BAB 29
Atilia enggan mempercayai apa yang dilihatnya. Wanita yang kelihatan begitu anggun bertdung itu berjalan menghampirinya sambil tersenyum. Atilia memandang Sha dari atas sehingga ke bawah. Perubahan mendadak Sha menyebabkan hatinya semakin terasa sakit.
"Kebetulan saya jumpa Cik Atilia dekat sini, ini fail berkenaan projek kita dekat Penang hari tu," Sha menghulurkan fail kepada Atilia. Atilia menyambut dengan kasar kemudian melangkah meninggalkan Sha dengan wajah yang begitu tegang.
"Apa kena dengan dia ni hari ni? Hari tu bukan main baik lagi jemput aku dekat airport. Hari ni tiba-tiba je dingin semacam," Sha mengomel sendiri. Dia menjungkit bahu lantas melangkah semula menuju ke pejabatnya. Banyak urusan lain yang harus dia lakukan. Belum sempat dia sampai ke pejabat, namanya tiba-tiba dipanggil.
"Puan Sha, ada bunga untuk puan," Cindy berlari anak sambil membawa sejambangan bunga yang cukup menarik perhatian Sha. Sha tersenyum. Alahai! Suaminya ni kalau satu hari tidak buat perkara yang membuatkan dia bahagia memang tidak sah.
"Thanks Cindy," Sha menyambut pemberian setiausahanya itu. Dia melangkah dengan girang menuju ke pejabatnya. Sha mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja lalu nombor suaminya didail. Sha melangkah menuju ke tingkap pejabatnya. Memandang pemandangan di luar pejabat sambil menunggu panggilannya dijawab.
"Hello. Assalamualaikum" salam diberi.
"Waalaikummussalam sayang. Ermm...macam mana sayang tahu abang tengah rindukan sayang ni. Abang baru nak call tadi, sayang dah call abang dulu," Sha tersenyum lebar mendengar suara girang suaminya.
"Thanks abang!" Sha terus mengucapkan terima kasih. Bunga yang masih berada di dalam pelukannya dicium beberapa kali walaupun tanpa bau. Apatah lagi bunga tersebut adalah pemberian daripada lelaki yang dicintai olehnya.
"Thanks untuk apa? Untuk malam tadi ke?" kedengaran suara Shah tergelak kuat di corong telefon.
"Abang ni kan...Ya Allah fikiran dia. Ini...bunga ni la! Sha dah dapat dah!"
"Wait! Bunga? Bunga apa ni? Abang tak faham," suara di corong telefon mula kedengaran cemas. Sha mula menilik kembali bunga di dalam dakapannya. Kad yang ada pada bunag tersebut langsung tidak dibuka sejak tadi. Hatinya mula merasakan sesuatu yang tidak enak.
"Sayang...jangan beritahu abang yang ada lelaki lain bagi sayang tulip? God! Siapa yang berani bagi sayang bunga ni?"
"Alamak! Bukan abang ek. Oh, mungkin bunga ni untuk orang lain kot, Cindy silap hantar," Sha mulai panik. Aduh! Sudahlah suaminya itu begitu kuat cemburu. Malah Shah mudah sangat merajuk kalau datang angin cemburunya yang kadang-kadang tidak bertempat itu. Apa tidaknya, mamat 'casher' yang berbual mesra dengan dia semasa membuat bayaran di supermarket semalam pun mampu mengubah 'mood' suaminya itu.
"Sayang! Siapa bagi bunga tu?" suara Shah mula merengek menja. Sha mula menggarukan kepalanya. Kad yang terselit di bunga terus ditarik dan dibuka. Allah! Macam mana mamat ni boleh tahu bunga kegemaran aku sekarang ni.
"Sayang...baik sayang beritahu abang siapa yang bagi bunga tu pada sayang. Kalau tak abang pergi pejabat sayang sekarang ni jugak," suara Shah berbaur ugutan. Ugutan yang Sha yakin suaminya itu pasti akan buat sekiranya tidak dihalang. Apa yang dia nak cakap ni?
"Abang....
"Playboy tak laku tu kan? Mamat ni memang nak kena dengan aku la! Sengaja nak cari nahas betul!" suara Shah menjerit di telefon membuatkan Sha panik. Ini silap dia la ni. Gatal sangat telefon suaminya berkenaan bunga tersebut.
"Abang! Abang dengar sini....abang bertenang ok. Sha langsung tak tahu yang bunga ni dari dia. Kalau Sha tahu Sha tak akan terima bunga ni abang. Sha ingatkan bunga ni dari abang," Sha mula memujuk. Namun Shah hanya mendiamkan diri. Hanya terdengar nafas kuat suaminya sahaja.
"Abang....
Tuuttt! Panggilan dimatikan. Sha terkedu. Dia memandang telefon bimbitnya dengan perasaan yang berbaur.
"Alamak! Habis la. Macam mana nak pujuk ni. Yang paling penting macam mana nak sejukkan hati dia ni," Sha berbicara seorang diri. Bunga di atas meja sekali lagi dipandang. Tiba-tiba sahaja bunga itu lansung tidak indah pada pandangan matanya. Kalaulah dari awal dia membuka kad tersebut sebelum menelefon dan memberitahu Shah, semua ini pasti tidak akan terjadi.
***************************
"Yo bro! Aku datang jumpa kau ni, aku nak ajak kau makan dengan aku, makan berteman, baru rasa seronok sikit nak makan, bukannya tengok muka kau yang dah macam ayam berak kapur ni! Ni apa kes pulak ni?" Syed Adif bertanya sambil menyuapkan makanan ke mulut. Shah sekadar memerhati, makanannya langsung tidak disentuh. Lelaki itu sekadar menyedut minuman yang berada di hadapannya.
"Kau ingat lagi tak Zulhisyam?" soal Shah tiba-tiba.
"Zulhisyam? Kejap...maksud kau Zulhisyam musuh tradisi kau tu?" Syed Adif cuba mengangak. Walaupun dia tahu tiada lelaki lain yang bernama Zulhisyam selain musuh ketat yang suka sangat mencabar Shah sewaktu di US.
"Ha! Itulah dia...kau tahu tak nama dia sebenar dia Iskandar Zulhisyam?" soal Shah sekali lagi.
"Tahu. Iskandar Zulhisyam bin Mukhriz kan?"
"Mak aih! Dengan nama bapak dia sekali kau tahu? Kenapa aku tak tahu?" Shah merenung kawan karibnya yang begitu berselera menikmati makanan yang terhidang di depan mata.
"Kau? Apa yang kau tahu? Kau cuma ingat nama-nama perempuan yang rapat dengan kau je. Aku rasa kalau awek-awek kau, kau siap boleh buat senarai lagi nama-nama mereka. Tapi hal lain kau letak ke tepi, kau langsung tak ambil tahu...memang la kau tak akan tahu nama penuh mamat tu. Tapi apa kena mengena mamat tu pula dengan kau? Dia kan dekat US."
"Banyak la kau dekat US...dia ada kat Malaysia la. Dah lama dah mamat tu balik sini. Yang aku hangin ni, dia siap nak pikat Sha tu! Nak mampus apa?" ayat yang meniti di bibir Shah mulai berbaur kasar. Syed Adif ternganga buat seketika, kemudian ketawanya mula meletus.
"Apa yang lucu sangat ni? Benda ni tak lucu kau tahu tak?" muka Shah mulai kemerahan menahan marah. Dia punyalah bercerita dengan wajah yang serius, alih-alih sahabat baiknya itu ketawa tak ingat dunia.
"Serius bro! Kau memang dah banyak berubah. Kalau dulu, bila kau dengar si Zulhisyam tu nak rampas awek kau ke, nak cabar kau ke. Muka kau langsung tak tunjuk reaksi apa-apa, tapi sekarang ni...adui! Kawan aku dah betul-betul berubah rupanya!" Syed Adif menyambung tawanya lantas dibalas jelingan oleh Shah. Ini yang dia malas nak bercerita dengan Syed Adif, lelaki itu pasti menjadikan sesuatu itu sebagai bahan gurauan terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang pendapat dengan serius.
"Dulu lain ok! Dulu semua teman wanita aku tu just kawan. Masalahnya sekarang ni, dia cuba nak pikat isteri aku. Sha tu isteri aku, wanita yang paling aku cinta dalam dunia ni. Kau ingat aku nak duduk diam kalau ada orang cuba rampas sesuatu yang memang sah dah jadi hak aku!" suara Shah sedikit meninggi. Syed Adif mula menolak pinggan di hadapannya ke tengah. Seleranya sudah terbantut. Nasib baik perutnya mula terasa kenyang. Wajah Shah yang sedang menyinga di hadapannya dipandang lama. Akhirnya dia tersenyum.
"Kau sendiri dah bagi jawapan tadi. Sha tu hak kau. Dah memang sah hak kau. Apa yang kau nak takut? Pokok pangkalnya sekarang ni, kau tu! Kau percayakan Sha ataupun tak? Kalau kau percayakan Sha, kalau kau yakin Sha memang cintakan kau sama macam kau cintakan dia, itu semua dah memadai. Kau tak payah risau even putera raja sekalipun datang nak pikat isteri kau tu!"
Bicara Syed Adif membuatkan Shah terdiam buat seketika. Memang dia tahu Sha cintakan dia sama seperti dia cintakan Sha. Tetapi apabila memikirkan ada lelaki lain yang cuba merampas wanita kesayanganya, tiba-tiba sahaja nafasnya sesak. Jiwanya kacau. Hatinya langsung tidak tenteram.
"Kau kan. Kalau melibatkan hati dan perasaan, mulalah kau blur! Kalut semacam. Kalau dah datang angin cemburu kau tu mulalah perangai kau macam budak-budak. Langsung tak boleh nak fikir apa-apa!" herdik Syed Adif dengan bersahaja.
"Kau senang la cakap! Kau tak tahu cerita! Kau ingat senang ke nak pikat Sha tu. Walaupun aku dengan dia dah kahwin lebih dari enam bulan tapi baru-baru ni baru aku dapat takluki hati dia kau tahu tak!" Shah berbicara dalam kemarahan. Langsung tidak sedar yang dia sedang membuka rahsia yang selama ini kejap disimpannya.
"What? Apa dia kau cakap tadi? Ulang balik!"
Shah terkedu. Dia mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Mula menyedari kesilapan yang dia lakukan sebentar tadi. Air di hadapannya mula disedut lama. Cuba melarikan diri dari menjawab soalan yang dikemukakan oleh Syed Adif. Kantoi!
"Shah!"
"Apa?" Shah cuba berlagak biasa.
"Tell me a truth! Apa yang terjadi antara kau dengan Sha sebenarnya?"
"Tak payahlah kau ambil tahu. Lupakan sajalah apa yang aku cakapkan tadi," Shah cuba mengelak dari membincangkan hal tersebut.
"Kau dengan Sha kahwin kontrak ek?" Syed Adif mula membuat tekaan rambang. Namun dia berharap sangat sahabat baiknya itu menggelengkan kepala dan menafikan apa yang baru ditanya olehnya.
"Tak la! Mana ada," Shah resah. Wajahnya mula berubah. Raut wajah yang cukup dikenali oleh Syed Adif.
"Kau jangan buat gila ek? Kahwin kontrak berdosa tahu tak! Haram. Silap-silap perkahwinan kau boleh tak sah di sisi agama!" kali ini nada suara Syed Adif pula berbaur keras. Wajah sahabat baiknya ditenung dengan tajam.
"Tak! Aku tak kahwin kontrak dengan Sha la. Aku pun tahu benda tu berdosa. Salah. Aku kahwin dengan dia tanpa aku sedar yang aku cintakan dia. Aku mengaku aku memang kahwin dengan Sha sebab aku nak mengelak mummy kahwinkan aku dengan perempuan yang aku tak suka. Nak selamatkan diri, aku ajak Sha kahwin. Mana aku tahu senang je Sha setuju nak kahwin dengan aku. Tapi langsung tak ada istilah kontrak ok! Aku kahwin dengan dia, tapi kami hidup macam kawan biasa, aku dengan dia cuma berjanji biar masa dan keadaan yang akan mengubah keadaan rumah tangga kita orang nanti, tapi sekejap je, dalam masa enam bulan kami dah sedar perasaan sebenar kami. Sekarang ni aku dengan dia dah macam suami isteri normal yang lain. Aku baru sedar yang selama ni aku memang cintakan Sha sejak dulu, dan Sha pun sama cintakan aku sejak zaman sekolah lagi. Itu saja. Ok je kan?" Shah bercerita panjang lebar. Syed Adif mula terdiam. Dia melepaskan rasa lega. Nasib baik sahabat baiknya itu masih mampu berfikir waras sebelum akad nikah.
Tidak lama selepas itu, Syed Adif mula tersenyum nakal. Senyuman yang membuatkan Shah kembali geram dengan sahabatnya yang seorang itu. Mulalah tu nak menyakat.
"Let me guess! Selama enam bulan ni kau langsung tak sentuh Sha ek? Gila la! Kental betul sahabat aku seorang ni. Kalau lelaki lain, tak payah lelaki lain la, aku sendiri la. Uit! Dah jadi hak sah aku bro...tak boleh jamin aku mampu bertahan ke tak?" Syed Adif tergelak nakal. Walaupun dia cuba untuk tidak menyentuh hal tersebut namun dia tidak mampu untuk menahan rasa ingin tahunya itu. Aduh! Sifat semulajadi lelaki.
"Itu kau..bukan aku!"
"Tapi apa yang nak hairan, anggap je la kita duduk serumah dengan perempuan, janji bilik lain-lain. Yang selalu sangat budak-budak Malaysia buat dekat US, even beragama Islam. Terpaksa la konon!"
"Siapa cakap bilik lain-lain!" Sekali lagi Shah terlepas cakap. Syed Adif memang pandai bab-bab mengorek rashsia. Dia kantoi lagi.
"What! Gila! Satu bilik tapi kau boleh bertahan sampai enam bulan. Ilmu apa yang kau guna bro?" Syed Adif mula ketawa. Ini yang Shah malas kalau berbicara dengan Syed Adif. Mamat ni memang sentiasa bermuka tebal.
"Dah! Aku malas nak layan kau! Tapi ingat, jangan beritahu Sha yang kau tahu pasal ni. Mati aku siot!"
"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Tahulah aku. Lagipun Alhamdulillah, kau dengan Sha cepat sedar perasaan masing-masing. Korang pun dah jadi suami isteri normal kan? Terima kasih Shah sebab gunakan akal kau yang waras masa kau ambil keputusan nak kahwin dengan Sha. Nasib baik kau masih jadikan agama sebagai pegangan kau. Aku takut gila tadi bila ingatkan kau dengan Sha kahwin kontrak. Jangan dibuat benda yang Tuhan marah beb! Buruk padahnya," seperti selalu, kata-kata Syed Adif pasti membuatkan Shah terdiam. Lelaki itu memang suka membuatkan kesimpulan yang mempunyai 'isi' tersirat yang memerlukan kita berfikir maksud di sebalik kata-kata tersebut.
*****************
"Mood abang tak elok lagi?" Sha menghampiri Shah yang sedang termenung di balkoni bilik tidur mereka.
"Tak," Shah menjawab pendek. Sha tersenyum. Memang boleh nampak yang emosi suaminya terganggu. Sejak balik dari kerja, suaminya itu lebih banyak mendiamkan diri. Malah makan malam pun hanya dijamah sedikit. Mungkin sekadar mahu menjaga hatinya yang berpenat lelah menyediakan makan malam. Nasib baiklah Hawa mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Mariatie. Apatah lagi sahabatnya itu hanya tingga seorang diri. Bolehlah Sha hanya memfokuskan kepada suaminya sahaja.
"Abang," Sha menolak perlahan tubuh suaminya dengan badannya. Namun langsung tidak mendapat sebarang reaksi dari Shah. Malah suara Shah mengeluh semakin jelas kedengaran. Sha mulai hilang idea.
"Abang," sekali lagi Sha memanggil.
"Apa dia sayang? Jangan kacau abang la. Abang nak duduk sini kejap. Sayang masuklah tidur," Shah bukan sengaja mahu bersikap dingin. Tetapi entah mengapa fikirannya betul-betul terganggu. Mungkin ini kali pertama dia merasakan dia begitu mencintai seseorang di dalam hidupnya.
Sha dengan perlahan mula mengambil alih tempat berhadapan dengan suaminya. Wajah Shah ditatap lama. Shah mula membalas pandangannya.
"Kat sini sakit ek?" Sha menyoal manja sambil menyentuh lembut dada suaminya. Shah sekadar mengangguk. Dia masih memandang wajah kesayangannya itu tanpa berkalih.
"Kat sini tak tenang ek?" soal Sha lagi. Sekali lagi Shah sekadar menganggukkan kepalanya. Namun kepalanya mula berfikir, apa yang sedang bermain di fikiran isterinya. Apa pula cara yang isterinya gunakan kali ini untuk memujuknya. Namun menjadi seorang Farisha yang merupakan isteri kepada Fariz Ameerul Shah, tidak susah mana pun isterinya itu mahu memujuk dirinya. Dia memang kalah dengan suara manja dan belaian lembut isterinya itu.
"Sha tahu macam mana nak tenangkan abang, macam mana nak hilangkan rasa sakit kat hati abang tu"
"Macam mana?" soal Shah mula termakan umpan yang dipasang oleh isterinya. Sha tersenyum. Beberapa saat kemudian Sha terus memeluk tubuh suaminya. Pelukan yang cukup erat sehingga dengan jelas dia dapat mendengar degupan jantung suaminya.
"Sayang," Shah mula bersuara apabila isterinya sekadar memeluknya tanpa berkata apa-apa. Dia mula membalas pelukan erat isterinya itu.
"Errmmm. Bagi Sha sepuluh minit untuk tenangkan abang. Kita tak payah cakap apa-apa walaupun sepatah. Dalam seminggu ni cara ni cukup berkesan pada Sha. Dengan peluk abang, Sha rasa tenang dan selamat. Mungkin abang pun akan rasa benda yang sama kalau abang peluk Sha," sebaik sahaja isterinya habis berbicara Shah mula menguntumkan senyuman. Dia mengeratkan lagi pelukannya dan mereka berdua betul-betul mendiamkan diri buat seketika.
"Sekarang dah ok dah?" setelah mengagak sepuluh minit telah berlalu Sha mula bersuara. Pelukan mereka masih belum dileraikan.
"Dah," jawapan positif dari Shah membuatkan Sha tersenyum lebar. Lega sedikit perasaannya. Siapa yang tidak resah melihat suami yang sentiasa ceria tiba-tiba sahaja menjadi pendiam. Sha sendiri pun terasa sunyi, malah dia pun rindukan senda guaru suaminya itu.
"Kan? Sha dah cakap cara ni menjadi," Sha mula meleraikan pelukan walaupun pada mulanya suaminya itu seakan-akan tidak mahu melepaskan pelukannya.
"Abang dengar sini. Sha kan dah cakap dengan abang sebelum ni kan? Abang tak payah bimbang pasal plaboy tak laku tu. Memang dia tak laku pun sebab Sha memang langsung tak layan dia. Abang kena percaya pada Sha. Insya-Allah kalau kita saling percaya rumah tangga kita akan aman bahagia abang. Macam mana Sha nak pandang lelaki lain kalau dalam mata Sha ni asyik terbayang wajah abang jek. Abang dah buat Sha mabuk tahu tak?"
"Mabuk?" Shah sedikit tidak mengerti dengan kata-kata terakhir isterinya.
"Mabuk cinta dengan abang la. Tak dengar suara abang dalam satu jam je, Sha dah resah dah. Tak dapat mesej abang setiap lima minit Sha mula tak tentu hala. Kecuali abang dah beritahu Sha yang abang tengah meeting ke ataupun tengah busy bekerja. Lepas tu Atie pula siap cop Sha ni dah tak betul sebab asyik tersenyum jek 24 jam. Abang betul-betul dah buat Sha mabuk bercinta dengan abang tahu tak. Dah macam budak-budak remaja baru jatuh cinta pun ada jugak!" walaupun Sha agak malu mahu meluahkan perkara tersebut namun dia bahagia kerana dapat meluahkan rasa hatinya.
"Sayang ni tengah nak sejukkan hati abang ke ataupun tengah goda abang?" Shah tersenyum nakal. Girang hatinya mendengar pengakuan isterinya sebentar tadi. Hakikatnya dia juga merasakan perkara yang sama. Mungkin dia lebih teruk dari Sha sebenarnya.
"Dua-dua sekali la kot!"
Shah tergelak kecil mendengar jawapan isterinya. Dahi Sha dikucup lembut. Mula melupakan apa yang menganggu fikirannya walaupun tidak sepenuhnya.
"Apa sayang buat dekat bunga dari playboy tak laku tu?"
"Sha masukkan dalam pasu, lepas tu letak atas meja Sha kat office dan Sha tilik bunga tu setiap lima minit,"
"Sayang!"
"Tak adalah. Sha dah bagi kat Jane. Minah tu gila bunga sikit. Semua bunga dia suka. Bukan main suka lagi dia dapat bunga tu," Sha tersenyum membayangkan gelagat Jane yang meloncat kegirangan mendapat bunga pemberiannya.
"Sepatutnya sayang buang je dalam tong sampah bunga tu!"
"Ish! Tak boleh. Membazir. Kalau rose tu mungkin la kot. Ini tulip. Bunga kegemaran Sha. Sayang nak buang. Tak sampai hati,"
"Kalau sayang nak...tiap-tiap hari abang boleh hadiahkan sayang tulip. Besar punya. Lagi cantik dari playboy tak laku tu bagi kat sayang," Shah bersuara dengan bersungguh-sungguh. Sha ketawa girang mendengar bait bicara suaminya. Tubuh Shah terus dipeluk.
"Sha tahu abang memang boleh buat semua tu kalau Sha nak. Tapi tak payahlah hari-hari. Susah tu nak dapatkan tulip. Bukan senang. Mahal pulak tu. Sha asalkan abang sentiasa di sisi Sha pun Sha dah rasa cukup bahagia. Tak payah hadiahkan bunga. Kucupan abang dekat dahi Sha sebelum abang pergi kerja pun dan buat Sha bahagia sepanjang hari," satu persatu mula terluah oleh Sha kepada suaminya. Biar Shah tahu apa yang dia rasakan sepanjang mereka bersatu dalam erti kata sebenar.
"Sayang...
"Apa dia?"
"Abang lapar. Nak makan. Sayang boleh masakkan abang meehun sup tak? Lepas tu abang nak ABC Special punya. Boleh?" Shah merenung wajah isterinya dengan harapan permintaannya itu akan dituruti. Memang perutnya kembali lapar setelah satu hari dia hanya menjamah sedikit sahaja makanan.
"Untuk suamiku yang amat dicintai. Lautan api pun sanggup ku renangi!" Sha sempat berseloroh. Lawak jenaka yang mempunyai maksud yang cukup mendalam. Mereka sama-sama tergelak gembira.
"I'm really in love with you baby," kata-kata itu lahir dari hati nuraninya yang ikhlas. Takut untuk memikirkan hidupnya tanpa Sha di sisi.
P/S: Selamat membaca dan semoga terhibur. Jangan lupa tinggalkan komen...ehehehe..nasib baik dapat tunaikan janji. Alhamdulillah. =)
16 comments:
Asyik tersenyum je baca xDDD
dh abis mrajuk, besar selera nk makan..heheh
ooohhh...bahagianye senyum memanjang je baca n3 nie
alololo manjenye shah, manje btul baby tua ni, nanti kalo dh ada baby mcm mana la pula... suker giler criter ni, thanxs cik writer, i lebiu la
thank you for the entry.. sha pujuk shah
soooooo sweeettttt....nak agi nak agi....
So sweet la Sha dan Shah tu .
Thanks Kak Sha for this entry .
Suka sangat2 . Terbaek ar !
[syaza]
best nye,,, sweet nye...suka sgt... tq sha
berbunga-bunga hati ni bila baca n3 kali ini XD huhuhuhu
i ada baca satu artikel pasal bunga tulip ni..org yg suka bunga tulip biasanya seorang yg selfish because satu tangkai tulip just satu kuntum jer....adakah sha macam tu???hehehe
Hahaha.... asyik tersenyu ja baca cerita ni.... nasib baik kat tempat keje kalau kat rumah dah terkekek-kekek ketawa x ingat dunia..... Sha memang pandai memujuk dengan walaupun bukan cara mengedik kkkk... Shah ni belum ada baby boleh lah bermanja lebih... esok-esok nanti bila Sha dan mengandung .... hahaha.... masa Sha pulak yang terlebih manja kkkkk.... layannnnnn...
alahai cik abang dah merajuk.... nasib baiklah cik adik pandai pujuk... so sweet....
can;t stop smiling :)
next n3 please or the nvel . hhehehehheeh
sukanya.... nk lagi dan lagi..
citer mcm ni aq sgt suke .... happy marriage couple-ada problem sama-sama berbincang n both willing to listen to each other bukan yg sorang ego yg sorang baran x kena... good job writer
hope writer wat scene sha n shah out dinner n masa yg sama Is saiko n atila gediks jugak dinner at d same place .... biar dorang tengok romantik nya sha n shah n sha yg sgt anggun n cantik but bersopan! .. hmm koarang tau hate u Is n atila ....
-easylife
hehe sorry la lmbt baca, bercuti br ni. sweetttttttttt sha, suka camgini, cerita cinta yg ringan dan penuh manis lemak berkrim.hehe
Post a Comment