Wednesday, January 4, 2012

SHA DAN SHAH Bab 24

BAB 24

"Kau datang sini naik apa tadi?" soal Shah kepada Syed Adif yang sudahpun duduk di salah sebuah sofa di dalam bilik pejabatnya. Lelaki itu memandang sekeliling pejabatnya sambil mengangguk-ngangguk dan tersenyum. Mungkin berpuas hati dengan hiasan dalaman pejabatnya.

"Cab la, aku malas nak cari kereta lagi. Lagipun aku masih tak biasa dengan jalan raya dekat KL ni. Jom keluar makan. Dah waktu lunch kan?" Syed Adif mengintai jam di pergelangan tangan kirinya. Perutnya mula terasa lapar setelah meronda bandaraya Kuala Lumpur ke kedai-kedai perabot dan hiasan dalaman semata-mata mahu menghias rumahnya secepat yang mungkin.

"Boleh jugak. Aku pun belum makan lagi,"

"Ingatkan kau nak tolak pelawaan aku tadi, manalah tahu kan. Isteri duk jauh sampai tak ada selera nak makan. Ataupun sebelum ni kau dah biasa bersuap!" Tak sah kiranya kalau dia tidak mengenakan sahabat baiknya itu. Seronok pula mengusik Shah yang kini agak sensetif jika dibandingkan dengan sebelumnya.

"Kau rasa nak lunch dengan penumbuk ke apa ni?" Shah mula menjeling tajam kepada Syed Adif, namun jelingan itu hanya dibalas dengan gelak tawa dari Syed Adif. Shah turut sama tersenyum. Bukan dia tidak tahu kawan baiknya itu sengaja nak berseloroh. Faham sangat dengan perangai Syed Adif yang sentiasa ceria itu.

"Kenapa kau tak ajak Sha kerja dengan kau je? Boleh la kau berkepit dengan dia 24 jam," Syed Adif mengutarakan cadangan. Pelik juga bila Shah memberitahu isterinya itu bekerja dengan syarikat lain bukannya syarikat Shah mahupun syarikat milik keluarganya sendiri.

"Kalau aku boleh buat dia bekerja dengan aku, dah lama aku buat beb! Tak payah tunggu kau suruh!" Shah melepaskan keluhan. Memang merana duduk berjauhan dengan Sha walaupun dia baru sehari ditinggalkan. Dia rasa ralat. Seperti hidup dia tidak lengkap. Macam manalah kalau dia dengan Sha sudah menjalani kehidupan seperti suami isteri normal yang lain? Lebih parah rasanya!

"Ni kes Sha tak nak la ni ek?"

"Tahu pun kau! Sha bukannya jenis yang suka bergantung dengan kesenangan keluarga. Dia suka hidup berdikari. Suka dapatkan sesuatu hasil dari titik peluh dia sendiri, bukannya aku tak pernah ajak dia kerja dengan aku...selalu!" Shah mengeluh perlahan. Semakin bercerita tentang Sha semakin rindu pula dia kepada isteri kesayangannya itu.

"Tapi ok jugak sebenarnya, kalau selalu sangat berjumpa pun tak boleh jugak. Nanti boring!" Syed Adif membuat kesimpulan sendiri. Shah sekadar tersenyum hambar. Ada kebenaran juga di sebalik kata-kata sahabatnya itu.

*******************

Shah tersenyum melihat telatah Syed Adif yang sedang makan dengan penuh berselera. Dia sendiri sudah tidak sanggup menghabiskan makanan yang penuh di atas meja mereka. Kerana mahu melayan selera Syed Adif, semua menu istimewa yang ada di restoran ini dipesan.

"Alhamdulillah,"

"Macam mana? Puas hati?" Shah menyoal sebaik sahaja Syed Adif menghabiskan suapannya yang terakhir.

"Puas hati sangat-sangat beb! Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah. Lain kali boleh la kau bawa aku makan kat tempat sedap-sedap lagi," Syed Adif mula tersengeh. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak melayan selera tekak Melayunya itu. Duduk di negara orang, memang la ada restoran yang menyediakan makanan Melayu namun rasanya tidaklah sesedap makanan Melayu yang dimasak di negara sendiri.

"Lain kali? Kalau Sha ada kat rumah, tak ada maknanya aku makan luar beb. Aku makan pagi dekat rumah, tengah hari aku alas la perut aku dengan apa-apa makanan yang ada dekat cafe office dan malam, aku memang makan dekat rumah, jarang sangat la aku makan dekat luar," Shah berterus terang. Memang itu perangainya sejak dia berkahwin. Jarang sangat dia makan di luar. Lainlah kalau dia ada temu janji dengan sesiapa yang memaksa dia makan di luar ataupun ada banyak kerja di pejabat yang menghalang untuk dia pulang awal ke rumah.

"Ni kau nak cakap masakan bini kau best la ni?" Syed Adif mula tersenyum nakal.

"Memang pun! Kalau kau tak percaya, nanti aku ajak kau makan dekat rumah, waktu tu baru kau boleh komen masalan Sha sedap ataupun tak. Jangan lepas kau cuba masakan dia, hari-hari kau nak makan dekat rumah kita orang sudah!" Shah mendabik dada. Bangga dengan kebolehan isteri sendiri.

"Ok kita tengok nanti," ujar Syed Adif. Kemudian dia terpandang seseorang yang sejak tadi asyik memandang ke arah mereka. Sebenarnya sejak mereka mula-mula duduk di meja makan tersebut dia sudah perasan ada mata yang sedang memandang ke arah mereka, namun sangkaannya, mungkin itu hanya perasaannya sahaja namun kali ini dia yakin, memang ada orang yang sedang memerhatikan mereka.

"Kau masih buat 'kerja' kau sama macam dekat oversea ek beb?" soalan Syed Adif membuatkan dahi Shah berkerut. Langsung tidak mengerti dengan soalan Syed Adif yang tiba-tiba.

"Maksud kau?"

"Kau suka berkawan dengan perempuan lagi ek?" soalan Syed Adif kali ini lebih terang. Matanya masih tertumpu pada meja yang menempatkan dua orang gadis yang asyik memerhatikan mereka.

"Berkawan tu adalah...kenapa kau tanya?" Shah semakin pelik.

"Kau kenal ke dengan perempuan dekat belakang kau tu?"

Shah terus sahaja menoleh. Kemudian sepantas kilat dia menoleh mengadap Syed Adif kembali. Wajahnya serta merta berubah. Macam mana dia boleh terserempak dengan gadis itu di sini. Kecilnya Kuala Lumpur. Gadis itu merupakan super model yang pernah keluar dengannya suatu ketika dahulu. Sudah lama juga dia tidak ketemu dengan gadis itu.

"Beb! Walau apapun yang terjadi. Kau jangan tinggalkan aku. Please jangan tinggalkan aku sorang-sorang dekat meja ni even kau nak pergi toilet sekalipun," Shah mula panik. Bukannya dia takut dengan gadis itu. Tetapi dia risau akan gosip yang bakal keluar di mana-mana majalah nanti. Jenuh dia nak berikan penjelasan kepada isterinya.

"Kenapa kau menggelabah ni? Sejak bila kau takutkan perempuan ni?" Syed Adif tersenyum geli hati. Baru semalam dia menjejakkan kaki ke Malaysia, semakin banyak perkara baru tentang Shah yang baru dia tahu.

"Kau jangan ingat paparazi dekat US jek hebat. Dekat sini pun lagi hebat kau tahu tak! Dekat US ok lagi sebab aku bukan artis mahupun somebody kat sana...tapi kat Malaysia ni, paparazi semua terkejarkan aku. Pantang aku buat silap sikit, memang naya! Jawabnya bulan depan dekat mana-mana majalah, terpampang muka aku dekat 'frontpage'...naya aku nak menjawab dengan Sha nanti," Shah mula terfikirkan janji dia dengan isterinya. Dia sudah berjanji dengan Sha tidak mahu terlibat dengan mana-mana gadis lagi selain daripada isterinya sahaja.

"Wah! Kau tak beritahu aku pun pasal ni. Tapi wartawan tak akan buat cerita kalau kau tak buat beb!" Syed Adif seakan-akan sedang mencium sesuatu. Wajah Shah dipandang dengan pandangan yang sinis.

"Yalah-yalah aku mengakulah! Aku still buat kerja sama macam dekat US dulu cuma tak adalah sekerap dekat US," Shah mengalah. Memang dia tidak boleh menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Syed Adif. Lelaki itu memang pandai mengorek rahsianya.

"Astaghfirullahalazim. Kau ni biar betul. Ya Allah. Beb! Kau dah kahwin la. Takkan kau buat lagi kerja-kerja tu semua. Yes! Aku tahu kau sekadar keluar dengan mereka walaupun kau langsung tak buat kerja tak senonoh dengan mereka, tapi kau kan dah ada isteri. Ya Allah kau ni kan...ada jugak yang nak kena ketuk kepala dengan aku," Syed Adif tiba-tiba geram apabila mendengar cerita sebenar mengenai perihal sahabatnya yang masih lagi belum berubah sepenuhnya.

"Tapi aku dah stop la sejak kebelakangan ni. Lagipun aku dah janji dengan Sha takkan buat kerja-kerja tu lagi. Aku tak nak benda ni rosakkan hubungan aku dengan Sha,"

"Tahupun! Sepatutnya sebelum kau kahwin lagi kau dah kena stop buat kerja tu semua. Cukup-cukuplah beb! Kita dah dewasa la. Jangan buat benda-benda mengarut ni lagi. Ya Allah kau ni kan. Cuba ingat Tuhan sikit," Syed Adif mula membuka sesi ceramahnya. Sekali lagi dia memandang dua orang gadis yang masih memandang mereka sekiranya ada peluang.

"Dah la semua tak cukup kain. Macam la Malaysia ni panas sangat! Yang sakit mata aku tengok, masing-masing Melayu...dah tentu beragama Islam...Ya Allah...hairan aku. Kalau dekat US ke France ke boleh la aku terima sebab culture dekat sana berbanding dengan sini lain...duduk negara Islam tetapi perangai...Subhanallah!" Syed Adif sudah tidak sanggup menghabiskan kata-katanya. Nanti silap-silap dia pula mengumpul dosa mengata perihal orang lain. Shah pula hanya mendiamkan diri. Dia tahu, kalau dia menjawab, memang semakin panjanglah bebelan Syed Adif. Itu belum lagi lelaki itu mengeluarkan petikan hadis mahupun dalil-dalil yang dia tahu.

"Beb! Dah la tu...aku tahulah silap aku. Tapi aku dah tak buat dah!" Shah separuh merayu.

"Ini...Sha tak ada...kau sambut birthday dengan siapa esok? Jangan nak mengada-ngada keluar celebrate dengan perempuan lain," Syed Adif terlebih dahulu memberikan amaran. Bukan dia tidak kenal dengan perangai sahabat baiknya itu. Semasa di US, lelaki itu boleh buat lebih dari satu temujanji dalam satu hari setiap kali ulangtahun kelahirannya.

"Kau ni...aku baru je nak lupakan pasal birthday aku tu. Dah la Sha tak ada. Aku ingat nak celebrate birthday aku dengan dia tapi dah dia outstation terpaksalah aku buat-buat macam biasa...macam bukan birthday aku. Sha pun entah ingat entah tidak birthday aku tu. Aku bukan tak kenal dengan dia kalau dia busy dengan kerja," Shah mula mengadu. Tiba-tiba sahaja Syed Adif mengekek ketawa. Lucu pula mendengar rungutan daripada sahabat baiknya itu.

"Kau celebrate dengan aku je la. Kau nak makan apa? Nak hadiah apa? Jangan mintak yang bukan-bukan ek? Aku bukannya jutawan macam kau boleh beli apa saja yang kau nak!"

"Tak payah. Aku balik rumah mummy kot, makan kat sana. Mummy mesti masak special untuk aku nanti. Tambah-tambah dia tahu Sha tak ada kat rumah. Jom! Ikut aku balik rumah mummy esok," ajak Shah. Walaupun perasaan kecewa masih lagi menguasai dirinya namun dia terpaksa menerimanya.

"Ermm...tengok la dulu macam mana. Aku tak boleh nak janji. Insya-Allah,"

***********************************

"Hai..kita memang ada jodoh kan? Ke mana saja I pergi I mesti dapat jumpa dengan you," Sha yang sedang bersantai di tepi kolam renang hotel sedikit terperanjat. Dia mendongak memandang empunya diri yang baru sahaja menegurnya. Serta merta wajahnya berubah.

"You buat apa kat sini?" soal Sha agak dingin. Wajahnya langsung tidak mengukirkan senyuman. Dengan lelaki ini dia memang kedekut dengan senyuman.

"Bercuti...tapi tak sangka I dapat jumpa you dekat sini. Memang kita ni berjodoh betul kan?" Iskandar tersenyum lantas melabuhkan punggung di kerusi di sebelah Sha yang memang kebetulan kosong waktu itu.

"Oh...bercuti? So teruskan percutian you ni ya. I datang sini sebab ada kerja, so I nak teruskan kerja I," Sha terus sahaja bangun meninggalkan Iskandar. Lelaki itu bukannya boleh dipercayai sangat. Entah apa agenda yang tersemat di kepala Iskandar sehingga mereka boleh bertemu di sini?

'Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini? Kebetulan? Lelaki licik macam tu tak ada istilah kebetulan! Takkan Cik Atilia yang beritahu kot?' timbul pelbagai persoalan di hati Sha. Entah mengapa perasaannya jadi tidak enak. Resah.

"Ini kalau Shah tahu mahunya dia terbang ke sini sekarang ni jugak," ngomel Sha sendiri. Dia mendekati lift. Lebih baik dia berehat di bilik sahaja. Lebih selamat. Ingatkan setelah seharian penat bekerja bolehlah dia berehat buat seketika. Namun ternyata ada sahaja orang yang ingin menganggu ketenangannya.

"Kita keluar jalan-jalan nak malam ni?" suara Iskandar yang tiba-tiba menerjah di belakangnya membuatkan Sha hampir terloncat.

"I ke sini bukan nak berjalan-jalan En.Iskandar, I ke sini atas urusan kerja. Kalau I datang sini semata-mata nak bercuti macam you...I takkan datang sorang...I bawa husband I sekali," Sha mulai geram. Lambat betul la lift ni!

"You memang tak pandai nak menghargai masa kan? I tahu malam ni you langsung tak ada aktiviti yang melibatkan kerja, so apa salahnya kalau you ikut I keluar jalan-jalan. Lagipun I percaya, suami yang you tinggalkan sorang-sorang dekat KL tu tentu tengah habiskan masa dengan girlfriends dia yang melambak tu! Suami you tu pandai isi masa lapang...langsung tak ingatkan you! You saja yang asyik ingatkan dia," kata-kata Iskandar semakin membuatkan darah Sha menyirap. Ada juga yang nak kena dengan penumbuk sulong dia!

"Jom la...I belanja....

Belum sempat Iskandar menyambung pujuk rayunya, telefon bimbit kepunyaan Sha berbunyi. Sha terus menyelongkar tas tangan miliknya.

"Sorry ya! Husband I yang langsung tak ingatkan I telefon. Hari ni saja dalam tak ingatkan tu...rasanya dah sepuluh kali dia call...biasalah...suami yang tak ingatkan I ni tak pernah berjauhan dengan I sejak kita orang kahwin...maaf...saya kena jawab panggilan suami yang langsung tak ingatkan I ni," Sha sempat menayangkan telefon bimbitnya ke muka Iskandar. Jelas terpampang di skrin perkataan 'My Love' yang membuatkan Iskandar terdiam dengan wajah yang tegang.

"Hello,"

"Sayang! Lamanya awak nak angkat call saya. Tak habis kerja lagi ke?"

Sha tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Shah. Tidak dinafikan dia sendiri sebenarnya rindu sangat nak mendengar suara suaminya itu walaupun sudah beberapa kali Shah menelefonnya pada hari ini.

"Dah habis kerja dah. Ni baru on the way nak masuk bilik," jawab Sha melabuhkan punggung di sofa yang berada di kawasan lobi hotel. Malas dia nak bercerita perihal yang terjadi di kolam renang tadi. Nanti, lain pula jadinya.

"Sayang...rindu," suara rengekan itu sudah acap kali Sha mendengarnya setiap kali Shah menelefonnya.

"Uit! Dekat sepuluh kali awak call hari ni masih rindu lagi?" soal Sha sengaja mahu memancing jawapan yang bakal diberikan suaminya. Ah! Shah makin buat dia tidak keruan!

"Dengar suara saja macam cukup! Saya nak tatap wajah sayang. Baru boleh lepaskan rindu saya pada sayang. Sayang...malam ni saya pergi sana boleh?"

"What! Jangan nak mengada la Shah. Kalau awak datang sini jawabnya memang tak boleh buat kerja la saya, asyik melayan awak je," Sha tergelak kecil. Lucu mendengar rancangan gila suaminya itu. Tetapi dia yakin, kalau dia berikan lampu hijau sudah tentu suaminya bergegas ke mari. Dah tahu dah!

"Ala...sayang...boleh la. Malam ni jek. Lepas tu petang esok saya balik la semula KL. Malam ni dengan esok je saya nak sayang ada dekat dengan saya,"

Sha tergelak lagi. 'Ya Allah...aku pula yang tak sabar nak balik ni'. Sempat Sha bersuara dalam hati. Sesungguhnya dia semakin rindukan lelaki itu. Memang Shah betul-betul berjaya membuatkan dia 'angau'.

"Sabar ok...lagipun saya rasa kerja saya ni tak sampai seminggu kot saya boleh selesaikan. Mungkin dalam tiga hari lagi saya dah boleh balik da," beritahu Sha dalam masa yang sama cuba memujuk suaminya itu. Lagipun dia sendiri sudah tidak sanggup berlama di sini. Dia mula tidak sedap hati selepas mengetahui Iskandar juga menginap di hotel yang sama.

"Really? Betul ni?" suara Shah kedengaran begitu teruja. Sha sudah dapat mengagak, suaminya itu pasti gembira mendengar khabar tersebut.

"Iya. Insya-Allah...lagipun...saya...saya pun rindukan awak sebenarnya," Sha menghembus nafas lega. Akhirnya berjaya juga dia meluahkan apa yang terpendam di dalam hati. Memang dia rindukan lelaki itu. Sah! Shah berjaya membuatkan dia merasakan penangan orang yang sedang bercinta.

"Hehe...sukanya saya dengar bila sayang cakap rindukan saya...cuma sekarang ni saya tunggu sayang cakap saya cintakan saya je. Tak apa...saya yakin satu hari nanti sayang pasti akan ungkapkan kata cinta tu. Tapi saya memang akan ucapkan kata cinta tu setiap masa pada sayang...saya cintakan sayang sangat-sangat...cinta dalam-dalam...teramat amat...amat cintakan sayang,"

"Terima kasih Shah sebab sudi tunggu saya,"

"Untuk sayang...seribu tahun pun saya sanggup tunggu! Sayang...esok hari apa ya?"

"Esok? Esok hari Rabulah...kenapa?" soal Sha kembali.

"Hari Rabu je ke?"

"Iyalah...dah hari ni hari Selasa...dah tentulah esok hari Rabu,"

"Ah...malaslah nak cakap dengan sayang. Sayang dah sampai bilik belum?"

"Tak masuk bilik pun lagi...ada dekat lobi...ok la...saya nak kena naik bilik ni. Belum Asar lagi. Kita sambung nanti ok,"

"Ok. I love you! Bye!"

"Bye! Sayang awak jugak! Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam," Sha mematikan talian. Dia tersenyum. Baru dia perasan, sepanjang dia berada di Penang dan setiap kali Shah menghubunginya, lelaki itu memanggil dia dengan panggilan 'sayang' tanpa diselang-selikan dengan panggilan 'awak' yang biasa Shah lakukan sebelum ini. Kini, panggilannya seratus peratus adalah 'sayang'.

'Kalaulah awak tahu yang saya lebih dahulu sedar tentang perasaan sebenar saya pada awak Shah...bagaimanalah reaksi awak nant?' Detik Sha. Dia bangun lalu melangkah semula ke lift. Harapannya kali ini Iskandar tidak lagi berada di situ.

*******************************

Shah terjaga dari lenanya. Deringan telefon bimbitnya membuatkan dia kalut seketika. Dia sudah lupa di mana dia meletakkan telefon bimbitnya selepas kali terakhir berbicara dengan isterinya sebelum dia tidur. Akhirnya dia terpaksa menuruni katil lalu berjalan ke meja mekap yang berada tidak jauh dari katil.

"Hello," dalam mamai dia menjawab panggilan tanpa langsung melihat nama pemanggil.

"Happy Burthday Sayang!" ucapan selamat Hari Lahir dari seseorang yang cukup dia kenali suaranya membuatkan mata Shah bersinar serta merta. Rasa mengantuk dan mamai sebentar tadi terus hilang.

"Sekarang pukul berapa?"

"Sekarang dah jadi 12.01 minit sebab awak lambat nak angkat telefon. Iya-iya saja cakap tak boleh tidur sebab rindukan saya, tapi alih-alih sebelum pukul 12 malam awak dah terlelap dah,"

Shah tergelak kecil. Hatinya berbunga keriangan. Langsung tidak menyangka Sha ingat akan tarikh ulangtahun kelahirannya.

"Mana ada!" cepat-cepat dia nafikan.

"Eleh! Macam la saya tak cam suara awak tengah mamai. So...birthday boy...hadiah apa yang awak nak dari saya?"

"Saya nak sayang!" jawapan itu keluar spontan dari mulut Shah tanpa berfikir panjang. Tidak sabar juga mendengar jawapan balas daripada isterinya.

"Yang tu...tunggu dulu! Saya akan bagi kemudian. Insya-Allah. Selain daripada saya?" soal Sha lagi. Shah tersenyum. Sha memang pandai mencari jawapan selamat. Dia pula memang terpaksa menerima jawapan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Tak kisah. Apa-apa saja dari sayang saya terima. Sayang ingat birthday saya ni pun saya dah happy sangat. Saya ingatkan sayang dah lupa birthday saya,"

"Shah...selama ni saya pernah lupa ke birthday awak? Saya saja buat-buat tak tahu bila awak tanya pasal hari ni hari apa pada saya petang tadi...nak buat kejutan dan saya minta maaf sebab saya tak ada dekat sana nak celebrate dengan awak,"

"So...sayang dah beli apa untuk saya?" soal Shah mula teruja nak tahu hadiah apa yang isterinya hadiahkan pada dia buat kali pertama setelah mereka sah menjadi suami isteri.

"Awak dekat mana sekarang ni?" soal Sha di corong telefon. Shah mengerutkan dahi. Mula terfikir perkara yang bukan-bukan. Takkan Sha dah balik kot?

"Dekat dalam bilik la," jawab Shah mula meninjau sekitar bilik. Namun dia cepat-cepat mengahapuskan angan-angan yang mula bersarang di kepalanya itu. Tidak mungkin Sha balik!

"Awak pergi dekat almari pakaian awak. Awak buka laci ke tiga,"

Tanpa menunggu lama, Shah terus sahaja masuk ke bilik yang menempatkan pakaian mereka. Almari pakaiannya terus sahaja dibuka. Dia mencari laci ketiga yang dimaksudkan oleh isterinya. Laci itu dibuka dengan pantas. Ada sebuah kotak baldu kecil berwarna hitam yang dihiasi reben putih terdapat di dalam laci tersebut.

"Dah jumpa," dia menjawab pendek.

"Itulah hadiah birthday saya yang tak seberapa untuk awak. Saya dah tak ada idea nak bagi apa pada awak. Kalau zaman belajar dulu boleh la saya bagi benda-benda mengarut dekat awak,"

Shah tergelak kecil. Mula terbayang benda-benda mengarut yang dimaksudkan oleh Sha. Macam-macam hadiah yang dia dapat daripada gadis itu. T-shirt, 'cap', 'wallet' malah ada sekali dia pernah dapat sarung tangan tinju daripada Sha gara-gara gadis itu tahu dia mengambil kelas 'boxing' semasa di US. Shah membuka kotak baldu yang bewarna hitam di tangannya dan dia tersenyum. Jam tangan lelaki.

"Awak suka tak? Sorry la kalau awak....

"Tak sayang...saya suka sangat! Terima kasih sayang," Shah menilik-nilik jam tangan tersebut dengan sebelah tangannya. Kemudian dia terpandang sesuatu yang menarik minatnya yang terdapat di belakang jam tangan tersebut. Suatu ukiran. 'My Friend, My Love & My Hubby'. Shah ketawa kegembiraan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia terharu membaca tulisan tersebut. Nasib baiklah jam tangan itu agak besar jadi tulisan itu mampu muat di belakang jam tangan tersebut.

"Awak mesti tergelak sebab dah baca tulisan tu kan?"

"Sayang...ni yang buat saya nak pergi Penang sekarang jugak! Suka sangat sayang! Serius suka sangat-sangat!"

"Bukan awak ketawa sebab lucu ke?"

"Hei... saya ketawa sebab gembira la sayang. Walaupun saya tak dapat jawapan rasmi daripada sayang lagi...tapi ukiran ni dah cukup membuatkan saya terharu sangat...sekurang-kurangnya saya dah tahu yang dalam hati sayang sudah ada saya...cuma sayang belum bersedia nak berikan jawapan tu pada saya. Tapi percayalah sayang...saya akan tunggu! Terima kasih sangat-sangat sayang untuk hadiah ni," Shah merasakan tangannya mula terketar-ketar memegang hadiah pemberian isterinya. Jawapan secara tidak rasmi sudahpun dia terima. Dia yakin, hati Sha mula menjadi miliknya cuma untuk sepenuhnya menjadi milik dia, dia perlu bersabar sedikit sahaja lagi.

"Sama-sama, sekarang awak sambung la tidur. Saya sekadar nak ucapkan selamat hari lahir dan berikan hadiah tu pada awak. Saya dah lama sediakan cuma tak sangka pulak, waktu birthday awak saya kena outstation!"

"Sayang dah ngantuk ke?" tanya Shah pula. Kalau ikutkan hati dia mahu sahaja dia berbual dengan isterinya sehingga ke pagi. Tetapi dia terpaksa juga memikirkan perihal isterinya yang mungkin sibuk keesokan harinya.

"Tak adalah ngantuk, tapi saya kena bangun awal pagi esok. Nak pergi lawat site,"

"Kalau macam tu ok la. Sayang tidur la. Saya pun ada meeting juga esok pagi. Mungkin petang baru saya boleh call sayang...tapi awal pagi esok saya tetap akan call sayang...tak boleh miss nanti saya rindu dekat sayang,"

"Ok...bye...happy birthday sekali lagi! Selamat hari tua! Miss you! Assalamualaikum,"

"Miss you too! I love you so very much...waalaikummussalam," Shah tersenyum puas. Malam ini sudah tentu tidurnya lena.

P/S: Sorry lambat! Ada hal yang tak dapat dielakkan. Selamat membaca dan semoga terhibur. Komen jangan lupa k. =)

21 comments:

danishatul said...

very cweet sha n shah....next2 hehehehe :)tp jgn bg atalia n iskandar kacau sha n shah plak...geram2..

Nur Anisah said...

Alaaa~ sweet betul xD

K. Suzie said...

Akhirnya penantian yg dinanti...... tk sha

strawberry.chocolate81 said...

nak agi nak agi nak agi!!!!!!!!

zawani mukhtar said...

sweetnye.... gula tertumpah kot.... alahai sya, cepatlah blik... please, ksian syah

aisy said...

sweetnyer..jgn shah jealous ngn sha sbb is ader sudahh..dorang baru nk baik..

wanhanie said...

sweat,romantic,cute,owesome,:)))
like,like,like,like

mila said...

sooo sweet. tp benci dgn iskandar, mesti atilia yg bgtau nie... jgn la ada perkara x elok jadi pada sha...tq sha..

Anonymous said...

best btul n3 kali nie.. sha&shah mmg sweet gler... :))

nadzasy said...

sukanya.....sweet sgt2.. :)

sue said...

Alahai... MANJA NYA SI SHAH NI...
YANG PENTING JUJUR DAN SALING PERCAYA OK...
TERBAIKKK

idA said...

terbuai akak sekejap..best giler..la..da ada response dari sha..

miznza84 said...

suweeet,, nak lagiiiii

aja said...

jgn is 2 menyibuk d la...huhu...sonok ngan sha n shah ni...nk lg...=)

Anonymous said...

Baru start bace cite ni hari ni dari bab pertama sampai yg terkini . Memang terbaek la . Sampai non-stop sy bace . Naseb baru 24 episod . Kalau tak , memang tak jalan keje lain asyik mengadap cite ni . Seriously , sangat2 best ! Suka dorang dah loving2 ni . Jahat la iskandar ngan atilia tu . Ape la yg dorang nak rancang ek . Harap jangan sampai sha ngan shah terpisah sudah . Anyway , thumbs up kak sha ! Sambung lagi cepat2 ek bila ade masa . :)

[syaza_nadiah]

Anonymous said...

TQ for d n3----nasip gak Sha tak layan Is n Is tak sgt mendesak- huhh lega takat ni - hope esok2-Sha mesti kuat to avoid Is yg saiko giler! Ingat Shah nak buat kejutan dtg k Penang - apa pon sweet dorang punya phone call tuh! luv u guys!

~Jazmeen

Anonymous said...

TQ for d n3----nasip gak Sha tak layan Is n Is tak sgt mendesak- huhh lega takat ni - hope esok2-Sha mesti kuat to avoid Is yg saiko giler! Ingat Shah nak buat kejutan dtg k Penang - apa pon sweet dorang punya phone call tuh! luv u guys!

~Jazmeen

CoReTAn HaTi said...
This comment has been removed by the author.
evy said...

best..best..best...x sbr tggu diaorg ni b'cinta..:)

Anonymous said...

YA ALLAH lindungi sha dr is...

YONG JIAO XIU said...

sweet!! hehe igtkan pagi esok shah terbang gak g penang, rupanya ada meeting.huhuhu. hope takde apa2 berlaku kat sha n shah. jgn la atilia gedik tu menempel kat shah n iskandar buat hal kat sha.