BAB 28
Shah seperti tidak mempercayai apa yang sedang dilihatnya. Tali leher yang baru sahaja mahu dipakai hanya disangkutkan ke bahunya. Apa yang sedang berlaku di depan mata lagi menarik perhatiannya. Langkah diatur perlahan mendapatkan isterinya yang sedang berada di hadapan cermin mekap.
"Sayang?"
"Apa? Oh...memang la Sha cuti rehat hari ni tapi Sha nak pergi jumpa Kak Hawa dekat rumah Atie, boleh kan abang?" soal Sha seraya menghadiahkan senyuman kepada suaminya.
"No...bukan pasal tu...ni...apa yang sayang tengah buat sekarang ni?" suara Shah tersekat-sekat. Entah mengapa, apa yang dia rasakan waktu itu sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Sha yang sedang ralit mengadap cermin akhirnya tersenyum. Setelah menyiapkan 'perkara' itu, dia melangkah menghampiri suaminya.
"Cantik tak?" soal Sha begitu girang.
"Cantik...cantik.....
"Nampak sangatlah tak cantik. Sampai hati abang, susah tau nak pakai tudung ni," Sha mula memuncung. Dia berpaling melangkah semula ke meja mekap membetulkan semula tudung yang dipakainya. Rasanya sudah cukup sempurna di matanya. Tiada apa yang harus dibaiki lagi. Dia tersenyum melihat tudung yang bewarna biru laut yang dipakainya itu. Tudung yang dibeli semasa dia keluar membeli pakaian untuk Hawa. Apatah lagi Hawa memang bertudung menyebabkan dia turut ke kedai menjual tudung mendapatkan tudung yang sesuai untuk wanita itu. Waktu itulah, dia tergerak hati membeli tudung untuk diri sendiri dalam beberapa helai walaupun dia sendiri masih belum tahu bilakah dia akan memakai tudung tersebut.
"Sayang...bukan tak cantik. Serius cantik...cuma....
"Abang terkejut kenapa Sha tiba-tiba pakai tudung ek?" Sha menoleh memandang suaminya yang sudah berdiri di belakangnya ketika itu. Shah sekadar mengangguk memberikan jawapan. Lidahnya masih terasa kelu. Susah untuk dia meluahkan apa yang ada di dalam kepalanya.
"Entah...Sha sendiri tiada jawapan untuk itu...apa yang Sha tahu Sha rasa bertanggungjawab untuk pakai tudung. Macam mama...mummy...lepas tu kak Farah yang memang bernazar nak pakai tudung sebelum dia kahwin dengan abang Razlan...cuma Sha je yang degil even mama dah banyak kali suruh Sha pakai tudung...tapi sekarang ni Sha rasa macam Sha ada sebab yang kukuh kenapa Sha perlu buat semua ni...bukan untuk Sha sendiri sahaja tapi untuk abang jugak," Sha menjelaskan dengan panjang lebar. Shah terdiam. Dia merenung tajam Sha yang masih lagi tersenyum mengadapnya.
"Abang tak suka Sha bertudung ke?" soal Sha apabila melihat suaminya yang hanya mendiamkan diri tanpa sebarang komen.
"No! Abang suka...suka sangat! Alhamdulillah...abang cuma tak tahu nak cakap apa sayang...abang..." Shah tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia cukup terharu malah dia bersyukur sangat dengan apa yang dilihatnya. Dengan perlahan dia meraih tubuh isterinya lalu dipeluk erat. Dia terharu malah dia akui dia suka kalau isterinya itu bertudung. Mungkin dia sudah terbiasa melihat mummynya yang sentiasa bertudung apabila keluar dari rumah walaupun mummynya seorang wanita yang cukup aktif dengan persatuan dan aktiviti amal di luar rumah. Malah telinganya mula terngiang kembali kata-kata sahabat baiknya Syed Adif apabila mereka pernah membincangkan sola isteri pilihan.
'Kalau aku, aku takkan pilih wanita seksi yang macam kau suka tu. Terdedah sana, terdedah sini. Aku perlukan seorang wanita yang 'natural beauty'...yang tak perlu mekap tebal-tebal, tak perlu bergaya dengan memakai pakaian yang seksi, dan kalau boleh aku nak bakal isteri aku nanti itu bertudung, sopan dan sentiasa jaga tingkah laku dia semasa di luar rumah. Wanita yang macam ni la baru boleh dijadikan isteri Shah...aurat dia hanya untuk kita sahaja. Hanya kita yang boleh tengok apa yang orang kat luar sana tak boleh nak tengok. Kalau aku betul-betul dapat isteri yang macam ni kan...Alhamdulillah syukur sangat...lagipun bagi seorang wanita, bertudung itu adalah tuntutan agama bukan? Tapi kau mungkin berpendapat wanita yang bertudung tak semestinya baik kan? Tapi kau kena ingat itulah fungsi kita sebagai seorang lelaki atau lebih tepat lagi suami...mendidik dan membimbing wanita yang kita cintai ke arah jalan yang diredhai Allah, '
Shah tersenyum. Ternyata kata-kata Syed Adif memang ada kebenarannya. Malah bila dia sendiri merasainya, perasaan dia begitu tenang dan rasa gembiranya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pelukan semakin dieratkan.
"You know how much I love you right baby?" Shah menilik isteronya yang cantik bertudung dengan sepuas hati.
"Tahu," Sha mengangguk walaupun dia langsung tidak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh suaminya itu. Apa kena mengena dengan tudung yang dia pakai?
"Abang tak tahu apa yang sayang buat...apa yang pasti apa sahaja yang sayang buat hari demi hari makin buat abang sayang dan cintakan sayang...makin banyak...makin dalam, dan abang tak boleh nak jelaskan dengan kata-kata betapa bermaknanya sayang dalam hidup abang, betapa abang hargainya sayang di sisi abang,"
"Abang ni tengah nak goda Sha ke apa?" Sha tersenyum. Shah yang mulanya kelihatan agak serius dengan kata-katanya akhirnya turut sama tersenyum. Alahai sayang...suka sangat rosakkan suasana la!
"Boleh dikatakan tengah menggoda jugak la ni...kalau sayang tergoda! Lagipun abang tak ada meeting penting hari ni...kalau pergi lewat ke pejabat pun tak ada hal punya la,"
"Ya Allah dia ni kan..fikiran dia ke situ jek! Dah la...layan abang ni semua kerja tak jadi, jom kita turun!" Sha terus menarik lengan Shah untuk turun ke bawah. Kalau dilayan kerenah suaminya habis semua kerja yang dirancang tidak menjadi. Sifat manja dan mengada-ngada Shah bukan boleh dilayan selalu.
"Tunggu la dulu, pakaikan la tie ni, nak rasa jugak macam mana rasanya pakai tie yang dipakaikan oleh isteri," Shah menghulurkan tali leher kepada isterinya. Sha tersenyum lalu menyambut tali leher dari tangan suaminya dan memulakan tugas baru yang sepatutnya dari dahulu lagi dia lakukan. Namun, dia tetap bersyukur dengan segala yang terjadi.
"Sayang...abang ada cakap pada sayang tak yang Adif dah balik Malaysia?" Shah sedikit mendongak menunggu isterinya selesai mengikat tali lehernya.
"Adif? Syed Adif?"
"Adif mana lagi...hari abang hantar sayang ke Penang, hari tu dia sampai Malaysia, sebelum tu abang dah cari apartment untuk dia, sekarang ni abang tak tahu apa yang jadi dekat dia? Abang kan ikut sayang pergi Penang...abang pun tak call dia...dia pun langsung tak call abang. Mamat tu bukan jenis yang suka menelefon kalau tak ada perkara penting, nanti kita jumpa dia ya, dia pun teringin sangat nak jumpa dengan sayang," terang Shah panjang lebar. Sha mengangguk bersetuju. Teringin juga berjumpa dengan lelaki yang banyak menolong Shah. Lelaki yang sentiasa di sisi suaminya semasa Shah di US. Shah juga pernah bercerita, kalaulah bukan Syed Adif yang menjadi sahabat baiknya semasa di sana, sudah tentu suaminya itu sudah jauh 'tersesat'. Syed Adiflah yang banyak membimbing Shah.
*******************************
"Dia dah buat dah," Sha bersuara. Mula lemas dengan pelukan erat suaminya itu.
"Sayang...jom la kerja dengan abang," entah kali ke berapa Shah mengajak Sha bekerja di syarikatnya, namun jawapan yang diterima tetap sama. Namun, dia tetap tidak mahu berputus asa. Selagi boleh, dia akan mengulangi pertanyaan yang sama.
"Abang....
"Abang mana boleh jauh dengan sayang. Tambah-tambah bila si playboy tak laku tu cakap yang dia nak rampas sayang dari abang...uit! Mana boleh, langkah mayat abang dulu la," pelukan masih belum mahu dilepaskan. Biar dia melepaskan rindu untuk 8 jam yang seterusnya. Alahai, kalau la dia boleh berkepit dengan isterinya itu 24 jam! Alangkah indahnya.
"Amboi...orang lain suka dia cop playboy tak laku, habis tu abang tu 'playboy' laku la," Sha tersenyum. Dia cuba untuk meleraikan pelukan mereka namun suaminya itu semakin mengeratkan pelukan. Aduhai! Nasib baik hanya mereka berdua saja dalam rumah itu.
"Eh! Abang bukan playboy...abang 'pencinta wanita' tapi itu dulu la...sekarang abang 'pencinta Farisha'...sebab abang dah gila bayang dengan Farisha yang boleh buat abang angau walaupun baru berpisah beberapa minit...kerja dengan dengan abang ek?"
"Ermmm...nantilah Sha fikir, lagipun Sha pun macam dah tak selesa nak kerja dekat sana, tambah-tambah Iskandar tu kawan baik Cik Atilia, tengok dulu macam mana," kali ini jawapan yang diberikan oleh Sha agak berlainan daripada biasa menyebabkan Shah terus meleraikan pelukan mereka dan merenung isterinya lama.
"Really...eiiii..tak sabarnya!"
"Sha cakap Sha fikir dulu la!" Sha mengulangi jawapan yang diberikan. Menyesal pula bagi jawapan yang sebegitu.
"Tak kira...sayang kena juga kerja dengan abang jugak nanti,"
"Dah la...pergi kerja, dah lewat dah ni," Sha mula mengintai jam di pergelangan tangannya.
"Ermmm...tak nak. Abang nak cuti jugak la hari ni, nak ikut sayang jemput kak Hawa," Shah mengangkat keningnya beberapa kali. Mengharapkan isterinya memberi lampu hijau.
"Eh...dia ni kan. Macam mana la daddy boleh bagi syarikat tu dekat abang, lama-lama boleh bankrupt tahu tak...tak malu ke kalau orang cakap yang abang ni suka berkepit dengan bini, nak duduk bawah ketiak bini jek,"
"Ketiak bini abang, bukan ketiak bini orang lain..lagipun ketiak bini abang wangi apa, duduk lama-lama pun tak kisah!" sebaik sahaja Shah menghabiskan kata-katanya Sha terus menampar lengan suaminya dengan kuat. Shah tergelak lucu diikuti dengan Sha yang turut geli hati dengan lawak 'sengal' suaminya.
"Dah...dah...dah lewat sangat dah ni...nanti jalan jammed lewat pulak abang sampai office,"
"Alaaaa...kalau macam tu sayang kena bagi hadiah dulu la dekat abang," Shah mula tersenyum nakal.
"Hadiah? Hadiah apa pulak ni?"
"Nak kiss...tapi kat sini...5 minit!" Shah meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Shah terus membuntangkan matanya.
"Ya Allah Ya Tuhanku...abang ni kan! Eiiii...Subahanallah...suami siapalah yang tersesat dekat sini ni?" Sha terus melarikan masuk ke dapur, lebih baik cuci pinggan daripada melayan kerenah 'manja' dan 'mengada-ngada' suaminya.
**********************
"You know Shah...I boleh handle kes ni kalau isteri dia bersetuju nak buat laporan polis," Mikail, salah seorang peguam yang cukup dikenali oleh Shah membuat kesimpulan.
"Kalau tak?"
"Kita tak ada kes? Kita tak ada bukti. Silap-silap you yang kena saman dekat suami dia sebab masuk campur urusan rumah tangga mereka, itu belum dia buat tuduhan you sembunyikan isteri dia," kata-kata Mikail membuatkan Shah terdiam buat seketika. Teringat pula pengakuan Hawa yang dia tidak mahu membuat laporan polis kerana dia takut akan suaminya itu.
"Tapi isteri dia macam takut nak buat laporan polis,"
"Sebenarnya I tak hairan kalau isteri dia tak nak buat laporan polis pun, memang itu yang selalu terjadi. Kebanyakan isteri yang datang ke balai polis untuk buat laporan dan minta bantuan, mereka biasanya akan disuruh pulang untuk berbincang semula dengan suami mereka. Kebanyakan pihak berkuasa anggap benda tu macam masalah peribadi, mereka lebih tumpukan pada kes-kes berat seperti rogol dan bunuh. Walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah diwujudkan bagi menolong golongan ni, tapi kes penganiayaan terhadap kaum wanita ni masih tetap berlaku, malah semakin teruk. Tapi dalam kes Hawa ni mungkin dia bertuah, sebab dia ada you untuk tolong dia. Dan you terus cari I untuk handle benda ni. I yakin I boleh menang kalau I handle kes ni. Cuma macam I cakap tadi la, Hawa kena buat laporan polis dan bersetuju untuk bawa kes ni ke makhamah," Mikail tersenyum. Shah dari tadi sekadar mengangguk. Iyalah, dia bukannya pakar dalam hal-hal ini. Nasib baik dia ada seseorang untuk dibuat rujukan.
"Nanti I bincang semula dengan Hawa,"
"Ok. Apa-apa hal you call I. Insya-Allah I boleh handle benda ni,"
"Thanks," Shah bangun dan terus bersalaman dengan Mikail yang sudi datang berbincang dengannya mengenai kes Hawa.
"Anytime! Ok la. I pun kena pergi. Ada kes lain yang I kena handle," Mikail meminta diri. Shah mengangguk faham. Sudah tentu peguam bela seperti Mikail akan sentiasa sibuk selagi ada orang yang memerlukan pembelaannya.
"Ok...jumpa you nanti,"
Shah melepaskan keluhan. Susah hati juga apabila memikirkan masalah Hawa. Walaupun wanita itu langsung tidak ada kena mengena dengannya namun entah mengapa dia begitu simpati melihat kesusahan wanita itu. Baginya, seorang wanita seharusnya dilayan dengan baik diberi kasih sayang yang sepenuhnya dan sentiasa dihormati bukannya hanya sekadar menjadi bahan untuk melepaskan nafsu dan memperlakukan sesuka hati macam hamba abdi. Tiba-tiba sahaja Shah geram apabila terbayangkan wajah suami Hawa yang langsung tidak berperikamanusiaan.
"Siapa dia ni? Kata Hawa suami dia pun ahli perniagaan yang berjaya. Mungkin aku kenal," Shah berbicara seorang diri. Teringin pula untuk dia tahu siapa suami Hawa ini di dalam dunia perniagaan. Betul ke berjaya seperti yang Hawa cakapkan?
*************************
"Eh...aku tengok kau ni kan. Asyik senyum je. Manis pula senyuman kau tu. Dah la kau kejutkan aku dengan tudung yang kau pakai tu, sekarang ni aku tengok kau pantang duduk sendirian kau mesti tersenyum seorang diri. Ada apa-apa ke?" soal Mariatie nakal. Sesungguhnya dia begitu menyedari wajah sahabat baiknya yang kelihatan berseri-seri.
"Tak adalah. Aku macam biasa la. Kau tu je yang jauh sangat berfikir!" Sha terus menafikan. Takkan dia nak beritahu yang dia dan Shah sudah menjadi suami isteri yang sebenar-benarnya. Mahunya beribu soalan lain yang harus dia jawab nanti.
"Ye ke? Bukan ke Shah ikut kau pergi Penang sekali hari tu? Ini mesti korang dah puas honeymoon kat sana kan? Entah-entah langsung tak keluar bilik," Mariatie mula tergelak nakal. Hawa yang dari tadi hanya menjadi pemerhati sekadar tersenyum melihat telatah dua orang sahabat yang begitu banyak membantunya setakat ini.
"Ya Allah dia ni kan! Otak kuning sungguh!"
"Betul la tu! Muka kau dah merah dah. Tapi kan...hairan betul aku, cara kau malu-malu dengan apa yang aku cakap ni kan macam kau dengan Shah baru je lepas malam pertama," kali ini kata-kata Mariatie betul-betul buat Sha hampir tersedak. Nasib baik dia masih mampu mengawal riak wajahnya.
"Ya Allah dia ni...Ahhh..malas aku layan kau ni. Bercakap macam dia dah kahwin je," Sha terus bangun dan berjalan menuju ke dapur. Kononnya mahu menyimpan gelas yang dia gunakan untuk minum. Padahal dia memang malu ketika itu. Mukanya terasa begitu panas. Nasib baik tak pecah rahsia! Tetapi kata-kata Mariatie memang membuatkan dia teringat telatah suaminya itu. Ah! Tetiba dia pula yang terlebih rindu pada Shah.
P/S: Komen jangan tak komen tau! Hehehehe...
14 comments:
So sweet la sha dan shah . Lagi2 . Hee~
sweet gler!!!!! satu jee nk ckp nie. moremoremore :))
bkk blog trus naik link kak sha..huh mmg xrugi. baru lps stress bace baca novel ntahpape tadi..huhu
suke sgt...nak lagi sweet sgt2 :)
senyum2, beshnye.... sweet, bila bca jer criter ni, smua stress ilang, i lebiu la.... thanxs cik writer
sha berhnti kerja jek la, kerja ngn shah lg bgus..
ya ya sokong sha berenti kerja n kerja gan shah or jadi je surirumah. hehehe.
hope hawa report kes dia tu, biar padan muka husband dia, pastu pasangkan dia gan syed adif, hehe blh x sha? ciri2 syed adif dah lengkap kat hawa tu.
suka2, nest sha, n thanks ya.
best sgt2...cpt smbung yer... hope jgn byk sgt konflik yer..
yeahh .... ari ni aq bace 2 citer best - citer yg buat aq hepi n senyum - x tension
Sha n Shah - best n lovely couple - mesti tkejut atila n Is tengok sha dh kai tudong - pi main jauh2 Is n atila
tadi aq dh bace citer 'arluna' jugak best n happy bila bace ...
so my monday 2day is awesome wit 2 best stories- x de nk stress ngan konflik yg x masuk aqal!
peace to everyone :)
-easylife
Suka sangattt....
Moga shah menjadi seorang suami yang lebih perhatin dan bertanggunjawab....
Sha berhenti keje sana ... pi lah keje dengan Shah...
jadi tulang belakang untuk sama-sama menjalankan business bersama.....
bagi Atilia dan Is lagi sakit hati bia Shah dan Sha berkepit ja....hahahaha
nak lagi sis... x puas...
Sha nk lg hehe
manja shah ni..
cantik ... dua2 dh angau sesama sendiri!!!
okay le ... let them have their real honeymoon
-ibb
Post a Comment