Thursday, February 21, 2013

UNIKNYA CINTA BAB 13 & 14



BAB 13

            “Kenapa kau lambat beritahu aku kak?” marah Imran terus mencapai semula kunci kereta yang baru sahaja dilemparkan ke atas meja kecil di ruang tamu. Sengaja dia mahu bermalam rumah kakaknya malam ini. Senang dia nak menjemput Amani esok, namun ternyata berita yang baru diterimanya membuatkan jantungnya berdegup kencang. Perasaan risau yang sungguh sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
            “Eh…akak pula yang salah. Ala…tak ada la teruk mana akak tengok. Suspect denggi je. Insya Allah tak ada apa-apa. Tadipun akak dah bawa sup ketam untuk dia. Nak naikkan sedikit platlet dia tu,” tersenyum Zuraida melihat telatah adiknya itu. Dah macam bini dia dah! Padahal budak itu masih tidak ada kena mengena dengan Imran.
            “Tapi kalau betul-betul denggi tetap juga bahaya. Risau kalau platlet dia semakin jatuh,” Imran sudah berada di muka pintu. Namun belum sempat dia membuka pintu, dia kembali menoleh memandang kakaknya. Zuraida tersenyum, seakan-akan tahu apa yang ada di dalam kepala Imran waktu itu.
            “Hehe…dia kat wad mana kak? Katil?”
            “Errmmm…ingatkan dah lupa. Iyalah risau mengalahkan isteri tengah bertarung nyawa dekat wad bersalin. Abang Aidil pun tak macam kau masa akak sakit nak bersalin,” perlian Zuraida betul-betul terkena atas batang hidungnya. Selepas mendapat maklumat yang dikehendaki Imran terus sahaja meninggalkan perkarangan rumah Zuraida. Zuraida yang memerhati hanya mampu menggelengkan kepala perlahan. Harapan dia, moga-moga adiknya akan bertemu jodoh untuk kali ini. Semakin lama, diapun semakin berkenan dengan pelajarnya itu. Amani, seorang gadis yang periang. Makin ditilik, makin comel pula wajahnya.
            Tidak sampai lima belas minit, Imran sudah berada di dalam hospital. Matanya melilau mencari wad yang menempatkan Amani. Aduh! Memang hospital Sungai Buloh terlalu besar, kalau tidak silap salah sebuah hospital terbesar di Asia Tenggara. Masuk ke dalam hospital ini seakan-akan memasuki pusat membeli belah. Ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke sini. Sebelum ini dia pernah membuat lawatan ke sini, itupun hanya tertumpu kepada unit Farmasi sahaja.
            “Encik Imran,” suara menegurnya membuatkan Imran menoleh. Memandang dua orang gadis yang sedang berdiri sambil menghadiahkan senyuman kepadanya. Dahinya berkerut. Cuba memproses maklumat yang ada di dalam kepalanya. Rasanya dia pernah nampak dua orang gadis ini.
            “Alahai…tahulah suka dekat Am je. Muka Am je yang Encik Imran ingat,”
Dush! Perlian itu betul-betul terkena atas batang hidung Imran. Terus sahaja otaknya cerdas. Macam mana dia boleh lupa dua orang sahabat baik Amani ini. Sedangkan, dia selalu melihat Amani bersama dengan gadis-gadis ini.
            “Yes! Of course saya ingat. Kawan baik Amani kan? Yang selalu dengan Amani,” Imran berlagak biasa. Cuma untuk menjadi peramah walaupun hakikatnya dia bukannya seorang yang peramah sangat.
            “Yang selalu dengan Amani? Bukan ke sekali je kita jumpa hari tu. Aik! Hah…Encik Imran skodeng kita orang ek?” Baiduri galak mengusik. Hakikatnya dia sendiri terkejut apabila  Imran mengeluarkan kenyataan tersebut. Fira yang berada di sebelah sudah mengekek ketawa. Nasib baik juga terserempak dengan Imran di sini. Boleh la juga berborak dengan lelaki yang kononnya sudah ‘gila bayang’ dengan sahabatnya yang seorang itu.
            “Eh…mana ada. Oh…Amani macam mana? Saya nak lawat dia ni,” Imran terpaksa mengubah tajuk perbualan. Aish! Layan budak dua orang ni buat dia tidak tentu arah. Yang pasti asyik dia sahaja yang terkena.
            “Am…tadi dia tengah tidur. Badan dia lemah sangat. Platlet dia masih tak naik lagi. Masih jatuh. Ini yang kita orang keluar sekejap nak cari penawar baru. Doktorpun dah sahkan dia memang kena denggi,” jawab Fira berterus terang.
            “Penawar baru?”
            “A’ah. Pucuk daun betik. Nak rebus dan lepas tu nak bagi minum. Memang berkesan sangat nak naikkan platlet. Tapi sekarang tengah pening nak cari dekat mana. Dah la tak ada orang nak teman Am sekarang,” Baiduri pula menyambung.
            “Rumah akak saya ada. Dekat belakang rumah kakak saya ada pokok betik. Cuba pergi minta dengan akak saya. Soal Amani, it’s ok. Saya boleh temankan dia sementara awak berdua balik semula ke sini,” bicara Imran membuatkan Fira dan Baiduri tersenyum gembira. Lega, apabila sudah ada tempat yang harus mereka tuju. Merekapun risau juga dengan keadaan Amani. Platlet merupakan agen untuk pembekuan darah, kalau plalet jatuh mendadak, boleh memberi risiko kepada nyawa pesakit. Platlet yang berkurangan menyebabkan pesakit mengalami pendarahan.
            “Betul ni? Tak menyusahkan Encik Imran?” Baiduri sekali lagi menyoal.
            “No! It’s ok,”
            “Kalau macam tu kita orang pergi dulu. Terima kasih Encik Imran. Wad Amani kat depan sana, straigt lepas tu belok kiri,” Fira terus menarik tangan Baiduri. Misi mereka harus dilakukan dengan kadar yang segera. Kesihatan Amani paling mereka pentingkan waktu itu.
            Imran meneruskan perjalanannya. Dalam kepala masih lagi mengingati nombor katil yang disebut oleh kakaknya. Sebaik sahaja menemui katil tersebut, Imran terus melepaskan keluhan perlahan. Wajah yang sedikit pucat dan lemah itu diperhati lama. Dia menarik kerusi lalu duduk dekat di sebelah Amani. Nasib baik juga gadis itu sedang tidur. Kalau tidak, rasanya Amani sudah kalut semacam. Seakan-akan sudah membayangkan wajah Amani kalau berjumpa dengan dia. Kalut dan panik. Apa yang gadis itu takut dengannya, dia sendiripun tidak pasti.
            Tidak sampai lima minit Imran berada di situ, tiba-tiba sahaja kelopak mata Amani bergerak-gerak. Dia yakin, sekejap lagi Amani pasti akan tersedar dari lenanya. Saat itu, dia pula yang terasa debarannya. Aish! Apa yang tidak kena dengan dia. Memang Amani sentiasa mampu membuatkan jantungnya hilang rentak. Terus tidak senada!
            “Mak!” Amani terjerit kecil apabila dia benar-benar yakin dengan apa yang dilihatnya. Pada mulanya dia ingatkan dia bermimpi. Kuat betul dia teringatkan Imran sehingga lelaki itu masuk ke dalam mimpinya. Namun apa yang ada di depan matanya adalah satu kenyataan. Imran sedang duduk di sisinya sambil menguntum senyum. Senyuman yang membunuh. Ini boleh mati sebab serangan jantung bukan disebabkan denggi! Isk..macam mana mamat ni boleh muncul kat sini? Mana Baiduri? Mana Fira? Sempat Amani berperang dengan perasaannya sendiri. Nasib baiklah dekat situ tak ada mesin untuk membaca tekanan jantung dan tekanan darahnya. Kalau tidak, memang sah-sah dah bunyi amaran akan kedengaran. Iyalah, dia rasa macam jantungnya nak keluar dari badan. Ya Allah…oksigen!
            “Encik Imran buat apa kat sini?” soal Amani kalut. Serta merta dia meraba kepalanya. Nasib baik dia masih bertudung. Oh…mungkin dia tertidur dengan tudung di atas kepala, memandangkan kali terakhir dia terjaga, rakan-rakan sekelas berlainan jantina datang melawatnya.
            Imran tersenyum. Lucu melihat telatah dan raut wajah Amani. Sudah macam nampak hantu. Hodoh sangat ke muka aku? Bisik Imran. Namun dalam masa yang sama dia begitu kagum apabila Amani kalut meraba kepalanya dan jelas terpancar raut wajah lega apabila mendapati kepalanya sudah sedia tertutup. Ini baru betul nak dibuat isteri.
            “Encik Imran dengar tak? Encik Imran buat apa kat sini?” soal Amani sekali lagi. Hai…siapa yang sakit. Aku ke dia? Dah macam dia je. Gumam hati Amani.
            “Tak ada buat apa. Jalan-jalan lawat kawasan petang-petang macam ni. Hirup udara nyaman,” jawab Imran bersahaja. Sengaja mahu berseloroh. Namun melihat raut wajah Amani berubah mendadak menyebabkan dia menyambung ayatnya.
            “Dah tentu la saya nak melawat Cik Amani kesayangan saya ni. Amani kan sakit. Sampai hati tak beritahu saya pun,” Imran buat muka merajuk. Konon-kononnya Amani akan melayan kerenahnya.
            “Perlu ke?”
            Ambik kau! Ish. Kejam sungguh ayat yang keluar dari mulut Amani. Imran sedikit terasa namun dia sedaya-upaya menyembunyikan wajah yang mungkin dapat dikesan oleh Amani.
            “Sorry. Bukan apa. Saya tak nak susahkan sesiapa la. Mak ayah saya dekat kampungpun saya tak beritahu. Tak nak mereka risau. Lagipun saya ok je ni,” menyedari ketelanjurannya sebentar tadi, Amani menyambung kata-katanya. Sedikit rasa bersalah apabila melihat perubahan pada wajah Imran. Cepat terasa betul mamat ni! Nak bergurau sikitpun tak boleh?
            “Jadi Amani tak nak saya risau la kan. Ish…ini yang buat saya makin sayang ni,”
            Amani buat muka lagi. Ini yang dia malas nak melayan ni. Kan ulat dah naik ke daun! Menggatal tidak kira tempat betul la Imran ni. Amani hanya mampu merungut dalam hati. Namun debaran di dada masih belum hilang. Waktu ini dia berdoa sangat agar doktor jangan datang memeriksa tekanan darahnya. Naya weh! Confirm kantoi!
            “Macam mana Encik Imran tahu saya ada dekat sini?” soal Amani lagi. Aik. Orang sakit banyak bertanya dari orang sihat. Sebenarnya itu salah satu langkah untuk dia menghilangkan debaran di dalam dada. Dengan buat-buat tidak segan menerima kehadiran lelaki yang tampil dengan pakaian pejabat. Dia ni, terus datang ke sini ke? Tak tukar pakaian dulu?
            “Instict!”
            “Iyalah sangat!” Amani membidas.
            “Kakak saya yang beritahu. Terus saya datang. Risau juga saya. Dari semalam saya berangan nak dating dengan awak besok, alih-alih dapat tahu awak masuk hospital. Errmm…kempunan la saya,”
            Amani sekadar mendiamkan diri. Sudah hilang modal untuk membalas kata-kata Imran. Dalam hati dia berdoa agar Baiduri mahupun Fira cepat-cepat muncul. Dari tadi dia geram dengan dua orang sahabatnya yang sanggup meninggalkan dia seorang diri dengan Imran. Kawan-kawan dia ni kadang-kadang sporting tidak kena tempat.
            “Saya temankan Amani malam ni?” soal Imran dengan berani. Ingin mencuba nasib walaupun dia seakan-akan tahu jawapan yang bakal diberikan.
            “Temankan saya? Nak pergi mana?” Amani masih lagi samar-samar dengan soalan Imran.
            “Temankan awak dekat sini la sayang. Takkan nak teman awak keluar shopping pula kot!” Imran tersenyum. Cuba mengawal diri daripada ketawa. Lucu sungguh la Amani ni. Blur semakin menjadi-jadi pula. Dia pula, entah mengapa dengan Amani, dia suka sangat melawak. Buat lawak bodoh yang boleh dikategorikan sebagai ‘lowyer buruk’.
            “Errkk…temankan saya dekat sini? Dekat dalam ni? Malam ni?”
            Imran mengangguk-ngangguk dengan setiap soalan Amani. Amani sudah menoleh ke sisi. Melarikan wajahnya dari Imran. Aish! Mamat ni.
            “Terima kasih Encik Imran…terima kasih banyak-banyak. Tak payahla. Tak eloklah kita yang tak ada kena mengena ni duduk berdua-duaan macam ni,” Amani memberikan alasan yang boleh dikatakan agak logik.
            “Mana ada berdua. Kan ada orang lain kiri kanan awak ni,”
            “Iya…tapi…faham kan?” soal Amani sekali lagi. Akhirnya Imran mengangguk. Terpaksa mengalah. Namun dia sudah berpuas hati dapat menatap wajah Amani hari ini. Buat pertama kalinya jarak mereka begitu dekat. Kalau hari-hari boleh berdua macam nipun seronok juga! Ya Allah gatalnya Imran. Namun dia lelaki, memang dia tidak boleh mengawal perasaan yang dia rasakan saat itu. Perasaan ingin terus menatap wajah gadis yang semakin hari semakin utuh melekat di hatinya. Akhirnya mereka sama-sama mendiamkan diri. Lama.
            “Sorry,” tiba-tiba Amani sekali lagi meminta maaf.
            “Untuk?”
            “Untuk esok. First date kita kat hospital pula ye,” jawab Amani sedikitpun tidak sedar dengan ayat yang meluncur laju di bibirnya.
            “First date? Oh…jadi Amani menganggap temujanji kita esok tu first date kita la ya!” Wajah Imran sudah bertukar girang. Bahagia mendengar perkataan temujanji pertama itu.
            “Saya cakap first date ek tadi. Eh…tak. Saya tak cakap pun!” Amani kalut. Dia menoleh lagi ke sisi. Berpaling dari Imran lalu mengetuk kepalanya beberapa kali. Aduh! Apa yang ada dalam kepala aku ni.
            “Tapi ok apa. First date kat dalam wad. Awak terlantar macam ni. Confirm ingat sampai ke tua. Nanti kita boleh beritahu anak-anak kita,” beritahu Imran cukup girang.
            “Buat apa Encik Imran nak beritahu anak-anak Encik Imran pasal benda ni? Buat apa pula saya nak beritahu anak-anak saya pasal kejadian hari ni?” Amani menyoal lagi. Buat-buat tidak mengerti dengan kata-kata Imran sebentar tadi. Padahal dia faham sangat apa yang cuba disampaikan oleh Imran. Dia sudah 24 tahun ok! Walaupun jarak umur dia dengan Imran jauh tetapi dia sudah cukup dewasa untuk memahami semua itu. Jauh ke? Berapa umur Imran?
“Anak-anak kita Amani. Anak saya adalah anak awak, anak awak adalah anak saya!” penjelasan dari Imran membuatkan muka Amani merona kemerahan. Semakin membahang wajahnya ketika itu. Ya Allah! Penangan apakah ini?
“Ha…ha…ha. Pandai la Encik Imran lawak. Walaupun saya bukan rasa lucu…tapi seram!” Amani berterus-terang. Sudah tidak senang duduk. Eh…bukan, tidak senang berbaring memandangkan dia sedang terbaring!
“Percayalah cakap saya. Naluri saya kuat Amani. Kuat sangat. Insya Allah, Allah akan makbulkan doa saya. Bersedialah dari sekarang, manalah tahu wajah ini yang bakal awak tatap setiap masa sehingga hari tua kita,”
Ya Allah! Amani terasa bagaikan mahu melompat turun dari katil dan menyembunyikan diri. Ini yang dia malas nak berkawan dengan lelaki dewasa ni. Ayat dia…perrhhh...menusuk ke kalbu! Pengsan aku lagi kalau terus menerus macam ni!


BAB 14

            Baiduri dan Fira sedikit bimbang dengan keadaan Amani. Kandungan platlet di dalam darah sahabatnya itu tidak menentu. Naik dan turun secara mendadak menyebabkan doktor masih enggan melepaskan Amani untuk pulang. Kata doktor, Amani masih memerlukan pemerhatian teliti. Malah Amani telah dipindahkan ke katil yang lebih dekat dengan bilik doktor untuk memudahkan doktor melakukan pemeriksaan berkala.
            “Kita mesti juga beri Am minum air rebusan ni. Kita kena cuba,” Fira berbisik perlahan. Semalam dia cuba memberikan air rebusan pucuk betik kepada Amani namun dikesan oleh doktor sehingga mereka dimarahi. Kononnya memandai-mandai. Kalau ikutkan baran Fira, mahu sahaja dia membalas kata-kata doktor tersebut. Doktor ingat mereka ini buat pasal ubat-ubatan ke? Memang sudah ketahui memang tiada ubat untuk merawat denggi selain meminum air dengan jumlah yang banyak agar kuman di dalam darah dapat dibersihkan dengan cara perkumuhan. Namun masih banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan antaranya, meminum minuman seperti 100 PLUS, Jus Pink Guava, Sup ketam (kalau mahu lebih mujarab ketam nipah) dan air rebusan betik yang jarang sekali diketahui umum.
            “Kalau doc tu marah lagi macam mana?”
            “Yang kau straight sangat tu kenapa? Kita bagi sembunyi-sembunyi la. Kau nak tengok Am makin teruk ke?” marah Fira. Dia mula memandang sekeliling. Namun melihat Amani yang masih nyenyak tidur membuatkan dia tidak sampai hati mahu mengejutkan sahabatnya itu. Lemah sangat keadaan Amani waktu itu.
            “Kau rasa boleh ke? Doc kata dalam pucuk betik ada getah yang boleh membahayakan organ dalaman pesakit. Nanti kalau ada apa-apa jadi pada Am macam mana. Alaa…kita telefon mak ayah dia la. Aku dah takut sangat dah ni,” suara Baiduri mula bergetar. Sedih melihat keadaan Amani dalam masa yang sama takut sekiranya sakit Amani berlarutan dan semkin teruk.
            “Wei! Kalau kau tanya doktor…semua bendapun tak boleh. Itu tak boleh, ini tak boleh. Yang dia tahu ubat dia je la yang boleh. Kalau pucuk betik ni bahaya, ramai la orang-orang tua kat kampung mati gara-gara pucuk betik ni. Orang tua kat kampung jadikan pucuk betik ni ulam tahu tak. Datuk dengan nenek akupun layan. Lagipun kita bukan bagi banyakpun kan, satu sudu kecil je. Bukan suruh minum satu bekas ni,” Fira yang sedikit tenang mula memperdengarkan ceramahnya. Geram dengan sikap penakut Fira yang tidak kena tempat. Tetapi dia tahu dan dia yakin, pucuk betik ini mampu meningkatkan kandungan platlet dalam darah Amani. Abang iparnya sendiri pernah mencuba suatu ketika dahulu. Kes yang sama. Denggi.
            “Kalau macam tu. Kita cubalah. Aku takut sangat sekarang ni. Aku tak sanggup tengok Am macam tu. Lemah semacam je. Mana pernah selama ni kita tengok dia macam tu,” Baiduri bersuara sayu. Hari ini, hanya sekali sahaja Amani bangun dari tidur. Itupun setelah dikejutakan oleh doktor sendiri.
            “Am…bangun Am,” Fira menyentuh lengan Amani perlahan. Cuba mengejutkan sahabatnya yang masih lena.
            “Am…bangunlah sekejap. Kau kena makan. Lepas tu kau kena minum juga air rebusan betik ni,” Baiduri pula menyambung. Kelopak mata Amani mula terbuka lalu memandang dua sahabat yang begitu setia menemani. Bibirnya terus menguntum senyum.
            “Aku rasa letih. Badan aku lenguh sangat-sangat,” rungut Amani perlahan.
            “Sebab tu kau kena bangun makan. Tadi Encik Imran singgah sekejap hantarkan kau sup ketam ni. Kau makan ek. Lepas tu kau minum air rebusan betik ni sikit,” Baiduri membantu Amani untuk bangun lalu disandarkan ke kepala katil setelah menyedal badan Amani dengan menggunakan sebiji bantal.
            “Encik Imran?”
            “A’ah. Dia singgah kejap tadi tanya keadaan kau. Dia sendiri yang bercakap dengan doktor. Dia balik sekejap sebab ada hal. Katanya kejap lagi dia datang. Nasib baik ada dia Am. Kalau tak ada dia, akupun dah panik. Silap-silap aku telefon mak ayah kau kat kampung. Encik Imran siap mengaku dia abang kau lagi semata-mata nak tanya hal terperinci pasal sakit kau ni. Kata dia, doktor akan buat sekali lagi pemeriksaan petang nanti. Kalau keadaan kau tak berubah, kau mungkin akan dipindahkan ke bilik rawatan rapi,”
            Amani memejamkan matanya perlahan. Air matanya tiba-tiba mengalir. Bukan terharu dengan sikap baik Imran, tetapi sememangnya emosi dia sedikit terganggu waktu itu. Dia memang buntukan ibu dan ayahnya dalam keadaan dia yang semakin tidak bermaya. Dia mahu berada di dalam pelukan ibunya. Perkara yang selalu dia lakukan di waktu dia sakit.
            “No! Aku tak boleh terus macam ni. Kau buka sup tu untuk aku. Aku kena makan. Aku kena sihat dengan cepat. Aku tak boleh buat mak ayah risau beb! Aku tak boleh. Aku tak nak susahkan mereka. Serius aku memang tak boleh susahkan mereka. Aku tak nak mereka risau pasal aku,” Amani bersuara dalam esakan. Sedih sangat dia rasakan saat itu. Dia benar-benar rindukan belaian ibu dan ayahnya.
            Baiduri pantas membuka sup yang berada di dalam termos. Bau wangi sup ketam yang masih lagi panas mula menusuk ke dalam rongga hidungnya. Namun masih belum mampu membuka selera Amani. Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Matanya dipejam. Cuba mengosongkan fikiran dan tidak mahu melayan sangat apa yang dia rasakan ketika itu.
            “Biar saya suapkan,” tiba-tiba suara garau Imran kedengaran. Amani segera membuka matanya. Waktu itu, entah mengapa dia langsung tidak terkejut dengan kehadiran Imran namun hatinya yang sebak semakin sebak. Dalam keadaan sebegitu, sudah tidak ada langsung perasaan malu mahupun segan.
            Baiduri hanya membiarkan. Fira pula pantas membuka beg kertas yang ada di hujung katil Amani. Misi itu yang menjadi keutamaannya. Dia memberikan arahan kepada Baiduri agar keluar mengintai kehadiran doktor. Baiduri terus melangkah meninggalkan katil Amani menuju ke pintu utama wad tersebut tanpa banyak soal.
            “Makan sikit ya. Saya tahu Amani tak ada selera. Tapi Amani kena cuba makan ok,” pujuk Imran apabila cubaan pertamanya untuk menyuap Amani ditolak lembut oleh gadis itu. Akhirnya Amani membuka mulutnya perlahan. Cuba juga menelan walau lidahnya terasa cukup pahit dah tekaknya begitu perit sekali. Entah mengapa, air mata yang sudah berhenti sebentar tadi tiba-tiba kembali mengalir. Malah esakannya semakin kuat.
            “Hei…hei. Listen. You have to be strong. Memang saya tahu dalam keadaan Amani sekarang ni, macam-macam benda yang terlintas dalam fikiran Amani. Tapi Amani kena kuat. Mental Amani kena kuat. Jangan fikir benda yang bukan-bukan. Amani tentu faham kan? Saya tahu Amani belajar benda-benda ni semua. Apa yang harus kita lakukan dan elakkan semasa kita sakit,” Imran memujuk lembut. Merenung jauh ke dalam anak mata Amani. Ingin memberikan keyakinan kepada gadis itu untuk terus kuat dan berkeyakinan. Sekali lagi dia menyudu sup tersebut dan ditiup perlahan sebelum disuakan ke mulut Amani. Amani sekadar membuka mulutnya tanpa melawan. Memang sudah hilang segala perasaan segan dia pada Imran. Air matanya masih laju mengalir.
            “Amani jangan risau ok. Kawan-kawan Amani ada. Saya ada. Saya sentiasa ada,” pujuk Imran lagi. Amani sekadar menangguk perlahan. Langsung tidak melawan ataupun menganggap kata-kata Imran semamat-mata mahu menyedapkan hatinya. Entah mengapa, waktu itu dia begitu yakin dengan bicara lembut itu. Hatinya benar-benar tersentuh.
            “Encik Imran. Saya bagi Am makan air rebusan ni ek. Boleh kan?” soal Fira seakan-akan meminta izin.
            “Boleh…tapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Hanya dua kali sahaja dalam sehari. Saya dah tanya mak saya kat kampung pasal benda ni. Mak sayapun cakap benda yang sama macam Baiduri beritahu saya sebelum ni,”
            Fira tersenyum. Lantas dia menuang perlahan air rebusan tersebut ke dalam sudu kecil yang dibawanya dari asrama.
            “Apa tu?” soal Amani mula ragu-ragu. Cecair yang bewarna kehijauan itu membuatkan dia sedikit cuak.
            “Air rebusan pucuk betik. Kau minum ek,” Fira memberitahu. Amani segera menoleh memandang Imran. Tiba-tiba sahaja dia inginkan kepastian daripada lelaki itu. Seakan-akan mengerti dengan renungan itu, Imran tersenyum lalu mengangguk perlahan.
            “Pahit sikit. Tapi Amani kena tahan. Ubat. Lagi pahit lagi mujarab kan?” suara Imran bagaikan ada satu aura yang cukup meyakinkan Amani. Amani akhirnya mengangguk perlahan sebelum menerima suapan dari Fira. Matanya terpejam rapat apabila cecair tersebut mula menyentuh lidahnya. Dia sedikit terbatuk apabila selesai menelan air rebusan itu.
            “Uit! Tobat taknak sakit macam ni dah lain kali,” rungut Amani tiba-tiba sehingga mengundang gelak tawa Imran. Alahai comelnya. Wajah Amani waktu itu membuatkan tangan Imran terasa ringan sahaja mahu menarik hidung kecil milik gadis itu. Namun fikirannya masih lagi waras.
            “Tahupun! Aku naik seram tengok kau lemah macam ni,” Fira menghulurkan air masak untuk menghilangkan rasa pahit lalu disambut oleh Amani lalu diteguk dengan begitu rakus. Imran memerhati sambil menggelengkan kepala perlahan. Sedikit lega melihat emosi Amani yang sedikit stabil.
            “Nak makan lagi?” soal Imran sambil menunjukkan termos yang mengandungi supa ketam di tangannya. Amani menggelengkan kepala. Sudah tidak mampu untuk menelan apa-apa lagi. Silap-silap ada juga yang mandi dengan muntahnya nanti.
            Imran kembali menutup sup ketam tersebut lalu diletakkan di meja kecil di tepi katil. Fira sudah menyinggah di birai katil betul-betul di sisi Amani. Suka pula melihat Imran yang kelihatan cukup  mengambil berat terhadap sahabatnya. Bertuahnya Amani dapat lelaki sebaik Imran. Kenapalah semua teman lelakinya tidak sebaik Imran.
            “Encik Imran,” panggil Amani tiba-tiba. Ada perkara yang ingin dia tanya. Mungkin lelaki itu ada jawapannya. Sebenarnya dia ingin bertanyakan soalan itu kepada doktor yang merawatnya namun dia tidak berkesempatan apatah lagi keadaannya yang begitu lemah pagi tadi.
            “Iya,”
            “Saya nak tanya sesuatu boleh?” Amani menggarukan kepalanya yang berlapik dengan ‘snow cap’ yang dipakainya.
            “Iya Amani. Nak tanya apa?” Imran mula merenung tajam ke arah Amani. Amani pula menoleh memandang Fira. Sebenarnya Fira sendiri tidak pasti apa yang ingin disoal oleh Amani.
            “Encik Imran,” sekali lagi Amani menyebut nama Imran. Kali ini Imran mula mendekatkan sedikit wajahnya dekat dengan Amani. Amani pula sedikit ke belakang  menjarakkan diri daripada Imran. Tidak selesa pula apabila jarak mereka terlalu dekat.
            “Ada apa wahai Cik Amani?”
            “Errmmm…saya period…”
            “Huh?” Fira dan Imran bersuara serentak sebelum Amani menghabiskan kata-katanya. Imran sudah tidak keruan waktu itu. Apa yang cuba disampaikan oleh Amani sebenarnya? Fira pula sudah melongo. Betul ke tak makcik ni. Tak segan pula beritahu Imran dia uzur.
            “Dengar la dulu apa yang saya nak cakap ni. Ish! Cubit karang!” marah Amani. Peha Fira sudah ditampar kuat.
            “Iya…saya dengar. Teruskan,”
            “Saya period…tapi saya rasa period saya ni macam tak stabil je. Darah keluar banyak sangat sampai…yang saya tahu memang lain sangat daripada kebiasaanya. Terlampau banyak. Encik Imran rasa ada kena mengena dengan sakit saya ke? Iyalah, platlet saya kan tak stabil. Saya risau kalau benda tu effect pada saya punya bleeding,”
            Imran mengangguk-ngangguk perlahan. Akhirnya dia mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Amani. Walaupun  hakikatnya, dia sedikit terkejut dengan sikap berani Amani. Tidak segan pula Amani bertanyakan soalan itu kepadanya. Ini baru pelajar perubatan. Dalam perubatan, tiada istilah malu sebenarnya. Walaupun perihal yang mungkin dianggap sensetif oleh orang lain.
            “Nanti saya tanyakan pada doktor. Mungkin ada kena mengena juga. Saya rasa kalau beritahu doktorpun dia mungkin akan sarankan Amani ambil Provera,”
            “Provera? Medroxyprogesterone Acetate,” bibir Amani perlahan menyebut nama generik ubat yang diberitahu oleh Imran sebentar tadi. Dia tahu itu merupakan salah satu ubat hormone. Kali ini mulut Imran pula sedikit jatuh ke bawah. Langsung tidak menyangka Amani akan mengingati nama generik ubat tersebut yang sememangnya sukar untuk disebut dan diingati.
            “Wah! Ini yang saya kagum dengan student Farmasi ni. Sampaikan nama generik Proverapun mampu ingat ye,”
            “Terpaksa. Tak nak ingatpun kena ingat,” jawab Amani jujur. Memang sebagai pelajar yang mengambil jurusan farmasi, dia perlu mengingat nama-nama ubat, kegunaan serta bagaimana ubat tersebut bertindak dalam badan.
            “Nanti saya tanyakan. Saya kan abang awak,” Imran sempat berseloroh. Sengaja mahu mengusik Amani. Mula rindu dengan wajah Amani menahan malu.
            “Abang? Macam pelik je…sebab saya hanya ada dua orang abang je. Tak terasa nak tambah lagi satu abang kandung,”
            “Siapa cakap saya abang kandung Amani. Saya beritahu doktor yang saya ni abang Amani je. Tak katapun abang kandung Amani. Lagipun saya memang sikitpun tak teringin nak jadi abang kandung Amani. Abang lain nak!”
            “Abang lain?”
            “Tunggu la dulu…nanti bila masa tu tiba. Memang saya akan wajibkan Amani panggil saya abang,” Imran tersenyum penuh makna. Fira sudah mengekek ketawa dan Amani…Wajahnya sudah merona merah. Panas sangat-sangat! Ya Allah…baru nak rasa selesa. Dia buat balik. Isk! Tiba-tiba adegan suap-menyuap sebentar berlegar di ruangan matanya. Ya Allah. Malunya!

6 comments:

  1. kak sha ku sayang..jgn la dera sy begini lgi..cepat2 la terbitkan novel ea..hehhee..b4 that upload n3 bru cpt2 eh..hehehe..tq.

    ReplyDelete
  2. Ololo..baiknya imran..haha dating lam wad ditemani kawan2 n nurses n patients lain..terbaik la..

    ReplyDelete
  3. Bila nak smbg TKDUA rindu dgn abang..

    ReplyDelete
  4. wad permpuan bukan lelaki tk boleh temnkan ke pd wktu mlm

    ReplyDelete