizul meminta diri. Sebenarnya sepanjang dia bekerja dengan ayahnya inilah kali pertama dia lewat. Sebelum ini dia akan pastikan dia dahulu yang keluar daripada rumah sebelum Along dan papanya.

“Itulah, lain kali bangun awal sikit, kan dah tak sempat sarapan,” ngomel Datin Rafidah dan meneruskan kerjanya mengemaskan meja makan bersama dengan seorang orang gajinya.

Faizul terus sahaja melangkah laju menuju ke keretanya. Namun belum sempat dia samapai ke kereta dia terpandang seseorang yang mampu menghentikan langkahnya ketika itu. Suraya sedang berdiri sendirian di taman dan sedang jauh termenung seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Faizul yang sedang memerhati daripada jauh tersenyum lantas dia melangkah perlahan menuju ke arah gadia tersebut.

Ternyata tekaan Faizul tepat. Gadis tersebut sedang jauh termenung sehinggakan dia berdiri dekat di belakang Suraya, gadis tersebut langsung tak perasan. Faizul tersenyum sekali lagi. Otaknya ligat memikirkan bagaimana mahu mengusik gadis tersebut.

“Jauh temenung!” sapa Faizul tepat di telinga kanan Suraya dan menyebabkan gadis tersebut terperanjat dan terus sahaja menoleh dan mukanya hampir terkena wajah Faizul yang sedang tersenyum memandang ke arahnya. Suraya terus sahaja melarikan wajahnya dan memandang ke arah lain. Degupan jantungnya berdegup cukup kencang sehinggakan dia merasa sukar untuk berdiri di kala itu.

“Joe buat apa kat sini? Tak pergi kerja lagi ke? Dah lewat dah ni,” Ujar Suraya. Namun dia masih belum berani memandang wajah Faizul. faizul yang mendengar namanya dipanggail oleh gadis tersebut tersenyum semakain lebar. Nampaknya gadis itu mulai fahami apa yang dia inginkan.

“Nak pergi dah ni, saja, nampak kau termenung jauh sangat tadi, tu yang aku datang tegur…kau ok ke?” Tanya Faizul. kemudian dengan perlahan Suraya menoleh dan memandang wajah Faizul sambil tersenyum. Senyuman yang sengaja dibuatnya bagi menutup perasaannya yang agak cemas di kala itu.

“Su ok….saja tengah perhatikan pokok bunga mama….cantik,” Jawabnya agak tersekat-sekat.

“Ok. Aku pergi dulu,” ujar Faizul. Suraya mengangguk dan terus menoleh kembali.

“Suraya….pokok bunga mama sebelah sini, bukan sebelah sana. Kau memang tak pandai berbohong ek? Kalau tak pandai berbohong, jangan berbohong, nampak sangat la sayang!” ujar Faizul tersenyum nakal lantas hidung Suraya yang mancung dicuit mesra. Sesudah itu dia terus melangkah menuju ke kereta tanpa menoleh langsung ke arah Suraya. Dia sebenarnya terkejut dengan keberaniannya sebentar tadi yang mencuit hidung Suraya, perkara yang sebelum ini langsung tak pernah dilakukannya. Entah kenapa tangannya ringan sahaja mencuit hidung Suraya apabila akalnya mahu dia bertindak sedemikian.

Suraya pula kaget seketika. Dapat dirasakan olehnya di kala itu semua darahnya naik ke muka. Sudah tentu di kala itu mukanya merah padam menahan malu. Dia langsung tak terfikir bahawa Faizul dengan selamba mencuit hidungnya seakan-akan lelaki itu sudah biasa melakukannya. Kalau Alongnya yang berbuat demikian sudah tentu dia tidak merasakan apa-apa kerana Alongnya yang paling gemar mencuit dan menarik hidungnya setiap kali mereka berbual bersama. Kenapa lelaki tersebut semakin hari semakin berubah-ubah perangainya sehinggakan dia sendiri tidak dapat mengagak perangai lelaki tersebut.

**************************

Faizul mengetuk pintu pejabat Faizal kemudian terus sahaja masuk sebaik sahaja apabila mendengar arahan dari dalam. Sebaik sahaja dia melangkah masuk kelihatan abangnya sedang sibuk menandatangani dokumen yang agak banyak tertimbun di atas meja. Dia mula tertanya-tanya apa tujuan abangnya memanggil dia ke situ.

“Kenapa kau lewat hari ni?” Tanya Faizal yang langsung tak memandang wajah adiknya. Tangannya masih lagi pantas membelek setiap helaian dokumen yang harus disemaknya.

“Ala…semalam aku terlupa kunci jam, sebab tulah aku terjaga lewat,” beritahu Faizul tanpa berahsia sedikit pun.

“Kau bangun pun sebab adik yang pergi kejutkan kau, kalau tak jawabnya sekarang ni pun kau masih lagi sedap je tidur atas katil kan? Angah…kau ni bila la nak berubah,” Tanya Faizal. Akhirnya dia memandang tepat ke arah adiknya yang sedang mengetuk mejanya dengan jari di kala itu.

“Alah Long….ni kali pertama aku lewat kan, sebelum ni aku tak pernah lewat, lagipun aku bukannya sengaja nak lewat,” Faizul bersuara.

“Aku nak jumpa kau ni pun bukan sekadar pasal kelewatan kau ni…ni Cik Amira ada mengadu kat aku yang kau dengan dia tak sefahaman, dia kata kau selalu sahaja menolak ideanya tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Betul ke?” Soal Faizal. Faizul yang mendengar bicara dari abangnya itu terus sahaja tersenyum kemudian tergelak kecil.

“Come on la….Long, kau kenal aku kan, aku walaupun jenis lelaki yang suka sangat enjoy, tapi dalam soal kerja aku tak pernah main-main tau! Dah idea dia yang tak bernas, takkan aku tetap nak terima idea bodoh dia tu, dia ingat dia kerja kat sini dah lama, semua idea dia bernas. Pandai la pulak minah ni mengadu kat kau!” Rungut Faizul dengan muka yang cukup menahan kemarahan.

“Angah…dah berapa kali aku ingatkan kau sepanjang kau kerja kat sini? Kita bekerja dalam team work, maksudnya semua idea yang datang daripada kau ataupun Amira tu harus dipertimbangkan dulu, dapatkan persetujuan daripada semua pihak, jangan main reject sesuka hati, atau lebih tepat lagi dapatkan suara majority,” Faizal terus sahaja memberikan nasihat terhadap adiknya itu. Dia tahu sepanjang Faizul memulakan tugasnya di situ, dia ada juga mendengar beberapa pekerja yang memuji cara Faizul bekerja yang sentiasa mesra dengan staff bawahannya.

“Habis tu kau ingat aku ni tak pernah dapatkan suara majority dahulu sebelum membuat sebarang keputusan terhadap sebarang idea baru yang timbul. Long, kalau kau tak percayakan aku, kau boleh tanya dengan semua orang yang terlibat dengan projek yang aku uruskan, kita orang selalu buat mesyuarat dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam perancangan asal ataupun kewujudan sebarang idea baru…dan setiap kali itu jugalah Cik Amira yang budget dia tu bijak sangat tak setuju dengan rancangan kami. Ada sahaja alasan dia bagi untuk menolak sebarang idea daripada kami. Itu tak boleh la…ini tak boleh la….how could you believe her more than your own brother!” Faizul mulai tidak dapat menaham kemarahannya terhadap Amira dalam masa yang sama dia agak marah dengan abangnya yang ternyata lebih menyebelahi Amira.

“Aku tak percayakan dia dan dalam masa yang sama aku juga tak percayakan kau. Sebab aku ni kenal kau, kadang-kadang perangai kau yang tak nak kalah di tangan perempuan boleh menyebabkan apa sahaja boleh berlaku, sebab tulah aku tak boleh dengar dari sebelah pihak sahaja, sebab tulah aku tanya kau pulak berkenaan perkara ni. Sekarang aku dah dengar dan nampaknya korang berdua ni macam ada masalah dari awal lagi…kenapa?” soal Faizal kembali. Faizul yang mendengar kenyataan Alongnya mengakui itu semua dan dia tersengeh memandang Faizal.

“Entah….dia yang macam tak suka dengan aku, mungkin sebab waktu mensyuarat dengan papa dulu kot,” jawab Faizul yang dapat mengagak dari situlah puncanya dia mulai tak sefahaman dengan Amira.

“Kenapa?”

“Yalah…waktu tu kan, papa terima proposal aku pasal projek baru kat Sungai Buloh tu sedangkan dia pun ada proposal jugak berkenaan dengan projek tu, kan proposal dia ditolak, sejak hari tu aku tengok dia macam tak suka aku je,” bicara Faizul sambil tersengeh. Pada waktu itu dia masih ingat lagi bagaimana raut wajah Amira dan bagaimana gadis itu menjeling tajam ke arahnya.

“Ermm…kau selesaikanlah masalah kau dengan dia tu elok-elok. Jangan sampai papa tahu perkara macam ni? Kalau tak makin jenuh kau nak menjawab dengan papa nanti,” pesan Faizal sebelum menyuruh adiknya keluar. Faizul sekadar mencebik. Nak berbaik dengan perempuan bongkak macam Amira? Maaf! Itu bukan dia!

***********************

Faizal berjalan dengan pantas menuju ke pintu utama syarikat dan ditemani beberapa orang pekerjanya yang ditugaskan menemaninya untuk melawat ke tapak projek di Putrajaya. Namun belum sempat di sampai ke pintu utama dia ternampak seorang lelaki yang cukup dikenalinya yang baru sahaja melangkah masuk ke syarikat melalui pintu utama. Faizal agak panik di kala itu kerana dia belum bersedia untuk berjumpa dengan lelaki tersebut buat masa sekarang tambahan pula dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki tersebut di dalam situasi sekarang kerana kemungkinan besar dia akan disalah anggap oleh lelaki tersebut sebagai salah satu cara untuk memalukannya. Dia silap kerana hari dia bertemu dengan keluarga Zarina dia tidak menceritakan segala-galanya tentang dirinya dan juga ahli keluarganya. Tambahan pula Zarina sendiri langsung tak mengetahui dia sebenarnya adalah anak kepada tuan punya Syarikat Perkasa Holdings.

“Hamdan, awak pergi dulu, tunggu saya kat kereta, saya ada hal sekejap kat atas, sekejap lagi saya turun,” beritahu Faizal dan terus sahaja berjalan menuju kea rah lif. Butang naik ditekan beberapa kali. Kepalanya asyik menoleh ke belakang takut-takut sekiranya lelaki tersebut ada di belakangnya. Apabila pintu lif terbuka dia terus sahaja masuk, dan pada waktu itu kelihatan lelaki tadi sedang berbual-bual dengan pekerjanya. Dia menghembus nafas lega. Nasib baik dia sempat melarikan diri. Kalau tidak tahu apa yang bakal terjadi.

***************************

Sebaik sahaja dia dan beberapa orang kakitangannya selesai melawat tapak projek di Putrajaya, Faizal mengajak kakitangnnya minum petang memandangkan pada waktu itu sudahpun hampir pukul lima petang. Namun hanya Hamdan seorang sahaja yang sudi menerima pelawaannya apabila kakitangan yang lain ada rancangan tersendiri selapas waktu kerja.

Faizal dan Hamdan singgah di sebuah cafe yang ditemuinya sepanjang perjalanan ke pejabat. Dia terus sahaja masuk ke dalam café tersebut dan membuat pesanan.

“Oh ya, saya nak tanya sikit dengan awak ni, tadi masa kita nak keluar dari syarikat waktu saya naik semula ke atas, saya ternampak awak sedang berbual dengan seorang lelaki…siapa tu?” tanya Faizal yang mulai teringat kembali dengan seorang lelaki yang ditemuinya di syarikat tadi.

“Oh…Ariz…engineer kat syarikat kita la, kalau tak silap saya salah seorang engineer yang paling dipercayai oleh Datuk Rashid…seorang engineer yang berkebolehan…bangunan hotel kita dekat Petaling jaya tu dia yang uruskan,”beritahu Hamdan. Faizal mengangguk faham. Sekarang baru dia tahu Ariz juga merupakan salah seorang orang penting di syarikatnya. Yang paling mengejutkannya, Ariz merupakan orang kepercayaan ayahnya, yang pada pendapatnya agak susah untuk seseorang itu mendapat kepercayaan ayahnya, malah dia sendiri belum yakin dia adalah orang kepercayaan ayahnya sendiri.

“Kenapa En. Faizal, encik kenal dia ke?”

“Oo…tak ada, macam pernah lihat je, patutlah pekerja syarikat kita juga, dia bertugas di tingkat 10 kan?” tanya Faizal kembali. Dia terpaksa berbohong dengan Hamdan, dia belum bersedia untuk memeberitahu Hamdan bahawa Ariz itu adalah abang kepada teman wanitanya.

“Yalah…tingkat 10 kan tempat pengurusan semua plan-plan bangunan yang diuruskan oleh syarikat kita,” jawab Hamdan tanpa banyak soal. Faizal tersenyum. Akhirnya dia tahu serba sedikit berkenaan dengan Ariz. Tapi dia sedikit hairan kenapa sebelum dia bertemu dengan keluarga Zarina dia langsung tak berpeluang bertemu dengan lelaki tersebut malah di mesyuarat penting sekalipun dia tak pernah melihat kelibat lelaki tersebut. Mungkin mesyuarat yang dilakukan sebelum ini tak ada kena mengena dengan projek yang diuruskan oleh Ariz. Lagipun dia baru sahaja bekerja dengan ayahnya di syarikat tersebut. Namun apa yang pasti dia sendiri akan datang untuk bertemu dengan Ariz sebelum lelaki tersebut bertemu dengannya secara tidak sengaja. Jauh di sudut hatinya dia sedikit menyesal kerana tidak memberitahu perkara yang sebenarnya mengenai dirinya kepada keluarga Zarian dahulu. Sekarang perkara tersebut menjadi semakin rumit dan sedikit sebanyak membebankan kepalanya.

Banyak yang harus dia fikirkan berkenaan dengan soal tersebut. Zarina sendiri belum mengetahui siapa dirinya yang sebenar-benarnya. Faizal bimbang sekiranya suatu hari Zarina mengetahui perkara tersebut daripada orang lain Zarina akan marah dan kecewa dengan dirinya. Namun sekiranya dia sendiri yang akan memberitahu Zarian berkenaan soal tersebut dia juga bimbang dengan reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Zarina sendiri. Terus terang dia belum bersedia untuk kehilangan gadis tersebut sekiranya Zarian tidak boleh terima siapa dirinya yang sebenar.

5 comments:

  1. bagus tul along ni ya,jaga air muka org.hehe, mesti malu ariz even tak de org tgk pun, ya la berlagak depan bos sdiri.

    ReplyDelete
  2. next n3.... aduyaii.. x sabarnya nak bc ending story ni

    ReplyDelete
  3. bestnya bc citer ni, x sbr nk tgu kuar dlm cetak....teruskn bkarya wahai penulis hehe

    ReplyDelete
  4. fuhh best.. x sabat nak tunggu ending selanjutnya...

    ReplyDelete
  5. BEST..baru baca. dah end ke ceritani???

    ReplyDelete