Thursday, September 20, 2012

SEGALANYA UNTUKMU SURAYA (Kesinambungan DIA SEGALANYA)




BAB 1

Faizul menyentuh lembut pergelangan tangan isterinya. Parut bekas jarum suntikan masih jelas kelihatan walaupun kini Suraya tidak perlu lagi menjalankan rawatan. Setiap kali parut yang ada pada pergelangan tangan dan di lengan Suraya ditilik, pasti hatinya diruntun rasa sayu buat seketika. Kotak memorinya seakan-akan masih belum mampu memadamkan segala bayangan dan perasaan sewaktu isterinya bertarung nyawa suatu ketika dahulu. Kini, setahun telah berlalu, Suraya sudah disahkan sembuh sepenuhnya, namun diperlukan untuk membuat pemeriksaan berkala, bagi mengelakkan sel barah kembali menyerang.

Suraya membuka matanya perlahan. Begitu nyenyak sekali lenanya apabila berbantalkan dada suaminya yang sasa. Sikapnya yang suka sangat tertidur apabila keletihan masih belum berubah. Seingatnya dia hanya mampu menyinggah buat seketika sahaja di dada suaminya sewaktu pulang dari kerja, tapi ternyata dia terlelap. Dia mendongak memandang Faizul yang sudah tersenyum merenung ke wajahnya.

"Dah pukul berapa ni?"

"Dekat 6.30 petang sayang," jawab Faizul lembut.

Mendengar jawapan daripada Faizul, Suraya terus meletakkan kembali kepalanya ke dada Faizul. Penat! Itu sahaja yang dia rasakan ketika itu. Banyak sangat kerjanya di hospital hari ini. Semenjak dia memulakan tugasnya semula di hospital sebulan yang lalu, ternyata banyak sangat perkara yang perlu dia selesaikan.

"Dah la tu...bangun. Tak elok tidur waktu ni. Tadi, abang tak sampai hati nak kejutkan sayang sebab dengar sayang berdengkurpun abang dah tahu sayang letih sangat kan?" Faizul mengelus lembut wajah isterinya sebelum tangannya mula bermain-main di ubun-ubun isterinya. Hobinya apabila Suraya berada dekat di sisi.

Suraya sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Abang tak penat ke? Bukan ke abang cakap abangpun banyak sangat kerja dekat pejabat?" giliran Suraya pula menyoal.

"Penat jugalah. Tapi penat tu dah hilang saat dapat peluk dan cium sayang," saat itu pelukan mula dikemaskan semula. Suraya sekali lagi tersenyum. Sikap Faizul yang sangat penyayang dan suka memanjakan dirinya selalu membuatkan dia diulit rasa bahagia. Alhamdulillah, setelah pahit getir yang dia tempuhi selama ini, akhirnya dia berjaya mengecapi rasa bahagia. Dikurniakan seorang suami yang cukup penyayang seperti Faizul membuatkan dirinya tidak pernah berhenti dari mengucapkan rasa syukur pada Yang Esa.

"Oh...sebelum abang lupa. Along suruh kita berkumpul rumah papa dan mama hujung minggu ni. Sayang cuti tak?"

"Cuti...sebab minggu lepas kan Su direct kerja. So minggu ni Su memang dapat cuti dua hari. Wah! Along ada berita gembira nak disampaikan ke? Biasanya Along tu susah sikit nak luangkan masa begitu. Busy memanjang je," ujar Suraya, mula teringatkan abangnya yang seorang itu.

"Entah. Yang pasti dia kata dia dah rindukan adik kesayangan dia yang seorang ni," hidung mancung Suraya dicuit mesra. Suraya tergelak kecil mendengar kenyataan suaminya. Alongnya juga tidak pernah berubah. Selalu manjakan dia seperti dulu walaupun pergaulan dia dengan abang angkatnya itu mula terbatas disebabkan status sebenar mereka. Apatah lagi masing-masing mulai ada insan kesayangan sendiri.

"La...ye ke? Su pun dah rindu juga dekat Along. Kak Long juga!"

"Alaaa...Along tu mengada. Saja la tu jelous dekat abang, sebab abang sentiasa ada dengan sayang. Padahal selama ni dia dah selalu sangat dekat dengan sayang, masih tak puas hati lagi ke? Sepatutnya dia bagi peluang dekat abang, yang selama ni jauh dari sayang, bagi abang peluang untuk sentiasa bahagiakan sayang, sayangi sayang dan manjakan sayang. Dulukan abang tak berpeluang untuk buat semua tu," suara Faizul kedengaran sayu walaupun pada mulanya niatnya hanya mahu mengusik Suraya. Namun ternyata dia tersentuh dengan kata-kata sendiri.

"Takkan dengan Alongpun abang nak cemburu? Abang tahukan Along sayang Su macam mana? Abang pula sayangkan Su macam mana?" Suraya pula resah mendengar bait bicara suaminya sebentar tadi.

Faizul terdiam. Sebenarnya soal cemburu dengan abang sendiri tidak pernah timbulpun. Tetapi apabila melihat reaksi Suraya, mula datang angin mengusiknya. Dia mula memuncungkan bibir. Melarikan wajahnya ke sisi.

"Abang?"

"Sayang memang lebihkan Along dari abang, sejak dulu lagi kan?" tanpa memalingkan wajahnya, Faizul bersuara.

"Abaangggg...mana ada. Abang tahukan yang Su memang sayangkan abang. Eh, bukan setakat sayang tapi cinta juga. Abang suami Su, syurga Su bawah tapak kaki abang. Su akan sentiasa lebihkan abang dalam segala hal. Sayang Su pada abang lain, sayang Su pada Along lain. Su sayangkan Along tak lebih daripada sayang seorang adik kepada abang. Tapi sayang Su pada abang lebih dari semuanya. Abang ibarat nyawa Su, syurga Su,"

"Ye ke? Buktikan?" Faizul memalingkan semula wajahnya mengadap Suraya. Namun di saat dia melihat ada air jernih di pipi isterinya, dia pula yang kalut.

"Sayang...sayang...eh...sayang janganlah nangis. Abang guraulah sayang. Of courselah abang tahu sayang cintakan abang, sayangkan abang lebih dari segalanya. Aduh! Sayang...abang gurau sajalah tadi," Faizul mula cemas. Air mata yang mengalir di pipi dan tubir mata isterinya disapu lembut. Serentak dengan itu tumbukan halus mula hinggap di dadanya. Suraya tersenyum semula.

"Nak bukti tadi kan?" Suraya terus mengucup bibir Faizul. Lama! Mata Faizul terbuntang luas. Dalam masa yang sama mula tenggelam dalam rasa bahagia yang dia rasakan saat itu.

"Dah!" Suraya terus bangun dan turun dari katil.

"Wait! What is that?" soal Faizul. Turut sama turun dari katil. Terkejut! Apa tidaknya, isterinya yang selama ini cukup pemalu dalam soal-soal begitu tiba-tiba sahaja melakukan perkara di luar kebiasaan. Biasanya dia yang selalu mulakan, tapi kali ini....

"Apa? Dah...Su nak mandi. Abang dah mandi kan?" Suraya terus melarikan diri dan hilang di sebalik pintu bilik air. Darahnya mula naik ke muka. Malu bukan kepalang! Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan waktu itu. Ya Allah! Malunya walaupun dengan suami sendiri.

P/S:Oleh kerana blog dan bersawang...SHA sajikan sambungan DIA SEGALANYA...yang akan dijadikan mini novella...dan Insya-Allah akan terus dihabiskan di blog...saja nak MENGGGATAL nak sambung sikit...sesiapa yang dah baca novel DIA SEGALANYA pasti akan tahu cerita ni...ehehehe

18 comments:

  1. hehehe....best2....tQ Sha...

    -yayo

    ReplyDelete
  2. tantek.. baru abih bace last week so masih ada bara lagi dala pale otak ni......

    ReplyDelete
  3. bru hbs bace kast week... x sangka ada sambungan... best2... hehehe

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya k.sha..
    unexpected la..tp mmg masyuk..
    thanx yer k.sha..ske2x..hehehe
    chaiyok3x!! k.sha..
    cepat2 la kuarkan novel bru yer..

    ReplyDelete
  5. hahahhaha best2...sgt suke dgn cter dialah segalanya! joe n sue... tengkiu2 krane memanjangkan lagy kisah cinta joe n sue... :)

    ReplyDelete
  6. Tq sha..
    owwhh my JOE yg romantik abes.. sha tolong pos dia kat sy ehh.. meltingg abess

    ReplyDelete
  7. syok!! Teruskan kak!! Sy setia follow cite.hehe

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..bestnya TQVM. 3 ari lepas br khatam tuk kali ke-3, siap berangan novel ni di dramakan lg..alangkah best kalau betul di dramakan ek..

    ReplyDelete
  9. aSSALAM sHA,

    suka sgt DS, bila sambung ni pun kak pasti best..tkaseh. sgt2 dihargai!!! ~ Aminah

    ReplyDelete
  10. aSSALAM sHA,

    suka sgt DS, bila sambung ni pun kak pasti best..tkaseh. sgt2 dihargai!!! ~ Aminah

    ReplyDelete
  11. Sha...menangis2 akak ni baca Dia Segalanya tau. Ish Ish...sedih tak ingat betul masa menghayati citer tu

    ReplyDelete
  12. my favourite novel..sumpah..luv sama joe n su

    ReplyDelete
  13. Sha, terima kasi kerana ada niat di hati nak menulis kesinambungan Dia Segalanya... suka sangat cerita tu. tak sabar rasanya nak tahu selanjutnya kisah Faizul dan Suraya selepas pembedahan Suraya dan selepas mereka berkahwin. tapi kan.... dorang kan hensem dan cantik. terkilan lah juga nak tengok dorang bersanding besar2an. walaupun nikahnya simple tapi boleh tangguh sanding selepas baik sakit kan? best juga nak tahu suasana persandingan dorang lah sebab tragik kan percintaan dorang tu

    ReplyDelete
  14. treatment fatty liver pain treatment fatty liver pain treatment
    fatty liver pain

    Also visit my homepage: natural treatment for hepatic steatosis

    ReplyDelete
  15. NoveL niE dh kLuar ke kak shA?

    ReplyDelete