Sunday, January 22, 2012

SHA DAN SHAH Bab 30

BAB 30

Sha menghampiri suaminya yang sedang ralit menonton televisyen. Perkara tersebut mesti dibincangkan dengan kadar yang segera. Walaupun dia sudah tahu cerita sebenar namun suaminya mesti tahu akan perkara itu.

"Abang," Sha duduk dekat di sebelah Shah. Lengan lelaki itu dipaut mesra. Shah pula sekadar tersenyum. Sudah tahu sangat dengan perangai isterinya yang satu ini. Nada suara itu dia cam sangat. Mesti ada sesuatu yang ingin dibincangkan ataupun ada sesuatu yang ingin dia minta.

"Apa dia sayang?"

"Abang kenal tak Rabecca?" suara Sha begitu tenang. Namun suaminya yang sedang ralit mengadap ke arah televisyen mula menoleh ke arahnya. Alat kawalan jauh dicapai lalu suara tv diperlahankan.

"Becca? Supermodel berdarah kacukan Korea tu?" soal Shah semula. Siapa yang tidak kenal dengan gadis yang begitu sosial itu. Dia sempat juga berkenalan dan berkawan dengan gadis itu pada mula-mula dia menjejakkan kaki ke Malaysia. Namun pada pengamatannya Rabecca terlalu sosial sehingga dia sendiri kadang-kadang takut kalau berdua-duaan dengan gadis itu.

"Cepat je abang ingat kan?" Sha mula tersenyum sambil menghadiahkan satu jelingan kepada suaminya. Shah tersengeh. Kepalanya digaru-garu walaupun langsung tidak gatal. Teringat pula kata-kata Syed Adif yang dia memang cekap dalam mengingati kesemua nama teman wanitanya sebelum ini.

"Sayang...abang dah lama lost contact dengan dia la, tapi macam mana sayang boleh tahu pasal Becca ni?" Shah mula tidak selesa. Dia tidak mahu hubungannya dengan Sha mempunyai masalah disebabkan wanita yang dia kenali di masa lampau.

"Dia datang jumpa dengan Sha," Sha masih lagi tersenyum. Kali ini Shah pula menjengilkan matanya. Seakan-akan tidak mempercayai apa yang sedang isterinya bicarakan..

"Dia jumpa sayang? Buat apa?"

"Kalau Sha cakap abang jangan terkejut tau!" dari tadi Sha cuba berlagak tenang. Hanya itu sahaja jalannya agar suaminya itu tidak panik nanti.

"Sayang ni takutkan abang je la. Buat apa dia jumpa sayang ni? Dia cakap apa pasal abang ni? Beritahu abang sayang,"Shah kalut sendiri.

"Dia cakap pada sayang yang dia mengandungkan anak abang," sebaik sahaja mendengar kata-kata dari isterinya Shah terus terloncat dari sofa.

"Sayang...sayang...sayang cakap apa ni?" Shah gugup. Jantungnya seakan-akan mahu tercabut mendengar cerita itu.

"Macam Sha cakap tadi la, dia datang jumpa Sha, dia cakap dia dah mengandung dua bulan dan anak dalam kandungan dia tu anak abang,"

Shah terdiam seketika. Tidak tahu apa lagi yang harus dia perkatakan. Kemudian dia memandang wajah isterinya yang dari tadi merenungnya seakan-akan sedang menunggu penjelasan darinya. Sedangkan dia, dia langsung tidak tahu apa yang harus dia perkatakan waktu itu. Peti suaranya seakan-akan tersumbat. Dia menggarukan kepalanya beberapa kali. Kemudian berjalan berulang-alik di hadapan Sha.

"Sayang...tak logik la! Langsung tak logik tahu tak!" Shah kalut. Nafasnya semakin sesak.

"Kenapa tak logik pulak?" Sha masih lagi kelihatan tenang. Malah dia sendiri mahu tergelak sebenarnya melihat reaksinya suaminya itu. Tetapi dia terpaksa, dia mahu mendengar penjelasan dari Shah walaupun dia tahu Shah tidak melakukan apa yang dituduh oleh wanita yang bernama Rabecca itu.

"Yalah, macam mana dia boleh mengandungkan anak abang sedangkan dah hampir setahun dia dan abang lost contact. Lepas tu pulak, abang mana pernah sentuh dia. Gila! Abang tak pernah sentuh mana-mana perempuan la. Abang mengaku abang memang ramai girlfriend sebelum ni tapi tak ada seorang pun abang pernah sentuh tahu tak. Berdosa besar tu. Memang la abang ni ilmu agama tak seberapa pun, tapi abang masih boleh bezakan mana dosa besar mana dosa kecik. Sayang...abang tak buat la. Sayang orang pertama yang abang sentuh, itu pun sebab sayang dah memang isteri abang," Shah sudah melutut di hadapan Sha. Merenung wajah isterinya meminta simpati agar Sha percaya dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Hei, kenapa abang panik sangat ni?" Sha mengelus wajah Shah yang sedang melutut di hadapannya.

"Macam mana abang tak panik, benda ni bukan benda main-main. Abang tak nak sebab benda mengarut ni, sayang marahkan abang, sayang akan tinggalkan abang. Abang tak boleh kehilangan sayang" suara Shah kedengaran merintih. Dia merenung jauh ke dalam mata isterinya.

"Eiii..rasa nak gigit jek dia nilah. Itulah, siapa suruh ramai sangat girlfriend. Kan dah jadi macam ni," Sha mula tersenyum. Namun jauh di sudut hatinya dia begitu tersentuh dengan kata-kata Shah. Pada mulanya nafasnya sendiri seakan-akan berhenti berdegup buat seketika apabila Rabecca datang menemuinya petang tadi dan memberitahunya berita yang mengejutkan itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Namun dia bersyukur dia masih mampu mengawal perasaannya dan mampu juga berfikir secara rasional. Akhirnya semua terbongkar dengan sendiri. Alhamdulillah.

"Abang tak buat apa-apa dekat dia orang la sayang. Abang berani bersumpah dengan nama.....

"Abang...Sha percayakan abang. Sebenarnya Sha percayakan abang sejak dulu. Sha tahu Sha memang tak silap nilai abang. She kenal abang lebih dari orang kat luar sana kenal abang. Sha tahu anak dalam kandungan Rabecca tu bukan anak abang, dan Sha juga tahu abang memang la nakal...ramai teman wanita tapi abang tak akan buat benda terkutuk tu kan?"

"Habis tu tadi.....

"Ceritanya macam ni....

Sha mula menceritakan detik di mana dia didatangi seorang gadis yang cukup cantik rupa parasnya. Malah gadis itu cukup bergaya dengan mengenakan gaun labuh bewarna hitam tetapi terbelah sehingga ke peha. Cukup seksi dan elegan. Pada mulanya dia sendiri terkejut dengan kehadiran gadis itu. Apatah lagi gadis itu langsung tidak dikenalinya.

"So...kedatangan Cik Rabecca jumpa dengan saya ni kenapa ya?" dia menyoal. Gadis yang sejak tadi hanya memandang sekeliling pejabatnya ditenung lama. Ada kegusaran di wajah gadis itu sejak mula-mula dia melangkah masuk lagi.

"I datang ni sebab ada sesuatu yang I nak beritahu dekat you. Pasal suami you,"

Mendengar bicara gadis itu dia mula merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Dia hanya mendiamkan diri. Menunggu gadis itu menyambung kata-katanya.

"I dengan Shah sebelum ni...kami...Shah dengan I...sebenarnya....

"Sebenarnya apa Cik Rabecca? Cuba berterus terang dengan saya. Cuba beritahu apa sebenarnya yang terjadi?" kali ini dia begitu yakin gadis itu cuba menyampaikan sesuatu yang mungkin mengejutkan dirinya. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak baik ingin disampaikan. Awal-awal lagi, dia sudah beristighar di dalam hati. Agar Allah menenangkan jiwanya, agar dia dapat menerima segala apa yang ingin disampaikan dengan hati yang terbuka dan tenang. Barulah dia boleh berfikiran dengan warasa nanti.

"I dengan Shah sebelum ni kita orang couple. Shah dah janji nak kahwin dengan I, tapi sekarang ni dia Shah seakan-akan langsung tak nak layan I...I sebenarnya mengandung...dan anak ni anak Shah,"

Waktu itu dia seperti terkena penahan petir. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup. Beberapa saat kemudian, dia mula menarik nafas sedalam mungkin dan dihembus perlahan-lahan. Beberapa kali dia mengulangi perkara yang sama. Cuba menterjemahkan semula apa yang dimaksudkan dengan kata-kata gadis itu.

"I tahu you mungkin tak percaya. Tapi I percaya you mesti tahu perangai suami you macam mana kan? Dia memang ramai teman wanita dan I salah seorang girlfriend dia,"

"Cik Rabecca, sebab saya kenal suami sayalah saya langsung tak percaya dengan apa yang Cik Rabecca cakapkan ni," setelah agak lama Sha mendiamkan diri akhirnya dia bersuara. Walaupun jantungnya mula berentak tidak stabil namun sebaik mungkin dia cuba untuk menyembunyikan keresahan hatinya itu.

"You tak percaya, habis tu you ingat I datang sini I sengaja nak mereka cerita. Sengaja nak sorakkan hubungan you dengan Shah?" gadis itu mula melenting.

"Hanya Cik Rabecca sahaja yang tahu benda tu betul ataupun tak," Dia tersenyum. Waktu itu, hatinya mula merasakan gadis itu memang tengah mereka cerita. Riak cemas yang terpacar pada wajah gadis itu semakin membuatkan dia yakin tekaannya tepat. Mungkin gadis itu sedikit terkejut melihat reaksi dia yang kelihatan cukup bersahaja. Langsung tidak menunjukkan mahu melenting ataupun marah.

"Habis tu anak dalam kandungan I ni anak siapa? I dah mengandung dua bulan tau," suara gadis itu semakin lama semakin meninggi.

"Soalan itu pun hanya Cik Rabecca sahaja yang mampu jawab. Macam nilah Cik Rabecca, saya bukan tak nak bersikap adil, tapi ini soal maruah suami saya, soal rumah tangga kami. Kalau Cik Rabecca yakin sangat yang anak dalam kandungan tu anak suami saya, apa kata kalau kita buat ujian DNA. Dengan teknologi yang canggih sekarang ni, ujian DNA boleh dibuat bila-bila masa walaupun bayi masih dalam kandungan. Kalau ujian DNA tu nanti membuktikan memang anak dalam kandungan Cik Rabecca itu anak suami saya, saya berjanji dengan Cik Rabecca yang suami saya akan bertanggungjawab dalam soal ni...tapi kalau anak dalam kandungan tu bukan anak suami saya, saya juga tak akan berdiam diri, saya boleh saman Cik Rabecca kerana cuba memalukan nama baik suami saya," dia sendiri terkejut dengan setiap patah yang keluar dari mulutnya waktu itu. Entah dari mana keberanian itu datang sedangkan dia sendiri takut dan bimbang sekiranya tuduhan gadis itu adalah benar. Dia memang terganggu waktu itu walaupun dia sedaya upaya cuba untuk berfikiran positif.

"I...I...

"Kenapa Cik Rabecca, memang suami saya langsung tak ada kaitan dengan kandungan Cik Rabecca bukan?"

"I terpaksa, I langsung tak boleh nak fikirkan sesiapapun sekarang ni kecuali Shah. Hanya dia yang boleh tolong I,"

Kata-kata Rabecca waktu itu tiba-tiba membuatkan dia ketawa kecil. Entah di mana lucunya. Yang pasti dadanya berasa begitu lapang. Namun itu hanya buat sekika. Tiba-tiba perasaan marah dan geram terhadap gadis itu menguasai dirinya.

"Kenapa suami saya? Kenapa suami saya yang jadi mangsa fitnah Cik Rabecca kalau Cik Rabecca mengandungkan anak orang lain. Jangan ingat gara-gara suami saya pernah berkawan dengan Cik Rabecca, Cik Rabecca suka-suka hati nak memburukkan nama suami saya. Dan kenapa suami saya saja yang boleh tolong Cik Rabecca, dia langsung tak ada kena mengena dengan kandungan tu," waktu itu suaranya sedikit meninggi. Geram sungguh dengan gadis yang mula menunjukka wajah meminta simpati di hadapannya. Nasib baik dia masih mampu berfikir secara rasional. Kalau tidak sudah lama wajah gadis itu kena penampar olehnya.

"Sebab I tahu, Shah mesti tolong I kalau dia tahu I ada masalah. Please, I kena jumpa dengan Shah. I cuba nak hubungi dia, tapi I dah lama tak ada nombor phone dia. I cuba nak jumpa dengan dia dekat office, tapi hanya orang tertentu sahaja yang boleh jumpa dengan dia,"

"Kenapa Cik Rabecca yakin sangat yang suami saya boleh tolong Cik Rabecca?" Dia mula tertanya-tanya, kenapa suaminya yang menjadi tempat untuk meminta pertolongan. Apa kelebihan suaminya?

"Sebab suami you bukan macam jantan-jantan lain yang I jumpa dekat luar. Dia lain. Dia tak pernah nak ambil kesempatan pada I, dia layan I dengan baik dan I tahu dia layan semua kawan perempuan dia dengan baik. Kami yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dia dan kekayaan dia. Tolong Puan Sha, I perlukan pertolongan suami you. I perlu jumpa dengan dia, I dah buntu, kerjaya I dah musnah. I dah tak ada sesiapa lagi," gadis itu mula menangis. Sha sekadar memandang sambil melepaskan satu keluhan. Walaupun waktu itu ada sedikit rasa bangga apabila gadis itu memuji suaminya namun masih belum menghilangkan sepenuhnya rasa marah terhadap Rabecca.

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi Cik Rabecca. Saya bukannya Shah yang Cik Rabecca anggap mungkin akan tolong Cik Rabecca selesaikan masalah ni. Sebab terus terang saya cakap, saya kalau boleh akan larang seuami saya terlibat dengan benda yang langsung tak ada kena mengena dengan dia. Tapi saya bukannya kejam sangat, saya akan bincangkan benda ni dengan Shah, dan terpulang pada dia sama ada nak tolong Cik Rabecca ataupun tak," Dia sebenarnya cuba untuk bersikap kejam, namun dia tidak sampai hati. Wajah gadis itu jelas menunjukkan gadis itu sedang terdesak.

"Please, saya betul-betul nak jumpa dengan Shah,"

"Begini, tinggalkan nombor phone Cik Rabecca dan kalau ada apa-apa saya akan hubungi Cik Rabecca nanti,"

Sha menghabiskan ceritanya sambil tersenyum memandang suaminya yang masih melutut sambil mendongak di hadapannya. Beberapa saat kemudian, Shah terus menyembamkan wajahnya di ribaan Sha. Melepaskan rasa lega yang teramat sangat. Sha pula menggosok-gosok kepala suaminya dengan lembut. Cuba untuk menenangkan suaminya yang mungkin masih belum dapat menghilangkan rasa cemasnya sebentar tadi.

"Lain kali berkawan la lagi dengan ramai perempuan ya. Ini baru seorang yang datang buat tuduhan macam tu dekat abang, kalau sepuluh orang, abang handle la sendiri. Baru padan muka abang,"

Shah bangun lalu melabuhkan punggung di sisi isterinya. Dia meraih tubuh isterinya lalu dipeluk dengan erat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa leganya perasaannya ketika itu. Memang dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu dengan mana-mana gadis, namun apabila dituduh dengan perkara serius yang langsung dia tidak pernah melakukannya membuatkan jantungnya hampir-hampir luruh. Mindanya pula seakan-akan beku, langsung tidak boleh berfikir apa-apa.

"Abang tahu selama ni memang abang dah banyak sangat buat silap. Tapi abang nak sayang tahu yang abang ada prinsip abang yang abang pegang selama ni. Abang tak akan berkasar atau rosakkan mana-mana perempuan dan abang tak akan sesekali minum arak. Alhamdulillah, sehingga hari ni abang masih boleh pertahankan prinsip abang tu," pelukan semakin dieratkan. Sha tersenyum lega.

"Sebenarnya ada lagi yang Sha tak beritahu abang," pelukan terus dileraikan. Shah memandang wajah isterinya dengan perasaan yang kembali cemas.

"Sayang...janganlah takutkan abang lagi. Lemah jantung abang. Lama-lama abang boleh kena serangan jantung tahu tak," Shah mula merengek manja.

"Rabecca ada beritahu Sha siapa ayah dalam kandungan dia tu,"

"Siapa?" Shah pula seakan-akan tidak sabar mendengar bicara Sha yang seterusnya.

"Zulhisyam. Iskandar Zulhisyam!"

"What! What the....

Sha terus meletakkan jari telunjuknya di bibir Shah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sudah dapat mengagak reaksi suaminya kalau nama lelaki itu disebut. Shah terdiam.

"I knew it! Kalau perempuan mana sekalipun yang rapat dengan playboy tak laku tu mesti akan jadi mangsa dia la! Si Zulhisyam tu memang terkenal dengan sikap dia yang sikap bawa perempuan sampai ke katil masa di US lagi. Macam mana Rabecca pun boleh terjebak dengan mamat ni!"

"Tapi Rabecca sendiri tak pasti juga. Dia kata waktu tu dia mabuk. Orang terakahir yang dia ingat ada dengan dia masa kat kelab tu Zulhisyam,"

Shah mula meraupkan wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Cuba untuk bertenang. Ini salah satu sikap yang dia. Dia pantang kalau ada lelaki yang cuba bersikap kasar dengan perempuan, yang langsung tidak menghormati perempuan. Dan paling dia pantang, apabila lada lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dia lakukan. Apatah lagi wanita yang menjadi mangsa itu, wanita yang dia kenal.

"Becca pun satu! Dah berapa kali masa abang kenal dengan dia, abang suruh dia berhenti minum. Minum arak berdosa besar bagi Islam. Tapi dia ni degil la. Suka sangat mabuk dekat kelab. Minum arak macam dah ketagih dengan minuman haram tu," Shah membebel sendiri. Mula terbayang model kacukan korea yang dikenali sebagai seorang yang pemabuk. Selalu bersuka ria di kelab-kelab malam dan suka bertukar-tukar pasangan. Cuma dia tidak pasti, sejauh mana hubungan Rabecca dengan semua pasangannya itu.

"She's Muslim?"

"Yeah! Ayah dia orang Korea tapi beragama Islam sebab kahwin dengan mak dia yang sememangnya Melayu Islam," jawapan Shah menyebabkan Sha sedikit melopong. Astaghfirullah. Dia mula beristighfar. Semoga Rabecca mendapat hidayah daripada Allah.

"So abang nak tolong dia tak?" Sha mula menyoal.

"Dah berapa kali abang beritahu sayang kan. Abang dah tinggalkan semua kisah silam abang. Abang tak nak terlibat dengan mana-mana perempuan yang abang kenal sebelum ni. Abang tak nak masuk campur," cepat sahaja Shah memberikan jawapan. Dia merenung wajah isterinya, mahu Sha percaya dengan apa yang baru sahaja dia perkatakan.

"Abang percaya tak kalau Sha cakap Sha tak pernah silap menilai abang, Sha tahu abang cakap semua tu sebab abang tak nak apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kisah silam abang menganggu rumah tangga kita kan? Tapi kat sini, Sha tahu abang tengah susah hati kan? Abang rasa nak tolong Rabecca tu tapi dalam masa yang sama abang nak jaga hati Sha, tak nak Sha kecil hati. Semua tu betul kan?" Sha menyentuh lembut dada suaminya. Dia tahu Shah sedang serba salah. Mahu menolong Rabecca yang dianggapnya sebagai kawan tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menyakiti hatinya.

"Sayang...abang...

"Kalau abang rasa abang boleh tolong dia, selesaikan masalah dia dan boleh ringankan sedikit beban dia. Sha tak akan halang abang. Sha pun boleh tolong abang untuk tolong dia," Sha tersenyum. Dia yakin dia membuat keputusan yang tepat walaupun ada sedikit rasa cemburu apabila mengetahui suaminya memang disukai oleh ramai perempuan dia luar sana.

"Sayang! Bertuahnya abang kahwin dengan sayang. Bertuah betul abang dapat isteri sebaik sayang," Shah terus mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Terharu dengan kata-kata isterinya.

"Tolong tu bukan bermaksud abang tolong jadi pak sanggup ok! Kalau abang tak nak hidup lama abang cubalah!" Sha memberikan amaran keras. Shah tergelak kecil sebelum membawa tubuh isterinya ke dalam dakapannya.

"Abang rasa kan, abang dah jatuh cinta lagi dengan sayang malam ni. I'm so crazy about you baby! Kalaulah sayang tak uzur dah lama abang angkat sayang masuk bilik tahu tak!" satu tamparan kuat singgah di belakang Shah sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya. Shah ketawa sekuat hati. Hatinya cukup lega dan perasaannya begitu bahagia. Pelukannya semakin dieratkan. Berdoa dalam hati, janganlah ada apa-apa yang bisa menggugat hubungan mereka berdua.

P/S: Maaf di atas kelewatan untuk post bab ni. Hehehe. Selamat membaca dan semoga terhibur. Komen anda amat Sha hargai.

12 comments:

zawani mukhtar said...

ala, mcm ada bala jer yg nk dtg, cik writer best giler criter ni, thanxs

mila said...

fuhhhh. suka giler....suka shah... sayang sha... tq...

Anonymous said...

Best ! ! !

evy said...

hrp semuanya akan jd lbh baik dan niat baik shah n sha akan m'buahkan hasil yg baik...suka la couple ni...semoga happy hingga akhirnya..:)

nadzasy said...

best sgt2...

Anonymous said...

huhhh ... sikit g nk pengsan...
eh sha ni jgn lh terlibat ngan kes ni... sgt baik ati
at least jgn heavy conflit k? .. x suke
hmm lepas ni zulhisyam kena btanggungjawap n xkacau sha lagi .... yahooo ...

-easylife

The Lady Chosen said...

sgt suke ngan sha, tidak mudah terpengaruh & melenting tak tentu psl...sgt best tak sabar nk tunggu next n3 XD

Repangzel said...

ske baca kisah Sha & shah ni..dorg ni mmg sweet & romantik couple la :)
bagus sha xcepat melatah bla ada yg cuba fitnah suami dia..shah pun xde nak sorok2 rahsia dari Sha..
best!!
** sha ada sedikit kesilapan
sepatutnya -merosakan bkn mensorakan ** peace! ;)

strawberry.chocolate81 said...

sha......nak lagi..........

Anonymous said...

awat skit sgt kak sha??? pnjang skit.. lgi satu mne CADS???

miznza84 said...

aduiiii nape sikit sgt ni sha.. nak lagi plsss...

YONG JIAO XIU said...

wallah!bagus sha, cool je dia. suka watak cengini, tak melatah. hehe so nti sha pasangkan iskandar gan becca tu ke?hehe bagus gak, hope la sha blh kasi is tu insaf. so bila nak pindah office ni?or jadi suri rumah? nk ke sha jadi suri rumah ni?hehehe mcm tak npk jln jadi suri rumah je dia kan.next sha next.hehe thanks ya.