Friday, January 13, 2012

SHA DAN SHAH Bab 27

BAB 27

"Ini kad I...kalau ada masa boleh la kita keluar," gadis muda yang kelihatan begitu anggun dengan pakaian pramugari menghulurkan kad kepada Shah. Namun belum sempat Shah menyambutnya Sha terlebih dahulu mengambil kad tersebut sambil menghadiahkan senyuman manis kepada pramugari itu.

"Terima kasih. I ni, you tak nak ajak keluar sekali ke?" Sha bertanya sambil menjeling tajam kepada Shah. Shah mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Mati!

"Boleh apa salahnya...Oh, I have to go! Nice to meet you!" gadis itu seperti faham dengan renungan dan nada suara wanita yang baru mengambil kad dari tangannya. Dia melangkah laju meninggalkan Sha dan Shah yang masih statik di situ.

"Errmmm...suamiku...suamiku. Baru je lima minit isterimu tak ada depan mata," Sha menggosok dada Shah perlahan sebelum melangkah meninggalkan Shah yang masih terdiam seribu bahasa.

"Allah! Mati aku," Shah menoleh melihat kelibat isterinya yang semakin jauh meninggalkan dia.

"Sayang! Kita orang berbual kosong je la!" laung Shah lantas berlari anak mengejar isterinya. Namun belum sempat dia mendapatkan isterinya dia berpatah balik, teringat kembali bagasi yang tertinggal.

"Sayang...abang tak buat apa-apa la dengan dia tu. Dia datang dekat abang berbual dengan abang. Dia kata dia kenal abang, abang just bual kosong je dengan dia," Shah cuba memujuk isterinya yang hanya melangkah tanpa sedikitpun menoleh melihatnya yang turut sama melangkah di sisi.

"Sayang,"

"Kalau dia kenal abang...tentu dia tahu jugak yang abang ni dah kahwin kan?" Sha berhenti melangkah lantas memandang suaminya yang hanya tersengeh kemudian menggarukan kepala yang tidak gatal. Hadui!

"Yalah...sayang kan tahu muka suami sayang ni macam mana? Sekali perempuan tengok...mesti akan toleh lagi sekali, wajah yang boleh buatkan semua perempuan gila bayang!" Shah tergelak dengan kenyataannya sendiri. Bukan nak meninggi diri sebenarnya, saja nak memancing isterinya agar jangan teruk merajuk. Sudah la dia memang tak reti nak memujuk.

"Subhanallah...sabar jelah abang ni, perasan nak mati...malas la Sha layan," Sha mula tersenyum kemudian menyambung langkahnya. Keadaan KLIA yang agak sibuk waktu itu sedikit sebanyak memperlahankan langkahnya menyebabkan Shah dapat mengejar walaupun sepantas mana dia melangkah.

"Sayang dah la tu. Jangan la marah. Serius abang tak ada niat apa-apa pun tadi. Abang pun terkejut bila dia bagi kad tu,"

"Iya la tu...macam la kita baru kenal dia semalam! Agak-agaklah kan, Sha ni kena letak satu tanda atas dahi abang, biar semua orang tahu yang abang ni hak Sha seorang saja...tak ada sesiapa yang boleh rampas abang dari Sha," ternyata kata-kata Sha membuatkan Shah tergelak sakan. Jarang dapat dengar isterinya yang sentiasa berlagak tenang itu mengeluarkan kata-kata tersebut. Apatah lagi mahu melihat wajah isterinya yang sedang menahan marah akibat cemburu. Dia ketawa lagi.

"Tak payah buat macam tu sayang, abang ada satu idea macam mana nak suruh semua orang tahu yang abang ni hak sayang, dan sayang ni hak abang," Shah mula terfikirkan sesuatu idea yang mengarut.

"Ermm...apa dia?" Sha hanya melayan walaupun dia tahu mungkin suaminya itu sekadar mahu memancing perhatiannya.

"Hai...saya ni suami dia...hak isteri saya yang cantik ni seorang saja tau," Shah tiba-tiba menegur seorang gadis yang baru melintasi mereka. Sha terus berhenti melangkah.

"Abang! Jangan buat benda bukan-bukan boleh tak? Eiii..buat malu je la dia ni!" Sha menepuk bahu Shah dengan kuat.

"Hai...ini isteri saya tau...cantik tak?" Shah buat lagi. Kali ini dia menegur seorang lelaki yang berjalan seiringan dengan mereka. Lelaki yang langsung tidak tahu hujung pangkal sekadar memandang Shah dari atas ke bawah kemudian melangkah laju meninggalkan mereka tanpa sebaris senyuman.

"Abang! Ya Allah...abang buat apa ni? Dah la...macam budak-budak tahu tak, malu kat orang la!" Sha mula menarik lengan suaminya agar suaminya itu berhenti dari melakukan perkara tersebut. Namun apa yang nak dihairankan. Itulah Shah kalau dah datang otak gila-gila dia tu. Kalah budak-budak sekolah rendah!

"Hai...ini....

Kali ini belum sempat Shah menghabiskan kata-katanya Sha terlebih dahulu menutup mulut suaminya dan tangannya juga sempat mencubit lengan suaminya itu dengan kuat.

"Aduh sayang...sakitlah!" Shah menggosok-gosok lengannya yang terasa perit. Salah satu hobi yang baru bagi isterinya setelah hubungan mereka semakin erat. Melihat jelingan diiringi senyuman dari isterinya menyebabkan Shah ketawa berdekah-dekah. Dia tahu tindakannya sebentar tadi agak kurang matang, namun dia suka. Janji dia dapat memujuk isteri tercinta. Akhirnya Sha turut sama ketawa.

Namun tiba-tiba sahaja hilai tawa mereka berhenti mendadak. Seseorang yang sedang berdiri tidak jauh dengan mereka membuatkan mereka sedikit terkejut. Langsung tidak menyangka dengan kehadiran individu tersebut. Buat apa dia ni kat sini? Hati Sha mula tertanya-tanya.

"Hai Sha,"

"Hai...Cik Atilia buat apa kat sini?" soal Sha sambil memandang suaminya yang kelihatan begitu bersahaja. Malah suaminya itu langsung tidak menguntumkan senyuman kepada Atilia. Gaduh ke mereka?

"I datang nak jemput you la...staff kat sana kata tadi you dah balik KL. Ingatkan nak ajak you makan dulu sebelum hantar you balik. Tapi...tak sangka pula suami you pun ada sekali," Atilia tersenyum memandang Shah. Shah pula sekadar tersenyum hambar sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda bertegur sapa.

"Oh...saya...

"Sayang...kita balik terus ek? Abang penat sangat la sayang. Abang dah call driver daddy, kejap lagi dia sampai," tiba-tiba sahaja Shah bersuara dengan cukup manja. Tubuh isterinya diraih dan pinggang Sha dipeluk dengan erat. Kata-kata yang cukup manja itu hanya dibisikkan perlahan ke telinga Sha, namun masih mampu ditangkap oleh telinga Atilia. Wajah Atilia tiba-tiba berubah tegang.

Sha pula agak terperanjat dengan perlakuan suaminya itu. Apatah lagi suaminya dengan bersahaja mengucup ubun-ubunnya dan pelukan semakin dieratkan. Dia pula yang tidak selesa dengan perlakuan Shah yang seakan-akan langsung tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling.

"Maaflah Cik Atilia. Suami saya ni dah penat sangat. Saya pun memang dah rasa tak larat sangat nak pergi tempat lain...dua tiga hari ni tak sempat nak berehat, banyak sangat kerja," Sha tersenyum, menolak pelawaan Atilia dengan baik.Walaubagaimanapun dia harus menghormati gadis itu sebagai orang atasannya.

"Sayang...jomlah balik," Shah sekali lagi merengek manja. Entah mengapa di depan Atlia Shah seakan-akan mahu menunjukkan kemesraannya dengan Sha. Dia mahu gadis itu tahu, bahawa tiada gadis lain yang dia cintai selain isterinya seorang sahaja. Sejak kebelakangan ini dia memang tidak selesa berdampingan dengan gadis itu. Atilia agak berbeza dengan teman-teman wanitanya yang lain. Atilia kelihatan begitu obses dengan dirinya. Malah setiap kali mereka bertemu, jelas kelihatan gadis itu cuba untuk menarik perhatiannya atau lebih tepat lagi mahu menggoda dirinya. Dia bukan tidak biasa digoda namun dengan gadis yang bernama Atilia ni membuatkan dirinya tidak selesa untuk digoda. Menakutkan!

"Kalau macam tu jom I hantar you berdua balik," walaupun dalam keadaan menahan marah dan geram Atilia masih mampu untuk tersenyum. Senyuman yang cukup hipokrit.

"It's ok Atilia. Thanks but no thanks. I dah call driver, mungkin dia dah ada kat luar," Shah memberikan jawapan sebelum sempat isterinya membuka mulut. Tangan isterinya ditarik seakan-akan sudah tidak sabar mahu meninggalkan Atilia.

"Mungkin lain kali la Cik Atilia kita makan bersama. Saya balik dulu, bye," Sha terpaksa mengikut langkah suaminya yang dari tadi sedikit pun tidak mahu melepaskan tangannya.

***************************

"Ahhhh..penatnya sayang," Shah menghenyakkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu. Menyesal pula dia ajak isterinya berjalan-jalan meronda Penang sebelum balik ke Kuala Lumpur. Sha sekadar memerhati sambil tersenyum. Kakinya mahbu melangkah meninggalkan suaminya untuk naik ke atas. Tubuhnya begitu penat dan minta disegarkan dengan segera dengan mandi terlebih dahulu.

"Tunggu la dulu," Shah menarik tangan isterinya dengan kuat dan menyebabkan tubuh isterinya terdorong ke belakang lalu jatuh di atas ribaanya. Tubuh Sha dipeluk erat sambil pipi isterinya dicium beberapa kali.

"Abang....

"Shhhhh...bagi abang lima minit je," Shah memeluk erat tubuh Sha sambil matanya terpejam rapat. Mencari ketenangan dengan memeluk isteri tercinta. Melepaskan segala penat lelah dengan wangian dari badan isterinya. Bau yang cukup mendamaikan dia sejak dahulu, cuma dua hari yang lalu dia mula menyedari haruman tersebut seakan-akan menjadi 'aroma terapi' yang boleh membuatkan jiwanya tenang.

Sha tersenyum. Lalu melentokkan kepala ke dada suaminya yang sasa. Dia membalas pelukan Shah dan turut sama merehatkan matanya buat beberapa minit.

"Abang...Sha tanya sesuatu boleh?" soal Sha setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Apa dia sayang?"

"Abang dengan Cik Atilia bukan ke rapat sebelum ni? Tadi kenapa Sha tengok abang macam dingin je dengan dia?" Sha memberanikan diri untuk bertanyakan soalan tersebut. Sebenarnya kalau ikutkan hatinya, dia sendiri malas nak membincangkan soal wanita lain dengan suaminya itu. Risau sekiranya hatinya pula yang sakit, namun perlakuan suaminya di lapangan terbang sebentar tadi membuatkan hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang sedang terjadi.

"Ermmm...satu je abang boleh cakap dekat sayang. Abang seram la nak dekat dengan dia," ternyata jawapan yang diberikan oleh Shah menyebabkan dia membuka matanya. Wajah suaminya itu direnung lama. Cuba mencari maksud di sebelik kata-kata suaminya itu.

"Sayang...tak payah sayang nak pandang abang macam tu. Sayang tahu tak...dalam ramai-ramai perempuan, abang rasa dia yang paling obses dengan abang. Takutlah nak dekat. Iman abang bukannya kuat sangat pun. Nanti benda lain pulak yang jadi," Shah berterus terang. Rasanya dia sudah tidak perlu menyembunyikan apa-apa pun dari perngetahuan isterinya. Dia tidak mahu lagi ada salah faham di antara mereka.

"Ye ke? Bukan ke abang yang suka sangat dekat dia sebelum ni?"

"Sayang...kan abang dah cakap, abang tak nak sayang ungkit lagi perangai abang yang sebelum ni. Abang dah janji nak berubah kan. Insya-Allah abang akan cuba sedaya upaya nak jadi suami yang terbaik untuk sayang...untuk gadis yang abang cintai dalam dunia ni...satu-satunya wanita yang mampu buat jantung abang tak stabil setiap kali kita duduk dekat macam ni," Shah mula merenung wajah Sha dengan renungan yang mampu membuatkan isterinya itu pula kalut.

"Jom naik atas...Sha penat la," Sha mula mahu melarikan diri. Dah tahu sangat apa yang bakal terjadi kalau dia tidak melarikan diri. Shah ketawa. Lucu melihat wajah isterinya yang merah menyala menahan malu.

"Naik atas tu mandi...jangan nak tidur! Lepas ni kita sembahyang jemaah sama-sama," Shah sempat memberikan pesanan kepada isterinya yang mula melangkah meninggalkan dirinya.

"Baik la ustaz!" Sha membalas. Dia tersenyum memandang suaminya sebelum laju melangkah ke tangga. Sesuatu yang amat dia suka tentang suaminya sejak dua hari yang lalu. Alhamdulillah, dia suka dengan sahabat baik yang merangkap suaminya kini.

******************

"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! I benci! I tak suka! I hate him!" Atilia menjerit kuat sambil menghentakkan tangan ke stereng kereta yang baru berhenti secara mengejut di bahu jalan. Iskandar pula sekadar terdiam tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

"I tak kira, I sanggup buat apa saja untuk pastikan Shah akan jadi milik I,"

"You cakap apa ni?" Iskadandar mula dipagut risau mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Atilia.

"Sha ingat dia tu hebat sangat sampaikan Shah hanya tergila-gilakan dia seorang saja! Dia belum kenal lagi siapa I," mata Atilia merah menyala. Sekali lagi stereng kereta dipukul kuat.

"You jangan nak apa-apakan Sha ok...you jangan terfikir langsung pun nak apa-apakan Sha," tiba-tiba Iskandar memberikan amaran. Dia pula dilanda rasa marah mendengar apa yang keluar dari mulut Atilia. Tidak mungkin dia membenarkan sesiapa pun yang mengapa-apakan wanita yang mula mendapat tempat di hatinya. Mendapat tempat yang cukup istimewa di sudut hatinya.

"Yang you ni kenapa? Bukan ke you pun sekadar nak main-mainkan perempuan tu untuk sakitkan hati Shah,"

"I...I....

"You jangan cakap dengan I yang you dah jatuh hati dengan perempuan tu!" Atilia separuh menjerit. Semakin sakit hatinya kalau dia dapat tahu yang sahabat baiknya sendiri mula menyukai gadis yang cukup dibencinya itu.

"Tak! Siapa cakap I jatuh hati dengan perempuan tu! You ni...macam la tak ada perempuan lain dalam dunia ni yang I boleh suka. I boleh dapat perempuan yang jauh hebat dari Sha la kalau I nak," Iskandar menafikan semahu-mahunya. Dia tidak boleh membenarkan Atilia tahu apa yang sedang berlaku kepada dirinya. Dia tidak mahu Atilia bakal membelakangkan dia dalam setiap perancangan gadis itu selepas ini. Apatah lagi apabila mendengar pengakuan Atilia yang seakan-akan mahu melakukan perkara jahat kepada Sha.

"Mana la tahu you pun bodoh macam Shah sebab sukakan perempuan yang entah apa-apa tu!"

'Yang pasti perempuan yang entah apa-apa tu jauh lebih istimewa dan jauh lebih baik dari you Atilia' Iskandar bebicara sendiri di dalam hati. Ah! Dia mula rindukan gadis itu. Hairan! Namun itu adalah hakikat.

P/S: Jangan lupa komen tau...ahaks~

14 comments:

sue said...

Shah memang terbaik.... sanggup menjaga Sha dari Si Atilia yang x sedar diri tu.....
Dan Shah mesti pastikan jaga perangai jangan samapi Sha sakit hati.... sama-sama bertolak-ansur kkk...
cerita ni boleh buat pengajaran jangan terlalu cemburu dan jangan terlalu ikut perasaan bila berbicara dengan suami / isteri atau orang lain..... terbaikkk....

YONG JIAO XIU said...

bgs2 shah buat lagu tu dpn atilia. suka cengitu, pdn muka atilia. alamaak apa atilia nak buat nti. alah sha tukar je terus ke pejabat shah. huhuhu selamat gak ada is yg cintakan sha, jap lagi hope dia kawan rapat gan shah lepas selamatkan sha. selamat la is tu kawan atilia blh la tahu apa yg dia nak buat kat sha nti.
thanks sha!

Anonymous said...

sha..harap sangat apa juga rancangan atilia tu tak berjaya ye..

x maulah konflik berat2 sangat..nak cite nie tunjukkan kepercayaan yg kuat antara dorang berdua...biar lain dr yg lain..

selalu bila org ketiga wt rancangan..mesti suami isteri tu berperang..lari tinggalkan suami@isteri..isteri lemah sgt tak melawan org yg wt jahat..x maulah situasi cenggini..

nak dorang percaya satu sama lain..x cpt melatah

K. Suzie said...

Tk sha utk n3.....

Anonymous said...

Yey ! Dah ade entry baru .
Thanks Kak Sha . :)
Best2 ! Shah sangat sweet . Hee~
Suka2 . :D

[syaza_nadiah]

Anonymous said...

hahaha padan muka Atilia tu...

strawberry.chocolate81 said...

2-3 patah perkataan je....nak next n3

Aida Sherry said...

harap sgt2 agar shah gunakan kuasa veto dia sbg suami utk buat sha kerja dgnnya so anything happen he can protect sha.....

Anonymous said...

Bgus2 jgn bg kesempatan pd is ngan atilia rosakan kepercayaan sha & shah. bg lah sha stuju keja tpt shah & x mau le konflik yg berat2 melanda rumah tga diaorg n x mau le citer ni jd sedih k... tp pa2 pun citer ni best wat kita sentiasa ternnt for nxt n3 syabasss... sha.

miznza84 said...

jgn la jdi ape2 yg buruk kat sha ngn shah ni.. riso nya la...

Anonymous said...

pdn mke atilia.. tpi kak sha n3 kali nie mcm pndek sgt lar. pnjangkan lagi lar next n3 :))

Anonymous said...

pls writer - jgn buat hubungan susahkn hubungan sha n shah! pls, pls,pls no konflik k!

Kasi Is sedarkn atila tuh - selalukn atila n Is bertemu so dat tanpa di sedari dorang fall in love - n x ganggu our beloved copule Sha n Shah!

f writer wat konflik berat - susah ni! everyone here nk marriage sha n shah yg terbaik - happy n bagi lh sha tu pregnant!!!!

we readers VOTE: Is n Atila fall in love heheee

remember kitaorg suke bace novel utk release tension k - sebab tu kitaorg suke bace enovel GET n Arluna kat karya Lepak punya blog -citer dia menarik!

~easylife

aisy said...

sbnrnya atilia ngn is sesuai klu bercinta..heheheh baru aman rumah tangga sha ngn shah

Anonymous said...

saya dah baca bab 26-27.. thank you for the entry..