Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan persaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai. Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan 'stylo' kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Berbeza dalam setiap sudut. Termasuklah penampilan, tingkah laku serta perangai yang dianggap oleh arwah mummynya agak tidak sesuai dengan imej seorang gadis.
Di villa mewah itu, semuanya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidak begitu mudah seperti yang difikirkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Mampukah Edlynn bertahan di villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Edlynn Jasmin akan menunjukkan bagaimanakah dirinya yang sebenar? Semuanya akan terjawab dalam 'CINTA ADA DI SINI'. Kisah kasih sayang, kekeluargaan dan percintaan.
8 comments:
Menarik . Hee~
[syaza_nadiah]
wow cerita baru.......hmmm nampak gaya menarik cerita ni...
best... ganti cite sha n shah ke ?
menarik....
citer baru ni...
k tggu next chapter?
salam...
wah dah nk msuk n3 bru.
xsbar nk bc.
gnti envel sya n syah kew??
Wah bagus novel akak...... smua cite n novel akak sye khatmkan.... karya yg bwak byk makna n tauladan..
teruskan kak... saya menanti.. hope akak dpat byk idea dlm karya penulisan ni..... chaiyok.
Post a Comment