Thursday, September 20, 2012

SEGALANYA UNTUKMU, SURAYA : BAB 3 PART II

BAB 3 PART II

Faizul sekadar memerhati. Menolak troli sambil melangkah mengikut isterinya dari belakang. Dalam hal sebegini, dari awal dia mengangkat tangan dan mengaku kalah. Dia mungkin seorang suami yang tidak begitu sempurna apabila melibatkan perkara ini. Memilih dan membeli barang-barang dapur dan bahan-bahan masakan memang bukan kepakarannya.

"Abang bosan ye?" Suraya meletakkan dua botol besar jus oren ke dalam troli. Wajah Faizul ditenung buat seketika kerana inginkan kepastian.

"Kenapa sayang tanya? Sayang nampak abang macam bosan ke?" soal Faizul semula. Dia mengaku, setahun mereka berkahwin, dia memang terlalu jarang menemani isterinya ke tempat-tempat begini. Biasanya Suraya akan ditemani Zarina, kakak ipar mereka yang telahpun mengajar di salah sebuah sekolah sekitar KL setelah mendirikan rumah tangga dengan Faizal.

"Tak adalah. Su takut abang bosan. Sebab Su tahu...abang bukannya suka tempat-tempat yang macam ni kan?" ujar Suraya lalu berpaling untuk kembali mendapatkan barangan yang diperlukan. Namun belum sempat kakinya melangkah, Faizul terlebih dahulu pastas menyambar tangannya lalu ditarik sehingga batang tubuh Suraya terdorong mendekatinya.

"Abang minta maaf sayang," tiba-tiba sahaja suara Faizul bertukar sayu. Hah! Sudah! Apa pula silap dia kali ni? Suraya mula resah.

"Kenapa abang nak minta maaf pulak?" soal Suraya polos. Waktu itu memang dia tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh Faizul. Kalau dia yang salah, sepatutnya dia yang harus meminta maaf, ataupun suaminya itu akan melenting, namun yang terjadi adalah sebaliknya.

"Sebab abang tak mampu nak jadi macam suami-suami wanita lain. Yang sama-sama datang ke tempat macam ni, sama-sama cari dan pilih barang-barang dapur, dan mungkin kadang-kala masuk dapur lepas tu masak untuk isteri. Abang tak mampu nak jadi suami yang macam tu," suara Faizul kian mendatar. Bukan dia tidak mahu menjadi suami yang terbaik untuk Suraya. Dia memang akan melakukan apa sahaja asalkan dapat membahagiakan isteri tercinta namun untuk lakukan perkara-perkara begini, dia memang 'buta' dan 'bodoh'. Ataupun dia mungkin juga 'ego'. Ego seorang lelaki yang mungkin menganggap perkara ini adalah perkara yang harus dibuat oleh kamu Hawa. Entahlah, diapun tidak pasti, tetapi Insya-Allah, siapa tahu, suatu hari nanti, dia mungkin akan berubah. Itu Allahualam!

"Abang bukan suami wanita lain, abang suami Su. Suami Su adalah suami Su. Su kenal siapa suami Su. Su tahu apa yang suami Su suka dan apa yang suami Su tak suka. Hanya Su sahaja yang boleh nilai abang, pedulikan apa yang suami wanita lain boleh buat, sebab bagi Su abang dah cukup terbaik buat Su. Su tak nak abang jadi orang lain, Su nak abang jadi diri abang macam sekarang ni," suara Suraya cukup lembut. Merenung jauh ke dalam mata suaminya semata-mata mahu meyakinkan Faizul bahawa apa yang dia katakan sebentar tadi adalah lahir ikhlas dari lubuk hatinya.

Faizul mengelus lembut wajah isterinya. Panahan matanya membuatkan Suraya sedikit resah dan riak wajah itu membuatkan Faizul tersenyum nakal. Mengerti sangat apa yang sedang bermain di dalam kepala isterinya. Apatah lagi melihat keadaan Suraya yang mula menjeling ke kiri dan ke kanan. Tak selesalah tu! Tahu sangat dengan sikap tertutup isterinya. Cepat sangat menggelabah dan malu.

"Terima kasih sayang," ucapnya lembut.

"Sama-sama kasih abang. Mereka kat luar sana tak tahu apa yang abang dah korbankan pada Su selama ni. Dan untuk pengorbanan abang tu, Su sanggup berkhidmat untuk abang selagi Su mampu. Su akan cuba jadi seorang isteri yang terbaik untuk abang," Suraya masih mahu meyakinkan suaminya bahawa dia langsung tidak kisah dengan kekurangan Faizul yang satu itu.

"Tapi kan sayang...abang selalu dengar, perempuan selalu cakap, suami yang tahu memasak, yang tahu masakkan makanan untuk isteri tercinta adalah suami yang romantik. So, abang yang tak tahu masak langsung ni tak romantik la ye?"

"Romantik? Uit! Kalau suami Su ni masih tak romantik tak tahulah nak kata apa! Terlebih kot kadang-kadang, sampaikan Su boleh naik rimas dengan sikap romantik abang yang melampau tu," tingkah Suraya cuba melarikan diri sekali lagi. Suaminya ni bukan boleh percaya. Silap-silap ada juga penonton yang dapat tengok wayang percuma. Sudahla tu, manusia pula semakin membanjiri di situ. Tak boleh jadi ni!

"Sayang nak ke mana? Abang tak habis cakap lagi ni?" tarik Faizul sekali lagi dan kali ini batang tubuh Suraya betul-betul dekat dengan suaminya sehingga deru nafas Faizul mula menyinggah ke muka sebaik sahaja dia mendongak memandang wajah suaminya itu.

"Nak beli barang la. Banyak lagi barang yang tak beli ni," Suraya cuba meloloskan diri. Pautan tangan suaminya di pinggang tika itu membuatkan jantungnya seakan-akan mahu melompat keluar. Alahai! Janganlah nak tunjuk romantiknya dekat tempat awam macam ni!

Bibir Faizul masih menguntum senyuman nakal. Melihat sikap gelabah isterinya semakin membuatkan dia mahu mengusik Suraya. Wajah Suraya yang merona kemerahan memang menjadi satu tarikan yang agak luar biasa pada dirinya. Geram kot!

"Isteri abang ni sentiasa cantik la,"

"Tahu! Sebab tulah abang tergilakan Su separuh mati kan?" Suraya membalas. Cuba berlagak biasa dalam masa yang sama masih belum berputus asa mahu melarikan diri dari pelukan Faizul. Orang ramai seakan-akan mula memberikan perhatian kepada mereka.

"Yup! Dah abang sikitpun tak pernah menyesal gilakan sayang," jawapan Faizul yang seakan-akan melayan apa sahaja yang keluar dari mulutnya membuatkan Suraya kian tidak tentu arah! Mama! Tolong anak mama dah mula dah!

"Abang. Orang tengoklah!" Akhirnya Suraya terpaksa bertindak sedikit kasar dengan menolak kuat batang tubuh suaminya sebelum meloloskan diri dan berjalan pantas meninggalkan Faizul sebelum suaminya itu melakukan perkara 'lepas laku' yang tidak mengira tempat dan masa.

Faizul tergelak besar. Terus menolak troli dan berjalan menghampiri isterinya semula. Melihat isterinya yang langsung tidak menoleh memandangnya dan seakan-akan sibuk memilih sayur-sayuran membuatkan Faizul sedikit geram. Nak mengelak la tu!

"Sayang," panggil Faizul perlahan. Dekat dengan telinga isterinya. Troli yang ditolak tadi mula ditinggalkan di belakang.

"Iye," jawab Suraya pendek.

"Sayang," panggil Faizul sekali lagi. Kali ini dia memegang tangan Suraya. Menghalang isterinya itu daripada terus memilih sayur-sayuran.

"Iye abang, ada apa?" Suraya mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke muka suaminya.

"Sayanggggg," nada suara yang kian manja dan 'merenyam' semacam mula kedengaran. Ya Allah! Sabar sajalah dengan laki aku ni!

"Hah sudah! Dia dah mula dah. Jangan nak mengada-ngada sangat ok! Kita dekat luar ni," suara Suraya masih lagi perlahan namun berbaur tegas. Kena bertegas! Kalau tidak memang naya!

"Sayanggggg,"

"Abang ni kenapa?" wajah Suraya merah menyala. Menghadiahkan jelingan tajam kepada suami tercinta. Melihat senyuman nakal Faizul membuatkan dia mengeluh perlahan. Ya Allah...tolonglah!

"Saja. Sayanggggggg," jawab Faizul bersahaja. Malah semakin mengada-ngada. Melihat Suraya yang semakin mahu mengelak membuatkan dia semakin galak mengusik. Alahai. Comel sungguh! Macam manalah aku tak geram!

"Iye abannngggggggg...abang nak apa ye abanggggggg?" Ambik! Nak sangat menggatal! Ingat aku tak pandai menggatal ke? Bisik hati Suraya geram.

"Huh? Alamak...kenapa sayang tiba-tiba layan abang ni? Jom balik nak?" tangan Suraya ditarik secara tiba-tiba.

"Melampau la tu. Kita baru sampai la. Banyak lagi barang yang tak beli ni. Nanti ada juga yang kebulur karang," marah Suraya, sekali lagi menghadiahkan jelingan tajam.

"Kebulurpun abang sanggup kalau sayang manja macam ni selalu, tak makan nasipun tak apa, janji boleh makan sayang...ahahaha," Faizul galak ketawa. Tapi serius! Tercabar iman dia sekejap. Bukan selalu dapat mendengar isterinya bersuara menja sebegitu.

"Jangan nak mengada sangatlah!" Suraya pantas menumbuk bahu suaminya agak kuat. Geram sangat, dalam masa yang sama, malu yang teramat sangat. Adui! Kalau perempuan lain tak kata suaminya itu romantik lagi tak tahulah. Tapi ini romantik ke mengada-mengada! Ah! kalau tidak mengada-ngada dan manja semacam, itu bukan suami dia la jawabnya!

"Aduh sakit! Sejak bila isteri abang yang lemah lembut selama ni reti bertumbuk ni?"

"Padan muka! Gatal lagi," Suraya menyusun langkah menjauhi suaminya sambil menjelirkan sedikit lidahnya sebagai tanda kali ini kemenangan berpihak kepadanya. Dia terus berjalan menuju ke sudut lain namun apabila dia menoleh, suaminya tidak lagi berada di situ. Malah troli yang ditolak oleh suaminya dibiarkan tanpa bertuan.

"Ya Allah. Ke mana pula dia menghilang ni? Takkan merajuk kot. Takkanlah. Tadi dia senyum jek. Ke pergi toilet? Kot iyapun tak tahan, cakaplah abang oi!" bebel Suraya sendiri terus sahaja mendapatkan troli tadi dan giliran dia pula yang terpaksa menolak.

Suraya memasukkan apa sahaja barangan yang berada di dalam senarai yang ada di helaian kertas yang dipegang. Sekali sekala dia menoleh mencari kelibat suaminya yang masih belum menampakkan batang hidung. Risau juga. Macam dah lama sangat ni? Takkan Faizul betul-betul dah merajuk dan tinggalkan dia seorang di sini. Itu tidak mungkin! Suaminya memang agak panas baran dan agak mementingkan diri sendiri, tapi bukan dengan dirinya.

"Assalamualaikum sayang, miss me?" tiba-tiba batang tubuhnya dipeluk dari belakang. Hampir sahaja Suraya meloncat waktu itu. Namun dia tergamam buat seketika apabila melihat sejambak besar rose merah berada di hadapannya. Matanya kian membulat.

"Apa ni?"

"Untuk isteri abang yang sentiasa abang cintai. Yang sentiasa abang sayangi seperti nyawa abang sendiri. Sebagai tanda terima kasih kerana terima abang seadanya. Walaupun abang tahu bunga ni masih tidak mencukupi untuk segala pengorbanan dan kasih-sayang sayang pada abang selama ni. Tapi kalau sayang nak, hari-hari abang boleh belikan bunga untuk sayang. Sayang cakap je sayang nak bunga apa,"

Suraya tersenyum. Dia terharu. Walaupun bukan kali pertama dia mendapat kejutan sebegitu sepanjang perkahwinan mereka, tetapi kata-kata yang terucap di bibir suaminya membuatkan hati wanitanya tersentuh. Jambangan bunga beralih tangan dan dia terus memusingkan badan mengadap suaminya. Memandang renungan mata suaminya ketika itu, membuatkan dia 'sesat' buat seketika. Seakan-akan tidak sedar dirinya berada di tengah-tengah orang ramai yang sedang sibuk mencari barangan keperluan.

"Abang cintakan sayang," ucap Faizul cukup lembut.

"Su pun cintakan abang,"

"Ehem!" Suara orang berdehem membuatkan Suraya tersedar. Dia memandang sekeliling. Kan! Orang di sini mendapat tayangan percuma! Semua mata seakan-akan sedang merenung mereka. Darah mula menyerbu ke muka, apatah lagi baru dia sedar, waktu itu jaraknya dengan Faizul terlalu dekat dan wajah mereka hampir sahaja berlaga.

Wajah Suraya sudah seperti kerang kena bakar. Namun yang menyakitkan hati, suaminya buat muka bersahaja. Malah sempat dia menghadiahkan satu ciuman di ubun-ubunnya sebelum meleraikan pelukan dan berlagak biasa memaut mesra bahunya dan menolak troli lalu berlalu dari situ. Ya Allah! Hebat betul aura menggoda suaminya!

12 comments:

  1. kelakar lah faizul.. berani betul buat mcm tu..

    ReplyDelete
  2. Faizul x puas lagi ke bermanja dengan Su di rumah??? ... ni kalau Along atau Mama nampak teruk kena sakat lagiiii.... hehehe

    ReplyDelete
  3. sambung lagi..sambung lagi...
    nak bace lagy kak sha...
    ngeeeee best sgt2!!!

    ReplyDelete
  4. nak g dek...naik perasan lak akak yang membaca dek!romantik lah sungguh.....hee cepat sanmbung dek.

    ReplyDelete
  5. best la.. jgn lupa sambung. faizul mmg romantik giler.. wat dunno jer cian Su, tahan malu.

    ReplyDelete
  6. diaorg soping kt mane tu...sib baik org xckp, "nak lebih blk umah arr" ..hehhe...

    ReplyDelete
  7. fuyoo romantik gile faizul tgh pasaraya pun jadi..

    ReplyDelete
  8. I constantly emailed this web site post page to all my associates,
    because if like to read it next my contacts will too.

    Here is my web page; Carmelita Argabright

    ReplyDelete

  9. hishhh faizul nie kan....

    ReplyDelete