BAB 31
Usai menyediakan sarapan pagi, Sha mula mencari kelibat suaminya. Sebentar tadi dia ada ternampak Shah keluar menuju ke arah kolam renang. Kakinya berhenti melangkah apabila terpandang Shah yang sedang berdiri di tepi kolam renang sambil memeluk tubuh. Dari jauh dia melihat suaminya itu sedang termenung sambil melepaskan pandangnnya ke dasar kolam renang. Sha melepaskan keluhan. Nalurinya seakan-akan dapat mengagak apa yang sedang menganggu fikiran suaminya itu.
Sha terus menapak menghampiri Shah lantas tubuh suaminya itu dipeluk perlahan dari belakang. Shah sedikit terkejut, kemudian tersenyum. Mereka mendiamkan diri buat seketika. Sha seakan-akan faham dengan Shah yang sedang cuba untuk menenangkan fikirannya buat seketika.
"Jom sarapan. Sekejap lagi nak ke rumah mummy kan? Petang nanti nak ke rumah Adif pulak," Sha memecahkan kesunyian di antara mereka. Kedengaran Shah melepaskan satu keluhan berat. Sha terus meleraikan pelukannya lantas bergerak dan berdiri berhadapan dengan suaminya.
"Kenapa ni?" suara Sha lembut menyapa telinga Shah. Shah tersenyum hambar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Sukar untuk dia menjelaskan pada isterinya apa yang sedang menganggu fikirannya ketika itu.
"Ini mesti pasal semalam kan?" Sha tahu tekaannya itu pasti tepat. Sejak dia menceritakan perihal Rabecca, asalkan ada peluang, Shah pasti termenung sendiri.
"Sayang...abang tak tahu nak jelaskan macam mana pasa sayang...abang....
"Sha tahu. Abang tentu susah hati bila dapat tahu keadaan Rabecca tu kan? Abang mesti rasa bersalah sebab satu ketika dulu abang pernah rapat juga dengan dia. Sekarang ni bila abang tahu yang dia dalam kesusahan dan memerlukan bantuan abang, abang tak tahu macam mana nak tolong dia kan?" Sha merenung jauh ke dalam anak mata suaminya. Inginkan kepastian. Wajah suaminya itu kemudiannya dielus lembut. Cuba untuk memujuk agar Shah sudi berkongsi dengannya.
"Kalaulah Sha ni tak kenal abang sejak kecil, rasanya dah lama Sha akan anggap yang abang ni ada hati dekat Rabecca tahu tak?"
"Sayang...jangan salah faham. Dalam hati abang hanya ada sayang. Sungguh, abang tak tipu. Abang sayangkan sayang je. Hanya sayang yang abang cinta dalam dunia ni. Serius, hanya sayang seorang saja," dengan pantas Shah memberikan penjelasan sebelum salah faham terjadi antara mereka. Dia tidak mahu menambah kekusutan yang sedia ada. Dia masih boleh mengawal emosinya jika ada masalah di tempat kerja mahupun masalah lain. Tetapi, dia langsung tidak boleh membayangkan apa yang bakal terjadi pada dirinya sekiranya ada masalah yang terjadi antara dia dan Sha.
"Sebab tu la Sha cakap tadi. Kalau Sha ni tak kenal dengan abang sejak kita kecil, dah lama Sha anggap yang abang ni sukakan Rabecca tu. Tapi terus terang Sha cakap, Sha pun ada sikit rasa cemburu jugaklah bila abang ambil berat pasal girlfriend abang sampai macam tu sekali. Patut la girlfriend abang sebelum ni susah nak lepaskan abang," Sha menghadiahkan senyuman penuh makna kepada suaminya.
"Mana ada. Abang ambil berat pasal sayang seorang saja la, tak payahlah sayang cemburu," kini giliran Shah pula mengelus wajah lembut isterinya. Kenapa susah sangat dia nak menyembunyikan perasaannya daripada Sha. Isterinya terlalu memahami dirinya.
"Tak payahlah abang nak menipu Sha. Tipu orang lain boleh la. Kan semalam Sha dah bagi kebenaran pada abang untuk tolong Rabecca kan? Apa lagi yang buat abang terganggu ni?"
"Abang tahu sayang dah bagi kebenaran. Abang hargai sangat sebab sayang cukup faham dengan abang. Masalah sekarang ni, abang geram gila bila fikirkan yang Zulhisyam ada kena mengena dalam hal ni. Yang Rabecca pun satu hal, bebas sangat. Bila dah jadi macam ni baru nak menyesal. Baru kalut nak minta tolong dengan semua orang. Geram la! Eeiii...sakit hati abang bila fikirkan pasal Playboy tak laku tu...pasal Rabecca yang tak pernah nak terima nasihat abang, lepas tu suka-suka jek dia nak tuduh abang bertangggungjawab atas kandungan dia tu!" Shah melepaskan segala kemarahan yang dia rasakan ketika itu. Nasib baik Iskandar tidak ada di hadapannya waktu itu. Kalau tidak memang lebam muka lelaki itu dikerjakan olehnya.
Sha mula menggosok perlahan dada bidang suaminya. Cuba untuk menenangkan amarah suaminya. Memang dia dapat rasakan jantung Shah memang berdegup kencang ketika itu.
"Kalau semalam, abang kata yang abang bertuah dapat isteri macam Sha. Pagi ni Sha nak cakap yang Sha bertuah sangat dapat suami macam abang tahu tak. Mana ada suami orang lain ambil berat pasal ex-girlfriend dia macam tu sekali," Sha memuji dalam masa yang sama turut sama memerli. Walaupun hatinya ada terselit rasa cemburu namun dia tahu, itulah suaminya. Memang itu perangai Shah sejak dulu. Sebenarnya sejak zaman sekolah. Kalau tidak, mana mungkin suaminya itu berusaha untuk mendapatkan peguam terbaik untuk menolong menyelesaikan kes Hawa.
"Sayang...janganlah macam ni. Abang tak ada niat lain pun. Abang ikhlas nak tolong je. Tak ada maksud lain sayang...sayang janganlah cemburu," Shah pula seakan-akan mengerti maksud yang tersembunyi di sebalik kata-kata isterinya. Suaranya sudah bertukar manja.
"Tahulah! Dah la. Abang tak payah fikir banyak sangat pasal ni. Cuma Sha nak ingatkan abang satu je. Abang tahu kan, gerak geri abang memang sentiasa diperhatikan. Jangan niat baik abang ni akan disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Penat la Sha nak menjawab dengan keluarga kita,"
"Oh! Abang janji! Kalau abang nak jumpa dengan Becca, abang ajak sayang sekali," Shah tersenyum gembira. Bangga mempunyai seorang isteri, juga merupakan kawan baiknya sejak kecil yang cukup memahami.
"Tapi Sha bangga sangat dengan abang. Untuk bulan ni, tak ada majalah ataupun paper yang bercerita pasal perangai 'arnab' abang tu. Senang hati Sha,"
"Uit! ye ke? Ala...mesti peminat abang yang suka tilik muka abang dekat majalah selama ni rindu dekat abang, frustnya!" Shah mula berseloroh.
"Eiiiii...dia ni kan! Ada hati lagi tu!" Sha menumbuk perlahan dada suaminya. Shah mengaduh sakit kemudian ketawa sekuat hati. Tubuh isterinya diraih lalu dipeluk dengan begitu erat. Bahagia ada di mana-mana selagi Sha sentiasa di sisinya.
***************************
"Abang nampak tak apa yang saya nampak?" Puan Sri Marina mendapatkan suaminya yang sedang berehat di sofa sambil membelek surat khabar. Itu adalah rutin harian suaminya apabila selesai menjamu selera.
"Nampak apa pula awak ni?" Tan Sri Borhan agak terkejut dengan kehadiran isterinya yang seakan-akan macam pencuri. Apatah lagi, isterinya itu separuh berbisik apabila berbicara dengannya.
"Shah dengan Sha tu la, saya perasan kan bang, sejak dia sampai kat rumah kita dari pagi tadi, anak lelaki abang tu langsung tak berenggang dengan Sha, mesra semacam jek mereka tu," suara Puan Sri Marina masih lagi berbisik. Mengambil peluang bila anak dan menantunya tidak berada di hadapan mereka.
"Ya Allah awak ni kan. Dah mereka suami isteri memang la mereka mesra. Takkan tak boleh pulak kot? Macam-macamlah awak ni Ina," Tan Sri Borhan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia tersenyum lantas meneruskan bacaan surat khabar yang dipegangnya.
"Memang la tak salah. Tapi saya pelik. Mana pernah sebelum ni kita tengok mereka tu mesra macam tu. Anak abang tu pulak. Tak kira depan kita, bukannya dia segan nak peluk cium isteri dia tu, bersahaja jek sampaikan saya tengok Sha pulak yang tak selesa. Saya yang tengok ni pun naik segan tau" Puan Sri Marina tersenyum sumbing. Perasaan bahagia berbaur lucu pun ada melihat kemesraan anak menantunya itu. Lehernya sedikit memanjang mengintai ke arah dapur, risau sekiranya Sha dan Shah datang ke ruang tamu. Tadi dia melihat anak menantunya itu sedang memotong buah-buahan.
"Alah. Awak dulu-dulu pun macam tu jugak,"
Tamparan halus singgah di lengan Tan Sri Borhan. Dia tergelak kecil. Lucu dengan sikap isterinya yang kadang-kala suka sangat memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. Namun, apa yang diberitahu oleh isterinya itu ada kebenarannya juga. Dia sendiri sedar akan perubahan anak tunggal dan menantunya itu tetapi dia hanya mendiamkan diri. Biarlah, asalkan rumah tangga anak kesayangannya itu bahagia.
"Entah-entah Sha tu dah mengandung kot bang?"
"Aha, awak jangan nak buat spekulasi yang bukan-bukan pulak Ina. Jangan nak meneka benda yang belum tentu. Kalau Sha tu betul-betul mengandung tak apa. Alhamdulillah. Kalau tak? Kecil hati menantu awak tu nanti, kalau ada berita gembira mesti mereka akan beritahu kita, takkan nak rahsiakan pulak," Tan Sri Borhan mula menegah. Bukan dia tidak kenal dengan sikap isterinya yang kadang-kadang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang lain.
"Saya teka je," suara Puan Sri Marina mula mendatar.
"Tak payah meneka. Kalau ada berita baik, kita akan tahu juga nanti," Tan Sri Borhan terus membuat kesimpulan. Tidak mahu isterinya terus menerus berbincang mengenai perkara tersebut. Dia faham isterinya begitu teringin untuk menimang cucu, dia juga berperasaan yang sama, namun dia tidak mahu perkara ini juga akan membebankan anak menantunya sekiranya dia dan isteri sering sahaja mengungkit.
"Maaf mummy, daddy lambat, abang ni bukan dia nak menolong, melambatkan adalah," Sha tiba-tiba muncul dengan Shah dari dapur. Puan Sri Marina terus menjeling suaminya penuh makna.
"Jemput makan mummy, daddy," Sha meletakkan hirisan buah-buahan di atas meja kecil dekat dengan ibu dan bapa mertuanya lalu melabuhkan punggung di sisi Shah yang awal-awal lagi sudah duduk di salah sebuah sofa.
"Mummy...Shah dengan Sha kejap je ni tau. Lepas Asar nanti kita orang kena balik, nak pergi rumah Adif. Dah janji nak makan malam dekat sana,"
"Laaa...kenapa sekejap sangat, mummy ingatkan Shah dengan Sha nak makan malam kat sini," ada sedikit nada kecewa dalam butir bicara Puan Sri Marina. Sudah lama anak dan menantunya tidak datang melawat, masih belum puas menilik wajah anak tunggal dan menantu kesayangannya.
"Sha pun ingat nak makan malam dekat sini juga mummy, tapi dah abang dah janji nak makan malam rumah kawan dia. Tak apa, lain kali Sha datang lagi," Sha cuba memujuk. Dia kenal juga dengan perangai mertuanya itu yang kadang-kala agak sensetif.
"Errm..tak apalah kalau macam tu, ini mummy nak tanya...mummy tengok....
"Mummy kamu ni dari tadi nak bertanya tapi dia segan. Dia nak tanya Sha, sejak bila Sha bertudung?" tiba-tiba Tan Sri Borhan memotong bicara isterinya. Sudah dapat mengagak apa yang ingin ditanyakan oleh isterinya. Memang tidak makan saman sunggu Cik Marina ni! Desis hatinya. Puan Sri Marina terus menjeling tajam ke arah suaminya sambil mencebik geram.
"Oh, baru je mummy. Alhamdulillah. Shah pun terkejut jugak. Cantik kan mummy isteri Shah bertudung?" Shah terus memeluk mesra pinggang isterinya. Sha terus menyiku Shah yang suka sangat angkat bakul sendiri. Buat malu sungguh!
"Alhamdulillah. Bagus la tu," Tan Sri Khalid membalas jelingan isterinya. Masih memberikan amaran dalam diam.
"Tapi kan mummy tengok kamu berdua ni mesra semacam je. Ada apa-apa ke? Sha dah mengandung ek?" ternyata Puan Sri Marina tidak mahu kalah. Hatinya tidak aman selagi apa yang ingin dia tahu tidak terjawab. Shah dan Sha mula berpandangan. Akhirnya Shah tersengeh memandang mummynya.
"Tak ada rezeki lagi la mummy. Kalau ada, Shah cepat-cepat beritahu mummy ok," Shah mula mengenggam erat tangan isterinya. Dia tahu Sha sedikit tidak selesa apabila membincangkan hal tersebut. Bukan mereka tidak mahu, tetapi rezeki masih belum menyebelahi mereka.
"Entah la awak ni. Maafkan mummy kamu ni ya, Sha. Mummy ni memang macam tu. Teruja sangat nak jadi nenek," Tan Sri Borhan cuba untuk tidak merosakkan suasana. Pening dia nak melayan kerenah isteri tercinta seorang ni.
"Mummy dah jadi nenek ek? Jangan risau mummy, Shah tengah berusaha bertukus lumus la ni. Sebab tu mummy tengok kami mesra je," Shah berseloroh dengan wajah bersahaja. Sha terus mencubit peha suaminya. Wajahnya mula terasa panas menahan malu. Ya Allah! Shah kalau bercakap, bukan dia nak berlapik.
Tan Sri Borhan turut sama tergelak. Akhirnya Puan Sri Marina turut sama ketawa. Lega sebenarnya mendengar penjelasan anaknya walaupun dalam nada bergurau. Sekurang-kurangnya dia tahu, anak menantunya itu tidak merancang.
"Hah Shah! Alang-alang kamu dah ada ni, daddy nak kamu uruskan Hari Ulangtahun Syarikat kita yang ke 30 tahun hujung bulan ni," tajuk perbualan mula bertukar.
"Oh! Shah hampir-hampir terlupa. Insya-Allah, nanti Shah uruskan. Daddy nak buat kat mana?"
"Tak kisah, janji daddy nak jemput semua company yang bekerjasama dengan syarikat kita dengan semua kenalan-kenalan daddy. Jangan lupa kenalan-kenalan Shah sekali, Sha pun sama,"
Shah mengangguk faham. Kalau tidak daddynya tolong ingatkan akan perkara tersebut, sudah tentu dia hampir terlupa. Banyak sangat perkara terjadi sehingga dia tidak sempat memikirkan semua itu.
*******************
"Gila la beb, kau masak! Serius best!" Shah sempat memuji Syed Adif sekali lagi sebelum melangkah keluar dari rumah lelaki itu.
"Well, tengok kaki la. Kau je yang tak pandai masak!"
"Tak apa! Sebab aku ada isteri yang pandai masak," Shah terus memaut pinggang isterinya dengan mesra. Syed Adif hanya tersenyum. Tumpang bahagia melihat kebahagiaan sahabat baiknya.
"Tadi Sha kata rumah kawan Sha ada dekat aras ni juga kan? Kat mana?" soal Syed Adif kepada Sha. Dia agak terperanjat apabila Sha memberitahunya kawan baik dia juga tinggal di bangunan yang sama, malah aras yang sama.
"Oh! Tu dekat sana!" Sha terus menunjukkan ke arah pintu yang selang satu pintu dari rumah sebelah Adif. Sebenarnya Sha sendiri terkejut apabila Shah membawa dia ke kawasan apartment tersebut. Apatah lagi, rumah Syed Adif satu aras dengan Mariatie. Mariatie memang baru berpindah ke apartment ini setelah apartment lama tempat dia tinggal sebelum ini, sistem keselamatan agak longgar. Shah sendiri pun langsung tidak tahu Mariatie tinggal di apartment ini.
"Dia tak ada kat rumah sekarang ni, keluar, kalau tak, Sha boleh kenalkan dengan Adif," sambung Sha.
"Sha! Kau buat apa kat sini?" tiba-tiba satu suara memanggil namanya dengan kuat. Kelihatan Mariatie berlari anak menuju ke arah Sha dan Shah dengan wajah yang cemas. Hawa turut sama berada di sisinya.
"Yang kau ni kenapa? Macam baru lepas tengok hantu je?" soalan dibalas dengan soalan.
"Aku...aku dengan Kak Hawa hampir-hampir kena tangkap dengan suami Kak Hawa tadi! Nasib baik kami sempat lari," suara Mariatie seperti dalam keletihan.
"Dekat mana? Kau tak apa-apa? Kak Hawa?" Shah pula menyoal dengan cemas.
"Akak tak apa-apa Shah. Dia tak sempat nak kejar kami. Alhamdulillah kami sempat larikan diri," Hawa menjawab perlahan. Hampir terputus nyawanya apabila terserempak dengan suaminya apatah lagi suaminya itu sedaya upaya cuba mengejar mereka di celahan orang ramai di pusat membeli belah tadi.
Syed Adif yang melihat kejadian itu mula menggarukan kepalanya yang langsung tidak gatal. Pening mendengar bual bicara yang langsung dia tidak faham. Dia menyentuh bahu Shah, cuba mendapatkan penjelasan.
"Oh, sorry. Nanti aku beritahu kau kemudian. Ini aku kenalkan kau, Mariatie, kawan baik Sha, dan ini pula Kak Hawa, kawan kami berdua," Syed Adif menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda berkenalan.
"Syed Adif. Panggil saya Adif je," Syed Adif tersenyum. Dia memandang wajah Mariatie. Kalaulah gadis ini yang menjadi kawan baik Sha, dia memang selalu nampak. Malah beberapa kali juga dia menegur Mariatie walaupun tegurannya itu dibalas agak dingin oleh gadis itu.
"Oh, jiran mesra rakyat ni kawan baik kau ek Shah?"
"Jiran mesra rakyat?" Shah pelik mendengar bait bicara Mariatie. Sha pula terus mencubit lengan Mariatie, faham sangat dengan perangai kawannya yang tidak pandai menjaga mulut.
"Betul la! Dah memang dia mesra rakyat," Mariatie tersengeh memandang Syed Adif kemudian tersenyum memandang Sha. Sha mula menghadiahkan jelingan. Ini mesti Syed Adif cuba berborak dengannya namun Mariatie buat-buat tidak tahu ataupun bersikap dingin. Sha membuat spekulasi sendiri. Tahu sangat perangai sahabat baiknya itu.
"Ni, kau bawa kau Kak Hawa masuk dalam rumah, dah lewat dah ni. Lepas tu kau keluar, ikut aku kejap, ada benda yang aku nak bincangkan," Sha memberikan arahan. Mariatie sekadar mengikut arahan. Sha terus bersalaman dengan Kak Hawa sebelum wanita itu melangkah mengikut Mariatie.
"Maafkan Mariatie Adif, dia memang macam tu. Mulut dia bukan boleh control kalau dia nak cakap apa. Main redah je," Sha mula segan dengan Syed Adif.
"It's ok. Tapi setiap kali saya tegur dia, dia macam jawab tak nak jawab je,"
"Sebab dia tak kenal dengan kau Dif, kalau dia kenal, mahunya penat kau nak melayan dia bercakap," Shah tolong menjawab bagi pihak Sha. Dia sendiri pun agak rapat dengan Mariatie semenjak dia berkahwin dengan Sha. Memang mula-mula gadis itu agak pendiam, tetapi bila dah lama kenal, sikap peramahnya dapat dilihat dengan jelas. Syed Adif tersenyum sambil mengangguk faham. Menarik!
************************************
"Kalau boleh, aku nak kau pujuk Kak Hawa supaya buat report, hanya itu saja cara dia nak selamatkan diri dari suami dia tu," Shah mula teringat pesanan kawannnya tempoh hari.
"Aku dah cuba la Shah, tapi dia tak nak, dia cakap dia takut," jawab Mariatie. Suasana di kawasan letak kereta pelawat itu agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang untuk keluar dan masuk.
"Kau cuba la lagi beb! Aku risau la, lama-lama nanti suami dia dapat tahu dekat mana dia tinggal. Naya wei!" Sha pula menyambung.
"Nanti la, aku cuba lagi,"
"Sha kan?" tiba-tiba satu suara garau menegur dari belakang. Mereka bertiga serentak menoleh. Kemudian Sha dan Mariatie berpandangan sesama mereka. Mariatie mula tersengeh. Sha pula tidak keruan.
"Abang Raziff! Abang buat apa kat sini?" Mariatie menyoal dengan nada yang cukup ceria. Shah pula mula memandang wajah isterinya. Inginkan penjelasan.
"Abang jumpa member tadi. Tak sangka pula dapat jumpa Sha dengan Atie dekat sini, buat apa kat sini?" soal lelaki yang bernama Raziff itu kembali.
"Oh, Atie tinggal sini, Sha datang jumpa Atie. Ini Atie kenalkan suami Sha, Shah," Mariatie pula yang tolong memperkenalkan Shah dengan Raziff. Sha seakan-akan 'blur' buat seketika. Entah mengapa dia terasa cemas waktu itu.
Shah terus menghulurkan tangan kepada Raziff dan disambut mesra oleh lelaki itu.
"Maaflah, abang tak boleh datang masa Sha kahwin dulu, abang ada kat oversea! Kursus kat sana dua minggu," Raziff memandan wajah Sha sekali lagi. Tidak puas melihat wajah gadis yang pernah mencuri hatinya. Apatah lagi gadis itu sudah bertudung, lagi menyerlahkan keayuannya.
"Tak apa, Sha faham,"
"Abang buat apa sekarang ni? Ada kad tak? Atie nak," Seperti selalu Mariatie jenis yang tidak pernah kenal erti malu kalau dengan seseorang yang dia kenal.
"Oh,kejap," Raziff mengeluarkan 'wallet' kepunyaannya lalu sekeping kad diberikan kepada Mariatie.
"Maaf, ada sekeping jek kad dalam wallet abang," Raziff serba salah. Apatah lagi dia hanya mampu boleh memberikan kad kepada Mariatie sahaja.
"Tak apa, Atie boleh kongsi dengan Sha,"
"Oh ya! Abang dah lewat dah ni, abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa boleh call abang. Mana la tahu kita boleh keluar makan ke, apa ke," Raziff meminta diri. Sebenarnya dia agak tidak selesa berhadapan dengan lelaki yang telah sah menjadi milik gadis yang pernah bertakhta di hatinya. Apatah lagi, Sha pun seakan-akan tidak selesa dengan kehadirannya.
"Abang tak kahwin lagi ek?" tiba-tiba Mariatie menyoal. Sha terus menyiku Mariatie yang kebetulan sedang berdiri di sebelahnya.
"Jodoh abang tak sampai lagi," jawapan Raziff membuatkan senyuman Mariatie semakin melebar. Dia menjeling ke arah Sha. Jelingan yang hanya Sha seorang sahaja yang tahu.
Shah pula seakan-akan dapat merasakan sesuatu. Apatah lagi melihat telatah isterinya yang sedang menahan resah. Berbeza dengan perangai isterinya yang sebelum ini. Ada sejarah yang dia tidak tahu ke antara lelaki ini dengan isterinya? Hatinya mula terdetik. Rasa cemburu mula menerjah.
"Ok la, abang pergi dulu, jumpa lain kali ya," Raziff sempat bersalaman dengan Shah sebelum melangkah meninggalkan mereka.
"Ok bang! Bye!" suara Mariatie cukup girang. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan 'abang senior' yang digilai ramai dekat kampus dahulu. Jejaka idaman Malaya!
" Abang Raziff tak kahwin lagi rupa-rupanya, hairan aku lelaki handsome dengan kerja sebagai architect masih belum berumah tangga," Mariatie tersenyum sambil menjeling penuh makna ke arah Sha. Kad yang diberikan oleh lelaki itu ditilik beberapa kali.
"Belum sampai jodoh dia lagi la tu," Sha bersuara sambil memandang Shah di sebelahnya. Shah memandang sekali lagi ke arah lelaki yang beberapa kali menoleh memandang ke arah mereka sebelum menghilangkan diri masuk ke dalam perut kereta.
"Yalah. Kau tu jual mahal sangat. Bukan main lagi Abang Raziff suka dekat kau, kau langsung tak layan. Padahal muka abang Raziff pun taste kau jugak kan? Kau pun tergila-gila dekat dia juga masa dia handle minggu orientasi kita," Sha terus menyiku Mariatie yang seakan-akan tidak mengawal bicaranya. Suka sangat bercakap lepas tanpa mengira situasi. Kemudian, sekilas memandang suaminya di sebelah sambil menghadiahkan senyuman.
"Ops! Sorry! Tapi itu kisah dulu-dulu kan. Masa muda-muda, cinta monyet!" Mariatie cuba menutup kembali ketelanjurannya. Dia menampar lembut mulutnya dan terus tersengeh memandang Shah yang mula berubah riak wajahnya.
"Jom abang kita balik," ajak Sha terus memaut lengan suaminya. Shah hanya mendiamkan diri. Langsung tidak menjawab apatah lagi memberikan sebarang reaksi. Sha mula merasakan sesuatu yang tidak enak. Aduh! Kantoi! Dia sendiri tidak pernah membuka cerita mengenai kisahnya di kampus kecuali persahabatannya dengan Mariatie. Ini Mariatie punya pasal la ni! Sha menjeling tajam kepada Mariatie.
"Aku nak balik dulu. Ingat, kau jangan suka-suka bawa Kak Hawa keluar macam tadi, nasib baik suami dia tak sempat kejar korang," Sha mula berpesan. Risau juga kalau perkara menakutkan itu berulang lagi.
"Yes mem!"
"Aku balik dulu!" Sha mula menarik tangan Shah.
"Kad Abang Raziff ni kau tak nak ke?" soal Mariatie sebelum Sha dan Shah melangkah pergi. Sekali lagi jelingan maut dari Sha dihadiahkan kepadanya. Shah pula mula berdehem beberapa kali.
"Oh. Aku lupa, aku yang minta, so kad ni aku punya la!" Mariatie menggaru-garukan kepalanya. Alahai! Kenapalah susah sangat dia nak mengawal mulut becoknya itu.
Sha terus menerus memaut lengan suaminya dengan erat. Dalam masa yang sama cuba untuk menenangkan suaminya itu. Dia tahu, Shah sedang memendamkan perasaannya. Bila-bila masa sahaja suaminya itu akan menyoalnya dengan pelbagai soalan. Dan dia memang tidak tahu jawapan yang bagaimana harus dia berikan nanti.
"Abang cakap nak tonton tayangan larut malam tadi kan? Jom," ajak Sha.
"Tak nak! Tak ada mood! Nak balik tidur!" jawapan dari Shah menyebabkan Sha tidak keruan. Sah! Habis la dia! Kali ni mesti susah dia nak memujuk. Ini soal lelaki lain yang kononnya pernah dia sukai. Ini mulut celupar Mariatie la ni! Omel Sha dalam hati.
P/S: Hahaha...habiskan bab denga suspen! Jangan lupa komen..terima kasih =)
13 comments:
hahha.,.shah jeles..best2!!xsabar nak tunggu apa jadi kat sha n shah...
shah majok cam bdk2 xpt cekelat..hahahah..
Haha goda shah, sha. confirm dah okay :P
shah jeles..terpaksa la sha cr idea mcm mn nak pujuk ni...
last bab kat blog ke ni? T_T
huhu mulut ati ni kan...iiiiieeeeeee kesian kat sha ni nak memujuk shah. dah la dah berbunyi mulut mak mertua pasal anak, tambah pasal becca(beca hehe) n hawa lagi. selamat la sha jenis cool je.
mariatie mulut tmpayan,
thu shah jeles dgn isteri dia. hahahaha.. next n3 please!!
sangat menarik... good job
best....best...
ni bab last ker....
Hehehehe...terima kasih buat semua yang sudi tinggalkan komen..ini bukan bab akhir yang sha post kat blog...akan ada lagi sha post..tengok dulu bila lak sha nak stop tapi buat masa skrg masih ada lagi la bab yg akan dipost...ehehehehe...jangan risau..kalau nk stop nnt sha akan beritahu...terima kasih sekali lagi...luv u all la =)
hahahhaha cemburu nya dia....
alaa ... jgn le stop!!!
hope shah x tlalu emo ... kesian sha ... all this while sha sabar je ngan perangai shah dating with d girls...
-easylife
Apalah Shah tu semua hal lepas.... zaman cinta monyet lah.... jangan cemburu sangat kkkk....
Cerita lalu shah boleh sha terima ... x kan cerita lalu sha pun shah nak buat sebab.... x rock lah ........
Post a Comment